Skip to main content

Mesej dari Tempat Tinggi



MESEJ DARI TEMPAT TINGGI


Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agar, para perwakilan mestilah memilih pemimpin yang mencerminkan apa yang baik di sisi rakyat, saya sudah dapat mengagak apakah mesej yang tersirat yang ingin disampaikan oleh beliau.



Najib agak tertekan jika para perwakilan tidak memahami apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh masyarakat luar, khususnya orang Melayu di luar UMNO. Jika para perwakilan faham akan kehendak dan "mood" sebenar masyarakat di luar sana, Najib yakin beliau akan lebih mudah menangani hujah dan tohmahan parti pembangkang kelak. Sekurang-kurangnya, UMNO tidak lagi dituduh sebagai parti yang masih mahu memilih pemimpin yang "mempunyai rekod yang bermasalah" sebagai menerajui parti tersebut.



Najib sebenarnya mahu para perwakilan faham - untuk sekurang-kurangnya kali ini, berilah kepercayaan, dengan memilih pemimpin yang mempunyai rekod bersih di kaca mata rakyat. Dengan kata lain, pilihlah Muhyiddin, Mukhriz, Hishamuddin, Rais Yatim, Zaid Hamidi dan Shahrizat. Jika semua nama tersebut mendapat tempat dalam barisan kepimpinan UMNO kelak, najib percaya dan yakin bahawa pemimpin pembangkang agak sukar untuk menyerang "masalah peribadi" mereka, sekali gus menjadikan UMNO lebih berupaya dan berkeyakinan menghadapi pembangkang dalam PRU Ke-13 nanti. Najib nampak ikhlas mahu membersihkan UMNO, malah beliau juga sangat jelas mahu para perwakilan memilih nama-nama tersebut. Walaupun mereka mungkin tidak mendapat sokongan yang agak kuat daripada para perwakilan - tetapi, fikirkan tentang orang Melayu di luar UMNO yang menginginkan golongan yang bersih memimpin parti tersebut, mereka sayangkan UMNO, tetapi membenci beberapa imej pemimpinnya, maka dengarlah suara mereka yang berada di luar UMNO itu. Jika tidak, kita boleh sama-sama mengucapkan sayonara kepada UMNO dan membacakan talqin untuknya.



Jadi, saya fikirkan di sini bahawa, apa-apa yang sedang berlaku sekarang adalah pertembungan antara "Yang Bersih dengan Yang Tidak Bersih" bagi memastikan UMNO terus relevan pada masa akan datang. Saya juga mencadangkan agar para perwakilan melakukan solat Istikharah dalam memilih pemimpin yang terbaik, mintalah petunjuk daripada Allah, agar UMNO selamat daripada para pemimpin yang korup, sekali gus membolehkan UMNO menjadi lebih kuat dan bertenaga. Wallahualam.

Comments

Syameer Firdaus said…
blog yang sangat menarik!!! pandangan yang menakjubkan tentang isu PPSMI di artikel yang lepas!!! blog 5 bintang!!!
Baijat said…
Kepada calon - calon yang bakal bertanding, jangan memikirkan periuk nasi sendiri terlebih dahulu sebaliknya ingatlah periuk nasi orang lain juga.

Janganlah mengenyangkan perut sendiri terlebih dahulu selagi perut orang lain tidak terisi.

Sikap ini bukan sahaja merugikan diri sendiri tapi orang lain.

Jikalau tidak boleh, tidak mahu bersusah payah, janganlah jejak kaki ke dalam arena politik.
azlishukri said…
Syameer - sudi2lah singgah selalu, terima kasih atas penghormatan tersebut

baijat - saya setuju kenyataan saudara
MiSs aNySs said…
omg u hv a lot of info. where u get it? btw keep it up!
Jika Muhyiddin bertanding Presiden - bersih kah Najib ?
azlishukri said…
Miss anyss - itu adalah rahsia.

Kluangman - itu pasti akan jadi lain, dan mungkin tidak sebersih lagi.
amirul said…
Salam,
Masalahnya perwakilan masih kabur... buat xdengar... hmmm speachless... :(
add said…
Seharusnya PAU kali ini mengadakan majlis tahlil dan sembahyang istikharah kepada semua perwakilan sebelum menjelang pemilihan... apalah salahnya aktiviti dimasukan kedalam agenda persidangan. sepengetahuan saya bila masa rehat perwkilan akan berlegar sekitar gerai jualan.lepas tu masuk balik ke dewan.. memangla boleh jamak/qasar dan ada satu lagi "fatwa" orang umno ni dalam bab sembahyang ni iaitu bukan jamak qasar tapi "jamak tak yah"..
Inilah satu satu nya virus dalam diri kebanyakan ahli umno terutama sekali yang bergelar kontraktor...

selepas ini,, bila DMM menang,, apabila mengadakan aktiviti atau program, pastikan sembahyang jemaah dimasukan kedalan agenda aktiviti,, biarlah sedikit pengisian tetapi pengisian jiwa dan rohani disantapkan terlebih dahulu dalam jiwa pemuda umno... bukan santapan di bar oleh budak tingkat4...
Anonymous said…
realiti bukannya antara yang bersih dan tidak bersih tetapi yang nampak bersih dan nampak tidak bersih. Semuanya adalah persepsi yang cuba ditonjolkan.

Kesemua calon yang menawarkan diri untuk jawatan MT, dari Presiden hingga ke Ahli MT membawa excess baggage masing-masing. Perwakilan terpaksa memilih yang "nampaknya bersih" dari kalangan itu.

Mampukah anda secara jujur dan ikhlas mengatakan kesemua pilihan anda benar-benar bersih? Bersih dari segala salah laku? Sebelum atau semasa proses pemilihan ini berlansung? Tiada sedikit pun calar atau parut hodoh pada diri mereka?

Sejarah hebat UMNO: 1987 Perebutan Presiden antara Mahathir-KuLi, Perebutan jawatan Timbalan Presiden antara Anwar-Ghafar Baba, Team Wawasan, Pertarungan 4-penjuru Ketua Pemuda,dan banyak lagi. Saya disitu-"I was there". Banyak yang dah saya lihat, banyak juga yang saya tahu.

Yang dikatakan bersihpun tak sebersih mana. Apa boleh buat,itu sahaja yang ada.
add said…
Awas!!!! Goblog KJ yang baru...SUKJ =http://melayusesat.blogspot.com apabila membaca tajuk blog sudah memadai dan faham dengan apa yang ada dalam blog pencacai KJ... semua melayu menyokong tindakan dan ucapan TDM tetapi pencacai,penjilat,peliwat KJ masih lagi merendahkan martabat TDM.
Maaf: terpaksa tulis juga akronim kepada SUKJ: SUKJ= Sambil Uloq Kemut Juboq.Mohon maaf sekali lagi kepada pemilik blog dan pembaca blog bertaraf 5bintang.
perfectwater75 said…
Salam AZLI,

Rasanya Zahid Hamidi kena keluarkan dari senarai tuan....Tuan kena siasat juga 800 orang Pemberi Surat Tauliah beliau...oops! sekarang dah tukar istilah...Pemberi GARAM!

thx!
add said…
Khairy berkempen salah guna Seri Perdana?
Kempen pemilihan Ketua Pemuda UMNO makin sengit. Dalam keadaan makin mendesak, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menggunakan Kompleks Seri Perdana sebagai pusat untuk berkempen.

Sepanjang hari ini, beberapa kumpulan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Perwakilan G2 diundang ke Seri Perdana, untuk berkenalan dengan MP Rembau. Ini dilakukan pada masa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait.

Persoalannya, apakah Khairy mempunyai hak dan kelebihan untuk menggunakan premis rasmi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan berkempen?

Nampaknya, calon Ketua Pemuda UMNO ini amat bongkak menyalah-gunakan harta Kerajaan, memandangkan bapa mertuanya ialah Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Walaupun Lembaga Displin UMNO awal minggu ini mengumumkan bahawa calon ini terlibat dengan salah laku etika politik wang dan hanya diberikan amaran, namun sifat bongkak yang ‘tidak makan saman’ ini amatlah keterlaluan. Apakah Perwakilan bersedia untuk membuat pilihan samada WANG atau BANGSA???

Bayangkan, apa lagi salah guna kuasa pemimpin ini akan lakukan apabila diberikan kuasa kelak?

sumber :big dog
ikan emas said…
Adat orang Melayu...setiap patah perkataan penuh makna dan ada maksud tersirat. Itulah yang hendak diberitahu oleh Dato' Seri Najib..( takkan nak terus terang ckp undilah sipolan-polan utk jadi team aku !!1 tak sopan kan ! ).

Bila tarikh penyerahan kuasa tu ? Lps perhimpunan ? seminggu ? 2 minggu ? sebulan ? atau.....
Anonymous said…
Assalamualaikum Azli,

Inilah pilihan rakyat untuk memimpin UMNO dan orang Melayu:

Presiden: DS NAJIB TUN ABD.RAZAK

Timb Presiden: TS MUHYIDDIN YASSIN

Naib Presiden: 1.D DR.RAIS YATIM
2.D ZAHID HAMIDI
3.D HISHAMUDIN

Ketua Pemuda: 1.D MUKHRIZ

Ketua Wanita: 2.D SHAHRIZAT

MKT: Pilihlah 25 orang yang bersih.

PTUCTM
Anonymous said…
Nak cerita yang PANAS! sila kunjungi awekzbukitgantang.blogspot.com dan bukitgantangbyelection.blogspot.com anda PASTI TERUJA!
PaKMie said…
Salam Azli dan kwn2...

Sy sgt tertarik dgn coretan Azli. Seoang yang mempunyai ciri2 keiklasan dihati sahaja dapat membaca apa yang tersurat dihati seorang pemimpin.

Dalam memcari pemimpin yang benar2 berjuang seharusnya memerlukan kematangan menganalisis sifat2 ini ternyata ada pada saudara Azli.

Cdangan calon2 yang akan dipilih nanti spt yang dipaparkan oleh saudara Azli itulah antara yang terbaik bkn setakat dalam pimpinan dalam Umno sahaja tetapi baik kpd rakyat pada keseluruhannya. Jika para pewakilan tdk memilih dgn menepati kehendak keseluruhan rakyat sdh tentu agak sukat utk Dato Najib utk menarik rakyat bagi menhadapi PRU13 nanti.

Akhir...sayangilah Umno dan sayangilah Negara ini. Pilihlah yg terbaik diantara yang baik2.

Asalamualaikum dan salam perjuangan demi agama,bangsa dan negara. TQ Azli.
Cheguman said…
Kluangman memberi satu soalan yang menarik. Namun bagi saya kita tidak perlu idealistik untuk memperlolehi kebaikan. Gunakan kesempatan ini (yakni ketika calon presiden tidak dipertandingkan) untuk melakukan sesuatu terhadap UMNO. Kesempurnaan adalah hak milik mutlak Khaliq, bukannya makhluk.

Kepada semua perwakilan, jadikan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah SWT dengan amanah dan bertanggungjawab. Kalau dah tahu seseorang calon itu mengamalkan rasuah, kenapa masih nak pilih?

Azli,
Teruskan perjuangan saudara. Saya sentiasa menyokong selagi saudara tidak mengkhianati kebenaran.
azlishukri said…
Terima kasih atas semua sokongan dan harapan, saya akan tetap berpegang dengan kebenaran. InsyaAllah
evold said…
betul tu. good critic

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan ? Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu. DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu...