Skip to main content

Ini Pandangan Saya



INI HANYALAH PANDANGAN SAYA


Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin.


Presiden UMNO merangkap
Perdana Menteri Malaysia ke-6


Datuk Seri Najib Razak


Timbalan Presiden UMNO
merangkap Timbalan Perdana Menteri


Tan Sri Muhyiddin Yassin


Naib Presiden UMNO I

Datuk Seri Hishammuddin Hussein


Naib Presiden UMNO II

Datuk Seri Rais Yatim


Naib Presiden UMNO III

Datuk Seri Syed Hamid Albar/ Datuk Khaled Nordin /Datuk Zahid Hamidi (mana-mana satu pun pada pandangan saya layak dan ada kualiti)


Ketua Pemuda UMNO

Datuk Mukhriz Mahathir


Ketua Wanita UMNO

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Comments

Pakteh said…
Salam,
Pandangan kita hampir 100% sama cuma saya lebih suka jika Rais Yatim yg lebih senior dianggap sebagai naib presiden 1, Hisham 2 n yang ketiga tu...saya lebih suka masukkan shafie Afdhal bagi menggantikan Syed Hamid.
Gabungan ini bermakna terdapat muka lama sprt Najib, Mahyudin n Rais Yatim dan yg lebih terkemudian sprt Hishamudin, Zahid n Khalid. Namun begitu perlu difikirkan dimanakah UMNO selepas 15 tahun?
Siapakah presiden yg juga PM Malaysia? adakah dari kalangan nama yang saya sebutkan tadi? Fikirkan siapa yang layak dan memang benar....selepas teori RAHMAN....kita tidak menyediakan seorang pelapis yang boleh dijangkakan untuk menjadi PM. Ini berbeza dengan Anwar dan Najib yang dizaman muda mereka lagi mereka dibangunkan sebagai calon pemimpin dan menjadi sebati dalam diri dalam kebanyakkan rakyat bahawa inilah calon pemimpin utama suatu hari nanti.
Ini juga kesannya apabila TDM tiba2 memilih Paklah yang tidak dijangkakan oleh sesiapa...dan akhirnya....kita sendiri sudah lihat kesannya....
Saya amat berharap DS Najib dapat membentuk kabinat yang hebat dan secepat mungkin memberi bayangan jelas siapakah PM 15 or 20 tahun lagi...
Budak Kampung said…
salam Azli,

suka saya tambah jika Syafie Apdal jadi salah seorang pilihan saudara.

1. Sekurang2nya ada wakil dari negeri borneo

2. Elak orang sabah marah kepada UMNO
Anonymous said…
Sebagai perwakilan, saya akan ikut pilihan ini.

ia sama apa yang saya rasa.
Salam Azli

Politik Melayu hari ini mestilah berani berkata yang haq walaupun pahit...

Bisik2kanlah kepada rakan2 di PWTC - BANGSA ATAU WANG?

I agree with your choice except I vote for Rafidah...

Selamat bersidang!
azlishukri said…
Pak teh - benar, inilah yang sedang berlaku di dalam UMNO

budak kampung - ini hanyalah pandangan saya.

Sham - silakan, pilih yang terbaik

mantra - sememangnya saya sedang lakukan hal tersebut.
Khairul Onggon said…
Salam.. Memang manrik 'analisis' encik azli ni hehehe... Saya setuju... sokong... Asalkan lebih baik dari sebelumnya... :)
Cheguman said…
Melalui tinjauan saya, cadangan saudara hampir menepati kehendak majoriti rakyat. Cuma untuk kedudukan Hisham, ramai kenalan saya (terutama kalangan guru) melihat beliau tidak cukup layak.
Anonymous said…
jika saya boleh memilih, saya mahu Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Presiden UMNO. Kenapa? yg lain tu punya track record yg kurang memuaskan.
Rais Yatim boleh jd NP dlm UMNO tapi mgkn suara beliau tidak 'lantang' dlm BN
Brahim Nyior said…
Macam meneka dalam kesamaran jer...

Apa-apa pun, tunggu undi perwakilan.
azlishukri said…
khairul - ini sekadar analisis ringkas sahaja

waadat - betul saya akui dalam kalangan guru, Hishamuddin agak terbelakang

Brahim - akhirnya kita serah kepada perwakilan
D'Rimba said…
Situasi hishamuddin sekarang bakal dijejaki ramai pemimpin umno kelak percayalah. Sudah tiba masanya kita perlu memilih pemimpin yang amat pentingkan agama lebih dari segala. Pemimpin yang mempunyai amalan agama yang kuat barulah jelas segala tindak tanduknya. Pemimpin sedemikian akan berani memacu acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ni bahasa sendiripun tak diyakini.
Anonymous said…
Salam,
Bagi saya Hishamuddin tidak ada "wow" factor sebagai Naib Presiden. Beliau gagal menunjukkan "good leadership" dalam isu PPSMI.

Semua di atas saya setuju kecuali Hishamuddin. Untuk survival UMNO, Naib Presiden yang kita perlukan ialah Rais Yatim, Zahid Hamidi dan Syafie Afdal.

Untuk survival Pemuda, Mukhriz dan Khir layak dipertimbangkan.
BOB said…
azli

saya kurang setuju berkenaan hishamuddin.

masukkan juga Syafie Apdal, walaupun tak pandai bercakap, tetapi orang sabah menerimanya dengan baik.
D'Rimba said…
Saya nak tanya anda semua latarbelakang didikan agama mereka yang tercalon sejauh mana, berapa kali mereka pernah menjadi imam di masjid memberi khutbah segala, berapa ayat suci Al-Quran telah mereka hafal dan mengamatinya sepenuh jiwa. Kan itu semua perkara asas seorang pemimpin telahkah mereka penuhi sepenuh hati jiwa raga.
azlishukri said…
D'Rimba - saya memahami maksud saudara, namun demikian hakikatnya kepimpinan tidak dilihat dari aspek itu semata-mata, lantaran itu Abu Dzar tidak dilantik apa2 jawatan oleh Rasulullah. Dalam kaedah fiqh jika kita mahu memilih pemimpin jika kita berhadapan dengan dua calon umpamanya seorang calon hafal al-quran ,tetapi lemah dalam kepimpinan, manakala seorang lagi pula tidak menghafal al-quran tetapi kuat dan bijak dalam kepimpinan, maka wajib bagi kita memilih yang tidak hafal quran tersebut tetapi kuat dan bijak dalam kepimpinan. saya yakin saudara sudah memahami fiqh kepimpinan, maka gunakan kaedah tersebut.

dalam pemilihan pemimpin UMNO ini, kita harus memilih pemimpin yang kurang mudharatnya kepada agama, bangsa, negara dan parti. wallahualam
sarjanhn said…
Salam.

Bagi saya pilihan Saudara adalah yang cukup baik buat masa ini. dan saya bersetuju dgan pakteh Pimpinan baru bukan setakat untuk membaiki dan meneruskan perjuangan yang telah putus, Pelapis Pemimpin Utama yang berkredibiliti harus dibentuk dan di acu agar Agama Bangsa Dan kedaulatan Tanah Air terus diperjuangkan.
Cheguman said…
Azli, saya setuju komen balas anda terhadap pandangan D'Rimba. Kita perlu realistik, bukannya idealistik.
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan barisan pimpinan yang dicadangkan itu kecuali bagi Naib Presiden.

Saya lebih tertarik kepada barisan ini:

1. DR RAIS YATIM - Seorang yang bijik, berani dan tegas.

2. DR. ZAHID HAMIDI - Berpendidikan Agama, tegas pendirian.

3. Diantara HISHAMUDIN HUSSEIN - Bekas Ketua Pemuda @ SHAFIE APDAL -Seorang yang berani dan tegas dan akan mewakili Sabah dan Sarawak.

Untuk Majlis Kerja Tertinggi, pilih sajalah yang bersih, rajin dan berani memberi pendapat.

Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada para perwakilan UMNO yang akan menjalankan tugas berat demi Agama, Bangsa dan Negara. AMIN!
azlishukri said…
waadat - terima kasih, saya menyampaikan yang terbaik

anonymaous - amin
Timbalan Presiden - Muhyiddin menang tipis - teori penyokong Ali kepada Mat Taib terbukti nyata.

Ketua Pemuda - Khir Toyo kelebihan 10 undi dari KJ dan MM - sikap yakin penyokong MM makan diri.

Ketua Wanita - Rafidah dengan kemenangan bergaya - perwakilan wanita tidak mudah berubah angin di saat akhir.

Naib Presiden - Shafie Afdhal, Rais yatim dan Khaled Nordin - kesemuanya muka baru Naib Presiden yang mempunyai tenaga dan nafas baru untuk berperanan penting di dalam perubahan UMNO.

Ketua Puteri - sudah tentu bukan Nazeri.
SAYANG SARAWAK said…
sapa pun yg naik nanti, imej umno kena di bersihkan. segala kotoran dan punca-puncanya kena lah dibuang..
kuanderas said…
Hi Azli,
Masukkan Shafie Afdal ganti Hisyamuddin

Hisyamuddin ni tak layak jadi Naib Presiden UMNO sebab
1)Penakut, isu hunus keris
2)Penakut isu Karpal sumpah Pemuda UMNO celaka, dia duduk diam sahaja
3)Penakut & diam isu jambatan bengkok
4)Penakut & diam bila Pulau Batu Puteh kalah
5)Penakut & diam bila BN gagal dapat 2/3
6)Penakut apabila biarkan KJ menang tanpa bertanding dahulu

Orang yang penakut ini tidak layak menjadi pemimpin UMNO, pemimpin Melayu

Wassalam
add said…
Pakat pakat sembahyang sunat hajat supaya DMM menang ketua pemuda umno... takbir.......
alam said…
Jika dibandingkan antara Khairy, Mukriz & Khir. Elok pilih Dato' Mukriz.

p/s. Minta izin link blog saudara.
The Aminos said…
Saya lebih suka Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi PM.
DS Najib jadi TPM.
Khairy jadi ahli biasa.

Ini cuma pandangan saya saja.

http://theaminos.blogspot.com
amirul said…
Salam,
Cuma mengharapkan ada perubahan yg ketara dilakukan... bukan hanya omongan kosong...

Setuju dgn barisan pilihan saudara... cuma naib presiden 1 lebih elok diutamakan senior... Datuk Rais Yatim...
azlishukri said…
terima kasih atas semua komen2 saudara, pada hari ini kita nantikan keputusan daripada undian Pemuda.
Unknown said…
tidak semstinya apa yang difikir baik itu baik.
azlishukri said…
kayrolldin - saya setuju
salam hormat kepada saudara az'li shukri yang saya sayangi,


jalan perlahan jalan berhati-hati,
jalan yakin jalan penuh budi pekerti,
jalan murni jalan yang diredhoi.


salam sidang.
zedmagel said…
Srda Azli,

Tahniah buat saudara, ramai individu yang saudara ramalkan telah berjaya memenangi jawatan tersebut. Hanya satu atau dua yang gagal. Begitu juga dengan idola saya ada berjaya dan ramai yang kecundang. Adat bertanding sesama kita begitulah. Terima kasih kerana kita masih lagi bersahabat dalam satu misi dan agenda.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca