Skip to main content

Mengapa Mesti Zaid Saman Kadir Jasin?


Mengapa Mesti
Zaid Saman Kadir Jasin?


KUALA LUMPUR 7 Dis. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah mengemukakan saman terhadap Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A.Kadir Jasin kerana menyiarkan artikel bertajuk Zaid, The Hurricane Hattie Of PR. Artikel itu disiarkan dalam blog Kadir http://kadirjasin.blogspot.com pada 21 Oktober lalu. Menurut Kadir dalam blognya hari ini, Zaid yang juga seorang blogger mengemukakan saman itu di hadapan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria pada 2 Disember lalu.

"Saman itu diserahkan kepada saya oleh peguamnya, Rueben Mathiavaranam daripada firma guaman Rueben Williams Advocates & Solicitors hari ini," katanya dalam blog beliau hari ini. Zaid yang merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kadir berkata, dalam samannya, Zaid menuntut beberapa perkara seperti ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta injunksi.

"Saya telah pun meminta peguam saya bertindak ke atas saman itu dan untuk makluman para pembaca dan pembahas, Zaid telah menjawab tulisan saya itu dalam blognya pada hari yang sama iaitu 21 Oktober dengan tajuk Kalau Hati Dah Busuk...

"Selain menganggap saya sebagai seorang yang berhati busuk dan penulis upahan, dia juga membuat beberapa tuduhan dan andaian mengenai saya dalam blognya itu," katanya.

Namun begitu Kadir berkata, tidak sedikit pun terlintas di fikiran beliau untuk menghalang atau menyekat kebebasan Zaid apatah lagi mengambil tindakan undang-undang.


Ulasan Saya : Saya rasa sedih juga dengan apa-apa yang berlaku ini. Pertama, sebagai seorang ahli politik, Datuk Zaid Ibrahim harus faham, adalah lumrah dalam dunia politik kritik-mengkritik antara satu sama lain. Semalam saya sudah pun membaca tulisan Datuk A. Kadir Jasin di atas - dan pada pandangan peribadi saya, kritikan tersebut adalah normal. Malah, saya juga telah membaca jawapan Zaid di blognya. Saya berpandangan, dalam negara yang demokrasi sifatnya - kritik mengkritik adalah adat, tuduh-menuduh adalah lumrah. Adalah lebih baik kita berdialog dan berhujah mencari kebenaran. Pada hari ini - saman-menyaman sudah ketinggalan zaman, malah sudah ada satu kefahaman bahawa saman bukan lagi untuk mencari kebenaran sebaliknya mahu menutup kelemahan. Pada hari ini, orang yang bersalah juga sudah bijak memanipulasi saman-menyaman - agar mereka kelihatan di pihak yang benar. Dalam dunia yang penuh dengan bijak pandai ini - bukankah lebih baik menjadikan hujah dan dialog sebagai cara menegakkan kebenaran? Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Saman nak cari wang
pembetulan sahabat ,

Zaid bukannya Zahid ..sy pun mula2 confius jg ,ingat ke Zahid Hamidi ..
AnakMuda said…
Zaid ikut ketuanya, Anwar. Nak tutup mulut blogger dari terus mengkritik beliau. Nyatanya, Zaib Pemimpin bacul!.
AnakMuda said…
***Zaid Ibrahim pemimpin bacul!
azlishukri said…
pejuang bangsa - ok saya tersalah taip
Saudara,
Isu BTN,
bukan melayu jadi kurang ajar,
hak Melayu dipertikai,
Perlekeh DEB,
Perlekeh istana,
perlekeh pemimpin negara,
perlekeh undang-undang,
bersekongkol dengan orang asing,
Cuma saeorang pengkhianat
yang berada di belakangnya.

Apa doa Nik Aziz untuk pengkhianat bangsa dan agama ini?
Atau kerana dia sahabatnya, segala-galanya jadi halal...

Semoga kita terlindung dari bala.
azlishukri said…
zainal - saya sependapat
The Informist said…
Dah jelak tengok budaya saman- menyaman orang Melayu Islam. Asal orang ni tuduh sikit, saman. Asal tuduh sikit saman. Macam dah lupa setiap perbuatan tu Allah dah sediakan 'ganjarannya' termasuklah yang jahat. Setakat tuduh camtu pun nak masuk. Setan punyer orang. Tu pasal dah berbuih ulamak suruh baca quran, pergi masjid supaya jiwa tu tenag, kurang panas dan dekat dengan Allah. Ni ngikut yahudi laknatullah. Jangan sampai keluar pulak statement Melayu Laknatullah pulak.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...

Dr Lo'Lo Masih Hidup Jangan Sebarkan Cerita Palsu

Dr Lo'Lo masih lagi dirawat di hospital, tidak benar berita yang menyatakan bahawa Dr Lo'Lo telah meninggal dunia. Cerita tersebut sama sekali tidak benar. Saya merupakan bekas guru kepada anak lelakinya iaitu Muhammad Farhan Aminuddin , dan melalui FaceBook beliau tadi, beliau mengesahkan bahawa ibunya masih hidup dan sedang diberi rawatan rapi. Doakan kebaikan dan kesejahteraan Dr Lo'Lo. Harap, jangan disebarkan lagi kisah palsu ini. Mohon jasa baik tuan-tuan semua. Jazakumullah. Sama-samalah kita berdoa untuknya.

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini....