Skip to main content

Penulis Bersama Tan Sri Azman Hashim di Pejabatnya.

GURU OH GURU!

Kita berhenti sebentar membincangkan polemik politik dan sumpah Mubahalah Anwar-Saiful seketika. Mari sama-sama ambil pengajaran daripada apa-apa yang telah saya pelajari daripada tokoh korporat tersohor Melayu ini. Rasanya ini jauh lebih memberi manfaat daripada terus menerus membicarakan krisis politik kepada orang-orang yang tidak mahu melihat kebenaran.


Pertemuan saya dengan Tan Sri Azman Hashim, CEO AmBank di pejabatnya tiga bulan lalu, telah membawa saya kepada satu jawapan penting mengapa terlalu banyak usahawan Melayu atau perniagaan Melayu gagal untuk berjaya. Membangunkan sebuah bank bukanlah kerja mudah, apatah lagi pada masa kegawatan dan kelembapan ekonomi. Namun demikian, masalah luaran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengesahkan bahawa kita tidak mampu lagi untuk membina kejayaan. Kejayaan tetap boleh hadir dalam apa-apa jua keadaan. Kerana, faktor sesebuah kejayaan bukanlah ditentukan oleh faktor luaran, sebaliknya faktor dalaman.



Semasa baginda Rasulullah menyebarkan Islam pada tahun-tahun awalnya di Mekkah, baginda dikelilingi dengan pelbagai musuh, bahkan nyawa baginda turut diancam jika masih berdegil untuk meneruskan penyebaran agama Islam.



Rasulullah sebenarnya, boleh sahaja mendakwa bahawa serua Islamnya di Mekkah telah mengalami kegagalan sehingga baginda berhijrah ke Kota Madinah, Jika, faktor luaran yang dijadikan alasan utama untuk mendakwa bahawa kita telah gagal! Tetapi Rasulullah tidak melihat kejayaan dan kegagalan seperti itu. Penghijrahan baginda ke Kota Madinah dilihat sebagai titik kejayaan yang semakin hampir untuk agama Allah ini bertebaran di seluruh pelosok dunia sehingga ke hari ini.



Dengan kata lain, Rasulullah sudah sedia maklum, bahawa baginda pasti akan memperoleh kemenangan dan agama Islam merupakan agama yang benar. Sekarang, mari kita bertanyakan kepada diri kita sendiri, apakah yang akan kita lakukan andai kata kita sudah sedia maklum sejak awal lagi bahawa kita akan berjaya dalam sesuatu perkara itu?, apakah yang akan kita buat? Sudah tentu jawapannya, kita tidak akan takut untuk bertindak dan menghadapi apa-apa jua rintangan dan cabaran, kerana jawapan akhir kita bakal kita peroleh nanti ialah kita pasti berjaya!



Rasulullah sudah sedia maklum bahawa baginda pasti akan berjaya akhirnya, lantaran itu baginda sentiasa bersabar dalam menempuh cubaan dan rintangan yang Allah berikan kepadanya.



Azman Hashim mempunyai ciri seperti itu, beliau seolah-olah tidak takut dengan apa-apa jua saingan dan cabaran dalam dunia perbankan yang diceburinya. Beliau seakan-akan sudah mengerti bahawa beliau berada dalam jalan yang betul untuk berjaya, beliau tahu apa-apa yang sedang dilakukan, akan dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Semua ini menyebabkan beliau sudah tidak merasai apa-apa ketakutan dalam perniagaannya itu, lantaran fikirannya sudah ditanamkan dengan jawapan bahawa beliau pasti berjaya akhirnya! Azman Hashim percaya bahawa beliau berada di pihak yang betul dan benar dalam sektor perbankan, oleh sebab itu untuk apa beliau takut bersaingan dan berputus asa?



Akhirnya, pengajaran yang kita peroleh ialah, jika kita melakukan sesuatu yang benar dan inginkan kebenaran-kita sudah tahu jawapan akhirnya, iaitu kejayaan! Tidak timbul sama ada kita akan gagal atau berjaya. Jika kita mengikut petunjuk al-Quran dan Hadis Shahih, jawapannya, kita pasti berjaya.



Sama juga dalam perniagaan, jika kita mengikut ilmu yang benar serta bersungguh-sungguh mencari rezeki kerana Allah, kita sudah pasti akan berjaya. Segala rintangan sudah tidak lagi menjadi masalah kepada kita, kerana kita berada dalam lingkungan kebenaran. Tiada istilah kegagalan bagi orang yang mengikut kebenaran dan tunduk kepada ilmu yang sudah jelas kebenarannya! Wallahualam.

Comments

zeme said…
Salam saudara azli,

Saya amat berbangga sebagai seorang melayu melihat bagaimana TS Azman Hashim sebagai orang melayu yang berjaya dalam bidang perbankan. Ini sebenarnya kesan kejayaan yang telah dicapai dengan objektif dan motif penubuhan Bank Bumiputera suatu ketika dulu dibawah usaha YBM Tengku Razaleigh, Allahyarham Raslan Datuk Abdullah semasa orang melayu mula-mula terlibat langsung dalam dunia perbankan.

Kejayaan TS Azman Hashim ini sebenarnya melenyapkan keraguan dikalangan orang lain yang menyangka orang melayu tidak pandai dalam pengurusan wang dan perbankan. Sekarang kita juga sudah ada orang melayu TS Rashid Hussien yang turut berjaya dalam perbankan (RHB).

Saya juga mencadangkan agar saudara Azli andai kelapangan masa menemuramah YBM Tengku Razaleigh yang pernah digelar "Bapa Ekonomi Malaysia" dalam mengulas prospek ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor bidang perbankan, perniagaan, pemasaran terutama di kalangan orang Melayu kini.

Wasalam.
mohad said…
salam.. tak nak join gath ke..
arsaili said…
salam...bole ke saya simpulkan..kunci untuk berjaya adalah berfikiran positif?
Setiap manusia ada cermin masing-masing.
hans said…
untuk berjaya kena menempuh pelbagai ranjau..
itulah yang susah sangat nak dilalui orang melayu..
tapi alhamdulillah bangga bila baca ada anak melayu yang berjaya

http://hanspunyablog.blogspot.com/

posting terbaru --> Bomoh! Pawang! Dukun! Doktor Tradisional! Bolehkah Dipercayai?
PuTeRi CaHaYa said…
Berpegang lah pada Al-Quran & Hadis-Sunnah Rasullullah S.A.W... itu lebih selamat.
InsyaAllah, Allah akn sentiasa memberi jalan untuk kita dalam segala hal..sekali pun perkara itu sulit..
azlishukri said…
zeme-saya sudah mewawancara Tengku Razali, pada tahun lepas, artikelnya ada dalam blog saya.

ijad-mcm mana nak joint gath

arsaili-sudah tentu!

daniell-betul

hans-benar tu hans

puteri cahaya-betul pegang sahaja al-Quran dan sunnah nabi

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A