Skip to main content

Kari Kepala Ikan Boleh Sembuhkan H1N1?


Kari Kepala Ikan
Boleh Sembuhkan H1N1?


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 38 orang apabila 6 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Ulasan Saya :

Kematian akibat wabak H1N1 makin serius dihadapi oleh rakyat di negara ini. Saya berfikiran kerajaan harus segera mengambil langkah yang drastik atau mungkin juga harus memikirkan untuk mengumumkan darurat di kawasa-kawasan tertentu. Jumlah kes yang semakin meningkat, diserta dengan jumlah kematian yang bertambah-tambah, mengisyaratkan kepada pihak kerajaan, agar melakukan sesuatu yang bersifat drastik. Di samping itu, seluruh umat Islam harus segera bermunajat dan memohon terus kepada Allah, agar dugaan dan cabaran ini segera berakhir. Baru-baru ini saya difahamkan secara berjenaka, kononnya virus H1N1 boleh dicegah jika kita makan Kari Kepala Ikan banyak-banyak, benarkah begitu? Menurut rakan saya itu, mungkin secara bergurau, antara negara yang jarang dilaporkan jumlah kematian H1N1 ialah negara India. Menurutnya lagi, N1N1 tidak upaya masuk ke dalam tubuh badan orang yang kuat makan Kari Kepala Ikan. Hal ini adalah kerana kandungan yang terdapat dalam Kari Kepala Ikan ialah bahan yang boleh merangsang tubuh badan menjadi lebih berdaya tahan dan menguatkan lagi pertahanan tubuh badan (antibodies). Namun demikian, secara peribadi saya khuatir dengan fakta ini. Mungkin cerita ini sengaja diadakan-adakan bagi melariskan jualan Kari Kepala Ikan di pekan-pekan besar. Malah, ia juga belum dibuktikan secara saintifik oleh para doktor perubatan. Jadi apa pandangan para bloggers semua pula? Wallahualam.

Comments

One Malaysia said…
ini teori mamak mana pulak nie? gerenti nak lariskan kari masakan diaorag
PARPUKARI said…
KARI MEMANG BERAPI TUAN AZLI! MUAHAHAHAHAHAHA

JANGAN LUPA KARI ADALAH HERBA..HE HE HE
r.k said…
tapi, dengarnya ISRAEL langsung x kene~

dorang makan ape ntah??~

=)
Unknown said…
salam
saya rasa itu cuma gurauan je kot. Takde penemuan saintifik lagi berkaitan hal ini.Mungkin yang terbaik gunakan madu dan minum air bersih.
wiranto said…
bapak, tempe juga bagus kok pak
mungkin kalau dimasak kari lagi bagus
hehheeh
salam bro,
mcm susah nak percaya sbb tak ada pembuktian dr segi saintifik..
apepun2 kita kene menghalangnya dari ia terus melarat..

mcm nie laris la mamak jual kari pale ikan..hehe
ZULKIFLI said…
Ha, ha! Kelakar juga hal ini. Saya pun tak percaya. Ini semua kes menahan lukah di pergentingan. Ambil kesempatan.
Relevan said…
Kita cuba pula mkn emping kekalu banyak banyak yer en Azli..mana tau khasiat emping boleh meningkatkan antibodi..
joegrimjow said…
yg ku tau kene jaga badan dari segi kesihatan
bab imune mmg berkesan
sebab tu kena cari makanan kaya dengan nutrisi
contoh epal
tp ade sikit je la

seb bek makan herbalife
hehe
MiSs aNySs said…
i love curry kpala ikn so much.. btw rsaw la ths h1ni...
cekodokmasin said…
Laa.. nape tak cuba belacan ker, cencaluk ker, asam pedas ikan semilang ker, budu ker, sambal belacan cecah ulam-ulaman ker? kari kepla ikan mamak juga yang popular.... Muhahahahahaha
fahana_ann said…
hehe..teori mamak?mungkin..tapi antibodi memang kena kuat dalam brusaha mengelakkan h1n1 terus merebak..em, belum ada ubat dan sangat cepat merebak, sewajibnya, seharusnya, amalkan ayat kursi..selain usaha memakai penutuo hidung dan berjumpa doktor tuk tahu tahap kesihatan
ejatidiaz said…
hahaa...
kelakarnye...
btw, kari kepala ikan mmg sedapla...
mmg special brbanding kari bhgn bdn yg lain...
Mrs. Mizan said…
salam..
makan epal hijau..
Nisa-e said…
macam tu mulai hari ni moh ler kita pi makan kari kepala ikan!
Pn Kartini said…
ermm...Macam2kan teori..petuanya..
Apa yang penting...maybe MADU is the best!!..byk khasiatnya..utk imunisasi jua..InsyaAllah..:)
The Informist said…
perhaps betul jugak. sebab untuk elak influenza perlu ade protein, omega 3 dan vitamin c. Ikan ada banyak omega 3. Tu pasal banyak pharmacist yang berborak ngan saya sarankan pekena balik scotts emulsion.
Anonymous said…
teori sengal mana lak ni???

yg rq tau..mkn habbatus sauda'..minum madu, eq minda dan rossele kapsul insyaalah blh mnghalang bnda ni dr kna kat korg...

better try mkn bnda yg rq sbut ni..

believe i n u will see the different..
Anonymous said…
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Apa Khabar Saudara Azli serta Blogger Seluruhnya.

Selama hampir sebulan lebih tidak saya memasuki blog kerana urusan yang agak mendesak dan terkemudian banyak pula yang harus dibereskan.

Tiba-tiba memasuki pejabat saya di Cyberjaya ini maka teringat pula kepada blog Saudara Azli.

Terkejut juga lakunya apabila muncul teori Kari Kepala Ikan. Siapa yang percaya kepada "teori bodoh" ini memang tergolong dalam kategori Ketagih Kedai Mamak.

Setakat yang saya tahu melalui rakan-rakan doktor, Masakan Mamak ini mengundang banyak penyakit kerana kandungan minyak yang agak tinggi.

Ramai juga orang Melayu yang tidak tahu kari kepala ikan ini lambat basi berbanding kari kepala ikan yang kita masak. Kenapa lambat basi?

Jawapannya hanya satu, minyak babi. Tapi kita tidak sedar perkara ini. Buktinya (kata seorang pensihat pemakanan)

1. Minyak babi menjadikan makanan lambat basi.

2. Minyak babi susah ditanggalkan. Jika saudara-saudara saudari tidak percaya, pergi makan kari kepala ikan di kedai mamak dan kemudian lihat bertapa kuat dan susah nak basuh bau serta kesan kari tersebut. Banding kita makan kari kenduri atau rumah, tidaklah begitu sukar kesannya ditanggalkan.

Maka janganlah terpengaruh dengan dakyah serta penipuan pihak tidak bertanggungjawab ini.

Dato Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
Tahniah Saudara Azli.

Saya ucap tahniah kepada Saudara Azli kerana usaha dan perbincangan dalam blog ini beberapa ketika yang lalu tentang hadiah RM 50 ribu majalah Masyarakat akhirnya membuahkan hasil apabila pemenang telah diumumkan. Dengan pertanyaan dan komentar pembaca, maka hadiah 50 ribu itu tidak boleh didiamkan. Ini satu kejayaan dan seharusnya diteruskan sebagai penegur kepada pihak yang sentiasa memandang ringan perkara-perkara yang penting.

Tahniah sekali lagi. Jika bukan kerana perbincangan terbuka, tentu sehingga kini membisu seribu bahasa.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN JIKA ADA KETERLANJURAN SELAMA MOHN DIMAAFKAN.

Ikhlas

Dato Adil
Cyberjaya.
Aura Gading said…
dari makan kari kepala ikan baik makan buah epal hijau 4 biji sehari. ataupun buat jus. dan makan juga jus oren. orang yang demam pun boleh jadi sembuh. buah-buahankan bagus untuk kesihatan.
MKriza said…
Minggu lepas baru sahaja makan kari kepala ikan masakan mak mertua. Moga-moga badan saya kuat antibodinya. Ahaks!!!
Nizar_Ryza said…
mengarut sama sekali.. makan makanan yang pedas atau bersifat kepanasan lebih memudahkan kita dijangkiti virus A/(H1N1).

Dari simptom, virus akan menyerang sistem pernafasan dan penghadaman yang lemah dan juga melalui 'kepanasan dalaman' yang dihasilkan melalui makanan pedas, berempah dan digalakkan dengan kekurangan rehat. Bukan hanya demam sahaja yang menjadi penyebab utamanya..

Malaysia berada tangga ke10 dari segi kematian flu ini.

http://dinmafia.blogspot.com/2009/08/h1n1-kenapa-tak-boleh-tutup-sekolah_13.html

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...