Skip to main content

Monolog Azli Shukri Bab 13 : Pemuda Tanpa Khairy


MONOLOG AZLI SHUKRI
BAB 13 : Pemuda Tanpa Khairy


Oleh Muhammad Azli Shukri


Melihat hati duka lara si Tony Fernandes, CEO Air Asia ketika menceritakan rasa penyesalannya yang tidak berkesudahan atas segala sokongan dan penajaan yang beliau berikan selama ini kepada projek MyTeam milik Khairy Jamaluddin (baca Malaysiakini post 28 Januari 2008) – sekurang-kurangnya meyakinkan saya bahawa kini, Datuk Tony sudah berpijak ke bumi setelah terbang terlalu tinggi di langit biru.


Di langit lain, Sir Richard Enderson CEO Virgin Air line semakin rakus menguasai ruang angkasa dengan rakan-rakan niaganya yang bijak dan berwawasan. Nasib ini tidak upaya dimiliki Datuk Tony, tatkala beliau dikecewakan oleh si bijak pandai bernama Khairy Jamaluddin, yang asalnya cuba dijadikan aset masa hadapan oleh Tony – tetapi bertukar wajah menjadi liabiliti kepada beliau dan AirAsia. Maka, daripada kejauhan terlihatlah oleh kita, bahawa Khairy hanyalah sebutir suasa yang telah disalahtafsirkan oleh Datuk Tony sebagai emas yang bersinar-sinar. Tony mendakwa, “The biggest mistake of my life, and to be fair to this guy, (was when) Khairy Jamaluddin’s team came to propose sponsoring the MyTeam (football project).



“How fantastic - taking guys from the rubber estates, from kampungs, from new villages - to London to play Manchester United. This airline is all about making dreams come true. We’ve also sponsored Manchester United. How great!” said Fernandez in a 60-minute interview with Malaysiakini last Thursday in his office at the Low-Cost Carrier Terminal in Sepang.


“But then it backfired because suddenly, it was rumoured that Khairy and the ‘Fourth Floor’ now own 40 percent of AirAsia.”


Encik Tony adalah seorang ahli perniagaan yang setiap percaturannya berasaskan kepada penyata untung rugi kewangan, bantuan dan sokongannya kepada projek MyTeam mempunyai tanda harga yang kemudian bertukar menjadi liabiliti kepada Frankenstein Ekonomi masa kini- si Khairy Jamaluddin. Namun demikian, seperti Frankenstein yang kemudian menjadi ancaman kepada doktor yang menghidupkannya semula (itulah gambaran antara Tony dengan Khairy), pemberian saham yang dikaitkan dengan nama Khairy telah mengganggu degup jantung ekonomi Air Asia. Maka, saya kira ditinjau dari sudut ekonomi jelas Khairy telah gagal dalam permainan politik permintaan dan penawarannya dengan Air Asia. Justeru itu, dapatkah langit ekonomi anak cucu kita terus cerah jika orang seperti ini menjadi pemimpin nombor satu pemuda UMNO Malaysia kelak? .



Saya bimbang jika ini berlaku , negara kita sekali lagi diberi kad kuning kewangan. Dan beliau - si Khairy sang bijak pandai telah gagal menaikkan nama Asia Asia - malah mengecewakan Tony kerana akhirnya Tony dituduh telah memberi saham (mungkin tafsiran orang ramai sebagai rasuah) kepada Khairy dan "Bebudak tingkat 4". Jelaslah bahawa, Khairy hanya mengudang fitnah kepada banyak pihak - membawa fitnah kepada UMNO, fitnah kepada bapa mertuanya, fitnah kepada Air Asia dan fitnah kepada negara. Saya sedikit kecewa apabila terdapat tokoh besar yang menganggap bahawa Khairy ini manusia yang bijak dan pandai serta rugi jika UMNO menyisihkannya. Kita jelaskan di sini bahawa - kita tidak perlu menyisihkan beliau, tetapi kita tidak mahu beliau menjadi pemimpin UMNO, kerana ia hanya mendatangkan kerosakkan dan liabiliti kepada UMNO dan kerajaan. Saya jelaskan bahawa, kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy. Tetapi kita tidak mahu Khairy memimpin Pemuda UMNO kerana beliau telah pun gagal selama ini sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO - semua projek di bawah kendaliannya telah menemui kegagalan - tidak cukupkah semua itu sebagai bukti bahawa beliau hanyalah seorang pelajar yang pintar dan pandai - tetapi tidak boleh memimpin.



Cuba kita sama-sama bertanya kepada diri kita dengan ikhlas dan jujur soalan ini - Jika Ketua Pemuda UMNO Malaysia kelak namanya ialah Khairy Jamaluddin, rasa-rasanya boleh atau tidak generasi muda akan tertarik untuk menyertai dan menyokong UMNO kembali? Kita semua tahu akan jawapan tersebut. Cuba kita tanyakan soalan ini pula, Andaikata Khairy menjadi Ketua Pemuda - apakah kaum Cina dan India akan menyokongnya? Kita harus jelas dengan semua ini sebelum memilih beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO - Khairy bukan idola generasi muda, beliau tidak akan membawa apa-apa kejayaan kepada UMNO jika dipilih menjadi Ketua Pemuda.



Hakikat ini harus kita fahami - kita tidak membenci beliau, malah sebagai ahli UMNO kita tetap menyayanginya, tetapi sayang kita kepada UMNO melebih sayang kita kepada beliau. Khairy harus faham bahawa dirinya adalah fitnah kepada UMNO, merealisasikan impiannya untuk menjadi Ketua Pemuda - akan lebih memudahkan pembangkang menumpaskan BN dalam PRU yang akan datang.



Khairy tiada apa-apa kelebihan yang mampu menarik minat generasi muda kepada UMNO, kelibat beliau dalam Pemuda UMNO akan mencetuskan sekali perang besar dengan Tun Mahathir, yang pasti tidak akan berdiam diri dengan kemenangan beliau kelak - bahkan Tun Mahathir akan menyerang beliau habis-habisan dan lebih menakutkan nanti adalah tatkala Tun Mahathir mengaitkan kemenangannya dengan politik wang, dan ini sudah pasti memburukkan lagi keadaan. Maka perang antara Pak Lah dan Mahathir akan berterusan, sekiranya Khairy diizinkan untuk menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.



UMNO sudah tidak berupaya untuk menghadapi perpecahan dalaman sekali lagi. Cukuplah antara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah Badawi mengakhiri konflik dalaman UMNO yang paling kronik dalam sejarah penubuhannya. Khairy terpaksa dikorbankan demi kepentingan UMNO dan ahli-ahlinya yang mencintai kebenaran.



Khairy harus memikirkan semua ini dengan hati yang jujur dan ikhlas - fikirkan semula untuk apa beliau menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Untuk mengembalikan kekuatan Pemuda UMNO? apakah beliau tidak sedar - kelibat dan batang tubuh beliau sahaja boleh merosakkan nama UMNO. Jika Khairy menang, maka ucapkan selamat tinggal kepada UMNO - masyarakat akan tetap mendakwa bahawa UMNO masih tak sedar-sedar sampai sekarang. Malah, kemenangannya juga akan terus-menerus dikaitkan dengan politik wang paling kotor dalam sejarah pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Fikir-fikirkan.


SEMOGA ALLAH SELAMATKAN PEMUDA UMNO


Gambar : Penulis Bersama dengan Datuk Fadillah Kamsah di Pejabatnya.

Comments

malay-machista said…
Salam saudara Azli,
saya terpegun membaca hujah saudara yang tegas dan tersusun. nyata bahawa saudara mewakili satu sudut pandangan yang melihat bahawa KJ adalah liabiliti kepada UMNO. sekiranya saudara ada membaca posting saya sebelum ini, barangkali jelas bahawa saya tertarik dengan KJ dan merasakan beliau layak memimpin Pemuda. tak mengapalah, hujah kita masing2 tertegak dengan sandaran-sandaran kita masing-masing.
cuma saudara, ada satu sudut lagi yang belum kita sama-sama terokai, iaitu, jika KJ membawa imej buruk pada Pemuda, jika seorang KP boleh menentukan padu-tidaknya sokongan pengundi, apa pula peranan saudara-saudara selaku pemimpin pertengahan dan akar umbi UMNO? jika KJ jadi liabiliti (or in the same matter, all other high-profile leaders), tidakkah pemimpin-pemimpin seperti saudara juga punyai peranan besar menjaga imej UMNO? adakah saudara benar-benar yakin bahawa kelesuan UMNO hari ini hanya disebabkan pemimpin atasan (yang selalu jadi bahan kutukan), tanpa sedikitpun kesalahan diletakkan dibahu pemimpin akar-umbi? sejauh manakah soal KJ vs Khir vs Mukhriz benar-benar menyentuh nurani rakyat yang selama ini "menyampah" dgn pemimpin pertengahan dan akar umbi?
maaf, ini satu lagi sudut yang kita selalu lupa nak tengok.

p.s. barangkali saudara kenal Mahadzir, graduan Spanish Lang, UM?
azlishukri said…
malay machista - terima kasih komen saudara, saya percaya masing2 antara kita mempunyai hujah mengapa kita menyokong dan menentang seseorang. Namun saya tertarik dengan persoalan yang saudara kemukakan yakni apakah peranan pemimpin pertengahan seperti saya ini di dalam UMNO? jawapannya mudah - kami tiada apa2 kepentingan kami masuk UMNO kerana kami percaya UMNO mampu mempertahankan nasib anak dan cucu cicit kami nanti, tugas kami hanya satu menilai dan menegur apa-apa yang salah dan perlu dibetulkan oleh pemimpin-pemimpin atasan. Jika ada yang salah terhadap sistem, kita akan menegur - itu peranan kami. Kami tidak dapat apa-apa bayaran dengan menegur dan menasihat. Kami lakukan hanya untuk menjamin UMNO terus kekal dan mengikut perubahan semasa.
azlishukri said…
Mahadir - saya kenal kawan dan sahabat saya sudah lama tak ketemu. Beliau belajar dari jurusan lain tetapi sangat minat mempelajari bahasa Sepanyol - seorang pelajar cemerlang walaupun hanya mengambil matapelajaran sepanyol sebagai subjek elektif.
awi.prt8 said…
saudara azli,

semuanya hanyalah berdasarkan kepada teori dan persepsi masing-masing. untuk ketiga-tiga calon KP semuanya ada baggage masing-masing.KJ dengan imej ting.4 dan liabiliti kepada umno , MM dengan imej anak bapak(lembik) dan terheret dengan imej bapak umpama diktator dalam mengurus umno,serta KT dengan imej negeri yang tewas.Suatu pembaharuan yang berani dan drastik harus dilakukan untuk menyembuhkan penyakit persepsi ini.Saya melihat budaya ini sudah diamalkan dari dulu lagi...generasi kini hanya menyambungnya...character assination telah dimulakan oleh Tun MM semenjak zaman Tengku AR menjadi PM lagi...(dahulu menulis surat, kini dengan blog).Apakah yang perlu dilakukan oleh generasi kini untuk mengubahnya? kita punya masa singkat, hanya sekitar 3~4 tahun untuk membentuk satu permuafakatan dan kompromi sesama pemimpin dalam umno untuk membersihkan imej dalaman sebelum pru13 yang akan menjadi liang lahad untuk umno.."PEMIMPIN BUKAN SAHAJA HARUS BERSIH TETAPI MESTILAH KELIHATAN BERSIH".
JAI said…
KJ- antara penyumbang kekalahan teruk BN dalam PRU ke 12.

'PEMUDA BERANI' slogan yang amat sesuai untuk pemuda meneruskan cabaran masa kini.
azlishukri said…
awi - sangat tepat kenyataan saudara. saya percaya kita mampu lakukan apa-apa yang telah saudara katakan itu.
azlishukri said…
jai - saya sependapat dengan saudara.
fahana_ann said…
cuma lalu lalang kan otak kat blog ni..tambah maklumat dan pandangan..saya tak tahu lah apa perasaan dia bila ramai org cakap macam ni.ke dah tak de perasaan?.entah
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Salam perkenalan...
Ana Adib umur,12 tahun.Ahlan Wa Sahlan ke blog ana dan Syukran kerana mengikuti blog ana.Kaifa Haluka?Ana bil Khair.Ana harap,anta juga begini.Ana harap,anta dapat doakan untuk ana,agar dapat memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Insya'allah....

Syukran,Jazakallahu Khairan!
Anonymous said…
Dear Azli,

KJ is a real Pain in the Arse for UMNO, His Father-in-Law and BN. Just like KJ's good friend Anwar Ibrahim. Both are great Bullshitters!
is said…
Buat lah satu edaran di perhimpunan umno nanti,,, "sesiapa perwakilan yang memilih KJ sebagai KPUmno maka balik dari persidangan ini, perwakilan ini akan ditimpa musibah yang teruk dan sekiranya terlepas dari musibah sepanjang perjalanan balik, maka tunggulah musibah yang akan menunggu kepada anak-anak,serta keluarga perwakilan sekelian...

Sebab kita sedia maklum... KJ adalah liabiliti kepada UMNO untuk PRU12,kini dan selamanya...KJ.. projek Myteam .. sampai kemana? ke perancis tempat maya karin je,,, ops...?????
manakala MM ada yang menyatakan beliau lembik dan tidak bijak berpidato... saya pun akui,, namun cara MM bertindak adalah ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak, Kita lihat contoh Aman Malaysia, berjaya di terajui oleh MM yang menuduh beliau lembik,, Manakala KT, imej beliau terlalu tua untuk berdampingan dengan generasi muda,,, kalau tengok pada rambutnya mak ai, putih bebenor,, tak tahu la pulak lepas ni kalau KT basuh rambut dengan air tempe...
Fadli Halim said…
UMNO sekarang ketandusan pemimpin berwibawa dan berkualiti. Tahap kronik.

Bukan sahaja Khairy tak boleh menjadi idola, pemimpin2 UMNO yang lain pun TAK ADA yang boleh menjadi idola!

Jangan kata generasi muda nak tertarik, generasi tua pun tak mau.

Pemimpin UMNO sekarang, basic pun tak lepas: TAK PANDAI BERCAKAP. Seluruh dunia tahu, seseorang politician mesti pandai bercakap walaupun dia pembohong besar, orang nak dengar.

Ini dahlah tak pandai bercakap dan berhujah, cuma tau nak serang saja. Terdesak sangat sampai terpaksa bergantung 100% pada media sebab tak boleh harapkan mulut sendiri. Sekarang orang dah muak dan tak percaya lagi pada media. Lagi nahas.

Idola terakhir UMNO ialah Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Kedua-duanya pun dah keluar UMNO.

Mana ada lagi idola dalam UMNO. Bo liaw.
Pemuda tanpa KJ bermakna Pemuda tidak juga berubah malah akan menjadi lembik spt Hisyam .Hisyam mmg lembik ,sudah byk kali tolak debat dgn PAS .Pemuda ini semangat dan berani ada KJ shj ..ada sapa pemuda umno berani p berdebat dengan Husam di Kota Bharu seperti KJ buat .

Jika muhkriz menang Pemuda ,sy belum nampak jelas apa yang mahu dia rombak dan ubah . sekarang ini anak muda suka orang bijak cakap ,debat seperti pemimpin pembangkang hebat ketika ceramah .tetapi ini sy tidak nampak ada pada Muhkriz .Cadangan KJ untuk diadakan debat antara calon KP pun ditolak oleh Muhkriz . Kita perlu pemimpin yabg berani berdepan dengan pembangkang bukan hanya berani tulis surat suruh pak lah letak jawatan .
Unknown said…
Salam Azli,

Sekali pandang, memang KJ nampak hebat, pandai bercakap dsbgnya. Tetapi keikhlasan, kejujuran dan ciri tidak 'corrupt' amat penting. Walaupn tiada bukti nyata, saya amat musykil, amat musykil, bagaimana seseorang semuda in boleh menjadi begitu kaya tanpa menjalankan perniagaan.

Saya terbaca satu temu ramah dalam mingguan Inggeris di mana beliau ditanya tentang kekayaannya. Jawatan yang diberi tidak terus terang dan mengelak-elak. Beliau perlu mendedahkan kepada orang ramai berapa kekayaannya dan bagaimana kekayaan tersebut diperolehi. Baru boleh percaya.
Unknown said…
salam ziarah,blog yang bagus,jemput penulis muzakarah di blog saya,dan sila add blog saya...tq
CIVIC Power said…
Salam Yoep

Khairy.. Ehm teman sokong UMNO tapi x semua pemimpin dia teman suka. Walaupun Khairy pandai baca buku, tapi seperti kata Yoep tadi belum tentu dia pandai buat kerja.
azlishukri said…
fahana - seharusnya dia boleh faham kehendak ramai pihak.

adib - abang doakan semoga berjaya.


zaidi - saya setuju kenyataan saudara.

is - cadangan saudara tu saya sokong kita buat edaran risalah tersebut.

fadli - benar kenyataan saudara itu, sebenarnya UMNO tak ketandusan pemimpin, tetapi banyak yang telah dicantas lebih awal.

Pejuang bangsa - saya setuju satu aspek kepimpinan yang baik ialah oretar. tetapi itu bukan penanda aras yang utama - mcm Anwar pandai cakap tetapi sekarang ramai yang meragui prinsip perjuangannya.


Razali - saya juga perasan mana KJ dapat duit banyak2.

Anak pendang - terima kasih.

civic - teman setuju dengan mike.
Apache said…
Sebagai anak melayu yang sayangkan bangsanya sepatutnya KJ berundur seketika dan belajar kembali untuk memulihkan imejnya. Tidak rugi kerana beliau masih muda dan jika diizinkan Allah akan kembali diberi peranan dalam parti suatu hari nanti. Namun ketika ini adalah lebih baik beliau mengundur diri kerana jelas nyata beliau adalah bebanan kepada Pemuda UMNO.
Saudara Azli Sukri,

Sebagai satu makluman sahaja. Personaliti yang saudara selalu sebut-sebutkan dalam bnlog ini dengan tidak semena-mena berkunjung ke kampung saya di Sabah. Beliau menjelajah ke seluruh cawangan Pemuda UMNO bahagian dan seperti biasa kempennya untuk pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang bakal akan diadakan nanti.

Personaliti yang saya maksudkan ialah KJ. Nampaknya KJ sedang berusaha mengukuhkan kedudukannya ketika menghadapi cabaran daripada Dr Khir dan Datuk Mukhriz. Saya tidak tahu sejauh mana kempen beliau tetapi ternyata sudah mulai 'menjaga' perwakilan Pemuda daripada Sabah. Sabah antara delagasi teramai dalam pemilihan UMNO nanti. Sudah tentu jika KJ berjaya dalam usahanya, pasti akan memberikan kelebihan dalam perebutan jawatan KP.

Sampaikan salam dan pesan ini kepada Datuk Mukhriz, teruskan perjuangan dengan ikhlas dan saya pasti sokongan tetap memihak kepadanya tetapi tulisan saya ini bertujuan untuk menyedarkan team Datuk Mukhriz, KJ sedang menjelajah seluruh cawangan Pemuda di Seluruh Sabah.

Harap2, maklumat ini akan memberikan idea kepada Datuk Mukhriz memikirkan kerangka strategi sterusnya menghadapi cabaran lawan...

Apapun hanya ini harapan kami, bertanding la degnan cara sihat. Semoga berjaya kepada semua calon KP.
azlishukri said…
apache - saya setuju kenyataan saudara.

litte mike - terima kasih atas maklumat tersebut, soalnya mcm mana KJ banyak duit boleh jelajah sampai ke sabah?
Anonymous said…
salam kepada saudara azli,

sesungguhnya memang benar apa yang dikatakan saudara, saya amat terpegun dengan keberanian saudara dalam karpet saudara ini.... memang KJ adalah liabiliti dalam UMNO, saya bukan nak menuduh, tapi dah terang lagi bersuluh, kerana dialah, paklah mendapat tentangan besar-besaran daripada tun mahathir, saya tak mahu buat fitnah, tapi selepas saya membaca tulisan saudara, memang benar tekaan saya.... saya berharap lebih ramai perwakilan UMNO yang akan membuat pemilihan tak lama lagi, berwaspadalah dan pilih calon yang oleh dipercayai dan boleh membuat kerja......

salam takzim dah ziarah sharol..............

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Jadi Super Jutawan dalam Masa Enam Tahun!

ENAM KALI GAGAL BERNIAGA, SATU KETIKA DUIT  HANYA TINGGAL RM2.50   di dalam akuan bank. Diminta keluar dari rumah sewa. Tiada ijazah, tiada mewarisi kekayaan keluarga. Lahir daripada keluarga sederhana, berhenti belajar kerana mahu mengejar impian. Dia ialah Rites Agrawal pemuda India berusia 26 tahun, menjadi super jutawan (billionaire) hanya dalam masa enam tahun. Pemilik jenama OYO Rooms, perniagaan hotel bajet terkenal di dunia.     Tidak ramai usahawan muda yang ada jiwa macam Rites Agrawal, dia tahu apakah yang dia mahu dan impikan. Misinya jelas matlamatnya tidak pernah berubah. Dia berhenti belajar bukan bererti membenci pendidikan, tetapi berpindah pembelajaran daripada universiti formal kepada universiti realiti. Dia memilih jalan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya untuk memperoleh hasil yang berbeza. Realiti menjadi gurunya.   Perniagaan ialah dunia yang macam-macam boleh terjadi. Orang biasa boleh jadi luar biasa. Banyak perkara yang kita tidak disangka boleh terja