1. Rakyat tidak suka sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO.
2. Rakyat yang celik tidak gemar cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam
3. PAS tidak mempunyai prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.
4. PAS lebih suka berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat.
5. PAS dilihat sebagai parti yang diperguna dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sehingga merugikan Islam dan orang Melayu itu sendiri.
Oleh sebab itu, saya yakin pada kali ini undi PAS akan merosot teruk, malah tidak mustahil undi protes akan berlaku secara besar-besaran di Permatang Pasir. Wallahualam.
Comments
setuju dengan pendapat abang.Kalaupun PAS menang mungkin dengan majoriti tipis
Saya mendengar berita BN akan menang di Permatang Pasir, PAS akan kalah sebab tidak menjaga tutur kata dan moral mereka telah jatuh.
Kalau dah ulamak menjual syurga Allah apa lah nak jadi gamaknya orang kita?.
Politik tu politik lah janag jadikan syurga Allah milik kita sendiri. Astghrafirullah....
BUKAN PAS MENANG TIPIS, TETAPI PAS KALAH BESAR. INSYAALLAH.......
zharif - kita sependapat
BN menang dengan majoriti yang besar di permatang pasir ....... insyaallah
Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.
Ini bermakna Pas dapat permatang, BN makan pasir.
Apakah rakyat masih belum boleh terima UMNO yang telah menunjukkan perubahan? Mungkinkah perubahan itu terlalu sedikit atau retorik pada mata mereka?
Apakah faktor lain?
Bagaimana kalau saya katakan faktor Ketua Pemuda SetiaKatWang juga masih menghantui UMNO?
dah 7-1 dah UMNO ni.
Disebabkan PAS tak kalah dan majoriti pon besar, kalau ikut logik bro azli nyer pendapat, ini membuktikan:-
1. Rakyat "SUKA" sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO?
2. Rakyat yang celik "GEMAR" cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam?
3. PAS "mempunyai" prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.
4. PAS "TIDAK SUKA" berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat.
5. PAS "TIDAK" dilihat sebagai parti yang diperguna dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sehingga merugikan Islam dan orang Melayu itu sendiri
hehe..jgn marah bro azli.wa ulang ayat bro azli jer.Ape nak buat dah BN kalah lagi.hahaha.
Itu lah demokrasi.
gelombang tu memakan masa 10 thn utk sampai ke kemuncaknya. dgn mcm2 perkara yg kita lalui bersama.
tapi setahun-dua ini gelombang penolakan anwar sudah bermula dgn tuduhan kedua yg rata2 org2 lama dlm politik sudah berkerat arang berpatah rotan dgn anwar.
so gelombang kedua ini akan mengambil masa mungkin tidak selama gelombang pertama. baru setahun kesan penolakan anwar di lembanh klang cukup ketara.
sedikit masa lagi percayalah, rakyat yg dahagakan kebenaran akan membina gelombang yg lebih besar sehingga ke kg2 anda semua.
ingat satu saja....kebenaran tidak boleh dipadam. buat la mcamana pun.
zul
dulu umno pun mcm ni juga. buat la apa pun org2 melayu tetap bersama2 umno.
tapi krisis anwar 98 benar2 memecahkan melayu. anwar gunakan internet utk spin dan sebar fitnah tampa ada hadnya.
kalau dulu sblm thn 98, PAS maki sampai terjelir lidah kata umno kapir tak da siapa yg peduli. adalah 2-3 ekor kambing yg tgh ragut rumput yg menyahut.
tapi selepas kes anwar thn 98, seolah2 gelangang politik di m'sia ini dikuasai oleh racun2 berbisa anwar yg seolah2 tiada penawarnya.
tapi mcm itulah resam hidup secerdik mana anwar mengatur kata, selicik mana memasang lukah akhirnya tersembam dicelah kelangkang saiful.
dr.m sanggup kehilangan segala legasinya hanya semata2 utk tegakkan kebenaran. kalau pemimpin lain belum tentu lg.
masa akan menentukan.
zul
Ini bermakna Pas dapat permatang, BN makan pasir.
kah kah kah kah. bawah 1000 konon, ceh
UMNO TERSANGAT SUKA PASIR..
HE HE HE HE HE
BLOG PARPU TUTUP AWAL MALAM NI.
Nampaknya pengaruh Anwar masih kuat di kawasannya.
Majoriti pengundi rela diperkudakan oleh Anwar dan DAP. Mereka lebih mempercayai fitnah dan maki hamun daripada kenyataan dan kebenaran.
Dengan keputusan tersebut maka bersoraklah LKY di Singapura dan yahudi di Israel dan Amerika kerana wakil mereka menang di negara ini.
Harap-harap lepas ini wakil PAS itu akan dilantik sebagai EXCO kerajaan DAP Pulau Pinang.
Terima kasih pengundi-pengundi di Permatang Pasir kerana telah membuat pilihan yang sangat bijak.
Tahniah!
ahbz
DR NO
http://www.buaya-merah.blogspot.com
Menang walaupun satu undi adalah menang.
Ada beberapa perkara yang saya nampak disini.
1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR.
Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR.
2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS.
3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terma perkara salah.
Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat dari membunuh".
4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam".
Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar.
Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.
Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak.
Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima.
Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong.
UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu.
Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising.
Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit. Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising.
5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan).
Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia.
6) Taksub. OTak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi.
7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras.
BIla dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu islam.
Menjerit jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim.
DAmn yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai.
Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.
Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas.
Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman.
Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik.
sama2 lah kita!!!
entah lah!!
Jangan pakai nickname orang lain, saudara azli awak boleh check no. IP sebenar.
DR NO
bila UmnoBN (UBN) hampir menang di MU, fanatik2 umno spt sdr cakap org melayu dah mula insaf dan menerima umno semula.melompat2 fanatik umno kegembiraan.
tapi bila UBN tewas dengan majoriti yg besar di PP, fanatik umno menyalahkan org2 melayu yang kononnya taksub dan bodoh.
memang umno tidak berubah dan tidak akan berubah.harapan saya, semoga Umno akan menjadi pembangkang yang kuat selepas PRU13 akan datang dan lebih menjaga kepentingan orang2 melayu.
UMNO kalah sbb rakyat terlampau bodoh dan tak berakhlak.Suka percaya fitnah dan sebagainya,
Teringin nak tengok PRU13 UMNO kalah sepenuhnya.Ape pulak UMNO nak maki rakyat malaysia ni.Mesti ahli UMNO dah tak sangup nak duduk malaysia sbb penuh dengan rakyat2 yg bodoh.Org Melayu pulak akan terhapus dan jadi hamba di malaysia.
Wahahaha...wa kelakar dgn pahaman UMNO.Islam pon tak paham.Demokrasi pon tak paham gak ke?
kesian...
Kesihan majoriti orang Melayu di Permatang Pasir di permain oleh DAP.
Bilalah kita ni nak sedar. Mungkin setelah orang melayu jadi seperti melayu Singapura.
Apa pun kelemahan UMNO ( sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.
Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah.
UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN.
Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO.
Apakah PAS teras dalam PR. Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka.
Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada SekolaH Cina.
Ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah. Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong.
Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan .
Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.
Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar.
Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS.
Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.
Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .
Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik.
Inikah Islam yang kita nak tegakkan?
Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik.
Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama?
Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka.
Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar?
Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri.
Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.
3000 pengundi hantu?? brapa byk duit PKR taburr??
SPR kata adakah pegundi hantu satu rumah cina ada 20 nama melayu tu legal?? SPR kata tak dak masalah.
kita tak lupa PKR permatang pauh thn 2004 hampir2 kecundang di tgn UMNO dgn majoriti tipisss.
ambil bil letrik atau bil air rumah cina tu, pergi pejabat pendaftaran ckp nak tukar I/C (sbb bertukar tempat kerja ke atau I/C hilang ka), 1 jam siap i/c baru. I/C lama dia kerat.
pegi pejabat SPR tukar tempat mengundi dgn I/C baru. immediate siap.
PKR bahagian dah identify soldadu2 dia yg nak buat kerja ni.Bahagian PKR kasi RM500-RM1000 seorg yg mereka telah identify sebagai hard core mereka.
masa p/raya kecil mereka2 ini la yg buat kecoh, belasah org, ludah, baling batu,sbb mereka tak tau hormat kawasan org yg hidup aman-damai. sbb mereka bukan org2 situ.
lepas p/raya, tukar semula ke IC lama dgn bil letrik rumah lama / alasan sama. pendaftaran tak question ponn. abis cerita.
hanya hantu (anwar brahim) sahaja yg benar2 kenal hantu. hehehe...
so dgr cerita p/raya kecil di gua musang, soldadu2 PAS sudah mula tukar I/C.
org2 UMNO tak buat benda2 mcm ni, org2 UMNO sibuk bekerja. mereka cuma hantar peraih2 undi dari bahagian2 yg lain.
Puak2 PAS & PKR yg byk jadi penjaja, jual kitab, jual kupiah, hard core, kuat memaki hamun, yg bila2 masa boleh buat atas nama jihad.
so PKR menang ....aku satu sen pun tak herann.
Zul.