Skip to main content

Terima Kasih Para Perwakilan


Terima Kasih Para Perwakilan



Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini.


Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Tahniah KJ kerana lepas ini BN keseluruhannya hancur...sabar Azli..
Kebenaran akan terbukti nanti
Anonymous said…
Bro,

Aku bukan ke sini untuk cari gaduh tetapi memberi sedikit gambaran. Ini adalah pertadingan 3 penjuru, dari segi matematik, KJ boleh menang dengan 34% undi. Tak kira kawan ke lawan, semua orang hanya menumpu pada KJ aje, yang kawan sokong dia, yang lawan kritik dia leh. Dengan 'media exposure' yg sebegitu kuat, takkan KJ tidak akan dapat misalnya 40% undi. Kao fikir baik baik, please kita tak nak bergaduh. Ok.
Anonymous said…
Salam Abg Azli.

Saya pun agak terkejut dengan keputusan tadi yang mana KP UMNO yang baru adalah KJ. Nampaknya para perwakilan yang diberi amanah oleh akar umbi untuk memilih telah mengkhianati amanah tersebut. Memang masih belum sedar dan serik lagi para perwakilan ini. Mereka secara terang-terangan memilih seorang pemimpin yang telah terbukti disabitkan kesalahan dengan politik wang dan bermacam lagi isu-isu negatif serta kegagalan beliau dalam pelbagai arena. Entahlah apa nak jadi sekarang. Adakah ini satu petanda menunjukkan bakal berkuburnya Parti Melayu yang terbesar di Malaysia dalam PRU 13 nanti. sama-sama kita nantikan

MPW
Unknown said…
kita kena tunggu lagi 3 tahun..
Syammil said…
pemuda tempah kubur untuk umno..
amirul said…
Salam Saudara Azli,
Aku kesal... walaupun aku hanya pemerhati... aku tetap mengikuti perkembangan politik semasa... bersiap sedialah untuk mengkafankan UMNO... Disebabkan Org2 seperti inilah... akan hancur masa depan org lain... nampak gayanya... mereka ini masih belum insaf... berteriaklah sehingga PRU13... anda pasti akan ditalkinkan...

Secara terang2 disahkan terlibat dlm politik wang... tetapi hanya diberi amaran dan diberi peluang bertanding... boleh menang pulak tuh... aku kecewa dgn keadaan ini...
kamal said…
Alhamdullillah akhirnya terjawab semua persoalan siapa yang menjadi pilihan pemuda umno.Dengan berkat doa seluruh pemuda umno dan pemuda pemuda khairy telah mendapat mandat untuk memimpin pemuda umno.Ini adalah satu kemenangan kepada seluruh pemuda yang mahu kesinambungan pemuda itu dapat diteruskan oleh khairy.

Pemuda telah menunjukan semangat SETIAKAWAN itu penting untuk membawa pemuda itu kekelompok rakyat agar pemuda itu sendiri menjadi tonggak kekuatan untuk memertabatkan agama,bangsa dan negara.

Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita.

Insyaallah dengan kesekapatan pemimpin pemuda marilah kita lupakan perebutan ini kerana pemuda ada tugas yang sungguh besar dalam pilihanraya kecil ditiga kawasan nanti.

Akhir sekali marilah kita bersatu ,ibarat buang yang keruh ambil yang jernih..
Anonymous said…
Salam,

UMNO TAK NAK BERUBAH. DULU, KINI DAN SELAMANYA.PENGUNDI SEDIA ADA BERSAMA REMPUHAN 4 JUTA PENGUNDI BARU BAKAL MENYAKSIKAN RUNTUHNYA EMPAYAR BARISAN NASIONAL@UMNO DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. PERWAKILAN PEMUDA UMNO MASIH BELUM FAHAM APAKAH ERTINYA TRANSFORMASI DALAM UMNO. APA LAGI YANG BOLEH KITA BUAT WAHAI SAUDARA KU , AZLI SHUKRI? RETAK MENANTI BELAH? PAKATAN RAKYAT SECARA AUTOMATIK MENJADI KUAT DAN GAGAH SEMULA.. INI ADALAH HAKIKAT YG KITA ORANG MELAYU HARUS TERIMA... MASA UNTUK UMNO SUDAH BERLALU... SELAMAT TINGGAL UMNO, SELAMAT TINGGAL PARTI YANG JUMUD!!!
Baijat said…
Saya bimbang akibat tersalah pilih calon ini akan mungkin menyebabkan pihak di akar umbi tidak akan memilih calon BN dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mereka mungkin tidak mengundi calon BN sebagai tanda protes.....

Retak yang menunggu belah
Unknown said…
saya turut berasa kecewa dengan kesilapan yang dilakukan para perwakilan. Bersedialah untuk melihat kerajaan baru kelak. Kita kena adakan pemilihan sekali lagi dengan sistem baru supaya tidak berlaku lagi kesilapan. Sistem baru itu telah saya jelaskan dalam blog saya.
Sampaikan salam takzim saya pada Datuk Mukhriz.Saya berharap agar timbalan presiden adalah Datuk Muhyiddin
TAHNIAH AZLI...

UMNO BERJAYA DITALKINKAN...
jangan la marah bro ..terima hakikat dalam pertandingan ada yg menang ada yg kalah
Anonymous said…
Assalamualaikum'

Benar kata saudara. Perwakilan Pemuda lebih mementingkan wang. Nasihat Timb. Presiden tidak diindahkan.

Apakah pemuda UMNO rela berpemimpinkan orang yang terang mengamalkan politik wang untuk memenangi jawatan?

Apakah harapan untuk membenteras politik wang kalau pemimpinnya sendiri terbukti mengamalkan politik wang?

Apakah ertinya bahagian2 Pemuda
diseluruh negara yang telah mencalonkan Dato Mukhriz? Jelas suara Pemuda akar umbi diketepikan.

Pemuda UMNO is a joker.

Jangan mimpi nak menang pilihanraya kecil kawasan Parlimen Bt. Gantang sebab pembangkang sudah ada senjata kuat untuk mempengaruhi pengundi-pengundi.

Maka mulai saat ini saya dan seluruh ahli keluarga saya seramai 30 orang tidak percaya lagi kepada UMNO kecuali sesuatu tindakan drastik diambil keatas KJ kerana dia adalah perasuah yang telah terbukti kesalahannya oleh Lembaga Disiplin parti.

Saya tidak hairan TS Muhyiddin akan menerima nasib yang sama. Jangan hairan TS Mohamed Mohd Taib yang mempunyai rekod yang diketahui umum akan menang Timbalan Presiden UMNO.

Kesihan DS Najib. Nasihatnya tidak dipedulikan oleh perwakilan Pemuda yang pernah dipimpinnya suatu masa dulu.

Saya tak nampak macam mana nak pulih UMNO kalau nasihat pemimpin tidak dipatuhi. Kata2 DS Najib bahawa UMNO akan REBAH akan menjadi kenyataan.

Mungkin teori RAHMAN betul. PR 13 adalah merupakan pilihanraya terakhir bagi UMNO dan BN.

Pahit tetapi terpaksa ditelan.
Anonymous said…
Assalamualaikum'

Benar kata saudara. Perwakilan Pemuda lebih mementingkan wang. Nasihat Timb. Presiden tidak diindahkan.

Apakah pemuda UMNO rela berpemimpinkan orang yang terang mengamalkan politik wang untuk memenangi jawatan?

Apakah harapan untuk membenteras politik wang kalau pemimpinnya sendiri terbukti mengamalkan politik wang?

Apakah ertinya bahagian2 Pemuda
diseluruh negara yang telah mencalonkan Dato Mukhriz? Jelas suara Pemuda akar umbi diketepikan.

Pemuda UMNO is a joker.

Jangan mimpi nak menang pilihanraya kecil kawasan Parlimen Bt. Gantang sebab pembangkang sudah ada senjata kuat untuk mempengaruhi pengundi-pengundi.

Maka mulai saat ini saya dan seluruh ahli keluarga saya seramai 30 orang tidak percaya lagi kepada UMNO kecuali sesuatu tindakan drastik diambil keatas KJ kerana dia adalah perasuah yang telah terbukti kesalahannya oleh Lembaga Disiplin parti.

Saya tidak hairan TS Muhyiddin akan menerima nasib yang sama. Jangan hairan TS Mohamed Mohd Taib yang mempunyai rekod yang diketahui umum akan menang Timbalan Presiden UMNO.

Kesihan DS Najib. Nasihatnya tidak dipedulikan oleh perwakilan Pemuda yang pernah dipimpinnya suatu masa dulu.

Saya tak nampak macam mana nak pulih UMNO kalau nasihat pemimpin tidak dipatuhi. Kata2 DS Najib bahawa UMNO akan REBAH akan menjadi kenyataan.

Mungkin teori RAHMAN betul. PR 13 adalah merupakan pilihanraya terakhir bagi UMNO dan BN.

Pahit tetapi terpaksa ditelan.
Anonymous said…
Assalamualaikum'

Benar kata saudara. Perwakilan Pemuda lebih mementingkan wang. Nasihat Timb. Presiden tidak diindahkan.

Apakah pemuda UMNO rela berpemimpinkan orang yang terang mengamalkan politik wang untuk memenangi jawatan?

Apakah harapan untuk membenteras politik wang kalau pemimpinnya sendiri terbukti mengamalkan politik wang?

Apakah ertinya bahagian2 Pemuda
diseluruh negara yang telah mencalonkan Dato Mukhriz? Jelas suara Pemuda akar umbi diketepikan.

Pemuda UMNO is a joker.

Jangan mimpi nak menang pilihanraya kecil kawasan Parlimen Bt. Gantang sebab pembangkang sudah ada senjata kuat untuk mempengaruhi pengundi-pengundi.

Maka mulai saat ini saya dan seluruh ahli keluarga saya seramai 30 orang tidak percaya lagi kepada UMNO kecuali sesuatu tindakan drastik diambil keatas KJ kerana dia adalah perasuah yang telah terbukti kesalahannya oleh Lembaga Disiplin parti.

Saya tidak hairan TS Muhyiddin akan menerima nasib yang sama. Jangan hairan TS Mohamed Mohd Taib yang mempunyai rekod yang diketahui umum akan menang Timbalan Presiden UMNO.

Kesihan DS Najib. Nasihatnya tidak dipedulikan oleh perwakilan Pemuda yang pernah dipimpinnya suatu masa dulu.

Saya tak nampak macam mana nak pulih UMNO kalau nasihat pemimpin tidak dipatuhi. Kata2 DS Najib bahawa UMNO akan REBAH akan menjadi kenyataan.

Mungkin teori RAHMAN betul. PR 13 adalah merupakan pilihanraya terakhir bagi UMNO dan BN.

Pahit tetapi terpaksa ditelan.
walau pun aku ahli yang tak berapa aktif tapi aku terkejut besar dan terkilan dengan keputusan kemenangan khairy yang telah terbukti bersalah mengamalkan rasuah oleh lembaga disiplin.

apa nak jadi dengan parti aku ni?
JIMMY HEBAT said…
sah pemuda umno skrng dah jadi pemuda rempit.
perjuangan makin dilupekan.
wang menjadi kepentingan utama...
Anonymous said…
salam. azli shukri...........

ABIS JAHANAM NEGARA KITA, DENGAN PEMIMPIN POLITIK WANG DIANGLKAT, MEMANG ABIS JAHANAM PARTI KERAMAT UMNO!!!!!!!!!

SAYA TAK TAHU LAH KENAPA PERWAKILAN UMNO SANGAT2 BODOH.... BOLEHA NGKAT PEMIMPIN TAK BERGUNA MENJADI KETUA MEREKA!!!!!!


NASIB BAIK SHAHRIZAT MENANG DARIPADA RAFIDAH!!! TERUBAT SIKIT HATI SAYA....

TAPI TUNGGULAH PRU 13, MEMANG TERKUBURLAH PARTI BERNAMA UMNO DAN BARISAN NASIONAL!!!!!!!!!!


SALAM TA'ZIM SHAROL.....
The Aminos said…
Memang Teruk !! Nampak sangat !! Orang Melayu dah nak hancur macam ni.
PaKMie said…
Salam sahabat ku Azli...

Ternyata perwakilan masih tdk fhm mesej yg disampaikan oleh rakyat Malaysia. Perwakilan hanya nampak Umno sahaja. Sepatutnya Perwakilan lebih matang dlm permilihan KP kali ini. Halatuju sebenar kita adalah mahu memulih keyakinan rakyat kpd UmnoBN utk hadapi PRU13.

Mukhriz sdh lama meredah jln kkearah itu, tetapi dikianati oleh perwakilan.

ASalamualaikum dan salam perjuagan.
KITA TUNGGU APA AKAN TERJADI SETERUSNYA....
Wong Pencen said…
Yang betul: UMNO kini mempunyai seorang Ketua Pemuda yang lebih berpengaruh dari bakal Presidennya sendiri.

Bukankah baru semalam bakal Presiden semasa merasmikan perhimpunan Pemuda UMNO mahukan perwakilan mengundi calon-calon yang 'bukan seperti Khairi'. Hari ini terbukti, perwakilan lebih mendengar kata Khairi dari kata dan pesanan bakal Presiden.

Yang salah: Tentunya yang salah tetap salah, walau menang dengan undi seberapa banyak sekalipun. Ianya tidak akan membatalkan keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO bahawa Khairi telah didapati bersalah terlibat dengan rasuah.

Memang orang kita kini sudah tidak peduli lagi tentang perbuatan mereka. Yang betul atau salah sudah tidak penting lagi. Atau kita sudah tidak tahu membezakan antara yang betul dengan yang salah.
add said…
Assalamualaiukum,,
Sdr MAS, apa nak buat takdir Illahi mengatasi segala-galanya.. ingatlah Allah tidak melayakan DMM sebagai KP kerana mungkin jika DMM menang beliau akan membawa kehancuran kepada UMNO itu sendiri.. Disini kita pakat pakat ucapkan tahniah kepada perwakilan yang mewakili "kontraktor" yang menyokong KJ. Mereka ini semuanya jenis SI(salam isi) bak kata bakal presiden umno semalam. Dek kerana DMM SK maka kalah lah DMM.

Semoga sinar baru akan diberi kepada DMM agar DSNajib melantik DMM menjadi Timbalan menteri atau menteri untuk memartabatkan semula umno melalui kuasa kabinet.
Kalau DSN melantik KJ menjadi menteri kabinet maka PRU 13 umno berada dalam lipatan sejarah di arkib negara dan muzium umno.

Hebat sungguh KJ memberi ucapan selepas menang KP... sama hebat macam DSAI... itulah kelebihan mereka berdua... berbeza dengan DMM yang dikatakan lembik dan Khir toyo yang tidak nampak muka kerana sumpahan tempe nya telah memakan diri,,, sehinggakan tidak sanggup berjumpa dengan ketua baru.

Syabas kepada DMM kerana sanggup naik kepentas untuk bersalaman dan memberi ucapan tahniah kepada KJ slepas keputusan diumumkan.

Kepada perwakilan yang memilih KJ,, tunggulah balasan azab dari ALLah kepada perwakilan sendiri serta anak isteri dan keluarga kalau bukan sekarang mungkin dalam setahun, dua tahun atau selepas perwakilan mati... kerana dengan memilih KJ sebagai KP maka negara akan digadai sebagaimana Nizar mengadai perak kepada cina... Bila KJ menerajui pemuda,,, saya cabar kepada penyokong KJ supaya bekerja sehingga titisan terakhir demi untuk memberi kemenangan kepada BN di PRK bukit gantang nanti... selamat berjuang kepada KJ dan pencacai-pencacai Salam isi...

Kepada DMM, tidurlah selena mungkin untuk membentuk tenaga baru bagi memperjuangkan umno dalam bentuk baru...
wassalam..
Anonymous said…
Saudara Azli,
otak saya sudah jammed malam ini. tak tahu apa lagi nak buat, duduk tak kena, berdiri pun tak kena ... tengok muka anak pun dah mula rasa sayu sebab mereka ini mungkin akan jadi generasi yang akan "dirosakkan" pentadbiran Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Terima Kasih kepada semua perwakilan yang telah mengundi KJ dan Khir Toyo. Khasnya kepada pengundi KJ yang pastinya TELAH MENGUNDI SEORANG PESALAH LAKU POLITIK WANG OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO BEBERAPA HARI LEPAS ! ...

Pilihan anda sungguh "bijak"! Tak perlu anda pegi keja kat pondok panas atau bilik gerakan pembangkang!

Siang tadi (rabu : 25/mac/2009) anda telahpun membantu membuat kerja pembangkang jadi mudah untuk melenyapkan UMNO dari muka bumi Tanah Melayu ini. Semua salah di tangan Perwakilan Pemuda pengundi KJ.

Keputusan malam ini merupakan "bayangan" keputusan KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT pada PRU13 nanti.

Salam hormat dari saya, akar umbi yang mengangkat tangan mencalonkan DMM beberapa bulan lalu sebagai KP Malaysia (sokong DMM bukan demi duit, tapi demi parti & demi GENERASI MELAYU AKAN DATANG). Kini harapan itu hancur digilis oleh tangan2 perwakilan.

Puaslah hati anda semua (kerana dapat menjahanamkan parti dengan hanya memangkah Ketua Pemuda BARU anda siang tadi!).
Anonymous said…
Aku pun esok dah nak cari borang keahlian Pas la pulak...
amieiezam said…
abang azli hanya perwakilan yang segelintir itu yang masih belum mahu berubah... rakyat dan ahli UMNO jelas menolak pilihan perwakilan. Insyallah kebenaran akan mengatasi segalanya
Anonymous said…
Tak leh tido lagi, sebab dok pikir KJ tengah dok rogol betina mana sekarang di hotel....
add said…
saya paste ke blog saya... dengan izin
Anonymous said…
JOM KELUAR UMNO!!!
Anonymous said…
Salam,

Saya juga bersimpati dengan masa depan awan kelabu berarak mendung Pemuda dan ingin mengucapkan takziah kepada UMNO di atas keputusan kemenangan KJ yang ternyata memang besar modal insannya.
MiSs aNySs said…
im so happy tht dato' shahrizat was selected to be ketua wanita umno but really disapointed when khairy was selected as ketua pemuda umno... dato mukhriz should be but not khairy! umno perwakilan blind is it?
Salam bahagia bro Azli,Walaupun saya tidak berminat dalam politik tetapi tergerak hati ini untuk memberi komen kepeada blog bro yang hebat ini tetang kemenangan KJ malam tadi, Mungkin Akhirnya pada masa akan datang Malaysia mungkin atau hanya 20% lagi akan di perintah oleh orang bukan melayu, yang paling malang lagi, Bumi kekuasaan melayu ini mungkin akan tergadai... Ya Allah kami mohon doa kepada mu agar selamatkanlah anak2 dan isteri kami serta agama kami Islam, semoga ayah2,ibu2 seta datok2 mereka pada masa kini yang berseronok dengan kemenangan malam tadi akan sedar natijahnya yang akan datang. mengundi pesalah maka akan membawa kehancuran.
gagasan_warisan said…
Punah harapan ...hancur ..aduhh kecewa....apa sudah jadi masih buta lagik kah.....UMNO TERUS MASYUK MANGHANCURKAN RAKYAT.....apa daa kj
ROSHATIKA said…
Salam semua,

Kita perlu terima keputusan majoriti. Tak perlu untuk bergaduh. Kita berada di dalam sebuah parti, pertandingan ini adalah pertandingan dalam keluarga.

Rapatkan balik barisan. Di depan kita cabaran masih berlaku. Selepas ini kita teruskan perjuangan kita di tiga pilihan raya kecil.

Selamat berjuang.
zua the great said…
pemuda dah siap gali dah kubur umno..apa lagi..kuburkan la umno...
Anonymous said…
kalau nak ikut kehendak akar umbi nanti jadi la macam akademi fantasia. Yang xde bakat diperlekehkan yang bergantung kepapa pengaruh ayah diangkat tinggi. Macam lah pilihan akar umbi umno ni maksum dan mendapat petunjuk ilahi
Anonymous said…
Aku tak faham orang-orang muda ni, kenapalah legasi duit nak dijadikan pemimpin, mentaliti korang dah jadi hampeh bagi aku, tak layak untuk kau orang menjadi pemimpin untuk anak-anak aku nanti... ATAS PAGAR..
Anonymous said…
Untuk Roshatika, U memamg tak layak jadi pemimpin. Sori to say... ATAS PAGAR
is said…
Jom Undi tak percaya kepada KJ..kepada barisan exco baru...
Anonymous said…
Perwakilan sewel. tak pegang amanah kami diakar umbi. ramai yang keciwa dan tak mustahil lebih ramai akan keluar umno.
kuanderas said…
Keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang memberi kemenangan kepada Khairy Jamaluddin adalah malapetaka kepada UMNO:-

Siapa yang bersalah
1.Perwakilan
-Pencalonan adalah refleksi akar umbi, apabila pencalonan tidak diterjemah melalui undi maka, perwakilan telah mengkhianati akar-umbi.
-Mengundi Khairy walaupun disabit kesalahan politik wang.

2.Lembaga disiplin UMNO
-Membenarkan Khairy bertanding walaupun sabit kesalahan politik wang.

3.Pak Lah & Najib
-Menangguhkan pemilihan ini yang sepatutnya berlangsung Disember 2008.
-Ini membuka ruang kepada politik wang.

4.Dato' Khir Toyo
-Kehadiran beliau memecahkan undi & menyumbang kepada kekalahan Mukhriz.

*Kesal dengan ucapan sulung Khairy yang angkuh mendabik dada tentang pencalonan nyawa-nyawa ikannya yang kononya disusuli "menang" akhirnya.

*UMNO melepaskan peluang untuk membuang liabiliti & membersihkan diri.

Wasalam
Anonymous said…
KECEWA! KECEWA! KECEWA!
Penggali Kubur said…
Kubur UMNO dah ada di Tapah. Tgk kat sini...

http://thelegendofumno.blogspot.com

Mari kapankan UMNO!!!
Anonymous said…
Saudara Azli,

Ssaya juga tergamam dengan kemenangan KJ. Ketika Datuk Shahrizat diumumkan menang, hati saya bersorak keriangan kerana bagi saya ini petanda perubahan bakal berlaku. Namun, apabila urusan menangani org muda jatuh kepada Khairy, hati saya kembali dirundung sebak.

Perwakilan memang tidak boleh diharap! Tidak mengikut kehendak akar umbi! Bangang perwakilan!

Jika Muhyiddin kalah, aku akan masuk Keadilan. Ini janji aku!
semangnya saya sudah menjangka kemenangan KJ, selain daripada politik wang mgkn ada yg lupa 'jasa' Mukhriz sblm ini kepada Pemuda.

KJ berucap mengikut gaya bekas mentornya sebelum dia mengubah dan mencari peluang yg ada.
ikan emas said…
Saudara Azli , ada sesiapa yang buat kajian sikap dan menganalisis SIAPA sebenarnya 790 org perwakilan pemuda kali ini ? 38% tu pula siapa ? ...baru nak hidup
Anonymous said…
Sekarang kita hendak melihat apa tindakan yang akan dibuat oleh Pucuk Pimpinan terhadap KJ yang terang2 telah melanggar etika dengan membawa beberapa perwakilan ke Seri Perdana PutraJaya malam sebelum pengundian dijalankan.

Berapa banyak wang bertukar tangan pada malam tersebut. Hanya Allah dan perwakilan yang berkenaan sahaja yang tahu.

Kita minta pada perwakilan yang terlibat silalah tampil untuk memberitahu jumlah wang yang telah diberi. Anda akan menjadi wira UMNO sekiranya anda sanggup melakukannya demi Agama, Bangsa, Negara dan parti tercinta UMNO.

Kalau tidak anda akan dikutuk oleh generasi yang akan datang sebagai petualang yang menyebabkan KJ boleh menduduki kerusi KP dengan cara memberi RASUAH.

Sebelum itu KJ telah terbukti melakukan kesalahan RASUAH oleh Lembaga Disiplin parti. Tetapi hukumannya terlalu ringan tak setimpal dengan dengan kesalahannya.
lempeng said…
Salam..
Hebat org2 UMNO menghentam KJ..ingin aku tanyakan kepada kalian...Selain dari KJ apakah kesemua mereka yg bertanding dalam pemilihan kali ini seperti malaikat??? tak pernah sekalipun selok poket...kalau anda semua ikhlas dalam perjuangan anda dalam UMNO..silalah jawab soalan aku ni seikhlas mungkin..
zedmagel said…
Sdra Azli,

Terima kasih kepada semua perwakilan pemuda yang telah memberi undi kepada Sdra Khairy Jamaludin. Salam Tahniah dari saya buat saudara Khairy yang telah diberikan mandat untuk mempimpin pemuda UMNO. Orang UMNO biasalah kita kalah banyak yang tak puas hati, kita menang pun dikeji.

Saudara KJ teruslah membawa pemuda ke persada yang mampu membuka mata dunia. Ini adat orang Melayu kita, saya teringat kisah silam orang Melayu di Singapura, zaman Hang Nadim memberi pandangan kepada Memanda Menteri ketika todak melanggar negeri itu dengan berkubukan batang pisang. Setelah selamat dari ancaman serangan todak, seorang budak kecil yang bijak dijatuhkan hukuman mati dengan mencampakannya ke laut. Ini kisah benar orang Melayu. Saya menangis ketika menonton filem tersebut, saya membayangkan Hang Nadim yang polos dan ikhlas ( seperti anak kecil saya sendiri ) untuk menyelamtkan negeri dan rakyatnya diberikan balasan yang sebaliknya akibat hasutan beberapa orang yang takut dengan bayangan diri sendiri.

Begitu juga hari ini, apabila Saudara KJ menang, saya tertanya-tanya adakah nasibnya juga begiru? Orang Melayu renunglah nasib agama Islam dan bangsa kita akan datang, tolong jadikan iktibar Sejarah Todak Melanggar Singapura sebagai panduan. KJ sepatutnya, kita sama-sama bimbing dan tunjukan jalan, bukannya kita kutuk dan buruk-burukan perkara yang kita sendiri tidak tahu dan tidak jelas. Dia hanya seorang manusia yang masih muda dan perlu dinasihati dan diperbetulkan. Saya percaya KJ akan lebih berwibawa jika kita sama-sma memberi peluang kepadanya.

HIDUP ISLAM, HIDUP UMNO, TERUS MELANGKAH GAGAH DAN BERANI PEMUDA UMNO DI BAWAH KEPIMPINAN SAUDARA KHAIRY JAMALUDDIN.
Along said…
salam perjuangan ya saudara azli..
ak xphm mcm mna perwakilan boleh pilih KJ..
dh trg2 disabitkan brslh dlm politik wang..
ini akn mnghncurkan politik melayu di m'sia sekaligus UMNO!
UMNO tlh mnjd parti yg membela nasib melayu melebihi 50 tahun...
semasa zmn pemerintahan tunku dahulu, beliau sgt tegas dlm memajukan UMNO utk rakyat. sebab itulah semasa pentadbiran tunku, rmi yg tidak berani. seharusnya, sikap tunku harus diikuti dlm memajukan org melayu dn UMNO.
skrg, apa sdh jadi, ak dh xphm...
sepatutnya, Dato' Mukhriz yg jd KP UMNO yg br.
beliau bnyk pnglaman dn ayahnya merupakn mantan presiden UMNO dn mantan Perdana Menteri Malaysia.
Dato mewarisi keperibadian Tun.
seharusnya Dato' Mukhriz diberi peluang...
ak lihat, Dato' Mukhriz lebih brketrampilan dlm memimpin Pemuda UMNO...
tp, nasi sdh mnjd bubur, kita tnug sjalah PRU 13 nti..
jika transformasi tdk dilakukan secepat mngkin..
UMNO mngkin trkubur dn tidak akn bangkit lg...
wallahu'alam

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...