Skip to main content

Penulis Bersama Tan Sri Azman Hashim di Pejabatnya.

GURU OH GURU!

Kita berhenti sebentar membincangkan polemik politik dan sumpah Mubahalah Anwar-Saiful seketika. Mari sama-sama ambil pengajaran daripada apa-apa yang telah saya pelajari daripada tokoh korporat tersohor Melayu ini. Rasanya ini jauh lebih memberi manfaat daripada terus menerus membicarakan krisis politik kepada orang-orang yang tidak mahu melihat kebenaran.


Pertemuan saya dengan Tan Sri Azman Hashim, CEO AmBank di pejabatnya tiga bulan lalu, telah membawa saya kepada satu jawapan penting mengapa terlalu banyak usahawan Melayu atau perniagaan Melayu gagal untuk berjaya. Membangunkan sebuah bank bukanlah kerja mudah, apatah lagi pada masa kegawatan dan kelembapan ekonomi. Namun demikian, masalah luaran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengesahkan bahawa kita tidak mampu lagi untuk membina kejayaan. Kejayaan tetap boleh hadir dalam apa-apa jua keadaan. Kerana, faktor sesebuah kejayaan bukanlah ditentukan oleh faktor luaran, sebaliknya faktor dalaman.



Semasa baginda Rasulullah menyebarkan Islam pada tahun-tahun awalnya di Mekkah, baginda dikelilingi dengan pelbagai musuh, bahkan nyawa baginda turut diancam jika masih berdegil untuk meneruskan penyebaran agama Islam.



Rasulullah sebenarnya, boleh sahaja mendakwa bahawa serua Islamnya di Mekkah telah mengalami kegagalan sehingga baginda berhijrah ke Kota Madinah, Jika, faktor luaran yang dijadikan alasan utama untuk mendakwa bahawa kita telah gagal! Tetapi Rasulullah tidak melihat kejayaan dan kegagalan seperti itu. Penghijrahan baginda ke Kota Madinah dilihat sebagai titik kejayaan yang semakin hampir untuk agama Allah ini bertebaran di seluruh pelosok dunia sehingga ke hari ini.



Dengan kata lain, Rasulullah sudah sedia maklum, bahawa baginda pasti akan memperoleh kemenangan dan agama Islam merupakan agama yang benar. Sekarang, mari kita bertanyakan kepada diri kita sendiri, apakah yang akan kita lakukan andai kata kita sudah sedia maklum sejak awal lagi bahawa kita akan berjaya dalam sesuatu perkara itu?, apakah yang akan kita buat? Sudah tentu jawapannya, kita tidak akan takut untuk bertindak dan menghadapi apa-apa jua rintangan dan cabaran, kerana jawapan akhir kita bakal kita peroleh nanti ialah kita pasti berjaya!



Rasulullah sudah sedia maklum bahawa baginda pasti akan berjaya akhirnya, lantaran itu baginda sentiasa bersabar dalam menempuh cubaan dan rintangan yang Allah berikan kepadanya.



Azman Hashim mempunyai ciri seperti itu, beliau seolah-olah tidak takut dengan apa-apa jua saingan dan cabaran dalam dunia perbankan yang diceburinya. Beliau seakan-akan sudah mengerti bahawa beliau berada dalam jalan yang betul untuk berjaya, beliau tahu apa-apa yang sedang dilakukan, akan dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Semua ini menyebabkan beliau sudah tidak merasai apa-apa ketakutan dalam perniagaannya itu, lantaran fikirannya sudah ditanamkan dengan jawapan bahawa beliau pasti berjaya akhirnya! Azman Hashim percaya bahawa beliau berada di pihak yang betul dan benar dalam sektor perbankan, oleh sebab itu untuk apa beliau takut bersaingan dan berputus asa?



Akhirnya, pengajaran yang kita peroleh ialah, jika kita melakukan sesuatu yang benar dan inginkan kebenaran-kita sudah tahu jawapan akhirnya, iaitu kejayaan! Tidak timbul sama ada kita akan gagal atau berjaya. Jika kita mengikut petunjuk al-Quran dan Hadis Shahih, jawapannya, kita pasti berjaya.



Sama juga dalam perniagaan, jika kita mengikut ilmu yang benar serta bersungguh-sungguh mencari rezeki kerana Allah, kita sudah pasti akan berjaya. Segala rintangan sudah tidak lagi menjadi masalah kepada kita, kerana kita berada dalam lingkungan kebenaran. Tiada istilah kegagalan bagi orang yang mengikut kebenaran dan tunduk kepada ilmu yang sudah jelas kebenarannya! Wallahualam.

Comments

zeme said…
Salam saudara azli,

Saya amat berbangga sebagai seorang melayu melihat bagaimana TS Azman Hashim sebagai orang melayu yang berjaya dalam bidang perbankan. Ini sebenarnya kesan kejayaan yang telah dicapai dengan objektif dan motif penubuhan Bank Bumiputera suatu ketika dulu dibawah usaha YBM Tengku Razaleigh, Allahyarham Raslan Datuk Abdullah semasa orang melayu mula-mula terlibat langsung dalam dunia perbankan.

Kejayaan TS Azman Hashim ini sebenarnya melenyapkan keraguan dikalangan orang lain yang menyangka orang melayu tidak pandai dalam pengurusan wang dan perbankan. Sekarang kita juga sudah ada orang melayu TS Rashid Hussien yang turut berjaya dalam perbankan (RHB).

Saya juga mencadangkan agar saudara Azli andai kelapangan masa menemuramah YBM Tengku Razaleigh yang pernah digelar "Bapa Ekonomi Malaysia" dalam mengulas prospek ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor bidang perbankan, perniagaan, pemasaran terutama di kalangan orang Melayu kini.

Wasalam.
mohad said…
salam.. tak nak join gath ke..
arsaili said…
salam...bole ke saya simpulkan..kunci untuk berjaya adalah berfikiran positif?
Setiap manusia ada cermin masing-masing.
hans said…
untuk berjaya kena menempuh pelbagai ranjau..
itulah yang susah sangat nak dilalui orang melayu..
tapi alhamdulillah bangga bila baca ada anak melayu yang berjaya

http://hanspunyablog.blogspot.com/

posting terbaru --> Bomoh! Pawang! Dukun! Doktor Tradisional! Bolehkah Dipercayai?
PuTeRi CaHaYa said…
Berpegang lah pada Al-Quran & Hadis-Sunnah Rasullullah S.A.W... itu lebih selamat.
InsyaAllah, Allah akn sentiasa memberi jalan untuk kita dalam segala hal..sekali pun perkara itu sulit..
azlishukri said…
zeme-saya sudah mewawancara Tengku Razali, pada tahun lepas, artikelnya ada dalam blog saya.

ijad-mcm mana nak joint gath

arsaili-sudah tentu!

daniell-betul

hans-benar tu hans

puteri cahaya-betul pegang sahaja al-Quran dan sunnah nabi

Pilihan Pembaca

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

PAS 2009 : Tewas di Bukit Gantang?

PAS 2009 : Tewas di Bukit Gantang? Saya terpaksa berterus terang bahawa sesungguhnya UMNO kini bersungguh-sungguh untuk berubah. Kepada penyokong pembangkang yang masih memainkan kata-kata nista dan kesat, kononnya UMNO sama sekali tidak akan berubah, merupakan satu pembohongan. Saya katakan, bahawa tidak semua ahli UMNO itu jahat dan makan rasuah, tidak semua ahli UMNO itu tidak solat dan main perempuan. Hakikatnya, ia sama seperti PAS, tidak semua ahli PAS baik dan alim, tidak semua juga ahli PAS yang bersih dan tidak makan duit rasuah. Ini semua adalah masalah individu. Kita tidak boleh menyalahkan mereka atas nama parti, lalu kita mendakwa "Oh semua ahli UMNO jahat dan makan duit rasuh, semua ahli UMNO zalim dan kejam" tuduhan-tuduhan seperti ini adalah dosa dan noda. Tiada manusia yang sempurnah dan boleh mendakwa bahawa mereka lebih baik daripada orang lain. PAS tidak sempurna, UMNO juga tidak sempurna. Ada juga ahli atau penyokong PAS yang jahat dan main perempuan, ad...