MESEJ DARI TEMPAT TINGGI
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agar, para perwakilan mestilah memilih pemimpin yang mencerminkan apa yang baik di sisi rakyat, saya sudah dapat mengagak apakah mesej yang tersirat yang ingin disampaikan oleh beliau.
Najib agak tertekan jika para perwakilan tidak memahami apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh masyarakat luar, khususnya orang Melayu di luar UMNO. Jika para perwakilan faham akan kehendak dan "mood" sebenar masyarakat di luar sana, Najib yakin beliau akan lebih mudah menangani hujah dan tohmahan parti pembangkang kelak. Sekurang-kurangnya, UMNO tidak lagi dituduh sebagai parti yang masih mahu memilih pemimpin yang "mempunyai rekod yang bermasalah" sebagai menerajui parti tersebut.
Najib sebenarnya mahu para perwakilan faham - untuk sekurang-kurangnya kali ini, berilah kepercayaan, dengan memilih pemimpin yang mempunyai rekod bersih di kaca mata rakyat. Dengan kata lain, pilihlah Muhyiddin, Mukhriz, Hishamuddin, Rais Yatim, Zaid Hamidi dan Shahrizat. Jika semua nama tersebut mendapat tempat dalam barisan kepimpinan UMNO kelak, najib percaya dan yakin bahawa pemimpin pembangkang agak sukar untuk menyerang "masalah peribadi" mereka, sekali gus menjadikan UMNO lebih berupaya dan berkeyakinan menghadapi pembangkang dalam PRU Ke-13 nanti. Najib nampak ikhlas mahu membersihkan UMNO, malah beliau juga sangat jelas mahu para perwakilan memilih nama-nama tersebut. Walaupun mereka mungkin tidak mendapat sokongan yang agak kuat daripada para perwakilan - tetapi, fikirkan tentang orang Melayu di luar UMNO yang menginginkan golongan yang bersih memimpin parti tersebut, mereka sayangkan UMNO, tetapi membenci beberapa imej pemimpinnya, maka dengarlah suara mereka yang berada di luar UMNO itu. Jika tidak, kita boleh sama-sama mengucapkan sayonara kepada UMNO dan membacakan talqin untuknya.
Jadi, saya fikirkan di sini bahawa, apa-apa yang sedang berlaku sekarang adalah pertembungan antara "Yang Bersih dengan Yang Tidak Bersih" bagi memastikan UMNO terus relevan pada masa akan datang. Saya juga mencadangkan agar para perwakilan melakukan solat Istikharah dalam memilih pemimpin yang terbaik, mintalah petunjuk daripada Allah, agar UMNO selamat daripada para pemimpin yang korup, sekali gus membolehkan UMNO menjadi lebih kuat dan bertenaga. Wallahualam.
Comments
Janganlah mengenyangkan perut sendiri terlebih dahulu selagi perut orang lain tidak terisi.
Sikap ini bukan sahaja merugikan diri sendiri tapi orang lain.
Jikalau tidak boleh, tidak mahu bersusah payah, janganlah jejak kaki ke dalam arena politik.
baijat - saya setuju kenyataan saudara
Kluangman - itu pasti akan jadi lain, dan mungkin tidak sebersih lagi.
Masalahnya perwakilan masih kabur... buat xdengar... hmmm speachless... :(
Inilah satu satu nya virus dalam diri kebanyakan ahli umno terutama sekali yang bergelar kontraktor...
selepas ini,, bila DMM menang,, apabila mengadakan aktiviti atau program, pastikan sembahyang jemaah dimasukan kedalan agenda aktiviti,, biarlah sedikit pengisian tetapi pengisian jiwa dan rohani disantapkan terlebih dahulu dalam jiwa pemuda umno... bukan santapan di bar oleh budak tingkat4...
Kesemua calon yang menawarkan diri untuk jawatan MT, dari Presiden hingga ke Ahli MT membawa excess baggage masing-masing. Perwakilan terpaksa memilih yang "nampaknya bersih" dari kalangan itu.
Mampukah anda secara jujur dan ikhlas mengatakan kesemua pilihan anda benar-benar bersih? Bersih dari segala salah laku? Sebelum atau semasa proses pemilihan ini berlansung? Tiada sedikit pun calar atau parut hodoh pada diri mereka?
Sejarah hebat UMNO: 1987 Perebutan Presiden antara Mahathir-KuLi, Perebutan jawatan Timbalan Presiden antara Anwar-Ghafar Baba, Team Wawasan, Pertarungan 4-penjuru Ketua Pemuda,dan banyak lagi. Saya disitu-"I was there". Banyak yang dah saya lihat, banyak juga yang saya tahu.
Yang dikatakan bersihpun tak sebersih mana. Apa boleh buat,itu sahaja yang ada.
Maaf: terpaksa tulis juga akronim kepada SUKJ: SUKJ= Sambil Uloq Kemut Juboq.Mohon maaf sekali lagi kepada pemilik blog dan pembaca blog bertaraf 5bintang.
Rasanya Zahid Hamidi kena keluarkan dari senarai tuan....Tuan kena siasat juga 800 orang Pemberi Surat Tauliah beliau...oops! sekarang dah tukar istilah...Pemberi GARAM!
thx!
Kempen pemilihan Ketua Pemuda UMNO makin sengit. Dalam keadaan makin mendesak, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menggunakan Kompleks Seri Perdana sebagai pusat untuk berkempen.
Sepanjang hari ini, beberapa kumpulan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Perwakilan G2 diundang ke Seri Perdana, untuk berkenalan dengan MP Rembau. Ini dilakukan pada masa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait.
Persoalannya, apakah Khairy mempunyai hak dan kelebihan untuk menggunakan premis rasmi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan berkempen?
Nampaknya, calon Ketua Pemuda UMNO ini amat bongkak menyalah-gunakan harta Kerajaan, memandangkan bapa mertuanya ialah Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Walaupun Lembaga Displin UMNO awal minggu ini mengumumkan bahawa calon ini terlibat dengan salah laku etika politik wang dan hanya diberikan amaran, namun sifat bongkak yang ‘tidak makan saman’ ini amatlah keterlaluan. Apakah Perwakilan bersedia untuk membuat pilihan samada WANG atau BANGSA???
Bayangkan, apa lagi salah guna kuasa pemimpin ini akan lakukan apabila diberikan kuasa kelak?
sumber :big dog
Bila tarikh penyerahan kuasa tu ? Lps perhimpunan ? seminggu ? 2 minggu ? sebulan ? atau.....
Inilah pilihan rakyat untuk memimpin UMNO dan orang Melayu:
Presiden: DS NAJIB TUN ABD.RAZAK
Timb Presiden: TS MUHYIDDIN YASSIN
Naib Presiden: 1.D DR.RAIS YATIM
2.D ZAHID HAMIDI
3.D HISHAMUDIN
Ketua Pemuda: 1.D MUKHRIZ
Ketua Wanita: 2.D SHAHRIZAT
MKT: Pilihlah 25 orang yang bersih.
PTUCTM
Sy sgt tertarik dgn coretan Azli. Seoang yang mempunyai ciri2 keiklasan dihati sahaja dapat membaca apa yang tersurat dihati seorang pemimpin.
Dalam memcari pemimpin yang benar2 berjuang seharusnya memerlukan kematangan menganalisis sifat2 ini ternyata ada pada saudara Azli.
Cdangan calon2 yang akan dipilih nanti spt yang dipaparkan oleh saudara Azli itulah antara yang terbaik bkn setakat dalam pimpinan dalam Umno sahaja tetapi baik kpd rakyat pada keseluruhannya. Jika para pewakilan tdk memilih dgn menepati kehendak keseluruhan rakyat sdh tentu agak sukat utk Dato Najib utk menarik rakyat bagi menhadapi PRU13 nanti.
Akhir...sayangilah Umno dan sayangilah Negara ini. Pilihlah yg terbaik diantara yang baik2.
Asalamualaikum dan salam perjuangan demi agama,bangsa dan negara. TQ Azli.
Kepada semua perwakilan, jadikan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah SWT dengan amanah dan bertanggungjawab. Kalau dah tahu seseorang calon itu mengamalkan rasuah, kenapa masih nak pilih?
Azli,
Teruskan perjuangan saudara. Saya sentiasa menyokong selagi saudara tidak mengkhianati kebenaran.