Skip to main content

Memperkasakan Perkasa


MEMPERKASAKAN PERKASA


KUALA LUMPUR 28 Dis. – Sudah menjadi lumrah dunia, setiap sesuatu yang mula menarik perhatian umum akan dicemburui, lebih teruk lagi apabila terdapat pelbagai usaha untuk menghancurkannya.

Sedari atau tidak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini mula terkena tempias jahat itu. Pendedahan itu dibuat oleh Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dalam entri bertajuk Yahudi kuasai dunia melalui NGO, satu formula untuk survival bangsa dalam blognya, sanusijunid.blogspot.com.

Menurut beliau dalam entri itu, maklumat yang amat mengejutkan itu diterima daripada seorang ketua UMNO cawangan, sebuah Bahagian UMNO di Perak semasa tiba untuk merasmikan penubuhan Perkasa cawangan Perak pada 19 Disember lalu.

“Sebaik turun daripada kereta, seseorang telah mendekati saya dan membisikkan bahawa beliau ialah seorang Ketua UMNO Cawangan yang telah menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) dari Ketua UMNO Bahagiannya supaya dia tidak hadir dalam majlis PERKASA pada hari itu.

“Katanya semua Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian yang berkenaan telah menerima SMS yang sama.

“Selepas itu ada lagi ahli UMNO memaklumkan kepada saya bahawa ada pihak yang menyatakan bahawa Perkasa ditubuhkan untuk memecah belahkan masyarakat,” katanya.

Tambah Sanusi, jika benarlah seperti apa yang didakwa itu, beliau amat kecewa dan kasihan dengan sikap orang-orang UMNO berbanding Perkasa sendiri yang hanya merupakan sebuah NGO sahaja.

“Sebagai seorang yang keanggotaan UMNOnya nombor 007 saya tidak mungkin mengkhianati UMNO untuk menyokong penubuhan Perkasa jika sekiranya Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang saya fikirkan akan memecah belahkan UMNO, masyarakat atau bangsa.

“NGO boleh membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) asalkan pimpinannya mempunyai sikap yang betul yang diikuti oleh amalan yang menarik pengundi dan rakyat. Menghalang ahli-ahli UMNO daripada menghadiri perjumpaan Perkasa bukanlah tindakan yang menguntungkan,” katanya.


Ulasan Saya : Saya melihat perjuangan PERKASA sama sekali tidak jauh bezanya dengan perjuangan UMNO. Lantaran itu tidak perlu rasanya gerakan NGO tersebut disabotaj atau disekat. Banyak maklumat yang berguna dan penting untuk diketahui oleh orang Melayu dalam menuntut hak mereka di bumi tercinta ini. Yang penting sekarang ialah PERKASA mesti diperkasakan.Wallahualam.

Comments

TAAVEEKUN PERAK said…
teman setuju 200% agar PERKASA diperkasakan.
Anonymous said…
katak puru buncit perut... tak kan tak paham siapa perkasa ni?
Yb Raz said…
inilah masalah orang melayu. tak habis habis nak dengki sesama sendiri.

"orang besar" UMNOpun satu. dah lah dengki sesama sendiri berebut jawatan, nak satukan bangsa melayupun masih nak dengki. elok orang macam ni campak saja ke israel.
Anonymous said…
kenapa perkasa tak masuk umno je.. itu pun si katak tu tak faham.. nak jadi hero lompat guna tiket pas lepas tu macam anjing gigit tuan
Marshall DeD said…
Assalamualaikum Azli,

Maaf Li, aku kalau Pak Berahim ni kurang sangat ler aku berkenan. Sejarah lampau dia membuktikan siapa dia sebenarnya.

Udah meludah, dia selamba je jilat balik.Tun Dr Mahathir pun dia pernah derhaka, TG Nik Aziz pun dia nak derhaka sekarang ni.

Jadi, orang ini tidak ada nilai KEMELAYUAN SEJATI. biadap dengan pemimpin dan mengajar orang menjadi lalang semata-mata untuk survival politik dia sendiri.

Minta maaf Azli, teman tak berapa setuju utk Memperkasakan PERKASA. tapi kalau ada sesapa nak PERKOSA Perkasa tu, silalah. cuma teman tak sanggup ler pulok yop. kekeke...

Kalau orang mcm Pak Berahim ni kita sokong, alamat kita akan mengulang sejarah hitam dimana UMNO makin hilang kredibiliti semata untuk survival dalam politik.

Ingat, bukan kerana Pak Berahim buat Perkasa dia jadi baik. Nilai Pak Berahim tu kena menjadi baik.

Pendek kata, mungkin agenda Perkasa tu baik, tapi orang yang mengendali Perkasa tu kurang baik. begitu juga dengan parti keramat UMNO. Parti UMNO itu baik, tapi pengendali itu saja yang nampaknya semakin tidak baik.

Nilai-nilaikan...

wallahualam..

Fadly Bahktiar Othman
Anonymous said…
- Bangsa kita takkan sedar sehingga kembali dijajah.
- Bangsa kita masih penuh dengan hasad dengki
- Bangsa kita bangsa yang sanggup gadai tanah air utk kesenangan
- Bangsa kita penuh dengan hasil rasuah
-Bangsa kita bangsa yang hina.

Dr Muhd Ali Abhisit Pongdee
University of Chulalongkorn
Marshall DeD said…
Idok aih..teman tak ngaku bangsa teman hina. bangsa miker ler hina! hahaha..

Bebeno ke Dr Muhd Ali tu? ke DOGter tali? keh keh keh..

Fadly Bahktiar Othman
Anonymous said…
Sokong dr ali...tgk tu,org mulayu tersebut terus melenting,tak leh ditegur..mereka kena sedar..kita dah menuju ke arah jadi negara mcm singapore dah..tak sedar jugak?Ya Allah bukakanlah pintu hati hati mereka agar menerima petunjuk mu yang benar..

Bijan
Selamat Tahun Baru 2010, semoga azam tahun ini tercapai dan dilancarkan segala urusan hendaknye... Insya-Allah.... Salam dari saya Chilabaey's Spot.... Senyum selalu macam selalu.... :)
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...