Skip to main content

Mengapa Mesti Zaid Saman Kadir Jasin?


Mengapa Mesti
Zaid Saman Kadir Jasin?


KUALA LUMPUR 7 Dis. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah mengemukakan saman terhadap Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A.Kadir Jasin kerana menyiarkan artikel bertajuk Zaid, The Hurricane Hattie Of PR. Artikel itu disiarkan dalam blog Kadir http://kadirjasin.blogspot.com pada 21 Oktober lalu. Menurut Kadir dalam blognya hari ini, Zaid yang juga seorang blogger mengemukakan saman itu di hadapan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria pada 2 Disember lalu.

"Saman itu diserahkan kepada saya oleh peguamnya, Rueben Mathiavaranam daripada firma guaman Rueben Williams Advocates & Solicitors hari ini," katanya dalam blog beliau hari ini. Zaid yang merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kadir berkata, dalam samannya, Zaid menuntut beberapa perkara seperti ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta injunksi.

"Saya telah pun meminta peguam saya bertindak ke atas saman itu dan untuk makluman para pembaca dan pembahas, Zaid telah menjawab tulisan saya itu dalam blognya pada hari yang sama iaitu 21 Oktober dengan tajuk Kalau Hati Dah Busuk...

"Selain menganggap saya sebagai seorang yang berhati busuk dan penulis upahan, dia juga membuat beberapa tuduhan dan andaian mengenai saya dalam blognya itu," katanya.

Namun begitu Kadir berkata, tidak sedikit pun terlintas di fikiran beliau untuk menghalang atau menyekat kebebasan Zaid apatah lagi mengambil tindakan undang-undang.


Ulasan Saya : Saya rasa sedih juga dengan apa-apa yang berlaku ini. Pertama, sebagai seorang ahli politik, Datuk Zaid Ibrahim harus faham, adalah lumrah dalam dunia politik kritik-mengkritik antara satu sama lain. Semalam saya sudah pun membaca tulisan Datuk A. Kadir Jasin di atas - dan pada pandangan peribadi saya, kritikan tersebut adalah normal. Malah, saya juga telah membaca jawapan Zaid di blognya. Saya berpandangan, dalam negara yang demokrasi sifatnya - kritik mengkritik adalah adat, tuduh-menuduh adalah lumrah. Adalah lebih baik kita berdialog dan berhujah mencari kebenaran. Pada hari ini - saman-menyaman sudah ketinggalan zaman, malah sudah ada satu kefahaman bahawa saman bukan lagi untuk mencari kebenaran sebaliknya mahu menutup kelemahan. Pada hari ini, orang yang bersalah juga sudah bijak memanipulasi saman-menyaman - agar mereka kelihatan di pihak yang benar. Dalam dunia yang penuh dengan bijak pandai ini - bukankah lebih baik menjadikan hujah dan dialog sebagai cara menegakkan kebenaran? Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Saman nak cari wang
pembetulan sahabat ,

Zaid bukannya Zahid ..sy pun mula2 confius jg ,ingat ke Zahid Hamidi ..
AnakMuda said…
Zaid ikut ketuanya, Anwar. Nak tutup mulut blogger dari terus mengkritik beliau. Nyatanya, Zaib Pemimpin bacul!.
AnakMuda said…
***Zaid Ibrahim pemimpin bacul!
azlishukri said…
pejuang bangsa - ok saya tersalah taip
Saudara,
Isu BTN,
bukan melayu jadi kurang ajar,
hak Melayu dipertikai,
Perlekeh DEB,
Perlekeh istana,
perlekeh pemimpin negara,
perlekeh undang-undang,
bersekongkol dengan orang asing,
Cuma saeorang pengkhianat
yang berada di belakangnya.

Apa doa Nik Aziz untuk pengkhianat bangsa dan agama ini?
Atau kerana dia sahabatnya, segala-galanya jadi halal...

Semoga kita terlindung dari bala.
azlishukri said…
zainal - saya sependapat
The Informist said…
Dah jelak tengok budaya saman- menyaman orang Melayu Islam. Asal orang ni tuduh sikit, saman. Asal tuduh sikit saman. Macam dah lupa setiap perbuatan tu Allah dah sediakan 'ganjarannya' termasuklah yang jahat. Setakat tuduh camtu pun nak masuk. Setan punyer orang. Tu pasal dah berbuih ulamak suruh baca quran, pergi masjid supaya jiwa tu tenag, kurang panas dan dekat dengan Allah. Ni ngikut yahudi laknatullah. Jangan sampai keluar pulak statement Melayu Laknatullah pulak.

Pilihan Pembaca

Khairy Timbalan Menteri?

Saya tidak mahu komen banyak berkenaan berita di bawah. Sehingga hari ini DS Najib masih belum membuat apa-apa kenyataan berhubung rombakan kabinet yang dijangka berlaku hujung atau awal bulan depan. Sumber yang saya terima memaklumkan hampir 80% berita di bawah adalah benar, cuma ada sedikit penambahan, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi menteri penuh. Namun demikian, kementerian mana yang bakal diterajuinya, masih menjadi tanda-tanya. Walauapa pun alasannya, keputusan muktamad masih berada di tangan DS Najib, semoga rombakan kali ini akan memuaskan hati semua pihak, sekali gus mengembalikan kekuatan BN/UMNO semula. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas-desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak min...

Isu Namewee : Di Mana DAP?

Namewee dan DAP 2010 Di Sini Kesetiaan Tidaklah Penting 1. S ehingga hari ini, saya masih ternanti-nanti komen dan pendirian DAP berhubung kenyataan menghina Wee Meng Chee terhadap negara ini. Lim Kit Siang mahu pun Karpal Singh masih membisu seribu bahasa. Sekiranya , selama ini DAP memperjuangkan keadilan dan tidak memperjuangkan perkauman sempit yang sering dilaung-laungkannya, maka kenyataan rasmi parti tersebut berkenaan isu Namewee ini hendaklah segera dikeluarkan, bagi membuktikan parti tersebut tidak bersikap racis dan pilih kasih dalam menegakkan kebenaran. 2. Sudah lebih seminggu isu ini dimainakn di media cetak dan elektronik. Namun demikian, DAP masih berdiam diri. Apakah DAP sebenarnya menyokong tindakan kurang ajar si budak hingusan bernama Namewee itu? 3. Tetapi awas! tidak sampai 24 jam isu berkenaan dua orang pengetua di Kedah dan Johor yang didakwa kononnya memainkan sentimen perkauman - Lim Kit Siang pantas mendesak kerajaan agar kedua-dua pengetua Melay...

Mufti Perlis Perlu Betulkan Kenyataan

Saya fikir, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di dalam negara kita pada waktu ini (baca di sini) . Isu S.Kesavan yang memetik dua terjemahan ayat dalam surah Ali Imran secara songsang dan menyimpang jauh daripada kebenaran merupakan kemuncak segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kaum bukan Islam di negara ini, selepas tercetusnya isu bacaan merapu Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak, terhadap ayat suci al-Quran pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu. Juanda Jaya seharusnya faham, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya melihat isu S.Kesavan semata-mata dalam menetapkan hukum, sebaliknya para mufti yang hadir pada malam tersebut, telah mendalami isu ini terlebih dahulu secara holistik dan menyeluruh, agar ia tidak menimbulkan fitnah yang berterusan terhadap agama Muhammad! Sejak akhir-akhir ini, orang bukan Islam semakin berani mempersendakan al-Quran atas alasan demokrasi dan kebebasan bersuara - manakala sebahag...