Skip to main content

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum.

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba
2. Dilema Melayu
(1970) : Mahathir Mohamad

3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad

4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad

5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry

6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad

7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail

8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek

9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa

10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien
.

Comments

Anonymous said…
Buku Barry Wain tidak masuk list ke?
Anonymous said…
buku "pengakuan seorang bohsia". dulu popular nih!
hisham said…
anon 11.51..
orang cerita pasal buku penulis malaysia....
payah dengan orang melayu ni...
membaca tapi tak faham apa yang dibaca.
novel interlok ni aku dah baca tahun 1973 lagi..
ia diterbitkan pada tahun yang sama dengan beberapa novel yang memenangi hadiah peraduan novel 10 tahun merdeka.
antaranya sandera(arenawati)merpati puteh terbang lagi(khadijah hashim)termasuk novel desa pingitan.
harap novel SANDERA(arenawati) tidak dijadikan isu olih kaum cina pula kerana didalamnya ada mengisahkan kekejaman dan perjuangan pengganas kominis.
orang melayu jadi talibarut kominis.
dan juga orang2 indonesia tidak membakar novel SANDERA kerana dalam novel ini juga ada mengisahkan masa konferantasi malaysia-indonesia.
kisah dalam novel sandera bermula dari zaman belanda di INDONESIA sehingga zaman awal2 kemerdekaan malaysia.
banyak fakta sejarah dalam novel2 keluaran tahun2 60an..
elok juga bagi yang buta sejarah membaca novel2 ini.
jalan ceritanya bukan rekaan semata-mata,banyak berdasarkan pada fakta apa yang berlaku masa itu.
Anonymous said…
buku paling kontrevesi DI malaysia, bukan penulis malaysia
red said…
Interlok pon nak kontroversi jgk?? huhuhuuu... kontroversi yg sengaja diadakan oleh pihak yg x bertanggungjawab
Pokok said…
buku interlok menjadi mangsa politik. orang yang melalak pasal buku ni mesti tak pernah baca buku ni.. yang sedihnya, ada orang melayu yang sama-sama melalak pasal buku ni. ADUN plak tu.. betapa bodohnya dan sengal nya perempuan tu.. (tak layak disebut namanya)
BETAPA MALANGNYA BUKU MELAYU DI BUMI MELAYU.

Pilihan Pembaca

Kabinet Najib : Masih Kenal Saya?

NOSTRADAMUS SUDAH MATI! Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tin...

Monolog Azli Shukri : Bab 14 : Daripada Pemuda Kepada Pemuda

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 14 : Daripada Pemuda kepada Pemuda Oleh Muhammad Azli Shukri Saya simpulkan semua isu yang mendominasi Malaysia pada bulan ini dalam satu tulisan, bermula isu PPSMI, Penggunaan Nama Allah, Pemilihan UMNO Hujung Bulan ini dan Pilihan Raya Bukit Gantang. Semua akan saya berikan pandangan saya secara jelas dan ikhlas di sini. Tentang PPSMI Saya mempunyai pendirian yang agak sama dari satu segi dengan para pejuang bahasa yang menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Malah, saya juga sempat menghantar SMS kepada Datuk Baha - betapa saya kagum beliau sanggup bersama-sama dengan Prof Ismail Hussien membuat laporan polis berkenaan isu tersebut. Saya katakan kepadanya, "perjuangan Datuk menjadi aspirasi saya." Saya rapat dengan Datuk Baha sewaktu saya bekerja dengan DBP dan beliau menjadi ahli Lembaga Pengelola DBP - banyak aktiviti yang kami hadir bersama. Saya tegaskan bahawa dari segi menguasai ilmu - kita harus mempelajarinya dalam b...

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2)

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2) Oleh Muhammad Azli Shukri Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz (Siri 2) yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri kedua ini saya perturunkan 10 lagi kata-kata beliau untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada baki 80 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam. 11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999. 12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994. 13. "Tidak ada...