Skip to main content

Razali Akhirnya Dipecat!

Orang yang cakap betul kena pecat...tapi..ahli DAP yang hina Islam dan tidak hirau sensitiviti umat Islam di Malaysia, dibiarkan bermaharajalela. DAP ini parti yang tiada main amaran-amaran, kalau tak suka sahaja, pecat, ikut suka hati mak bapak mereka. Baca berita di bawah :

PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.

"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.

"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

Comments

Anonymous said…
Tak pe, sekurang2nya dia dilepaskan oleh Allah dari rantai IBLIS dan Puak DAJJAL. Benarlah janji Allah, sesiapa yg berani menegakkan kebenaran, Allah akan meyelamatkan org itu dari kebatilan. Apa ada pada DAPig tu? Tiada apa2 melainkan KEKAFIRAN semata-mata.
Kamarul said…
Kedepan nanti, mesti orang PR kata dia ni dapat RM2juta.. hahahahaha..
Anonymous said…
Tuan Azli Shukri..ambil lah itu sebagai iktibar..pasti ada hikmahnya..! Syabas tuan juga adalah wira yg tak didendang..masih ada parti yg boleh tuan jadikan wadah pejuangan Melayu dan Islam..Terima Kasih
Anonymous said…
Setelah mengikuti artikel ini saya berharap mana2 Melayu (Islam)yg berada didalam DAP , harus berfir dan bertindak keluar pati tersebut yg jelas dan terang tidak langsung memikirkan pasal org lain selain bangsa dan agama mereka sahaja, mereka langsung tidak ada perasaan utk nak jaga hati org Melayu dan meruah Islam, jadi sebelum terlambat, tinggalkan lah parti yg x berfeadah utk org Melayu
Anonymous said…
Hikmah taik minyak hang. Kalau tak kena pecat, aku percaya hang akan sokong DAP ni sampai kiamat. Orang melayu kalau join PKR, PAS boleh lah juga diterima akal. Tapi kalu orang Melayu join DAP, apa punya turrrrrrr.
Sebab apa dia dipecat tak pula dibincangkan dalam artikel kamu.. Yg kamu tunjuk hanyalah muka orang yg dipecat tanpa menjelaskan sebab jelas kenapa dia dipecat. Sebb dia dipecat adalah mengada-adakan maklumat palsu kononnya Kristian nak perintah Malaysia.. ni siapa punya kerja kalau bukan dari puak2 UMNO yang iri hati dengan pencapaian P.Pinang sekarang. Tiada siapa dalam DAP yg pernah pertikai islam sebagai agama rasmi persekutuan dan Raja2 melayu sebagai penaung kepada perlembagaan.. Siapa pernah pertikaikan? Isu ini sengaja dibangkitkan oleh puak2 kamu yang gilakan kuasa sehingga buat kerja2 mengarut dan tak masuk akal..
Jangan ingat orang kampung kamu boleh perbodohkan, orang di bandar kamu nak perbodohkan sama..
Anonymous said…
KESIAN AZLI .. PANJANG LEBAR DIA TULIS.
KENA AYAT SATU PERENGGAN JE TERUS TERDUDUK ...
Pewaris Wasiat said…
Kira ok dah tuu ko di tendang...daripada ko dok Tanggung Dosa Kering dlm DAP..BERSEKONGKOL dengan Kafir hingga hilang Tanahair...Kalau ko rasa ko anak Malaysia laa..!!! Syabas laa aku ucap kan pada ko kerana berani Tampil...muga-muga Tuhan Rahmati koo dan mereka yg dah Insaf...Masalah Agama ni xleh buat main..kalau ko mengaji laa..Kata Ahlullah...Berkata Tegas pada Musuh mu...berkasih sayang pada sahabat mu...!!! ingat anak cucu hang yg kat Penang tuu...besok2 mana anak cucu nak tinggal ...jangan samapai rumah pun xder...merempat di Tanah air sendiri...Ada Akai pakai laaa... :)
Anonymous said…
BAGUSLAH KENA PECAT,LUPA DARATAN.KAU INGAT CINA DAP YANG BESARKAN KAU.CINA DAP INI DIA KIRA UNTUNG JA,KALAU RUGI DIA TAK MAHU.ITULAH AMALAN ORANG CINA DAP.TENGOK PAS YANG BODOH DAN BAHLOL ,MEREKA INGAT BOLEH UNTUNG BERSEKONGKOL DENGAN CINA DAP.KALAU TAK UNTUNG TAKKAN DIA GENG DGN PAS.DIA ORANG KIRA UNTUNG SAHAJA.RUGI DIA TAK MAHU.ESOK RAMAI PAS DITARIK MASUK GEREJA.MASA TU TUNGGU NIK AJIS AKAN KELUARKAN FATWA BARU YANG MENGHALALKAN PERBUATAN.STANDARDLAH PAS,DENGAN PUAK MELAYU BERANI BUAT TINDAKAN,DENGAN PUAK CINA KECUT TELUR.
usin said…
bodohnya statement penggali kuboq tu kan. mcm fasih je dgn perlembagaan dap. hang gali kuboq sapa woi. ni nak habaq bagi, dlm perlembagaan bertulis dap memangla xdak mengatakan depa memusuhi Islam. tp hang tengok mai, camana perbuatan depa dok menghina Islam. baca ayat Quran tunggang langgang, petik hadis sesuka hati. siap arah pas gugurkan hasrat mendirikan negara Islam lg. tu baru sikit, kalu nk tulis sume, x cukup pages nk tulis. tp apapun wa respect kt azli, just say tq. bravo mr azli.
Anonymous said…
Penggali kubuq tu dah kenyang dengan hanyir DAPig. sebab tu dah tak nampak kebenaran. Semua tuduh UMNO. Jenis macam ni jenis haramjadah

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Namewee : Di Mana DAP?

Namewee dan DAP 2010 Di Sini Kesetiaan Tidaklah Penting 1. S ehingga hari ini, saya masih ternanti-nanti komen dan pendirian DAP berhubung kenyataan menghina Wee Meng Chee terhadap negara ini. Lim Kit Siang mahu pun Karpal Singh masih membisu seribu bahasa. Sekiranya , selama ini DAP memperjuangkan keadilan dan tidak memperjuangkan perkauman sempit yang sering dilaung-laungkannya, maka kenyataan rasmi parti tersebut berkenaan isu Namewee ini hendaklah segera dikeluarkan, bagi membuktikan parti tersebut tidak bersikap racis dan pilih kasih dalam menegakkan kebenaran. 2. Sudah lebih seminggu isu ini dimainakn di media cetak dan elektronik. Namun demikian, DAP masih berdiam diri. Apakah DAP sebenarnya menyokong tindakan kurang ajar si budak hingusan bernama Namewee itu? 3. Tetapi awas! tidak sampai 24 jam isu berkenaan dua orang pengetua di Kedah dan Johor yang didakwa kononnya memainkan sentimen perkauman - Lim Kit Siang pantas mendesak kerajaan agar kedua-dua pengetua Melay...

Zaid Ibrahim 2010 : Langit Tanpa Warna

Zaid Ibrahim 2010 Langit Tanpa Warna Sebulan yang lalu, saya sudah meramalkan akan peristiwa ini - mereka yang mengikuti blog saya akan tahu, sejak dari awal lagi saya sudah membuat rumusan penting berhubung pertandingan Timbalan Presiden PKR yang bakal kecoh dan penuh dengan penipuan. Zaid Ibrahim menyatakan rasa "tersilapnya" kerana terlalu mempercayai "kebebasan" dan "ketelusan" yang selama ini dilaung-laungkan oleh parti tersebut. Jelaslah, slogan-slogan tersebut tidak lebih daripada retorik kosong yang penuh dengan kejijikan dan kejelekan. Sudah saya ingatkan kepada Zaid di dalam blog ini sebulan yang lalu - sesungguhnya beliau akan dizalimi dan dianiayai dalam pemilihan tersebut. Malah, saya sudah meramalkan Zaid akan segera mengadakan sidang media, bagi memperincikan masalah dalaman dan hakikat sebenar "demokrasi" yang sedang berjalan dalam PKR selama ini. Saya, secara peribadi menyokong Zaid sebagai calon Timbalan Presiden P...