KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 38 orang apabila 6 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Ulasan Saya :
Kematian akibat wabak H1N1 makin serius dihadapi oleh rakyat di negara ini. Saya berfikiran kerajaan harus segera mengambil langkah yang drastik atau mungkin juga harus memikirkan untuk mengumumkan darurat di kawasa-kawasan tertentu. Jumlah kes yang semakin meningkat, diserta dengan jumlah kematian yang bertambah-tambah, mengisyaratkan kepada pihak kerajaan, agar melakukan sesuatu yang bersifat drastik. Di samping itu, seluruh umat Islam harus segera bermunajat dan memohon terus kepada Allah, agar dugaan dan cabaran ini segera berakhir. Baru-baru ini saya difahamkan secara berjenaka, kononnya virus H1N1 boleh dicegah jika kita makan Kari Kepala Ikan banyak-banyak, benarkah begitu? Menurut rakan saya itu, mungkin secara bergurau, antara negara yang jarang dilaporkan jumlah kematian H1N1 ialah negara India. Menurutnya lagi, N1N1 tidak upaya masuk ke dalam tubuh badan orang yang kuat makan Kari Kepala Ikan. Hal ini adalah kerana kandungan yang terdapat dalam Kari Kepala Ikan ialah bahan yang boleh merangsang tubuh badan menjadi lebih berdaya tahan dan menguatkan lagi pertahanan tubuh badan (antibodies). Namun demikian, secara peribadi saya khuatir dengan fakta ini. Mungkin cerita ini sengaja diadakan-adakan bagi melariskan jualan Kari Kepala Ikan di pekan-pekan besar. Malah, ia juga belum dibuktikan secara saintifik oleh para doktor perubatan. Jadi apa pandangan para bloggers semua pula? Wallahualam.
Comments
JANGAN LUPA KARI ADALAH HERBA..HE HE HE
dorang makan ape ntah??~
=)
saya rasa itu cuma gurauan je kot. Takde penemuan saintifik lagi berkaitan hal ini.Mungkin yang terbaik gunakan madu dan minum air bersih.
mungkin kalau dimasak kari lagi bagus
hehheeh
mcm susah nak percaya sbb tak ada pembuktian dr segi saintifik..
apepun2 kita kene menghalangnya dari ia terus melarat..
mcm nie laris la mamak jual kari pale ikan..hehe
bab imune mmg berkesan
sebab tu kena cari makanan kaya dengan nutrisi
contoh epal
tp ade sikit je la
seb bek makan herbalife
hehe
kelakarnye...
btw, kari kepala ikan mmg sedapla...
mmg special brbanding kari bhgn bdn yg lain...
makan epal hijau..
Apa yang penting...maybe MADU is the best!!..byk khasiatnya..utk imunisasi jua..InsyaAllah..:)
yg rq tau..mkn habbatus sauda'..minum madu, eq minda dan rossele kapsul insyaalah blh mnghalang bnda ni dr kna kat korg...
better try mkn bnda yg rq sbut ni..
believe i n u will see the different..
Selama hampir sebulan lebih tidak saya memasuki blog kerana urusan yang agak mendesak dan terkemudian banyak pula yang harus dibereskan.
Tiba-tiba memasuki pejabat saya di Cyberjaya ini maka teringat pula kepada blog Saudara Azli.
Terkejut juga lakunya apabila muncul teori Kari Kepala Ikan. Siapa yang percaya kepada "teori bodoh" ini memang tergolong dalam kategori Ketagih Kedai Mamak.
Setakat yang saya tahu melalui rakan-rakan doktor, Masakan Mamak ini mengundang banyak penyakit kerana kandungan minyak yang agak tinggi.
Ramai juga orang Melayu yang tidak tahu kari kepala ikan ini lambat basi berbanding kari kepala ikan yang kita masak. Kenapa lambat basi?
Jawapannya hanya satu, minyak babi. Tapi kita tidak sedar perkara ini. Buktinya (kata seorang pensihat pemakanan)
1. Minyak babi menjadikan makanan lambat basi.
2. Minyak babi susah ditanggalkan. Jika saudara-saudara saudari tidak percaya, pergi makan kari kepala ikan di kedai mamak dan kemudian lihat bertapa kuat dan susah nak basuh bau serta kesan kari tersebut. Banding kita makan kari kenduri atau rumah, tidaklah begitu sukar kesannya ditanggalkan.
Maka janganlah terpengaruh dengan dakyah serta penipuan pihak tidak bertanggungjawab ini.
Dato Adil
Cyberjaya.
Saya ucap tahniah kepada Saudara Azli kerana usaha dan perbincangan dalam blog ini beberapa ketika yang lalu tentang hadiah RM 50 ribu majalah Masyarakat akhirnya membuahkan hasil apabila pemenang telah diumumkan. Dengan pertanyaan dan komentar pembaca, maka hadiah 50 ribu itu tidak boleh didiamkan. Ini satu kejayaan dan seharusnya diteruskan sebagai penegur kepada pihak yang sentiasa memandang ringan perkara-perkara yang penting.
Tahniah sekali lagi. Jika bukan kerana perbincangan terbuka, tentu sehingga kini membisu seribu bahasa.
Dikesempatan ini juga saya mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN JIKA ADA KETERLANJURAN SELAMA MOHN DIMAAFKAN.
Ikhlas
Dato Adil
Cyberjaya.
Dari simptom, virus akan menyerang sistem pernafasan dan penghadaman yang lemah dan juga melalui 'kepanasan dalaman' yang dihasilkan melalui makanan pedas, berempah dan digalakkan dengan kekurangan rehat. Bukan hanya demam sahaja yang menjadi penyebab utamanya..
Malaysia berada tangga ke10 dari segi kematian flu ini.
http://dinmafia.blogspot.com/2009/08/h1n1-kenapa-tak-boleh-tutup-sekolah_13.html