Skip to main content

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum.

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba
2. Dilema Melayu
(1970) : Mahathir Mohamad

3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad

4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad

5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry

6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad

7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail

8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek

9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa

10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien
.

Comments

Anonymous said…
Buku Barry Wain tidak masuk list ke?
Anonymous said…
buku "pengakuan seorang bohsia". dulu popular nih!
hisham said…
anon 11.51..
orang cerita pasal buku penulis malaysia....
payah dengan orang melayu ni...
membaca tapi tak faham apa yang dibaca.
novel interlok ni aku dah baca tahun 1973 lagi..
ia diterbitkan pada tahun yang sama dengan beberapa novel yang memenangi hadiah peraduan novel 10 tahun merdeka.
antaranya sandera(arenawati)merpati puteh terbang lagi(khadijah hashim)termasuk novel desa pingitan.
harap novel SANDERA(arenawati) tidak dijadikan isu olih kaum cina pula kerana didalamnya ada mengisahkan kekejaman dan perjuangan pengganas kominis.
orang melayu jadi talibarut kominis.
dan juga orang2 indonesia tidak membakar novel SANDERA kerana dalam novel ini juga ada mengisahkan masa konferantasi malaysia-indonesia.
kisah dalam novel sandera bermula dari zaman belanda di INDONESIA sehingga zaman awal2 kemerdekaan malaysia.
banyak fakta sejarah dalam novel2 keluaran tahun2 60an..
elok juga bagi yang buta sejarah membaca novel2 ini.
jalan ceritanya bukan rekaan semata-mata,banyak berdasarkan pada fakta apa yang berlaku masa itu.
Anonymous said…
buku paling kontrevesi DI malaysia, bukan penulis malaysia
red said…
Interlok pon nak kontroversi jgk?? huhuhuuu... kontroversi yg sengaja diadakan oleh pihak yg x bertanggungjawab
Pokok said…
buku interlok menjadi mangsa politik. orang yang melalak pasal buku ni mesti tak pernah baca buku ni.. yang sedihnya, ada orang melayu yang sama-sama melalak pasal buku ni. ADUN plak tu.. betapa bodohnya dan sengal nya perempuan tu.. (tak layak disebut namanya)
BETAPA MALANGNYA BUKU MELAYU DI BUMI MELAYU.

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Anwar 2009 : Bernafas Di Dalam Lumpur

ANWAR IBRAHIM 2009 Bernafas Di Dalam Lumpur Saya sempat ke Bukit Gantang sebentar tadi, mendengar ucapan Tun Mahathir, di samping meninjau-ninjau markas UMNO/BN di sana. Dalam kesibukan tugas harian dan menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang, saya masih ada masa untuk turun padang walau pun tidak lama. Melihat kepada begitu ramai yang hadir bagi mendengar ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, teringat saya seolah-olah beliau masih merupakan Perdana Menteri kita semua. Bolehlah saya gambarkan bahawa, kekuatan UMNO dan PAS di Bukit Gantang agak sama-sama kuat, dan kedua-dua parti berada dalam keadaan 50-50. Yang menarik minat saya pada kali ini adalah cara ucapan Tun Mahathir menceritakan bagaimana kaum Cina dan India di Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan dan menikmati pelbagai kemudahan di negara ini, berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Jika di negara lain, kita tidak akan dapat melihat kewujudan sekolah kebangsaan beraliran Cina atau India. Seb...