Skip to main content

Posts

Dewan Bahasa dan Pustaka Tidak Pernah Sunyi

Lagi Isu DBP Oleh Abdullah Abd Ghafar Pada minggu lepas penulis telah menghadiri Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Seminar itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP. Penulis pelik dan hairan kenapa Ketua Pengarah DBP Termuzi Abd. Aziz masih berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka? Pada 7 November 2010 minggu lepas, Termuzi telah berumur 66 tahun. Pada dua minggu kebelakangan ini, kita mendapat maklumat tentang perlantikan dua orang pegawai tertinggi di Kementerian Pelajaran. Mereka ialah Dato’ Dr. Rosli Muhamad sebagai Ketua Setiausaha Kementerian yang baru menggantikan Tan Sri Dr. Zulkarnain Awang. Dr. Rosli berumur 52 tahun menggantikan Dr Zulkarnain yang berumur 60 tahun. Seorang lagi ialah Dato Abdul Ghafar Karim sebagai Ketua Pengarah Pelajaran menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Alimuddin digantikan oleh Abdul Ghafar juga kerana telah mencapai umur 60 tahun. Apa yang pelik di sini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka adalah Badan Berkanun di bawah kawalan...

Zaid Ibrahim Memilih Mimpi : Harapan Yang Kecundang

Zaid Ibrahim Memilih Mimpi Berakhirnya Senjata Ampuh Menghancurkan Anwar Saya mungkin antara orang yang paling kecewa apabila mengetahui Zaid Ibrahim sudah pun membuat keputusan untuk keluar dari Parti Keadilan semalam (baca di sini) . Saya kecewa bukan kerana saya terlalu menyokong beliau, tetapi saya kecewa kerana beliau merupakan senjata paling ampuh untuk menghancurkan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dari dalam. Apabila Zaid keluar dari PKR - beliau sudah tidak mempunyai apa-apa nilai di luar sana. Sekarang, Zaid Ibrahim sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin PKR yang telah keluar dari parti tersebut dan memekik dari luar, kononnya untuk menyedarkan rakyat bertapa jahatnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Ini semua tidak ada maknanya lagi. Untuk mengubah sesuatu, ia mesti bermula dari dalam dan bukan dari luar. Ia seperti diri kita sendiri, untuk mengubah diri kita menjadi baik, ia perlu bermula dari dalam, yakni hati dan fikiran - ditanamkan dengan keimanan dan ilmu, barul...

Berakhirnya Kebencian

Berakhirnya Kebencian Oleh Zulkefli Bakar 1. Untuk seketika selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan arena politik negara. Ia berikutan pencapaian terburuknya dalam sejarah pilihan raya apabila kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan terlepas genggaman kekuasaan di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah sementara Pas terus memerintah di Kelantan. 2. Kedudukan BN dikatakan semakin tergugat apabila dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan beberapa bulan selepas pilihan raya umum 2008, parti itu tewas. Antaranya termasuklah di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) BN kecundang di Bukit Selambau, Permatang Pasir dan Manek Urai. Semua itu menyebabkan pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Pas mula bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya. 3. Mereka menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sasaran kononnya untuk 'mentalkinkan...

41 Tahun Yang Hilang : DAP Tidak Perlu Gusar

41 Tahun Yang Hilang DAP Tidak Perlu Gusar Saya secara peribadi sangat bersetuju agar 13 Mei setiap tahun dijadikan sebagai cuti umum, demi mengingati tragedi berdarah 13 Mei 1969. Ia merupakan peristiwa penting, sebelum penyatuan bangsa Malaysia di bawah satu bumbung yang bernama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia juga bukanlah peristiwa yang sensitif dan perlu disembunyikan lagi pada masa kini. Rakyat Malaysia sudah bersifat terbuka dan sudah bersedia menerima peristiwa tersebut sebagai salah satu perjalanan sejarah terpenting negara ini. Peristiwa 13 Mei tidak perlu lagi dirahsiakan untuk tatapan umum mengetahuinya - ia tetap sejarah hitam negara yang perlu diberi "keadilan" sewajarnya. Selama ini, sejarah gelap tersebut seakan-akan telah diberi layanan yang tidak adil dan "dianaktirikan" oleh buku teks sejarah kita sendiri. Hakikat peristiwa tersebut cuba disembunyikan, demi menjaga keharmonian kaum dan menjaga hati bangsa tertentu. Mungkin kaedah tersebut sangat ses...

Siapa Zaid Ibrahim?

Siapa Zaid Ibrahim? Oleh Rozaid A. Rahman 1. Penulis berasa simpati dengan apa yang sedang dilalui oleh Datuk Mohd Zaid Ibrahim. Dia melalui perjalanan yang payah lagi getir ketika di dalam Umno dan kini dia sedang melalui saat-saat yang serupa di dalam PKR. 2. Orang yang memiliki sifat dan susuk pemikiran seperti Zaid ini susah berada di dalam mana-mana gerakan atau pertubuhan melainkan dia sendiri yang menjadi kapten yang mengemudi dan menentukan halatuju bahteranya sendiri. 3. Ini kerana pada pandangan penulis, dia telah sampai ke tahap di mana dia tidak perlu lagi akur kepada telunjuk orang lain. Orang lain tidak perlu menentukan halatuju hidupnya lagi. Dia telah mencapai segala-galanya dalam hidup. Dia ada kekayaan dan duit. Dia dikenali ramai, dia ada pangkat malah kalau hendak dikatakan dia ada kedudukan pun boleh. Ini kerana dia pernah menerajui dan memiliki firma guaman terbesar di Malaysia. 4. Apabila dia melupuskan semua kepentingannya dalam fir...

Lagi Desakan Terbaru!

Kejutan Cikgu Bard Terkini, calon Ketua Pemuda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin atau nama mesranya Cikgu Bard mendesak agar dihentikan segera semua pemilihan jawatan dalam parti dan diadakan semua pemilihan bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda parti tersebut (baca di sini) . Sehari demi sehari rakyat dihidangkan dengan masalah dan krisis dalaman PKR yang tidak berpenghujung. Bagi saya, beginilah, mudah kata bubarkan sahaja PKR. Habis cerita, tutup buku. Orang Melayu dalam PKR kembali sahajalah kepada UMNO, manakala orang Cina dan India dalam parti tersebut sertai semula MCA dan MIC, abis cerita. Saya sudah muak melihat masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR, sekiranya sebuah parti sekecil PKR pun terlalu susah untuk Anwar Ibrahim uruskan, apatah lagi untuk beliau menguruskan sebuah negara? Jika untuk kerusi Timbalan Presiden PKR pun sudah berceramuk, sampai bergaduh-gaduh untuk merebutnya, apatah lagi untuk kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, lagi da...

DBP Nazak! Muhyiddin Digesa Bertindak

Muhyiddin Perlu Bertindak! Oleh Abang Kamarulzamani Membaca kisah di bawah membuat hati saya semakin gunda gelana memikirkan nasib dan masa hadapan sebuah organisasi yang membela dan membina bahasa, sastera dan penerbitan Melayu di negara ini. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diselamatkan segera, campurtangan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku di dalam DBP sangat diperlukan. Sudah sekian lama kezaliman, penindasan dan penganiayaan berlaku di DBP tanpa diberi sedikit pun perhatian oleh pihak kerajaan. Dan sekarang, sekali lagi kemelut yang melanda di DBP masih belum menemui penghujungnya. Apakah yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran, sehingga hari ini masih tidak melakukan apa-apa transformasi di DBP? Baca kisah sedih di bawah : TANYALAH KAKITANGAN Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), apa sudah terjadi sejak tahun 2006 hingga sekarang. Kebanyakan kakitangan DBP berkerja dalam keadaan tertekan dan tidak tenteram dek angkara J...

Babi Pun Boleh Terkejut!

Babi Pun Boleh Terkejut! Saya sangat sedih, tatkala membaca berita ini (baca di sini) . Saya sedih kerana beberapa sebab, iaitu : 1. Pada hari ini Parlimen Malaysia seakan-akan sudah hilang fungsi utamanya iaitu mengubal dan merangka undang-undang negara untuk kesejahteraan rakyat. Parlimen Malaysia semakin hari semakin dicemari dengan isu-isu pinggiran yang sengaja diperbesar-besarkan. 2. Cara penghujahan ahli parlimen juga seakan-akan cara orang tidak cerdik dan matang. Banyak hujah bodoh digunakan bagi menegakkan benang yang basah. 3. Banyak perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan di luar parlimen, namun demikian beberapa isu sengaja dibangkitkan di dalam parlimen bagi mendapatkan kontroversi dan glamour. 4. Parlimen Malaysia juga seolah-olah sudah menjadi seperti sebuah mahkamah yang mendengar kes dan menjatuhkan hukuman kepada individu tertentu. 5. Kualiti ahli Parlimen Malaysia juga sering dipertikaikan oleh banyak pihak - mereka lebih banyak maki hamun daripada m...

Mengapa Kita Lupa Tentang Ini?

Kisah Sebenar Tentang Zaid Sekiranya tuan-tuan sudi mengambil sedikit masa untuk menghayati kenyataan media Zaid Ibrahim yang rasmi di bawah ini - khususnya yang sudah saya tandakan dengan warna merah pekat, kita akan dapat mengetahui isi hati beliau secara nyata dan berterus-terang. Kenyataan media Zaid ini, pada tanggapan saya harus diberi perhatian rapi oleh musuh-musuhnya, kerana melalui kenyataan inilah, kita akan memahami siapa Zaid Ibrahim yang sebenarnya. Point no 8 yang bertanda merah - secara jelas menggambarkan bahawa Zaid tidak akan keluar daripada PKR - beliau mahu terus bersama PKR yang dilihatnya mampu diubah. Zaid juga berkeyakinan, sesungguh terdapat "pelbagai cara" lagi untuk melakukan transformasi di dalam PKR. Dan peluang tersebut masih terbuka. Sekiranya jalan yang dipilih oleh Zaid pada masa ini gagal menyingkirkan Anwar dan Azmin - Ia tidak mengundang kekecewaan, kerana Zaid percaya, beliau mempunyai ratusan jalan dan cara bagi mencapai c...

Apa Dosa Fazley?

Fazley Yaakob 2010 Meniti Hari Kecewa Jika ini satu realiti yang benar...maka sungguh mengecewakan. Baca Kosmo Online di bawah. Berapa ramai lagi anak muda kita yang sanggup menipu mencari rezeki dengan cara sebegini? Saya fikir mungkin sudah beratus-ratus kes seperti ini didiamkan begitu sahaja. Jika Kad Pengenalan pun boleh dipalsukan, apatah lagi ijazah dan gelaran Dato'', betul tak? Isu ijazah palsu milik Fazley ini sudah lama saya dengar, jika tidak silap sejak tahun lalu lagi, namun demikian baru tahun ini ia meletup secara besar-besaran. Sama-sama kita fikirkan. Wallahualam. LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah dokto...

Melayu Menangis, DAP Ketawa

Melayu Menangis Lim Guan Eng Ketawa Orang Melayu di Pulau Pinang tidak hanya ditindas oleh kepimpinan DAP, bahkan sudah mula muncul cadangan-cadangan mengarut yang bakal menghancurkan bahasa Melayu pula. Jika diteliti laporan di bawah, ia agak "baik" dan menggunakan bahasa berlapik, namun demikian apabila kita melihat realiti dan pratikalnya, bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi di Pulau Pinang. Inilah yang sebenarnya berlaku pada peringkat awal di Singapura, sedikit demi sedikit bahasa Melayu disisihkan. DAP sejak dari awal-awal lagi sudah menunjukkan sikap anti-bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Secara senyap-senyap, DAP Pulau Pinang sudah mula menggerak dan menyerapkan ideologi mereka dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kita harus ingat terdapat perbezaan antara bahasa kedua dengan bahasa rasmi kedua. Soalnya, yang mana satu pilihan DAP Pulau Pinang? Apakah cadangan di bawah ini salah satu daripada strategi sulit DAP untuk mengenepikan bahasa Melayu? Baca...

"Perang Suci" Yang Tidak Mungkin Dielak Lagi!

Anwar Ibrahim 2010 48 Jam Sebelum Bencana! Bibit-bibit kekalahan Anwar Ibrahim semakin terasa. Hentakan Zaid tidak mampu ditangkis lagi oleh Anwar. Kali ini, Anwar pasti tersungkur - dibunuh oleh orangnya sendiri. Syabas Zaid! Sang Juara yang gagah perkasa. Ego Anwar semakin lemah kedengaran - tiada retorik bahasa yang mengasyikkan, dan tiada strategi untuk menghapuskan Zaid. Zaid ialah wira baru PKR, wira yang dinanti-nati dan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Zaidlah satu-satunya pemimpin PKR paling berani dan bertenaga dalam berhadapan dengan "naga" yang gagah perkasa. Sudah tiba masanya PKR diserahkan kepada Zaid, untuk diperbetul dan diperkemaskan. Zaid - merupakan satu-satunya pemimpin al-Muntazar PKR yang mampu menumbangkan pengasas dan pembina parti tersebut. Selamat tinggal Anwar, dan selamat tinggal Azmin! Baca laporan Malaysia Kini di bawah : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang ...

Riang-Ria Dunia Namewee

Namewee 2010 Kakitangan Awam Tidak Lagi Selamat Oleh Jefri Zachariah 1. Semalam kita diberitahu oleh Dewan Rakyat yang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin pula dihukum kononnya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol. 2. Selain Hamim, dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - juga telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang hampir sama. Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail digantung jawatan mereka. 3. Mereka kini ditugaskan menjalankan ke...

Milik Siapa Relau Ini?

Milik Siapa Relau Ini? 1. Menurut Zulkifli Noordin akan ada lebih ramai lagi pemimpin PKR yang keluar parti, selepas isu kezaliman dan penganiayaan yang sedang dialami oleh Zaid Ibrahim. Sekiranya orang yang sehebat Zaid pun sanggup dizalimi, apatah lagi ahli biasa PKR. Penyelewengan yang sedang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR sudah tidak upaya dibendung dan disembunyikan lagi oleh Anwar Ibrahim. Segala-galanya sudah terlondeh dan terdedah. Segala yang busuk sudah pun berbau dan segala yang kotor semakin jelas. Zaid sudah mendedahkan segala-galanya. 2. Soalnya, ke mana Zaid selepas ini? Ramalan saya mudah, Zaid akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan masalah dan penyelewengan yang sedang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR sekarang. Zaid diminta jangan berdiam diri terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang sedang dideritainya. Zaid perlu berani mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku, agar kebenaran terserah jua akhirnya. Sekiranya benar semakin ram...

Zaid Ibrahim 2010 : Langit Tanpa Warna

Zaid Ibrahim 2010 Langit Tanpa Warna Sebulan yang lalu, saya sudah meramalkan akan peristiwa ini - mereka yang mengikuti blog saya akan tahu, sejak dari awal lagi saya sudah membuat rumusan penting berhubung pertandingan Timbalan Presiden PKR yang bakal kecoh dan penuh dengan penipuan. Zaid Ibrahim menyatakan rasa "tersilapnya" kerana terlalu mempercayai "kebebasan" dan "ketelusan" yang selama ini dilaung-laungkan oleh parti tersebut. Jelaslah, slogan-slogan tersebut tidak lebih daripada retorik kosong yang penuh dengan kejijikan dan kejelekan. Sudah saya ingatkan kepada Zaid di dalam blog ini sebulan yang lalu - sesungguhnya beliau akan dizalimi dan dianiayai dalam pemilihan tersebut. Malah, saya sudah meramalkan Zaid akan segera mengadakan sidang media, bagi memperincikan masalah dalaman dan hakikat sebenar "demokrasi" yang sedang berjalan dalam PKR selama ini. Saya, secara peribadi menyokong Zaid sebagai calon Timbalan Presiden P...