Skip to main content

21 Dalil Perbezaan antara PAS dengan ISLAM


21 Dalil Perbezaan
antara PAS dengan ISLAM


PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat menjadi keliru. Manakala bagi rakyat yang kurang berpendidikan agama pula, mereka dengan segera beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Malah, keIslaman ahli-ahli parti lain pun boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah dogma dan ideologi PAS yang sangat merbahaya kepada orang ramai. Hal ini harus segera dihentikan. Maka, di sini saya senaraikan 21 alasan bahawa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam.


1. Islam adalah Agama - Manakala PAS adalah sebuah parti politik.


2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah - mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah.


3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan - PAS menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan.


4. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agung, Mursyidul Am, Ketua Pemuda, Ketua Kawasan dan lain-lain jawatan - Tetapi, dalam PAS ada jawatan tersebut.


5. Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah - tiada Rasul dalam PAS, pemimpin PAS bukan rasul.


6. Islam ciptaan Allah - PAS ditubuhkan oleh manusia.


7. Islam agama yang sempurna dan tinggi - PAS parti yang tidak sempurna.


8. Islam dianuti oleh manusia dan jin - PAS hanya terbatas kepada manusia sahaja, jin tidak boleh masuk PAS.


9. Islam boleh dianuti oleh seluruh warga dunia - PAS hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja.


10. Islam ada hukum dan peraturan dalam aqidah dan syariah - PAS tidak ada hukum dan peraturan tersebut.


11. Dalam Islam ada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram (5 dasar hukum) - dalam dasar undang-undang tubuh PAS tidak ada dasar hukum tersebut.


12. Adanya Islam tidak tertaluk di bawah akta pertubuhan (Islam tak perlu daftar di bawah undang-undang pendaftaran pertubuhan) - PAS wajib daftar, tak daftar tak boleh bergerak.


13. Masuk Islam tak perlu guna borang ahli dan bayar yuran pada setiap tahun - masuk PAS kena isi borang dan bayar yuran.


14. Islam bukan alat untuk dapatkan pangkat YB serta gaji dan elaun - dengan PAS boleh dapat pangkat dan gaji.


15. Umur taklif dalam Islam akil baligh (15 tahun) - umur boleh masuk PAS 18 tahun.


16. Orang Islam boleh berkahwin sesama Islam walaupun berlainan parti - jika PAS itu Islam, tentu orang PAS sesama mereka sahaja yang boleh berkahwin.


17. Islam tidak boleh pecat penganutnya - PAS boleh pecat ahlinya.


18. Keluar Islam murtad - keluar PAS tidak murtad.


19. Rukun Islam 5 perkara - rukun PAS berapa perkara? Tidak ada.


20. Dalam Islam tiada perebutan dan pertandingan jawatan - dalam PAS berebut jawatan.


21. Islam melarang keras caci-maki, mencarut, fitnah-memfitnah - dalam PAS tidak dilarang, malah menjadi satu amalan harian.

Comments

Rijal said…
salam.
saudara seorang muslim bukan. banyak sangat ke ilmu saudara ni.di mana belajar, dari syeikh mana, dah banyak sangat ke ibadat. Saya risau dengan tindakan saudara ni yang saya rasa saudara perlu bertaubat. mengutuk benda lain takpe lagi takpe mengutuk perjuangan Islam sebenar bukan Hadhari dan Ulamak pewaris nabi saya rasa itu sudah lebih. Cuba saudara buat dalil antara Islam dengan UMNO, yang mana lebih baik antara PAS. satu saja contoh (padahal banyak lagi) perkara syirik UMNO buat iaitu dok sembah Tugu Negara setiap tahun. Jadi saya nak pesan kalau nak buat apa pun fikir dulu.Allah tahu apa kamu buat dan tanya balik diri saudara betul ke apa yang saudra buat nie.
azlishukri said…
salam rijal - terima kasih saudara meletakkan komen, ini bukan soal mengaji tinggi mana, hujah2 Tuan Guru Harussani pun tuan2 tolak, apatah lagi hujah orang mcm saya. Tuan bukan mencari kebenaran sebaliknya tuan menjadi penghukum kepada manusia. mana yang baik antara antara Islam dengan UMNO? pastilah Islam yang lebih baik. Tapi bukan PAS, saudara harus segera bezakan antara Islam dengan PAS. Wallahualam.
azlishukri said…
saudara rijal kerja syirik bukan UMNO atau parti UMNO yang buat, kerja syirik tak ikut parti, UMNO ke, PAS ke, semua orang boleh terkena, Hati-hati bila saudara kata UMNO buat kerja syirik. kena bezakan antara UMNO dengan ahli UMNO. saudara kata kepada siapa ni? memang mudah menyuruh orang lain bertaubat, sebaliknya diri kita pula mcm mana?
Ipoh Marley said…
JGN JADI ISLAM JUMUD RIJAL..anda yang harus berfikir sebelum bercakap
bakmaipungkoq said…
Yg ckp tu jenis ada otak tp tak mau pakai.
amri said…
yaa sangat lah tuu... kalau UMNO 999 dalil jauh dari Islam. Tapi awak tak tambah satu lagi. ISLAM tak daftar dengan ROC, PAS berdaftar dengan ROC...kenapa tak bagi tau. Bangang...!!!???
VitVoG said…
Hanya mereka yg taksub dgn parti politik saja yg akan bndgkn agama dgn parti sblah menyeblah mcm ni... tlg jgn terlalu jahil sehinggakan diletakkan parti setaraf dgn agama... tindakan saudara ini jelas menunjukkan ahli UMNO tidak menghormati Islam selaku agama yg suci dan tidak boleh dipersenda... jika bukn Islam yg buat mgkin kerana mereka itu kafir, tp kalo saudara org islam, xtau lah saya hal saudara di akhirat kelak...
Ipoh Marley said…
apa la bangang sgt..perbezaan ini menunjukkan PARTI PAS bukanlah AGAMA ISLAM..jadi xkisahlah anda parti apa klu salah tetap salah..jadi janganlah mengKUDAKAN agama ISLAM TUK KEPENTINGAN POLITIK..

tiada siapa lebih islam dari org lain kerana yang membezakan seseorg itu hanyalah amalan MEREKA BUKAN KERANA PARTI..

BUKAK SIKIT AKAI YANG TUHAN BAGI
najamarine said…
salam bro azli...

sungguh tepat ulasan kat atas tu..tapi tak perlu ulas pun mereka dari PAS tahu tentang ini.cuma mereka terlalu taksub sehingga menatap gambar nik aziz saje pun dah dapat pahala...

macam rizal..dia sendiri tak paham apa tu PARTI PAS,PARTI UMNO dan ISLAM...ulama' besar dan terulung mana yg menggelarkan perjuangan PAS adalah perjuangan islam sebenar??
kalau macam tu pak kahar,ayah pin juga adalah perjuangan islam sebenar kerana mereka juga mengatakan begitu...apa perbezaan PAS dengan ikutan ajaran sesat??berjuta boleh kita senaraikan tentang persamaan mereka..

tapi apa kemajuan PAS dengan pemerintahan islam rasulullah s.a.w??langsung tiada persamaan!!tiada apa yg di lakukan PAS untuk di samakan dengan perjuangan zaman Rasullullah dahulu..macam mana pengikut2 PAS boleh mengatakan PAS memperjuangkan ajaran Rasulullah???

nabi junjungan kita tidak pernah memaki hamun sesama islam,

tidak pernah mempertahankan orang kafir yg menghina islam,

tidak pernah mencarut,tidak pernah menghukum umatnya masuk ke neraka atau syurga kerana menyokong PARTI POLITIK..tetapi menyampaikan kepada umatnya perbuatan yg di lakukan membolehkan kita masuk syurga atau neraka.

tidak pernah bercakap putar belit untuk mempertahankan kroni2 atau sahabat2 yg melakukan kesalahan dan kemungkaran.

sentiasa bersifat tenang tanpa ada perasaan dendam terhadap musuh2 dan juga umat islam yg lain.

sentiasa merendah diri dan tidak pernah membanggakan diri dan sentiasa bersyukur dengan melakukan ibadah kepada Allah walaupun Allah memberi jaminan syurga.
Bijen M. said…
mana2 pun jangan jumud sudah..
;D
naruto said…
salam ramadhan..semua..
adoi la pas org melatu islam..umno pun melayu islam...politik saje sudah la...tak payah la kate mengate sape lagi bagos islam nyer...nyate dah dua2 parti pon islam...buat la amalan baik ikt cam Rasul dulu..kan ada bagos...politikkan Islam buat ape...takde paedah dapat dosa silap2 taw..so damailah wahai saudara islam pas and umno ku...orait!!!
tok pawi said…
22. Dalam Islam rukun Iman ada enam, dalam Pas ada tiga - pertama, percaya kepada Nik Aziz; kedua, percaya kepada Anwar Ibrahim (di Permatang Pasir yg kedua jadi yg pertama) dan ketiga, percaya kepada DAP
parjo_7 said…
salam...
mungkin hanya orang yg dilahirkan didlm hutan dan x pernah berjumpa dgn orang luar ssahaja yg berpegang dan beranggapan bahawa PAS=islam...
tolonglah berhujah dgn yg lbh baik utk sama2 mendpt manfaat...x kira dari UMNO atau PAS...
jika islam dan iman pun ada bezanya...apatah lagi PAS dan UMNO...pasti ada bezanya...
jgn kita menilai sesuatu parti hanya kerana pemimpin atau ahli yg jahil...tetapi yg perlu kita nilai dan pahamkan ialah dasar atau perlembagaan parti itu...apa dasar PAS...dan apa pula dasar UMNO...marilah kita berbincang dgn baik dan mencari kaedah yg terbaik utk sama2 kita berjuang dan memilih wadah yg terbaik...
inilah caranya utk kita bersatu sbg umat islam...
nik aziz pun manusia biasa...harussani pun manusia biasa...dan kita juga manusia biasa yg mampu berfikir buruk dan baik serta mampu menilai hujah dari sumber yg sahih agar dpt kita berlaku adil pada diri sendiri...insyaAllah...
dlm berbincang...x perlu kita mengaitkan orang lain...sebaliknya kita tgk diri kita ni...betul ke tindakan kita dlm memberi sokongan pada parti dan individu tertentu...ataupun kita menyokong atas dasar memenuhi nafsu amarah kita dan ego kita...
berpolitik didlm islam berbeza...parti itu sbg wadah sahaja...tapi kalo dasar parti itu tidak betul,goyah dan x jelas halatujunya...lbh baik kita ambil parti yg jelas dlm memperjuangkan islam...isu2 lain itu hanya sampingan malahan mainan ahli politik yg tidak memahami politik islam x kira dari UMNO atau PAS...oleh itu seklai lagi sy tegaskan...lihat dasar parti itu...mari kita bincnag dan bahaskan dgn berhemah secara ilmiah hanya dgn satu matlamat iaitu mencari redha Allah...insyaAllah..
Anonymous said…
Sepatutnya " 21 dalil perbezaan antara PAS dengan UMNO di dalam mejuangkan Islam". PAS tak sampai kemaruk nak sama antara parti dan agama. Malah PAS hanyalah satu wadah dalam siasah berpilihanraya. Kenapa zaman Tok Kenali tak da PAS, kerana masa tu mana ada lagi sistem pilihanraya berdemokrasi tinggalan penjajah ni. Wadah, manhaj, uslub namanya bukan ugama.

DR NO
Anonymous said…
Saudara Azli,

Terima kasih kerana kerana posting bertajuk "21 Dalil Perbezaan antara PAS dengan Islam".

Harap-harap ramai ahli-ahli PAS baca dan mendapat iqtibar daripadanya.
Xenan said…
kesian la plak.Bro ni baru baper tawun dok melaysia nih?

Saper kate islam tuh PAS?
Jgn terikut dgn definasi UMNO yg kata melayu itu islam n islam tuh melayu.Kesiannyer bro ni...patut la tak paham2.

Siap buat list bende yg paling bangang penah wa tgk.

Ini contoh jumud melayu.Fitnah paling besar "keIslaman ahli-ahli parti lain pun boleh dipertikaikan oleh PAS"

Mcm ni la wa kasi cth.Katakanlah kita nampak org islam minum arak.Kita tegur die:-

" woi hangpa ni islam ke idak ni?Arak sesuka ati ja minum?Nak jd kapir ke?"

persoalan 1: adekah teguran kita salah?

persoalan 2:Adekah bila kita melihat kemungkaran kita tak patut tegur kerana takut mempertikai keislaman pendosa?

Yg gua nampak, kalau ikut iktikad bro azli ni, andai kata die nampak geng2 UMNO dia minum arak mesti die takut nak tegur sbb takut dikata mempertikai keislaman geng2 die.

btw,
kalau boleh terangkan lah konsep islam dan iman.Kasi kefahaman sikit pd geng2 UMNO bro tu.Takan biro agama UMNO tak tau konsep kot?
Aslmualaikum.

bulan Ramadhan mulia ni sama2 kita tggalkn kejap dunia..

fikirkn ttg saham akhirat kita.

PAS atau UMNO belum tentu bwk kita ke syurga

mari tgkatkn amal. cukuplah perselisihan demi perselisihan ini

Wallahualam
Guest! said…
bismillah...
http://anwaribrahimblog.com/2009/08/21/putar-belit-tuan-guru-nik-aziz-mahu-saman-akhbar/

salam,
saya xnak berhujah panjang kerna bisa saja membazir kudrat, lagi2 jika hati hanya seperti cermin, kelihatan bersih bersinar tp tidak menerima sebaliknya memantul kembali (nauzubillah).

1. mohon sekali jangan disamakan islam dengan y lain, kerna tiada seumpamanya.
2. Mohon sekali jangan dibangkitkan isu y sensitf jika saudara y dikasihi bukan dlm bidangnya. Jika ada kekeliruan jangan guna ayat penyata apatah lg uslub khabari, sebaliknya gunalah uslub insya'ie.
3.seterusnya, minta saudara mbuat renungan pada karangan saya berikutnya. Tadabbur bdasrkn (bkn nafsu), minda(u faham bkn bidas), panduan kita(alquran n sunnah).

sekadar Bayan:
1. mengapa mediaatidak terus n telus dlm mberitahu hal sebenar, kenapa ada putar belit? potong cakap?
2. saya rase mufti perak kata didalam media betul mengikut situasi diterimanya. situasi y diterimanya adalah "adakah seseorang boleh menentukan masuk syurga n neraka?" tentulah mufti jawab tidak!. kerana ini jelas dan ada dalilnya "dr quran n sunnah" bkn buatn sendiri spt diatas.
3. pada pendapat anda, adakah orang kafir masuk syurga?, dan andai kata mufti perak ditanyakan soalan y sama, tentu sahaja jawapan sama iaitu, TIDAK!. kenapa? lihat kembali pada dalil "alquran n sunnah(& bkn buatn sendiri)".
4. seterusnya, jika dibuka pada kitab fiqh, Aqidah dan alHadith,bab murtad, sebab murtad. antara pkara y memurtadkan org ialah tidak menerima atau mpersendakan hukum islam(sama juga bg mereka y menyokong perkara tsebut), kita telusi 1per1.
-hukum hudud adalah hukum islam dan hukum ini dhirar dan dominan. kenapa tidak diamalkan walaupun negara ini negara islam? kenapa ada menteri y sanggup memperlekehkan dengan menyatakan sesiapa nk sup tangan pergi kat kelantan? kenapa ade y sanggup menyatakan kalau zaman nabi xde GILLETE xpotong janggut? andai pernyataan ini dtanya pada ulama'2 syria,mesir,arab, mufti y sebenarnya Mufti(layak mengeluarkan fatwa, dan boleh berijtihad, mengikut ta'rif ilmu fiqh sebnar bkn pakai otak manusia y bkn dlm bidang itu), terus terang mereka akan rasa dan kata "tentu sahaja mereka orang kafir y memusuhi umat islam! mereka ini lebih kurang sahaja dengan pembuat kartun y menghina nabi, pbikin filem FITNA dan sbg. kenapa? pasal hukum gillete, seolah2 nabi itu kuno xde pisau janggut, dan peraturan itu xrasional sepanjang zaman. kata islam itu menyeluruh, kenapa hukum janggut dibuat permainan, kalo xnk simpan jgn dikeji amalannya. bagaimana mereka y mendokong pkara tsebut? y menyokong persendaan itu? orang bertaqwa? beriman? ulama'? Oh... jauh sekali,tentu sekali mereka tgolong orang diatas dan boleh dikata murtad. maka persoalannya kembali, apa hukum mereka y murtad? tentunya kafir! apa tempat dijanjikan Allah kpd mereka y kafir? Syurga? sidratul muntaha? maka, sama2lah kita muhasabah n kaji semula. Bukan saya nk mhukum org kafir atau islam, sebliknya kita cuba muhasabah.kita ada kitab, apa salahnya kalu kita guna. tiada gunanya saya mhukum orang kafir, mutad or vice versa, kerna itu hanya mbazir, bukanlah ada peruntukan undang2 untuk murtad dr segi islami, sebaliknya dengan denda y xseberapa, sampah n xberguna pd mata saya. ttp saya sbg hamba, dan kita semua sbg hamba kpd allah azza wajall patutnya sedar batas2 kita, walaupun dunia kini slalu mjadikan aqidah kita spt telur dhujung tanduk shinggakan ulama' tpaksa m'istihsankan lg ijtihad mereka buat mereka y sering mlampaui batas.

'maaflah tlajak coretan. saya bukan mereka y layak berkata, ttp saja mahu bkongsi pendapat dn idealogi untuk manfaat bsama' andai tsalah seribu maaf saya pinta, dan boleh usulkan pd komen seterusnya...
wAllhu a'lam..
manusia tidak tlepas dr silap dan salah, maka sama2ah kita koreksi diri kita. Sama2 kita teguh pada jalan Islam,ya muqallibal qulub, Tsabbit qulubana ala diinik.
Anonymous said…
ni sebenarnya satu artikel paling bodoh. PAS tak pernah cakap PAS itu sama dengan Islam. Tapi PAS sebagai wadah untuk memperjuangkan ISLAM. menulis tanpa fikir. lainlah kalau PAS jadikan PAS itu sama dengan ISLAM Sebagai agama. lainlah. yang pergi buat beza PAS dengan ISlam itu kenapa? lainlah kalau bezakan ISlam dengan Kristian barulah adil. kalau bezakan UMNO dengan PAS, kenalah.
azlishukri said…
guest - apa pula pandangan saudara pula berkenaan menyamaan Allah dengan sifat samseng? bukankah itu jauh lebih menghina agama Allah yang mulia ini? dan bagaimanakah pula kedudukan orang yang mendakwa sebegitu? satu lagi saudara harus bezakan antara pemimpin UMNO dengan UMNO secara keseluruhan. saudara main pukul rata sahaja. Jika ada pemimpin UMNO yang menolak Islam, jatuh kafir itu hanyalah kepada individu tersebut dan bukan kepada parti UMNO itu sendiri.
Ninja Turtle said…
SAUDARA AZLI NEY SAYA TOLONG TAMBAH LAGI DALIL PAS NEY

MESTI FANATIK KEPADA PARTI
Penganut PAS dan Komunis memang ada satu persefahaman

MESTI UTAMA BENDERA PARTI
Orang Komunis suka pasang itu bendera bintang 3 lekat lumah lia, orang PAS pun suka pasang bendera bulan lekat lepan lumah

MESTI BERKORBAN HARTA UNTUK PARTI
Orang Komunis dulu curi duit, bagi parti tapi KOMANDER hidup senang curi duit parti (LAI TECK itu KOMANDER sibilum CHIN PENG) Orang PAS curi jugak duit orang kampong dalam ceramah, duit memali dan duit Masjid Al Hana

ORANG LUAR PARTI KAFIR
Orang Komunis cakap sesiapa tak sokong depa KAFIR(lia pun tatak picaya tuhan)mesti mau lawan pun selupa orang PAS cakap orang luar dari PAS punya parti KAFIR sama SIKULAR mesti mau lawan juga

AGAMA SEBAGAI CANDU
Orang komunis tidak percaya agama dan depa cakap agama selupa PEK HUN, orang PAS pun selupa pasai depa pulak putar bilit agama selupa olang mabuk PEK HUN

MESTI TAAT PADA PEMIMPIN
Orang komunis mesti setia sama komander nanti kena tembak selupa olang PAS mesti setia pada TOK GULU nanti tak boleh masuk syurga

PRESIDEN PARTI TIDAK ADA KUASA
Dalam Parti Komunis orang yang banyak cakap itu SETIAUSAHA AGONG selupa PAS yang banyak cakap plak MURSYIDUL AM

SO HANG PA PIKIAQ LA, SAMA KA DAK PARTI KOMUNIS DENGAN PARTI PAS
gagasan_warisan said…
Pas adalah parti yang apabila partii lain buat semua salah...haram ..masuk neraka....

kene batang hidung dia semua ikut sunnah..halal..leh masuk syurga.......
Anonymous said…
At least PAS ambil bicara fasal halal, haram, dosa, pahala, syurga & neraka. Hal ini agak janggal/asing dalam bicara harian UMNO/pemimpin UMNO. Dah tersabit buat rasuah (ops politik wang) pun, masih diberi amanah menjaga urusan rakyat.
Ninja turtle, anda kena bezakan perjuangan dengan cari makan.

DR NO
Anonymous said…
Salaam Ramadhan Azli,

Saya sekadar menyatakan pendapat, janganlah menyamakan agama iaitu Islam dengan Parti, walaupun PAS sendiri mengiktiraf bahawa ianya Parti Islam dan mengamalkan konsep pemerintahan Islam. Hal ini tidak diiktiraf oleh UMNO pula.

Saya suka mencadangkan supaya anda membuat perbandingan diantara parti iaitu UMNO dan PAS yang membawa imej kepartian bukan agama.

Contoh lebih jelas, adalah tidak adil menyamakan kereta dengan minyak yang digunakan untuk mengetahui prestasinya yang maksimum sebaliknya samakan kereta dengan jenis kereta yang lain. Maka ianya lebih adil dan tidak berat sebelah.

Sekadar cadangan dan peringatan.

Wassalam.

DEE
jebbat said…
Salam blogger

PAS naik atau UNMO naik atau PKR naik... pendek kata BN naik atau PR naik... mereka tetap akan menggunakan perlembagaan Malaysia sebagai rujukan. (Mengikut perlembagaan PAS, mereka tidak akan memansuhkan Pelembagaan Persekutuan)

"Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu satu perlembagaan yang ditinggalkan." [Al Furqaan'(25):30]

PAS mencaci UMNO dan UMNO mencaci PAS. Itulah busuknya demokrasi yakni kebebasan ciptaan Lord Reid.
Berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia kononnya memberi keadilan kepada manusia sejagat.

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir”. [Al Maa-idah'(5): 44].

“dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. [Al Maa-idah(5): 45].

“dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik”. [Al Maa-idah(5): 47].

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". [An Nisaa'(4): 65].

Al-Quran adalah PERLEMBAGAAN bagi ummat Islam dan bukan Perlembagaan Persekutuan yang hanya di tulis oleh manusia.

Jadi..........

Fikirkanlah... InsyaAllah dan semoga ana dan antum semua mendapat petujuk dan hidayah ke arah jalan kebenaran.
Anonymous said…
aku setuju dibuat perbandingan PAS dan UMNO. umno dah bina negara ni 50thn dgn berpandukan al-quran dan sunnah.

tapi tak terjerit2 ditepi parit bertakbir mcm puak2 PAS tapi hakikatnya tak da satu pun yg terbina.

sebagai permulaan aku dahulukan dgn tabung haji di pihak UMNO dan pas yg perintah kelantan lebih 20++ thn (kalau campur seblm thn 89), jasa PAS setakat belikan insuran utk golongan janda di kelantan.

nnt kejab aku nak gelak ... hehehe...

tu belum cerita UMNO buat sekolah, universiti, kolej, hospital, mahkamah, badan2 agama islam negeri, badan syariah, zakat , dll. kalau tulis 2-3 hari pun tak habis.

cuba senaraikan apa pencapaian di kelantan. kalau nak kata sederhana pun masih jauhh lagi... jauh dari paras sederhana. buat tokong baring...??

khairul nizam.
Anonymous said…
50 thn pas berpolitik, tapi politik meruntuhkan. umno bina pas runtuh. umno bina lg pas ranapkan semua.

kalau diberi pilihan politik bagaimana yg anda pilih. aku pilih yg membina. membina boleh jadi amal jariah , kesinambungan selepas kita mati nnt.

sudah tentulah apa yg kita bina itu utk perpaduan yg menguntungkan segenap lapisan masyarakat di malaysia ini. semoga mereka ini di beri pahala.

tapi meruntuhkan perpaduan dan membakar silaturrahim atas nama islam sesama saudara adalah sesat dan perbuatan keji yg disanjung oleh puak2 PAS.

BRAhim.
Kepada saudara Azli sila teruskan perjuangan dalam menegakkan yg hak dan menentang yg batil..

Penyokong/ahli PAS sememangnya taksub dengan Tuan Guru mereka sehinggakan perkara yg tak betul pun mereka boleh angguk kepala..

Contoh paling jelas di sini ialah Rijal sendiri bertanya kepada saudara Azli mengenai status agama saudara..

Tengok muka Nik Aziz boleh dapat pahala? Ni fatwa mana pulak?

Apa2 pun saya sokong saudara Azli untuk terus mendedahkan apa yg sepatutnya didedahkan..
shamshul anuar said…
Saudara sekalian,

Janganlah kita taksub kepada manusia. Baik seseorang hamba Allah bukan terletak pada parti mana, UMNO atau PAS.

Kedua-dua UMNO dan PAS ada silap. Jadi jika kita mencari salah UMNO( contohnya), memang tak habis. Namapun manusia.

Seorang kawan saya dari PAS dengan bangga memberitahu saya yang dia dengan mudah dapat senaraikan 10 'dosa" UMNO. Saya jawab kalau dia boleh senaraikan 10 salah UMNO, saya akan senaraikan 30 salah UMNO.

Beliau terdiam. apa maksud awak? Saya jawab bersediakah dia untuk dengar senarai salah PAS?

Saya sekarang boleh senaraikan 50 salah PAS terhadap umat Islam Malaysia. Dia terdiam.

Moral ialah jujurkah kita atau sekadar cari salah orang.

Dengan niat ikhlas saya menyeru PAS supaya mengubah sedikit pendekatan terhadap UMNO. Cara PAS terlalu kasar.

Tak bolehkah PAS bersopan terhadap UMNO. Tentu bolehkan. Sedangkan dengan DAP, PAS begitu "memahami". Apa salahnya berhikmah dengan UMNO.

Berpuluh tahun lamanya saya dengar dari mulut ahli PAS yang haram berbaik dengan bukan Islam dalam hal politik.

Sekarang apa dah jadi. PAS berpeluk pula dengan DAP. Bukan itu saja. Sanggup pula jadi pecacai DAP.

Nasihat saya pada PAS ialah tiada seorang pun umat Islam Islam yang untung melalui hubungan PAS-DAP. Yang ada ialah kerugian pada kuasa politik Islam.

PAS sebagai pecacai DAP berjaya lemahkan UMNO; satu -satunya parti politik yang menjadi halangan DAP .

Tak percaya? Adakah kita semua sanggup kehilangan kuasa politik baru hendak percaya.

Tepuk dada tanya selera.
Dear...good evening !







ben ɟid̪eɾim ad̪ɯm kaɫɯɾ
d̪ost̪ɫaɾ beni hatɯɾɫasɯn
d̪yjyn oɫuɾ bajɾam ɟeliɾ
d̪ostɫaɾ beni hatɯɾɫasɯn

dʒan kafest̪e d̪uɾmaz utʃaɾ
d̪yjja biɾ han konan ɟœtʃeɾ
aj d̪oɫanɯɾ jɯɫːaɾ ɟetʃeɾ
d̪ostɫaɾ beni hatɯɾɫasɯn

dʒan bed̪end̪en ajɾɯɫadʒask
t̪yt̪mez badʒa janmaz odʒak
selaːm oɫsun kudʒak kudʒak
d̪ostɫaɾ beni hatɯɾɫasɯn

atʃaɾ solaɾ t̪yɾly tʃitʃec
cimleɾ ɟylmyʃ cim ɟyledʒec
muɾat jaɫan œlym ɟeɾtʃec
d̪ostɫaɾ beni hatɯɾɫasɯn

ɟyn icindi akʃam oɫuɾ
ɟœɾ ci baʃa neleɾ ɟeliɾ
βejsel ɟideɾ ad̪ɯ kaɫɯɾ
d̪ostɫaɾ beni hatɯɾɫasɯn
Pembela Melayu said…
mmmmm naperla ada lagi yang berfikiran kolot n terlampau-lampau ortodoks sangat ni....yang ngantor msg pun tak berani...pakai nick 'Cik Anon' laaa....apo laaaa korang ni...'harapkan KOPIAH JER PUTIH AKAI TARAK
Anonymous said…
KALAU NAK MASUK SYURGA TAK PAYAH IKUT RUKUN ISLAM IKUT PAS JA....HAHAHA...POLITIK PAS PEROSAK AGAMA...KAFIAK DIPELUK ORANG ISLAM DICACI DITUDUH KAFIR...PI LAH
Anonymous said…
Salam..
tuan memang PAS sebuah parti..
beza PAS dan UMNO..

PAS meletakkan ISLAM sebagai dasar perlembangaan.
Teras UMNO ada dasar kebangsaan.

PAS berusaha sebenar untuk memartabatkan ISlam (walau dikekang oleh BN)..
PAS masih TIDAK PERCAYA/ YAKIN dengan kebenaran perintah-perintah Allah..

bila PAS nak wartakan Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu.. pemimpin UMNO la yang dulu buat laporan.. bantahan
Anonymous said…
PAS adalah wasilah untuk menegakkan ISLAM di bumi MALAYSIA ini...

sekurang2 PAS bercita2 menegakkan ISLAM.. UMNO??
Anonymous said…
pasal TG nik Aziz kata Allah samseng tu... kamu kena la dengar abis apa yg dia cakap... jangan dengar sikit2 terus hentam...

maksud dia... kita jangan jadi samseng.. sbbb kalo kita samseng.. buat jahat.. Allah lebih hebat/boleh balas perbuatan org tu..

bese la orang belajar tauhid guna ayat macam tu.. orang tak belajar... pegi la belajar.

janagn duk dengar sekerat... harfiah camtu je..

kan asma Allah pun ada Al-mutakkabir...

tak tau la engko banyak dosa yg ko buat dengan TG NIK AZIZ... kalo ko mati abis la... mati dalam hina ulama'
Anonymous said…
salam....
dalam hal macam ni kte kembali kepada quran dan sunnah....
islam tu agama yang syumul.
the way of life.
politik turut dicakupi oleh islam
dengan makna lain islam dahulu politik seiring.
ahli politik islam yang menyimpang jauh dari islam kita tolak bulat-bulat.
pemimpin islam yg ikut islam kte ikut....
aRyDaR said…
Salam semua...
PAS tak pernah samakan Islam dengan parti. Parti hanyalah wadah bagi mengakkan Islam. Di Malaysia, hanya itulah satu2nya cara untuk menegakkan Islam...melalui saluran politik. Tanpa kuasa, susah nak tegakkan Islam. Ya, UMNO adalah parti untuk Melayu yang majoritinya adalah Islam. Tapi adakah wadah perjuangan UMNO berteraskan Islam? Bandingkan cerita2 penghinaan Islam (antara UMNO dan PAS). Mana yang lebih hebat? Bandingkan cara hidup pemimpin2 dua parti dominan ini...mana yang lebih mewah? Bandingkan juga dasar2 mereka...mana yang lebih beteraskan Islam? Adakah anda tahu, berapa banyak penindasan yang dilakukan ke atas kerajaan PAS di Kelantan? Adakah anda tahu, kepada siapakah dana kerajaan pusat disalurkan sebelum sampai ke kantung kerajaan PAS Kelantan? Bukankah itu cara untuk menafikan hak kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan negeri Kelantan? Adakah anda tahu, bahawa rakyat Kelantan hidup aman dan damai di bawah kepimpinan TG Nik Aziz? Adakah anda tahu, pembangunan insan lebih murni daripada pembangunan material? Sudahkah anda kaji dasar2 kerajaan PAS Kelantan dan segala usaha murni yang telah dijalankan mereka?

TG Nik Aziz bukanlah orang sembarangan. Kata2 beliau ada maksud yang tersurat dan tersirat. Dalam Bahasa Arab sendiri ada cabang untuk belajar bunga2 bahasa ni. Belajarlah Bahasa Arab yang sangat indah itu. Syair pujangganya penuh dengan maksud tersirat. Lenggok bahasanya sangat bukan senang untuk difahami orang Melayu. Lihat saja Al-Qur'an...anda takkan faham maksudnya hanya dengan membaca tafsir. Anda haruslah berguru. Kami bukan taksub dengan beliau, tapi kami amat takjub dengan ketokohan beliau. Tolong fikir sebelum berkata2. Dan satu lagi perkara, apa yang TG Nik Aziz kata, tak pernah disiarkan sepenuhnya 100% (banyak yang dipotong). Berat sebelah bukan? Double standard bukan? Anda harus bandingkan banyak perkara sebelum menghina beliau. Ulama' pewaris nabi. Namun, mereka ini terbahagi kepada dua. Pasti anda tahu bukan? Pilihlah yang lebih baik. Bukan secara semberono. Itu salah satu kewajipan kita sebagai umat Islam...memilih pemimpin yang TERBAIK buat kita.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca