Skip to main content


Bagaimanakah Sikap

Seorang Jutawan?

(Artikel ini sudah disiarkan di dalam majalah Dewan Ekonomi edisi Julai 2008)

Oleh Muhammad Azli Shukri


Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan (memiliki harta bernilai lebih AS$1 juta) di seluruh dunia pada tahun 2006. Pada tahun tersebut Singapura, India dan Indonesia mencatat pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan. Pada tahun 2007 pula dianggarkan terdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman.

Menjadi jutawan adalah idaman hampir semua orang, namun demikian, pada tahun 2006 dianggarkan cuma enam peratus daripada penduduk dunia yang berupaya mencapai status tersebut. Soalnya, Di manakah perginya baki 94 peratus yang lain itu?. Ramai yang beranggapan bahawa negara, bangsa, kepandaian dan peluang adalah faktor utama, namun kepercayaan tersebut tersasar jauh daripada kebenaran, faktor utama yang membezakan mereka adalah corak minda. Para jutawan didapati mempunyai cara berfikir yang berbeza dengan golongan biasa. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang konsep pemilihan kerjaya, pasangan, tempat tinggal, penggunaan masa lapang, pendidikan hinggalah ke jenis kenderaan yang dipandu.

Menurut kajian Dr. Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian atau IQ yang tinggi, tetapi membawa maksud “berfikir dengan betul.” Fikiran yang betul tentang pemilihan kerjaya adalah berasaskan kepada minat dan kebolehan seseorang. Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan melakukan sesuatu yang diminati atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki. Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain, dan dengan itu mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Menurut kajian Dr. Stanley dua pertiga jutawan mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.

Namun demikian, memperoleh pendapatan yang lumayan sahaja bukanlah syarat mutlak untuk bergelar jutawan, mereka juga harus mempunyai fikiran yang betul tentang konsep perbelanjaan. Para jutawan percaya, pengurusan kewangan bermula dari rumah. Lebih daripada 80 peratus jutawan memilih pasangan hidup yang lebih konservatif tentang kewangan daripada mereka, di samping mampu mengurus perbelanjaan keluarga dengan baik. Dalam memilih pasangan hidup tersebut, mereka memahami perbezaan antara seorang pengurus perbelanjaan dengan seorang yang bakal menjadi sumber perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga. Lebih daripada 90 peratus jutawan terdiri daripada mereka yang sudah berumah tangga dan sebahagian besar daripada mereka cuma mempunyai seorang isteri.

Mereka berkongsi falsafah pengurusan yang sama dengan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu “ tingkatkan pendapatan dari semasa ke semasa, namun mesti kekal dengan cara hidup yang lama.” Menurut satu maklum balas, 80 peratus penduduk Malaysia menghabiskan pendapatan bulanan mereka dalam perbelanjaan isi rumah dan terus meningkatkan perbelanjaan tersebut seandainya berlaku peningkatan pada tahap pendapatan bulanan. Cara ini sangat bertentangan dengan kaedah berfikir golongan jutawan.

Para jutawan juga tidak mahu memasuki zon yang diistilahkan oleh mereka sebagai “Fokus Serangan” . Mereka berfikir bahawa adalah bijak untuk terus kekal di kawasan perumahan yang sedia ada, walaupun mereka mampu memiliki rumah yang lebih mewah, di samping mengelakkan diri daripada menjadi sasaran jenayah dan memulakan hutang baharu perumahan. Pada masa yang sama, mereka juga mampu menikmati peningkatan nilai rumah yang sedia ada. Di Amerika lebih daripada 90 peratus jutawan tinggal di rumah milik sendiri, dan kebanyakan daripada mereka tinggal di rumah yang sama sejak 20 tahun lalu.

Hampir 50 peratus daripada mereka juga tidak berpindah dan membeli rumah tersebut semasa orang lain sibuk menjualnya. Lebih daripada dua pertiga jutawan bekerja antara 45 hingga 55 jam seminggu. Pada hari bekerja, lazimnya mereka bangun seawal jam tiga atau empat pagi. Mereka tidak mendefinisikan diri sebagai gila bekerja tetapi senantiasa berusaha memaksimumkan pulangan hasil daripada setiap usaha yang dilakukan. Jika terdapat kelapangan, mereka lebih suka menghabiskan masa tersebut dengan penasihat percukaian atau pegawai perundangan peribadi. Hal ini membolehkan mereka mengkaji kaedah terbaik untuk meminimumkan kadar pembayaran cukai dan mengenal pasti ruang yang boleh diperbaiki dalam perniagaan, agar mereka tidak terdedah kepada tindakkan undang – undang dari mana – mana pihak pada kemudian hari.

Masa lapang bersama keluarga pula lazimnya dihabiskan dengan mengunjungi sahabat handai dan saudara mara atau melawat ke lokasi awam seperti muzium, zoo dan taman permainan. Semua aktiviti ini dipilih, kerana menelan belanja yang minimum, di samping mampu merapatkan hubungan yang mungkin akan menjadi jaringan perniagaan di kemudian hari. Mereka menjauhi kasino, kelab – kelab elit dan tempat yang seumpamanya, kerana ia menelan belanja besar dan secara purata, mereka melakukan dua tahun sekali percutian ke luar negara.

Mereka juga sangat percaya kepada kuasa pendidikan, maka tidak hairanlah 90 peratus daripada mereka memiliki ijazah dan lebih 50 peratus daripada mereka mempunyai ijazah lanjutan. Mereka melabur dalam jumlah yang besar ke atas pendidikan anak – anak. Mereka percaya permintaan terhadap jawatan perakaunan, penasihat perundangan dan percukaian akan bertambah kerana pertumbuhan golongan yang berstatus jutawan semakin meningkat. Mereka mahu anak mereka bekerja dengan para jutawan tersebut sebagai penasihat dan bukan bekerja dengan firma – firma biasa.

Kebanyakan jutawan hidup di bawah tahap pendapatan mereka dan melaburkan kembali 15 hingga 20 peratus daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang diperoleh. Mereka tidak menggunakan lebihan pendapatan untuk membeli barangan berjenama mewah khususnya kenderaan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang memandu kenderaan import model terkini, kebanyakan yang lain cuma menggunakan model tempatan yang telah berusia lebih daripada sepuluh tahun. Menurut cara berfikir salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, kenderaan cumalah satu medium untuk membawa seseorang bergerak dari titik A ke titik B dan beliau cuma memandu Perdana V6, sedangkan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah lebih daripada 4.29 bilion ringgit.

Namun begitu, kebanyakan orang beranggapan seorang jutawan adalah mereka yang memandu kereta import model terbaru, tinggal di kawasan perumahan mewah, beristeri lebih, memilih para jelitawan atau selebriti sebagai pasangan dan kerap bercuti keluar negara.

Walau bagaimanapun, itu semua bukanlah ukuran mutlak bagi menentukan seseorang berstatus jutawan atau tidak. Jutawan dalam takrif sebenar ialah apabila semua aset seseorang di tolak dengan semua jumlah liabilitinya dan jika masih berbaki sejuta ringgit atau lebih, maka barulah beliau layak bergelar jutawan. Kebanyakan jutawan mampu meneruskan cara hidup mereka untuk tempoh sepuluh hingga dua belas tahun walaupun memilih untuk tidak bekerja. 94 peratus penduduk dunia tidak menjadi jutawan kerana mereka telah menyalah tafsirkan takrif sebenar jutawan dan dengan itu, gagal untuk berfikir seperti seorang jutawan.

Comments

alif-mikail said…
saudara,
Sentiasa bergambar dan berpeluang berjumpa tokoh-tokoh besar...
Saudara Azli,

Saya berminat juga untuk menghantar artikel ke Dewan Ekonomi. Boleh tolong bagi pandangan dan nasihat.
joharihamzah said…
Saudara Azli,

Benarlah kata-kata saudara berkaitan gaya hidup seorang jutawan. Saya juga pada asalnya menyangka bahawa seseorang jutawan mestilah berkereta besar dan hidup bagai di kayangan!Namun ia akhirnya balik kepada gaya hidup yang dipilih seseorang itu.

Saya juga ingin megutarakan beberapa soalan.

1) Kenapa agaknya masyarakat melayu kita tak ramai berjaya dalam perniagaan, kalaupun ada jumlahnya sedikit berbanding bangsa lain?

2) Adakah faktor seperti pemakanan, adat atau corak berfikir orang melayu ada kaitan dengan kejayaan bangsa melayu dalam bidang ekonomi?

3) Akhirnya, apakah langkah awal kita dalam membina kekuatan ekonomi ummah, berdasarkan keadaan semasa sekarang..

Maaflah jika banyak bertanya, tapi jawapan kepada persoalan ini saya kira, mungkin dpt membantu bangsa melayu berjaya dalam setiap bidang yg mereka ceburi..

TQ..
Usratika said…
Salam

Tuan azli, nasib baik saya sudah membacanya dalam Dewan Ekonomi bulan Julai.Sangat menarik.

malie
azlishukri said…
salam, saudara nadzri saudara sudah pun berpengalaman menulis, saya sangat mengalu-alukan tulisan saudara..sila hantar ke email saya azli.dbp.gov.my artikel saudara antara 4-6 muka surat, langkau 2 baris, topik berkenaan pengurusan, ekonomi semasa, ekonomi antarabangsa pelaburan dan kewangan. saya sangat mengalu-alukan.
zeme said…
Salam saudara Azli,

Ya satu skop ulasan yang berguna. Berdasarkan pemahaman saya seseorang boleh digelar sebagai jutawan bilamana "cash and asset at hand always not liabilities at all"

Wasalam.
Kikuri-hime said…
Salam.... thax for the tips. Pada pendapat saya, tips atau panduan yg en. azli berikan boleh juga di aplikasi dalam apa jua bidang. tak semestinya dlm perniagaan sahaja.
Rahimah said…
salam,
tulisan yang sangat menarik,mungkin lebih menarik kalau dapat dikembangkan mengenai element-element spt sokongan dari penguna yang menyebabkan mereka berjaya. Sebagai contoh peniaga-peniaga cina di Malaysia berjaya kerana sokongan dari pembeli-pembeli melayu.Mungkin Li boleh mengkaji kenapa ada sifat sokongan yang kuat oleh pengguna melayu terhadapa peniaga cina berbanding peniaga bumiputera. Adakah kerna haganya lebih murah, peniaga melayu suka berdengki dan peniaga melayu itu malas. Walaupun dakwaaan ini tidak pernah berjaya dibuktikan secara akademik tetapi bagus juga untuk dikaji secara serius.
saya suka dengan sikap jutawan yang tetap setia dengan tanggungjawab sosialnya!
azlishukri said…
saya akan cuba mengkaji cadangan tuan-tuan..
S.YanaZ said…
Salam,
Azli oh, Azli..
aku suka dgn entri ini.

Mungkin hg boleh selang-selikan entri berunsurkan motivasi dlm tulisan2 hg.

Alright!Hidup Berjuang...
azlishukri said…
terima kasih syariah..
Denanz ... said…
Li,
kalau ditakdirkan aku jd jutawan, aku tetap jugak dgn keris 110 itu. hahaha.
semoga tazkirah yg anda berikan pagi tadi dpt membuka mata dan minda staf dbp. sudah terlaksanakah peranan dan tanggungjawab kita terhadap organisasi?
azlishukri said…
terima kasih nan..
mariahsj said…
Salam azli,
Bukan mudah nak jadi jutawan dan mengekalkan cara hidup yang sederhana. Saya kenal jutawan yang berkira dalam perbelanjaan, sentiasa mencongak harga dan sentiasa berfikir untuk mencari wang. Saya belum sampai ke tahap itu lagi.."Life have to go on.No money, no fun."
azlishukri said…
betul tu kak Ton..
crazyEllysee said…
Saudara Azli Shukri;

Artikel ini merupakan salah satu artikel yang boleh memberi inspirasi positif dan jelas kepada anak-anak pelajar terumatanya anak muda sekarang yang kurang faham tentang kehidupan jutawan :)

Kebanyakkan manusia pada zaman atom ini sibuk dengan mengejar wang dan harta peribadi masing-masing kerana ingin berhidup mewah.
Banyak yang hendak menjadi jutawan tetapi tidak mahu berusaha dan cuba, saya berasa artikel saudara ini boleh menjelaskan sedikit infomasi yang baik kepada mereka.
Terima kasih saudara :)

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...