Skip to main content

Apa Yang Tidak Perkauman?


Apa Yang Tidak Perkauman?

Oleh Aznan Bakar (Utusan Malaysia)


SEORANG teman bertanya, apa yang tidak mempunyai unsur perkauman di negara ini? Katanya, segalanya berkisar sekitar kaum dan berbaur perkauman. Bermula daripada saat dilahirkan, sampai mati setiap individu di Malaysia sarat dengan jati diri berasaskan kaum.

Itu merupakan realiti yang tidak dapat disangkal. Sejak merdeka hingga sekarang, negara dibina dan dibangunkan bersama dengan unsur ini. Cuma Malaysia bernasib baik kerana kaum-kaumnya yang berbeza ini mempunyai semangat toleransi yang tinggi.

Mereka sanggup mengetepikan perbezaan kaum, agama dan budaya. Sebaliknya sedia untuk bekerjasama bagi memastikan negara berada di landasan yang betul untuk maju.

Ia diperkuatkan lagi dengan iltizam dan keazaman pemimpin untuk memastikan perbezaan itu tidak digunakan ke arah keburukan tetapi lebih kepada kebaikan hingga menjadi contoh kepada negara lain. Cuba fikir dan renung sejenak nilai yang terdapat pada setiap individu yang bernama Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan di negara ini.

Apabila dilahir, anak-anak dinamakan mengikut kaum masing-masing. Kaum menjadi identiti mereka bukan negara. Malaysia tidak seperti Thailand dan Indonesia di mana nama mencerminkan rakyatnya. Di Indonesia biar Jawa, Minang, Madura atau pendatang Cina dan India, nama mereka hampir sama.

Begitu juga di Thailand, rakyat keturunan Cina yang menguasai ekonomi negara itu namanya mencerminkan dia adalah warga Thailand. Tetapi di Malaysia perkara itu tidak berlaku. Daripada nama kita sudah tahu kaum seseorang itu. Dan daripada nama kita akan dibezakan mengikut kaum.

Apabila anak sudah besar dan mula memasuki alam prasekolah, ibu bapa akan memilih untuk menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan yang berasaskan kaum.

Orang Melayu menghantar ke tadika Melayu atau Islam. Cina dan India pula ke tadika yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Keputusan yang dibuat ini ada unsur perkauman. Mungkin tidak ada prasangka, tetapi pertimbangan perkauman tetap ada.

Begitu juga apabila tiba untuk masuk ke alam persekolahan yang sebenar. Masing-masing memilih untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasaskan kaum masing-masing.

Sebab itu di Malaysia ada sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah mubaligh kristian. Atas dasar apa semua sekolah ini wujud kalau tidak atas dasar perkauman? Begitu juga dalam kehidupan seharian. Setiap kaum dibezakan dengan nilai dan identiti kaum masing-masing. Yang menariknya perbezaan itu tidak pernah digunakan untuk mencetuskan sengketa yang merugikan semua.

Cuma apabila ada pemimpin yang mula mengungkit isu-isu berhubung kaum lain, ia menimbulkan sedikit ketegangan. Di Malaysia semua pihak berjuang untuk mempertahankan hak dan kepentingan kaum masing-masing. Tetapi jangan sampai ke tahap menyinggung perasaan kaum lain. Apabila ada pemimpin yang menggunakan isu berkaitan kaum ini untuk kepentingan politik mereka maka sudah tentu perbezaan sedia ada akan menjadi besar dan ketara. Pemimpin politik yang menuduh lawannya bersikap perkauman dan mengungkit isu sensitif, sebenarnya dalam dirinya sendiri sarat dengan perkauman.

Mempersoalkan ketuanan Melayu misalnya merupakan satu sikap perkauman yang bertujuan menimbulkan kebencian. Soal ini mungkin tidak termaktub dalam Perlembagaan. Kerana yang ada ialah hak istimewa orang Melayu. Tetapi setiap rakyat tanpa mengira kaum sejak merdeka dulu faham, ia bukan bermaksud Melayu menjadi tuan kepada kaum lain dan kaum lain menjadi hamba kepada Melayu.

Ia telah diperjelaskan berkali-kali, namun tetap ada pihak yang mempertikaikan, kenapa? Kalau kaum lain menjadi hamba kepada Melayu, kenapa majoriti golongan profesional di negara ini seperti doktor, peguam, jurutera dan arkitek terdiri daripada bukan Melayu?

Kenapa ahli perniagaan yang kaya raya dapat memiliki satelit dan membina bangunan pencakar langit bukan orang Melayu? Sebab itu apabila ada pemimpin menuduh lawan mereka mengamalkan perkauman, hingga membangkitkan hal-hal sensitif, sebenarnya merekalah yang bersikap demikian. Ia ibarat periuk mengatakan kuali hitam.

Memang dalam politik negara ini ia tidak terlepas daripada elemen perkauman. Setiap kaum berkumpul membentuk parti politik yang mewakili kaum mereka dan kemudian bergabung membentuk parti yang lebih besar dan menubuhkan kerajaan.

Kewujudan parti-parti lain yang didakwa mewakili semua kaum juga sebenarnya sarat dengan agenda perkauman. DAP misalnya, walaupun ia mendakwa mewakili semua kaum, tetapi sebenarnya ia lebih banyak memperjuangkan hal yang berkaitan dengan kaum Cina.

Sebab itu sepanjang penubuhannya parti itu pemimpin tertingginya mesti dari kalangan kaum Cina. Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi peneraju pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan?

Walaupun ia dilihat mempunyai kombinasi daripada pelbagai kaum namun ia masih bergerak atas platform perkauman. Pemimpin yang berasal dari kaum tertentu lebih cenderung memperjuangkan nasib kaum mereka sahaja. Perkara itu boleh dilihat kepada insiden-insiden yang berlaku di Parlimen. Apabila ia membabitkan kepentingan kaum tertentu ia akan dibawa dan diseret hingga ke Parlimen.

Mengapa Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan hal pembinaan masjid jika ia tidak mempunyai unsur perkauman? Tidakkah beliau sedar bahawa struktur rumah ibadat yang terbesar di Pulau Pinang atau mungkin juga di Malaysia bukannya masjid?

Begitu juga di kawasan Gombak, rumah ibadat yang terbesar ialah kuil Hindu di Batu Cave, bukannya masjid. Tetapi ia tidak pernah dibangkit dan diungkit oleh orang Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.

Kenapa apabila yang berkaitan dengan masjid dibangkitkan sebegitu rupa di Parlimen? Untuk tujuan apa? Realiti bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum perlu diterima. Maknanya elemen perkauman pasti ada. Cuma ia perlu diuruskan secara bijak oleh para pemimpin dari semua peringkat tanpa mengira parti. Jangan menggunakan unsur-unsur perkauman ini untuk kepentingan politik sempit semata-mata. Akibatnya cukup buruk.

Jika selama 50 tahun ini kita boleh bertolak ansur dengan perbezaan yang ada. Boleh tinggal, hidup dan mengecapi kemakmuran bersama, maka ia sepatutnya dikekalkan sampai bila-bila.

Comments

Anonymous said…
this blog like shit, tahi and also racist..
Pemerhati said…
Bila orang Melayu bersuara utk kepentingan Melayu, orang bukan Melayu berkata ini tindakan rasis. Bila orang bukan Melayu bersuara utk kepentingan bukan Melayu, Melayu yg rata2nya bodoh akan diam bisu seribu bahasa!
Tak apa kaum yg bodoh akan hancur bila PRU13 nanti. DAP akan berkuasa dan meminda perlembagaan. Dan orang Melayu akan mengemis dan menjadi pendatang di tanah airnya sendiri!
Memang dunia ini bukan utk orang2 yg bodoh!
amieiezam said…
selagi mana pendatang pendatang tak sedar diri masih meletakkan keperluan kaumnya seperti sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil maka selagi itulah aku tak heran orang melayu nak junjung HAK MELAYU di TANAH MELAYU INI!!!!
adf55650 said…
Mengape la bengap sangat.
Memangla UNMO rasis. UMNO membela MELAYU. MCA Membela CINA dan MIC membela India. Bile digabungkan dalam BN terbela lah ketiga2 kaum. Tetapi mengikut PERLEMBAGAAN, MELAYU dan ISLAM memang dapat lebih.
So ape yang nak bising lagi?

PR (Pakatan Rasuah) payah nak bergabung sebab:

PAS -- Ekstrimis
DAP -- Komunis
PKR -- Atheis
YANG GAMBI said…
Bro, apakah DAP tidak racis, Hindraf tidak racis ? kawan setuju sangat dengan komen adf55650....... kenapa nak dipersoalkan lagi......

Tapi bila sudah ada Melayu PAS dan PKR yang mabuk kuasa, maka DAP komunis ini pun bermaharajalela....
azlishukri said…
yg gambi - saya juga sependapat
Anonymous said…
buang sekolah cina skolah india dan buang nama asal cina dan india. mcm di thailand dan indonesia.

baru boleh kata umno perkauman.

joe
Pejuang Bangsa said…
dicadangkan agar subjek sejarah tanah melayu....asal ususl penduduk tanah melayu, perlembagaan negara, perkara 152, 153 diajar dandiwajibkan lulus kepada pelajar2 bukan Melayu...dan diwajibkan lulus..begitu juga kepada pemohon2 kewarganegaraan Malaysia diwajibkan juga.....selesai tu kita bawak kat Parlimen, nama Malaysia ini dikembalikan kepada Tanah Melayu...ini penting bagi menjelaskan kepada penduduk di sini bahawa negara iniberasal dari Tanah Melayu....so bila dah duduk di Tanah orang, faham-faham sajalah...kena faham asal usul dahulu....jangan jadi Belanda dapat Tanah....kadang2 geram jugak pada sape yang g tukar nama Tanah Melayu gi kpd Malaysia....Bahasa melayu ke Bahasa Malaysia...kesannya inilah..generasi ke2 dan seterusnya dah mula lupa asal usul Malaysia ni dahulunya Tanah Melayu...

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana akhirnya kebenaran tertegak juga di Istana Kelantan pada hari ini (baca di sini) . Berkat doa rakyat Kelantan yang mahu melihat institusi raja negeri tersebut berada di landasan yang sebenar, semakin jelas kelihatan. Saya, menyokong sepenuhnya pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Daulat Tuanku! Sudah terlalu lama polemik dan konflik mewarnai istana Kelantan - sehingga kebenaran hampir sahaja tertutup dan terkunci rapat, tetapi kini. Cahaya kebenaran sudah semakin menyinar, tatkala seorang raja berjiwa rakyat dimasyhurkan secara rasmi, mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan, sekali gus membuatkan para penentang Tengku Faris semakin panas punggung. Terdapat lima kebaikan atas pemasyuran Tengku Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu, iaitu : 1. Kebenaran pasti akan terselah berhubung hakikat sebenar punca "penyakit" yan