MENANTI
SUMPAH ANWAR
Oleh Muhammad Azli Shukri
Saya terpanggil buat kali kedua, untuk menjelaskan lagi akan kesamaran berkenaan isu sumpah Mubahalah yang masih menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam. Seolah-olah Mubahalah itu telah menjadi isu yang sangat terasing buat kita. Secara ringkas, saya terpaksa berterus-terang, tanpa berselindung lagi bahawa, bagi mereka yang masih ragu dan masih tidak mahu menerima hakikat bahawa cara terbaik dalam menyelesaikan isu Saiful-Anwar ini adalah melalui Mubahalah-mereka merupakan golongan yang masih terdapat keraguan dan kesangsian bahawa al-Quran mampu menyelesaikan segala masalah manusia ini. Mereka sebenarnya masih tetap mencari pelbagai alasan agar menolak cara Mubahalah ini. Mereka tidak yakin adanya Mubahalah dan tetap tidak mahu menyelesaikan isu ini melalui cara Mubahalah. Hal ini tidak hanya terkena dalam kalangan orang awam semata-mata, bahkan sesetengah ulama juga turut terkena penyakit ini. Maha suci Allah yang menjadikan kehidupan dan kematian sebagai ujian.
Sekarang saya tidak bisa lagi menjaga hati dan perasaan orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran dan keadilan yang sudah jelas dan pasti, bahawa cara terbaik penyelesaian berkenaan isu saiful-Anwar ini adalah melalui sumpah Mubahalah, kerana ia jelas ada contoh di dalam al-Quran. Golongan yang mengatakan bahawa ayat tersebut hanya untuk isu-isu yang tidak melibatkan peribadi seperti kes Saiful-Anwar ini, merupakan golongan yang tidak memahami bagaimana para sahabat memahami nas tersebut, malah hujah tersebut juga dangkal kerana seolah-olah menyempitkan peranan al-Quran yang sebenarnya adalah luas dan menjadi petunjuk kepada mereka yang inginkan kebenaran dan keadilan. Saya malas untuk menghuraikan soal nas tersebut, tetapi sesiapa yang berminat untuk mendalaminya boleh membaca tulisan Dr Asri, Mufti Perlis yang saya fikir sangat bernas dan tepat.
Berbalik kepada isu Saiful-Anwar, persoalan yang penting sekarang, bukanlah masalah perundangan Islam atau masalah siapa liwat siapa. Tetapi pokok persoalannya ialah siapakah yang berbohong dan siapa pula yang benar. Itu sahaja. Inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Mubahalahlah, mudah sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, Anwar masih bermain dengan teka-teki dan berdolak-dalik untuk bersumpah. Saya tidak pasti mengapa. Tetapi kepada sesiapa yang masih berkeras mempertahankan agar Anwar tidak bersumpah, cuba tanyakan kepada diri anda, jika Si Saiful itu merupakan adik, atau abang, atau ahli keluarga kita sendiri, apakah kita akan menghalangnya untuk bersumpah bagi membersihkan nama baiknya? Apakah kita tergamak membiarkan dirinya diselubungi fitnah dan didakwa sebagai tali-barut UMNO untuk menjatuhkan Anwar? Saya percaya jika si Saiful itu ialah ahli keluarga kita, kita pasti akan melakukan apa-apa sahaja demi menegakkan kebenaran dan keadilan untuknya. Jadi, begitulah juga dengan keluarga Saiful sekarang, pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya, dan mereka sudah tidak ada jalan lain untuk membuktikan bahawa mereka berada di pihak yang benar. Cuma dengan cara bermubahalah sahaja. Berikanlah semangat dan bukan cacian!
Saya percaya ada dua sebab, mengapa Anwar tidak mahu bersumpah, pertama dia berasa bersalah, kedua masih ada Iman dalam jiwanya. Jika Anwar takut bersumpah, tidak mengapa biarkan. Itu tandanya dia masih percaya kepada Allah. Anwar percaya bahawa Allah akan melaknat orang yang berbohong dan tidak bercakap benar. Oleh sebab itu, jika beliau berasa berdosa dan bersalah kepada Saiful dan keluarganya, kita mohon agar beliau mengaku sahaja jika beliau benar-benar bersalah dan berbohong. Bertaubatlah. Tidak perlulah bersumpah, takut dimakan sumpah nanti. Cukuplah beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, saya percaya rakyat akan memaafkannya. Ini juga merupakan alternatif yang baik kepada diri dan keluarga beliau.
Namun demikian, jika Anwar masih terus menerus memfitnah keluarga Saiful berkenaan isu sumpah Mubahalahnya itu, maka pihak Saiful telah dikira sebagai pihak yang dizalimi dan dianiayai. Saya syorkan agar Saiful dan keluarganya melakukan solat hajat agar diturunkan kebenaran yang jelas ke atas golongan yang telah memfitnahnya kerana berani bersumpah Mubahalah. Saya juga mencadangkan kepada penyokong-penyokong PKR yang ikhlas dan ingin isu ini selesai dengan segera, mari sama-sama kita bersolat hajat agar Allah turunkan kebenaran yang nyata ke atas siapa yang difitnah dan siapa pula yang memfitnah!
Kita tidak mahu, bala menimpa umat Islam Malaysia semata-mata kerana masih ada saki baki kaum Lut yang membuat angkara di bumi tercinta kita ini. Mari kita serahkan masalah ini kepada Tuhan yang Maha Esa bersama doa munajat orang teraniaya ini, “Ya Allah Engkau turunkan kebenaran dan keadilan ke atas hamba-Mu ini, atas segala fitnah yang telah dilemparkan kepadaku. Engkau berikanlah balasan yang setimpal atas perbuatan mereka ke atas ku ini. Amin”.
Comments
Benar kata Tuan itu. Sepatutnya rakyat Malaysia islam yang prihatin bersolat hajatt agar ditunjukkan kebenaran oleh Allah S.W.T
Tepat pada masa nya dengan seruan bro untk masyarakat Melayu & Islam in general untuk buat 'Solat Hajat Rakyat Menuntut Kebenaran' di Mesjid & Stadium ka..heheh..apo nak dikato,..yg baik kita buat contoh dan ikutan..(",)
SAY NO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!
ps. bro Azli, u shud try to get in touch wth bro YB ZN of PKR north..ask him bout a certain docs dat cud threaten islam..see whthr des truth in it..read wat bro GAP has to say bout it in his blog..
conspiracy-harap-harap rakyat Malaysia sanggup sama-sama buat solat hajat.
dalam masa terdekat kita dapat tahu saper yg bersalah...
tapi dalam hal nih memang banyak benda dapat dipersoalkan saudara azli?
harap juga saudara sudi membaca posting terbaru saya..walau tak sehebat penulisan saudara
liyana-sumpah xboleh main2
aku amat takut dengan sumpah2 ni sebab, bila allah turun azab bala, bukan engkau sorang yang kena wahai saiful weh..... semua kena!
from kawan lama UM.
Seruan yang tepat sekali, kerana kemudaratan pada masyarakat telah berlaku dengan dasyat.
1.Saya hairan dengan mereka yang mempertikai sumpah Saiful.
2.Ada yang kata kenapa Saiful tak terajang Anwar Ibrahim semasa dia nak diliwat... Bagi saya senang sahaja.. BERSUMPAHLAH Anwar untuk menjawab tuduhan ini.
Sebab pasal kes liwat ni, dia tiba-tiba kembali pada mahkamah & perundangan yang selalunya dia laungkan tidak yakin.
3.Dato' Seri Najib juga telah bersumpah, pada asalnya saya ada keraguan pada beliau.. bagaimanapun sumpah yang dilakukan membuktikan dia berani (sama ada ada sumpah berbohong atau tidak itu perkara lain), kerana musibah pasti berlaku jika bersumpah bohong dengan nama Allah).
4.Bapa mana yang sanggup menemani, anak untuk bersumpah palsu di masjid, memegang Al-Quran & bersedia ditimpa musibah ke generasi lain...