Tetamu Kehormat...

March 26, 2009

Di Sini Jalan Mula Bengkok


Di Sini Jalan Mula Bengkok


Saya terpanggil untuk sekian kalinya bagi memberi pandangan terakhir berkenaan kemenangan Khairy Jamaluddin, sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saya tegaskan tidak timbul soal untuk tidak menerima keputusan tersebut, kita harus akur akan kehendak "perwakilan". Hakikatnya itu semua telah tertulis sebagai takdir. Ini semua orang tahu. Tidak perlu dipertikaikan. Namun demikian, sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya - itu adalah sunnahtullah. Kemenangan Khairy merupakan simbol kepada beberapa perkara yang akan saya senaranaikan di bawah ini. (Senarai ini adalah hasil daripada SMS serta komen yang penulis terima sejak tengah malam semalam sehingga pagi ini)


1. Akan muncul api fitnah yang dahsyat kepada UMNO secara berterusan, dan tidak mungkin mampu dipadam lagi.


2. Akan berlaku perpecahan dengan apa yang saya istilahkan sebagai natijah daripada tidak yakin terhadap sistem pemilihan UMNO.


3. Menjadikan masyarakat semakin membenci dan menuduh bahawa lebih baik tidak diadakan konsep pencalonan daripada bahagian masing-masing, sebaliknya jawatan di dalam UMNO harus terus dibuka tender sahaja.


4. Hilang kepercayaan terhadap UMNO dalam kalangan ahli-ahlinya sendiri.


5. Jelaslah bahawa kuasa dan nasihat daripada Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dipedulikan oleh perwakilan.


6. Tidak mustahil Tan Sri Muhyiddin akan tewas sebagai Timbalan Presiden UMNO


7. Anwar Ibrahim kembali kuat dan berkuasa dan apakah akan ada kompromi serta "hubungan mesra" antara Pemuda UMNO dengan Anwar kelak?.


8. Akan wujud undi protes dalam kalangan ahli UMNO sendiri apabila berhadapan dengan pilihan raya kecil atau PRU kelak.


9. Wujud desakan yang kuat agar cara pemilihan harus diubah dan tidak lagi menyerahkan kepada perwakilan yang jelas tidak amanah.



10. Kemenangan KJ adalah bukti bahawa ekonomi Malaysia masih belum pulih dan "ekonomi" para perwakilan sendiri semakin terjejas, banyak projek tidak bergerak dan para perwakilan memerlukan seorang pemimpin yang tidak hanya mampu menabur wang, tetapi juga projek.


11. Kemenangan KJ sama sekali tidak menaikkan imej diri beliau - sebaliknya semakin membawa ke arah kebingungan orang ramai dan kebencian rakyat.


11 Perkara di atas adalah hasil daripada respon orang ramai terhadap kemenangan Khairy semalam. Harap Maklum.

27 comments:

kuanderas said...

Keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang memberi kemenangan kepada Khairy Jamaluddin adalah malapetaka kepada UMNO:-

Siapa yang bersalah
1.Perwakilan
-Pencalonan adalah refleksi akar umbi, apabila pencalonan tidak diterjemah melalui undi maka, perwakilan telah mengkhianati akar-umbi.
-Mengundi Khairy walaupun disabit kesalahan politik wang.

2.Lembaga disiplin UMNO
-Membenarkan Khairy bertanding walaupun sabit kesalahan politik wang.

3.Pak Lah & Najib
-Menangguhkan pemilihan ini yang sepatutnya berlangsung Disember 2008.
-Ini membuka ruang kepada politik wang.

4.Dato' Khir Toyo
-Kehadiran beliau memecahkan undi & menyumbang kepada kekalahan Mukhriz.


*Kesal dengan ucapan sulung Khairy yang angkuh mendabik dada tentang pencalonan nyawa-nyawa ikannya yang kononya disusuli "menang" akhirnya.

*UMNO melepaskan peluang untuk membuang liabiliti & membersihkan diri.

Wasalam

Anonymous said...

Tugas berat bagi DSN, apakah iltizam beliau mencari saf terbaik dan padu dapat meyakinkan rakyat...ATAS PAGAR

suarajagat said...

Nampaknya portfolio menteri berada dlm tangan beliau sekarang.
Saya turut berasa hampa dgn kekalahan Dato' Mukhriz yang amat diharap dpt membawa perubahan kpd ahli UMNO.

Namun, dlm keterpaksaan ini juga kita perlu akur dgn suara 'perwakilan'.

Kini, masa untuk kita tunggu dan lihat..

Komen kuanderas menarik..

HeroHuruHara said...

Pandangan saya :

1) Perwakilan memberi undi atas dasar analisa rekod perkhidmatan bukan faktor suasana. Analisa rekod perkhidmatan KJ baik sepanjang berada di kerusi Naib Ketua Pemuda. KJ juga mampu menggalas tugas untuk 'backfire' sebarang isu yang memerlukan pemikiran kritis sebelum dibahas pulang kepada pembangkang. Jadi mengikut analisa dan rekod perkhidmatan tidak menghairankan KJ dipilih kerana Pemuda memerlukan pemimpin yang berpendidikan, bijak mengawal dan mengupas isu, bijak menggerak jentera sayap parti dan berani .

FITNAH akan tetap berlaku walau siapa pun yang memang di antara 3 calon Ketua Pemuda...sebabnya di akhir zaman finah itu sudah menjadi makanan masyarakat. Jadi tidak perlu dianggap KJ sebagai pengundang fitnah. Ini pendapat secara jujur kerana saya bukan seorang die hard fan kpd individu ataupun kepada mana-mana parti. Saya seorang yang gemar membaca, menganalisa dan mengolah segala input berkenaan topik KEPIMPINAN. Jadi pandangan saya lebih menjurus kepada fakta dan nilai bukanlah kerana ideologi politik.

Bagi saya, inilah peluang terbaik untuk KJ 'walk the talk'. Secara am saya juga berpendapat KJ akan mendapat satu tempat dalam Kabinet (mungkin sebagai menteri penuh) dan berkemungkinan KBS akan menjadi destinasi beliau berkhidmat untuk menawar segala yang dijanji.

Penggali Kubur said...

Keluar sajalah UMNO. Tunggu apa lagi?

Dah tak boleh selamatkan dah.

Innalillahiwainnalillahirojiun.

Muhammad Azli Shukri said...

herohuruhara - saudara bercakap atas teori kami bercakap atas praktikal, harus faham dan bezakannya, tak ada guna kerja bagus mcm mana pun jika orang dah benci. Semua orang kena fitnah, tetapi biarlah fitnah yang rendah sedikit, ini kita pilih orang yang dah disabitkan dengan politik wang, nak buat apa lagi? tolong analisis semua ini, jangan dok masih nak mengampu lagi.

pencinta kebenaran said...

kepada penggali kubur..

kalau keluar umno join PR bukan setakat "Innalillahiwainnalillahirojiun." tapi kiamat terus..jual lah bangsa, agama dan negara..

azli...sy benar2 berharap..ada usaha2 yg boleh membuktikan sekali lagi khairy bersalah n terlucut jawatannya...saya risaukan PRU ni..andai puak PR ni berjaya..maka tergadailah Malaysia yg kita ada hari ni....

awi.prt8 said...

SALAM HORMAT ,

kuanderas,
4.Dato` Khir Toyo
-kehadiran beliau memecahkan undi& menyumbang kepada kekalahan Mukhriz.

1.Kenapa meletakkan kesalahan kepada DS Khir?
2.apakah hanya KJ dan MM 2 org shj yg layak bertanding??
3.apakah saudara tidak percaya qada dan qadar???

bertanding adalah satu hal dan menerima keputusan adalah hal yang lain....kita semua hanya perencana , Allah jua yg menentukan.

Wassalam.

Budak Kampung said...

aku nak tambah lagi tiga perkara

1. Tun Mahathir akan lantang mengutuk UMNO lagi, katanya "UMNO dah Tak bersih lagi", jadi pro mahathir akan undi pembangkang

2. Najib tak suka perkembangan ini, susah nak jawab masalah kj main duit sebelum ini dan boleh menang, nanti orang cakap mcm ni

Presiden UMNO - terlibat dengan pembunuhan

Timbalan Presiden UMNO (kalau Mat taib menang) - Terlibat larikan bini orang

Ketua Pemuda UMNO - Terlibat dengan rasuah.


ayooo..mcm mana ni bro?

3. lepas ni najib pening kepala sebab pak lah ada kuasa lagi, dan beliau akan melantik KJ sebagai menteri, mampus najib nak buat lagu mana nie?

Aku Ahli PAS said...

Azli - u orang bijak, tinggal kan saja UMNO tu, dah nak karam pun

UMNO hancur kat ketiga2 pilihan raya kecil ni. Percayalah rakyat dah muak

datoadil said...

APA DIKESALKAN PADA KEKALAHAN

By : Dato' Adil

Saya amat gembira dengan kemenangan Khairy Jamaluddin. Seorang tokoh yang diketahui umum terlibat rasuah (berdasarkan laporan), tetapi menang menerajui Ketua Pemuda.

Saya memang mengharapkan kemenangan beliau, kerana hanya dengan kemenangan beliau inilah maka kekuatan pembangkang semakin baik dan UMNO semakin tidak popular di mata rakyat.

Hal ini sekaligus menukar para perwakilan yang rakus wang untuk menjadi parti pembangkang dan tidak berkuasa. Saya yakin gelombang perubahan besar bakal berlaku dalam masa terdekat.

Saya juga mengharapkan agar Datuk Shafie Afdal kalah sebagai calon naib presiden, agar tiada wakil daripada sabah dan menjadikan sabah membuat tindakan luarbiasa sepertimana diketahui sejarah politik negeri itu.

Kita jangan lupa, kepada beberapa Ahli Parlimen Sabah yang pernah menolak jawatan Timbalan Menteri dahulu, mereka ini sebenarnya menunggu sehingga habisnya pemilihan UMNO untuk bertidak. Dan kemenangan Khairy akan menjadikan perkembangan ini lebih menarik.

Manakala pembangkang dewasa ini lebih banyak berdiam diri mengatur strategi. Mereka diam berisi dan punya erti agar kali ini apa yang direncana berjaya.

Kemenangan Khairy sangat mengembirakan rakyat yang berhasrat untuk mengajar perwakilan UMNO yang tidak pernah kenyang menyuap mulut anak isteri mereka dengan najis jijik rasuah.

Melayu oh Melayu
Kalau Tak Duit UMNO
Mungkin ramai perwakilan yang kebuluran.

Sekian.

datoadil said...

MENTERI OH MENTERI

Kalau seseorang itu menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO, maka sudah tentu ada peluang untuk menjadi Menteri. Ini menunjukkan bahawa Khairy Jamaluddin akan mengambil kementerian yang kini dipegang Pak Lah. Kementerian yang kini dipegang Pak Lah banyak pula menyimpan rahsia Datuk Najib.

Hal ini kerana, takkan Pak Lah nak lepaskan Jawatan PM, kemudian jadi menteri biasa. Sudah tentu Pak Lah akan bersara dan tak mahu lagi jadi ahli Parlimen. Namun beliau perlu kuatkan dan bantu orang tertentu untuk kekalkan legasinya.

Najib juga tidak selamat. beliau akan ditumbangkan oleh Khairy sendiri suatu masa nanti. Najib orang kuat Tun Mahathir, takkanlah Khairy hendak berdiam diri.

Semua ini sangat baik untuk mempercepatkan lagi kehancuran UMNO yang memang terkenal dengan angkuh pemimpinnya, sikap tak dan halobanya.

Khairy akan menjadi menteri pertama di malaysia yang tidak punya gelaran Dato atau Datuk.

Encik Khairy Jamaluddin
Menteri Pertahanan Malaysia.

Pandangan Ikhlas
Dato' Adil.

HeroHuruHara said...

Azli said: tolong analisis semua ini, jangan dok masih nak mengampu lagi.

--> Seperti mana dikata, saya bukan die hard fan mana-2 individu atau ideologi politik. Jadi andaian anda yang amat TERER di bidang penulisan yg menerajui majalah di DBP tidak sepatutnya tersasar sebegitu. Semoga anda yang amat tersohor di Malaysia sebagai TOKOH PENULISAN lebih bijak berfikir dan menulis agar tidak dikawal oleh emosi seketika.

C.H.E Dayat said...

Saya dah tak terkata dah.. sila tgk blog saya, ada respons berkenaan kemenangan khairy.. mintak abg war-warkan kepada semua ya tentang blog saya.. terima kasih..

kuanderas said...

Salam Saudara Awi.prt8,

-Terlebih dahulu terima kasih kerana berkongsi pendapat tentang perkara nombor 4 saya, iaitu:-

4.Dato' Khir Toyo
-Kehadiran beliau memecahkan undi & menyumbang kepada kekalahan Mukhriz.

Bagaimanapun, saya berpendapat demikian kerana:-
a.Puak pemilih ini terbahagi kepada dua iaitu yang korup & tidak korup.
b.Yang korup ini akan padu mengundi KJ.
c.Yang tidak korup ini akan berpecah kepada Mukhriz & Khir Toyo atas factor pendapat, persahabatan dan sebagainya.

Berkenaan Khir Toyo pula:-
1. Beliau akan memecahkan undi dan memberi kemenangan kepada KJ.

2. Beliau perlu menumpukan kepada pengukuhan UMNO Selangor yang agak kompleks dan bukannya bertanding Ketua Pemuda

3. Personaliti Mukhriz yang fresh mampu menarik minat anak-anak muda di luar UMNO untuk berjinak-jinak menyertai UMNO.

4.Tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepada Dr.Khir Toyo agak banyak, sekaligus menghilangkan sedikit tarikan anak muda. Walaupun banyak tuduhan-tuduhan ini tidak berasas, namun sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada beliau.

p/s:apapun nasi dah jadi bubur, sudah terhantuk baru mengadah,sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada.

Wasalam

tigabelas said...

nampaknya isu melaga-lagakan sesama sendiri masih ada dlm UMNO.kalau saya,xdipedulikan langsung sms2 berapi yg terang2 menaikkan api perpecahan..sayang..

bende dah termaktub..dah tersurat..tersiratnya=kita perlu bersatu,rapatkan ape yg renggang..itu sahaja..KJ ke,Mukhriz ke,Khir ke,kalo die salah..jatuhkan die nanti..

buat masa ni..sokong yang menang demi agama,bangsa,tanahair..itu matlamat parti kan?

itu pon susah..majlis xabes lg ni..dah cite macam2...sayang..

Muhammad Azli Shukri said...

tiga belas - cuba saudara katakan kepada saya bagaimana lagi kita nak menjawab kepada parti pembangkang dan orang ramai apabila mereka bertanyakan, mcm mana u all pilih pemuda yang jelas di hukum oleh LD sebagai Ketua Pemuda? mcm mana kita nak yakinkan orang ramai jika kita sendiri tidak amanah? nak kempen mcm mana lagi untuk UMNO jika kita sendiri memilih pemimpin yang korup? kita akan tewas untuk yakinkan rakyat. itu sahaja, tak perlu terlalu jauh nak fikir.

Muhammad Azli Shukri said...

Herohuruhara - saudara harus memahami, dan menjiwa suara hati rakyat, kita harus tahu apa makna kepimpinan, kepimpinan yang penuh dengan fitnah tidak akan bergerak jauh. Inilah yang perlu dianalisiskan oleh saudara, yang saya yakin begitu Terer dalam analisis politik.

cedikcenun said...

test!

My Reality and Fantasy Journey said...

pendapat peribadi saya, perwakilan UMNO sekali lagi telah gagal memanfaatkan apa yang telah diberikan untuk mereka,semuanya hanya mengharapkan imbuhan dan balasan dan janji janji dari orang yang mereka pilih, hanya mementingkan diri sendiri, langsung tidak memikirkan rakyat yang sengsara dibawah sana, saya yakin, jika keadaan sebegini terus berlaku, makin bertambahlah orang yang bencikan apa yang berlaku, makan makin ramailah orang yang menyertai pembangkang! bukan kerana mereka bencikan UMNO, bukan kerana mereka bencikan MELAYU, tetapi hanya kerana mereka bencikan sebilangan orang yang rakus dalam mengharungi hidup ini sebagai umat ALLAH S.W.T, saya berasa amat sedih dengan apa yang berlaku, sehingga berasa seperti hampir berputus asa, namun, jika ada sesiapa yang ingin bangkit semula untuk menegakkan kebenaran, maka, saya akan berada dibelakangnya jika saya tidak berada disisinya

Reza said...

the biggest disaster is no 7!

Anonymous said...

Kita hanya mampu merancang..hanya ALLAH yg menentukan...agaknya apakah hikmah yg ingin disampaikan oleh ALLAH ats kemenangan DSAI & seterusnya berkokok sehingga hampir menggoncang dunia politik Malaysia nih..begitu jugalah ngan KJ...pasti ada sebab..cuma kita tak tau...perancangan ALLAH lagi hebat bro..

Anonymous said...

Yang orang PAS menyelit tu pesal..lawak betul lar...dia tak tau ker skng nih PAS kena kudakan olek PKR dan DAP...Tuan guru dia orang pun dah ting tong skang nih..kejap A kejap B pas tur A balik...huh cam tu nk ajak orang masuk PAS :- Abdul Haq

add said...

Jom kita cadangkan PERKASA daftar parti politik untuk menggantikan UMNO. jadikan TDM penaung/penasihat, Datok Ibrahim Ali sebagai Presiden Parti PERKASA.

Dzulfikri zulkiflE said...

kte hanye bole beharap yg tebaek akn tejadi..:D

Mohd Norizzuan said...

sedutan drpd filem seniman bujang lapok..babak p ramlee pergi minta kerja.

dialog singh

"baru org mahu keje lu sudah bising,apa mcm lu bangsa mahu maju?"

"alamak lu bahasa ngn gua singh"

"takda bahasa..lu nasib lu mkn dia punya nasib dia mkn..apa salah mkn sama2"

hayati la ahli umno..hehe

zedmagel said...

Salam sdra Azli,

Jangan emosi, ini medan memberikan pandangan, sesiapa pun boleh memberikan pendapat. Tapis sendiri mana yang baik dan yang ada kebenaran. Bukan semua yang kita suka baik dan bukan semua yang kita benci itu buruk secara total. Analisis saudara hak saudara. Bagi yang memberi pandangan yang kontra mereka juga ada analisisnya.

Jika melihat suasana sekarang dan gelagat penyokong yang taksub dengan pemimpin mereka, saya lihat orang UMNO dah hilang akal kewarasannya sekrang. Caci maki dalam blog dan boo di dewan PWTC.

Segalanya telah diterjemahkan. Saya juga ada idola saya, yang kalah saya terima. Yang menang bukan musuh saya selamanya. Orang UMNO berbahasa dan berbudaya.