Skip to main content

Barat Iktiraf Anwar Sebagai : 100 Pemikir Terbaik Dunia


Barat Iktiraf Anwar Sebagai
100 Pemikir Terbaik Dunia
Kita Terlopong dan Kena Tipu Lagi


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Harakahdaily): Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan sebagai '100 Pemikir Terbaik Dunia' iaitu menduduki tempat ke 32 bersama para pemikir dunia yang lain. Anwar disenarai oleh majalah 'Foreign Policy' yang berpusat di Washington dalam edisi Disembernya baru-baru ini. Turut tersenarai adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (ke-2), Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (ke-74) dan Hillary Rodham Clinton (ke-6).

Anwar adalah satu satu dari 10 pemikir yang beragama Islam yang disenaraikan oleh majalah itu. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz disenaraikan dalam '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.


Ulasan Saya :

1. Dalam hal-hal yang melibatkan pengiktirafan seperti ini saya sama sekali tidak pernah mahu percaya. Orang Barat memang suka buat seperti ini - tujuannya untuk menimbulkan sentimen atau menaikkan imej seseorang. Ianya tetap mempunyai tujuan politik tertentu. Malah - melalui cara ini juga kita boleh melihat bukti yang jelas siapakah individu-individu yang sebenarnya mendapat sokongan Barat.


2. Manakala kita pula - dengan mudah terus dipengaruhi dan dibuai mimpi kononnya pengiktirafan tersebut sangat hebat dan sukar untuk memperolehnya. Satu soalan sahaja yang ingin saya tanyakan - mengapa mesti angka ke 32 itu diletakkan nama Anwar Ibrahim? Bukankah ini merupakan kaedah bagi menunjukkan kehebatan dan keunggulan Anwar? angka itu sengaja dipilih bagi tujuan promosi dan menganggkat imej Anwar setinggi langit. Kononnya nama Anwar adalah sebaris dalam kumpulan senarai tokoh-tokoh teratas dan terpilih. Kemudian kita pun sama-sama bersorak "Wah Anwar hebat! Anwar hebat!". Sebenarnya kita kena tipu. Tetapi - bagi para penyokong PKR, makanan harian mereka sememangnya retorik Anwar Ibrahim dan permainan silat matanya. Tak makan pun tidak mengapa - janji dapat mendengar kelentong Anwar dari awal pagi sampai ke petang - itu sudah cukup. Hakikatnya - semua orang tahu, ini permainan Barat - ia telah dirancang bagi menaik atau menjatuhkan orang tertentu demi kepentingan Yahudi dan Amerika Syarikat. Selepas ini - kita jangan pula terkejut andaikata mereka mengeluarkan pula "100 Perasuah Terbaik Dunia" dan di dalam senarai tersebut akan diletakkan nama-nama pemimpin dunia yang tidak disegani oleh Barat dan Israel. Umpamanya mungkin nama Tun Mahathir. Jelaslah ini merupakan permainan Barat - tetapi kita bersorak dan terhibur, lalu kita nyanyikan lagu, "Anwar Ibrahim Penyelamat Dunia."


3. Saya percaya untuk meletakkan nama kita di dalam senarai tersebut tidaklah susah sangat - antara syaratnya ialah : 1. kita harus kutuk sesama kaum muslimin. 2. kita tentang dan jatuhkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dengan cara berdemostrasi. 3. kita keluar sedikit wang poket sekitar 2-5 juta untuk diberikan kepada penganjur atau badan yang terbabit dalam pemilihan bagi meletakkan nama kita dalam senarai mereka. 4. kita berbaik-baik dengan pemimpin Yahudi dan AS. 5. kita ikut sahaja apa-apa sahaja arahan daripada Barat. InsyaAllah dapatlah nama kita disenaraikan di dalam senarai tersebut. Dan jangan terkejut - selepas ini Anwar Ibrahim akan diberikan hadian Nobel - kategori Keamanan.


4. Setelah membaca berita di atas - maka saya pun teringinlah untuk memberi sedikit pengiktirafan kepada Anwar dan kuncu-kuncunya. Walaupun saya ini bukanlah layak berbuat sedemikian. Dan saya senaraikan nama mereka sebagai, "100 Tokoh Pembawa Fitnah" namun demikian saya cuma menyenaraikan hanya 10 nama yang teratas sahaja (cukuplah tu). Dan nama-namanya adalah : 1. Anwar Ibrahim. 2. Karpal Singh. 3. Lim Kit Siang. 4. Nik Aziz Nik Mat. 5. Abdul Hadi Awang. 6. Lim Guang Eng. 7. Nga Kor Ming. 8. Badrul Amin. 9. Teresa Kok. 10. S. Sivakumar


5. Nampaknya - Anwar sudah ketandusan isu bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan politiknya. Beliau terpaksa melakukan pelbagai cara bagi memastikan imej dan wataknya tidak tenggelam dalam lipatan sejarah. Anwar sedar, hayat politiknya hanya bergantung kepada sejauh mana beliau mampu membuat masyarakat benci dan marah kepada kepemimpinan UMNO dan BN - lantaran itu Anwar "wajib" membuat pelbagai program dan isu sehingga ke PRU yang akan datang bagi menjamin namanya terus disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.


6. Satu lagi yang pelik - bolehkah Anwar Ibrahim dianggap sebagai seorang pemikir? Jika benar beliau seorang pemikir hebat, mana gagasannya? mana idea hebatnya? mana buku tulisannya? Malah, blognya hanya berisi dengan aktiviti-aktiviti rutin kebanggannya sahaja. Jadi - Anwar bukan seorang pemikir. Sebaliknya seorang pemutar belit. Pelik..pelik.Wallahualam

Comments

Anonymous said…
maaf menyampuk...
tp setahu sy...Anuar kn produk Barat~
no wonder la knp org2 Barat y ad byk propaganda buat mcm tu...
Anonymous said…
stop kutuk anuar!!!!!!!!!!
sapa kutuk anuar macam kutuk mak bapak nenek datok moyang sendiri.
Anonymous said…
Anonymous said...
stop kutuk anuar!!!!!!!!!!
sapa kutuk anuar macam kutuk mak bapak nenek datok moyang sendiri.

Ko mengidam 'batang' anwar ke?
Anonymous said…
pemikir terbaik dunia ke? atau pemikir nak bagi terbalik dunia.?

Kalau terbalik ,aku sokong 100%,sebab jenis songsang kot.

by aramak.
hans said…
yups..
aku pun tak percaya
Anonymous said…
Anonymous said...


Ko mengidam 'batang' anwar ke?

Ko bukan takat ngidam "batang" anwar, siap lubang duburnya kau nak pi jilat!!!!!!
adf55650 said…
Kepada Anon yang ckp" Sapa kutuk Anuar sama macam kutuk Nenek Moyang sendiri?
Sapa nenek moyang Anuar? Bukan ke die keturunan Mamak dari India? Ape kene mengena dgn keturunan Melayu di Malaysia?

Memang die seorang pemikir.

Dulu die memikir mcmane nak lonjak kan diri. So die masuk ABIM. Ckp melantung2 macam alim ulama.
Sekarang org murtad pn die x kisah.
Kebebasan beragama kononnya.

Skrg pun memikir lagi. Macam mane nak lewat2kan (bukan liwat) perbicaraan.

Mungkin die terfikir nak huru-harakan negara supaya kes ni tertangguh untuk mase yang amat lama.
Syameer Firdaus said…
Saudara,
Saya fikir hal ini kerana AI ialah seorang pemikir yang hebat yang berjaya mempengaruhi golongan2 bodoh diluar sana untuk mendengar dan menyokong agenda politik keji dia.

Ini ialah suatu hal yang hebat. Dan oleh kerana dia hampir membankrapkan dan menjual Malaysia, maka dialah pemikir hebat!

-baca lagi di http://syameer.blogspot.com
RajaLintan® said…
pendapat ini sangat prejudice...tidak adil pada pandangan gua...tolak tepi fahaman politik, sebab kalau kerajaan yang ada hari ini jadi pembangkang, mampu ke dorang letak nama dorang tempat tu...?
adf55650 said…
Sdra Raja Lintangpukang

Dulu Anwar dalam kerajaan jugak. Cube senaraikan jasa yang pernah ditaburkan kepada rakyat. Mungkin ini boleh menjelaskan sikit pendirian saudara sendiri
politik bebas said…
Cadangan sy kita buat survey bloggers yang suka mengadu dumba.....suka jaga tepi kain orang tapi kain sendiri koyak rabak buat2 x nampak je......dari kita sibuk hal nuar ke,,,nik aziz ke....hal2 politik yang 2 x 5...dia kata dia....lebih baik pemikiran kita difokuskan kepada hal2 yang lebih membina...contohnya bagaimana nak membina kekuatan ekonomi, pendidikan, jatidiri bangsa dsbnya...ini x habis2 soal picisan tentang politik yang kata mengata, fitnah memfitnah menjadi makanan dan santapan bloggers....yang untung politician...tiap-tiap bulan dapat elaun..kita!!!!!pi mai-pi mai tang tu gak....x ke mana...silap haribulan dapat dosa n bala......wallahua'lam..sekadar renungan.
acah aje... said…
Yang ianya, kau org cemburu dng kejayaan DSAI, kalaulah Najib yg tersenarai, agaknya pecah dunia kau org puji.......

Tapi tak pe ...selps pru13 nanti,DSAi jadi PM, masa tu berduyung2 org yg meludah DSAi skrg, menjilat balik....
Kah..kah..kah...jenis tak tahu malu.
adf55650 said…
Ha ha ha....
Sape yg tak tau malu. Anwar belum pun jadi PM dah cakap jilat ludah. Kalau ye berlaku baru le boleh cakap macam tu.
Sekarang ni jilat le ludah kau dulu.
Patut le sokong Anwar, cakap sendiri pun tak faham hujung pangkal.
Orang macam ni lah yang paling mudah ditipu Anwar.
Anonymous said…
hoi binatang adf55650, pi mampus kau dengan mak bapak kau.
adf55650 said…
Ha ha ha anon.....
Dah sah le bukan manusia ni. Kalau manusia die kenal manusia lain. Ini lah contoh terbaik pengikut Anwar Ibrahim. Masyarakat zoo pun payah nak terima.
Kesian mak bapak ko. Depe ingat dapat lahirkan manusia, rupe2nye.......?
Anonymous said…
hoi binatang, aku pengikut anwar kau apa peduli.. bukan aku minta duit mak bapak kau untuk makan..
adf55650 said…
Alhamdulillah,
Teruskanlah menunjukkan perilaku sebenar pengikut2 Anwar. Semoga ini dapat membantu meramaikan lagi penyokong2.
Sikap berterus-yerang beginilah yang harus dipuji.
Syabas
Anonymous said…
tuan pengikut mana? umno tuuu ikutan tuan ke? umno tuuu ikut sapa? saya sokong nazri aziz.
adf55650 said…
Saya tidak mendaftar untuk mana-mana parti politik.

Saya sokong mana yang menyokong ISLAM dan Melayu.

Saya sanggah yang merugikan Melayu. Islam adalah pegangan saya.

Malaysia adalah Negara saya
cikgunizar said…
kesat sungguh bahasa hangpa semua... mcm ni mengaku pejuang melayu? nak carut2 x kira kat DSAI ka, nik aziz ka najib ka Dr.M. ka memang x boleh sebab depa semua melayu.. x kira asal keturunan apa pun.. ni nak kelaskan melayu india la, mamak la, cina la apa la.. yang anda sendiri tu betul2 melayu 'pure' dari zaman purbakala ke?

dh bangsa melayu pn berasal dr campuran kaum2 india purba dan cina purba, sebab dok kat tengah2 dua peradaban besar.. kerana tu muka org melayu mcm2 ada, x sepesen je mcm kaum2 lain..

dah baca THE MALAY DILEMMA?
Anonymous said…
yang paling haprak dalam blog ni gara-gara bloger adf55650. dia ni aku ingat bahalul dan bongongol. cakap sokong melayu konon.... tapi cakap macam cacing
adf55650 said…
He he anon. Inilah cakap orang tak de modal. Macam Anuar jugak. Cakap berjela-jela maki sana maki sini. Apa isinya?
Cube jawab soalan ni. Mengapa masa Anuar berucap dalam BTN dulu JAMGAM PERSOAL HAL UGAMA ISLAM dan MELAYU. Sekarang apa yang dia buat?
Orang atau makhluk macam ni yang korang sokong?
Cube senaraikan perkara baik yang die pernah buat untuk Melayu, Islam dan Malaysia? Nak kata die tak berpeluang, die pernah jadi TPM dan menteri kewangan.
Kalau masuk blog kene ada isi dalam kepala tu.
Orang buat blog cantik2 kau semakkan aje.
Kalu setakat nak bagi tau kau seorang PENJILAT BONTOT, tak payah komen dalam blog la.
Yang maki2 orang dalam blog ni sedarle diri tu dulu.
shamshul anuar said…
Saudara,

Nasihat saya janganlah kita babitkan keturunan seseorang walaupun kita kita menyampah dengan orang itu. Jangan dibawa sama kaum atau ugamanya.

Orang seperti Anwar memanglah "disukai" oleh majalah atau beberapa Kerajaan Barat. Maklumlah walaupun Islam, anwar "memenuhi piawaian" mereka.

Antara kriteria yang perlu untuk "disanjung", seseorang itu mestliah berani bersikap memberontak . Tak kisahlah kalau nedgara terjajah.

Dia juga mestilah berkiblatkan Barat. Dan mestilah mempunyai budaya memfitnah dan melecehkan bangsa dan ugamanya , terutama kalau dia itu Islam.

Jadi seseorang itu akan dipuja kalau mahu ikut telunjuk contohnya IMF. Orang yang menentang idea karut IMF( seperti Dr Mahathir) yang enggan hapuskan DEB semata-mata nak dapat bantuan IMF akan dipersenda sebagai "having knowledge on economis matters that can be written on postage stamps".

Kebenaran akan terserlah. Berani kerana benar. Jika tak buat, silalah bersumpah laknat seperti apa yang Saiful buat.

Sesungguhna Anwar Ibrahim lupa yang Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
anti fitnah said…
nak banding adf55650 dengan anwar, jauh sekali. adf55650 ni macam sampah
adf55650 said…
Sape yg suruh bandingkan? Nampak sangat kurang akal. tapi biasala semue penyokong Anwar macam tu.
Saya mintak senaraikan jasa Anwar tu aje. Tapi pada mereka yang sedar kurang atau takde akal, tak payah la tulis. Buat semak jer. Memang semak pun.
azlishukri said…
adff - para penyokong Anwar nie dah tiada idea lagi. Sebab tu cuba alihkan perhatian dengan isu-isu lain.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
adf55650 said…
Sdra Azli
Terima kasih kerana memberi ruang untuk berbicara.
Mereka ni macam Anwar jugak. Buat isu, buat janji memang pandai. Isi takde.
Bile abis modal, maki sana maki sini.
Sbnarnye sy kenal ramai antara blogger mereka. Sy hadiri perjumpaan2 mereka. Mereka tak kenal sy. Mereka ni semua pendek akal. Tak kenal kawan atau lawan.
Anwar pun pernah jumpe sy.
Terima kasih sekali lagi sdra Azli. Maaf jika ada komen sy yg menyinggung sdra.
is ketam bola said…
Apa yang Nik Aziz Fitnah??
Abdul Hayee said…
Sebenarnya amat mudah kalau kita ingin mengetahui siapa pemimpin yang tidak baik untuk kita.

Pemimpin yang dianggap baik oleh barat itu, ia sebenarnya adalah tidak baik bagi rakyat negara tersebut.

Kalau barat memuji pemimpin tersebut bermaknalah pemimpin itu telah masuk perangkap barat dan telah menjadi alat bagi mereka.

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Mahathir Serang Zahid?

Kementerian Pertahanan tidak habis-habis dengan masalah. Sebelum ini gempar dengan berita kehilangan enjin Jet Pejuang F-5E, kemudian timbul pula isu berhubung kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa kaum Cina dan India kurang semangat patrotismenya - dan yang terkini, keraguan Tun Mahathir terhadap langkah kementerian tersebut yang bersungguh-sungguh mahu menggantikan pesawat tempur MiG-29 dengan pesawat baharu. Apa sudah jadi dengan Kementerian Pertahanan ini? Baca laporan di bawah : MANTAN PERDANA MENTERI , Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru. Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru. "Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktara