Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin.
Presiden UMNO merangkap
Perdana Menteri Malaysia ke-6
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden UMNO
merangkap Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden UMNO I
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Naib Presiden UMNO II
Datuk Seri Rais Yatim
Naib Presiden UMNO III
Datuk Seri Syed Hamid Albar/ Datuk Khaled Nordin /Datuk Zahid Hamidi (mana-mana satu pun pada pandangan saya layak dan ada kualiti)
Ketua Pemuda UMNO
Datuk Mukhriz Mahathir
Ketua Wanita UMNO
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Presiden UMNO
merangkap Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden UMNO I
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Naib Presiden UMNO II
Datuk Seri Rais Yatim
Naib Presiden UMNO III
Datuk Seri Syed Hamid Albar/ Datuk Khaled Nordin /Datuk Zahid Hamidi (mana-mana satu pun pada pandangan saya layak dan ada kualiti)
Ketua Pemuda UMNO
Datuk Mukhriz Mahathir
Ketua Wanita UMNO
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Comments
Pandangan kita hampir 100% sama cuma saya lebih suka jika Rais Yatim yg lebih senior dianggap sebagai naib presiden 1, Hisham 2 n yang ketiga tu...saya lebih suka masukkan shafie Afdhal bagi menggantikan Syed Hamid.
Gabungan ini bermakna terdapat muka lama sprt Najib, Mahyudin n Rais Yatim dan yg lebih terkemudian sprt Hishamudin, Zahid n Khalid. Namun begitu perlu difikirkan dimanakah UMNO selepas 15 tahun?
Siapakah presiden yg juga PM Malaysia? adakah dari kalangan nama yang saya sebutkan tadi? Fikirkan siapa yang layak dan memang benar....selepas teori RAHMAN....kita tidak menyediakan seorang pelapis yang boleh dijangkakan untuk menjadi PM. Ini berbeza dengan Anwar dan Najib yang dizaman muda mereka lagi mereka dibangunkan sebagai calon pemimpin dan menjadi sebati dalam diri dalam kebanyakkan rakyat bahawa inilah calon pemimpin utama suatu hari nanti.
Ini juga kesannya apabila TDM tiba2 memilih Paklah yang tidak dijangkakan oleh sesiapa...dan akhirnya....kita sendiri sudah lihat kesannya....
Saya amat berharap DS Najib dapat membentuk kabinat yang hebat dan secepat mungkin memberi bayangan jelas siapakah PM 15 or 20 tahun lagi...
suka saya tambah jika Syafie Apdal jadi salah seorang pilihan saudara.
1. Sekurang2nya ada wakil dari negeri borneo
2. Elak orang sabah marah kepada UMNO
ia sama apa yang saya rasa.
Politik Melayu hari ini mestilah berani berkata yang haq walaupun pahit...
Bisik2kanlah kepada rakan2 di PWTC - BANGSA ATAU WANG?
I agree with your choice except I vote for Rafidah...
Selamat bersidang!
budak kampung - ini hanyalah pandangan saya.
Sham - silakan, pilih yang terbaik
mantra - sememangnya saya sedang lakukan hal tersebut.
Rais Yatim boleh jd NP dlm UMNO tapi mgkn suara beliau tidak 'lantang' dlm BN
Apa-apa pun, tunggu undi perwakilan.
waadat - betul saya akui dalam kalangan guru, Hishamuddin agak terbelakang
Brahim - akhirnya kita serah kepada perwakilan
Bagi saya Hishamuddin tidak ada "wow" factor sebagai Naib Presiden. Beliau gagal menunjukkan "good leadership" dalam isu PPSMI.
Semua di atas saya setuju kecuali Hishamuddin. Untuk survival UMNO, Naib Presiden yang kita perlukan ialah Rais Yatim, Zahid Hamidi dan Syafie Afdal.
Untuk survival Pemuda, Mukhriz dan Khir layak dipertimbangkan.
saya kurang setuju berkenaan hishamuddin.
masukkan juga Syafie Apdal, walaupun tak pandai bercakap, tetapi orang sabah menerimanya dengan baik.
dalam pemilihan pemimpin UMNO ini, kita harus memilih pemimpin yang kurang mudharatnya kepada agama, bangsa, negara dan parti. wallahualam
Bagi saya pilihan Saudara adalah yang cukup baik buat masa ini. dan saya bersetuju dgan pakteh Pimpinan baru bukan setakat untuk membaiki dan meneruskan perjuangan yang telah putus, Pelapis Pemimpin Utama yang berkredibiliti harus dibentuk dan di acu agar Agama Bangsa Dan kedaulatan Tanah Air terus diperjuangkan.
Saya bersetuju dengan barisan pimpinan yang dicadangkan itu kecuali bagi Naib Presiden.
Saya lebih tertarik kepada barisan ini:
1. DR RAIS YATIM - Seorang yang bijik, berani dan tegas.
2. DR. ZAHID HAMIDI - Berpendidikan Agama, tegas pendirian.
3. Diantara HISHAMUDIN HUSSEIN - Bekas Ketua Pemuda @ SHAFIE APDAL -Seorang yang berani dan tegas dan akan mewakili Sabah dan Sarawak.
Untuk Majlis Kerja Tertinggi, pilih sajalah yang bersih, rajin dan berani memberi pendapat.
Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada para perwakilan UMNO yang akan menjalankan tugas berat demi Agama, Bangsa dan Negara. AMIN!
anonymaous - amin
Ketua Pemuda - Khir Toyo kelebihan 10 undi dari KJ dan MM - sikap yakin penyokong MM makan diri.
Ketua Wanita - Rafidah dengan kemenangan bergaya - perwakilan wanita tidak mudah berubah angin di saat akhir.
Naib Presiden - Shafie Afdhal, Rais yatim dan Khaled Nordin - kesemuanya muka baru Naib Presiden yang mempunyai tenaga dan nafas baru untuk berperanan penting di dalam perubahan UMNO.
Ketua Puteri - sudah tentu bukan Nazeri.
Masukkan Shafie Afdal ganti Hisyamuddin
Hisyamuddin ni tak layak jadi Naib Presiden UMNO sebab
1)Penakut, isu hunus keris
2)Penakut isu Karpal sumpah Pemuda UMNO celaka, dia duduk diam sahaja
3)Penakut & diam isu jambatan bengkok
4)Penakut & diam bila Pulau Batu Puteh kalah
5)Penakut & diam bila BN gagal dapat 2/3
6)Penakut apabila biarkan KJ menang tanpa bertanding dahulu
Orang yang penakut ini tidak layak menjadi pemimpin UMNO, pemimpin Melayu
Wassalam
p/s. Minta izin link blog saudara.
DS Najib jadi TPM.
Khairy jadi ahli biasa.
Ini cuma pandangan saya saja.
http://theaminos.blogspot.com
Cuma mengharapkan ada perubahan yg ketara dilakukan... bukan hanya omongan kosong...
Setuju dgn barisan pilihan saudara... cuma naib presiden 1 lebih elok diutamakan senior... Datuk Rais Yatim...
jalan perlahan jalan berhati-hati,
jalan yakin jalan penuh budi pekerti,
jalan murni jalan yang diredhoi.
salam sidang.
Tahniah buat saudara, ramai individu yang saudara ramalkan telah berjaya memenangi jawatan tersebut. Hanya satu atau dua yang gagal. Begitu juga dengan idola saya ada berjaya dan ramai yang kecundang. Adat bertanding sesama kita begitulah. Terima kasih kerana kita masih lagi bersahabat dalam satu misi dan agenda.