Skip to main content

Permatang Pasir 2009 : Undi Protes Untuk PAS?


PERMATANG PASIR 2009
Undi Protes Untuk PAS?



Menurut HarakahDaily, calon PAS di Permatang Pasir akan memenangi kawasan tersebut sekali lagi dengan majoriti 2500. Dan paling tinggi pun mungkin 3500 undi. Pada hemat saya pula, secara jujur mungkin PAS akan memenangi kawasan tersebut dengan majoriti sekitar 800 hingga 1000 undi sahaja. Walaupun PAS mungkin akan mengekalkan kawasan tradisinya itu, tetapi saya percaya pengaruh parti tersebut semakin menurun selepas pilihanraya kecil di Manek Urai. Hal ini jelas membuktikan beberapa perkara antaranya :


1. Rakyat tidak suka sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO.

2. Rakyat yang celik tidak gemar cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam

3. PAS tidak mempunyai prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

4. PAS lebih suka berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat.

5. PAS dilihat sebagai parti yang diperguna dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sehingga merugikan Islam dan orang Melayu itu sendiri.

Oleh sebab itu, saya yakin pada kali ini undi PAS akan merosot teruk, malah tidak mustahil undi protes akan berlaku secara besar-besaran di Permatang Pasir. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
salam, saya juga sependapat dengan tuan.
Unknown said…
salam abang azli
setuju dengan pendapat abang.Kalaupun PAS menang mungkin dengan majoriti tipis
zedmagel said…
Salam ramadhan saudara azli,

Saya mendengar berita BN akan menang di Permatang Pasir, PAS akan kalah sebab tidak menjaga tutur kata dan moral mereka telah jatuh.

Kalau dah ulamak menjual syurga Allah apa lah nak jadi gamaknya orang kita?.

Politik tu politik lah janag jadikan syurga Allah milik kita sendiri. Astghrafirullah....

BUKAN PAS MENANG TIPIS, TETAPI PAS KALAH BESAR. INSYAALLAH.......
azlishukri said…
zedmagel - saya juga mengharap sebegitu.

zharif - kita sependapat
Anonymous said…
salam abang azli
BN menang dengan majoriti yang besar di permatang pasir ....... insyaallah
Anonymous said…
Terkini: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Ini bermakna Pas dapat permatang, BN makan pasir.
Detguaq said…
Nampaknya segala anggaran azli meleset, ya....meleset jauh. Saya sendiri jangkakan yang PIS hanya akan menang dibawah 1000 undi. Apa dah jadi?

Apakah rakyat masih belum boleh terima UMNO yang telah menunjukkan perubahan? Mungkinkah perubahan itu terlalu sedikit atau retorik pada mata mereka?

Apakah faktor lain?

Bagaimana kalau saya katakan faktor Ketua Pemuda SetiaKatWang juga masih menghantui UMNO?
Xenan said…
kesian..

dah 7-1 dah UMNO ni.

Disebabkan PAS tak kalah dan majoriti pon besar, kalau ikut logik bro azli nyer pendapat, ini membuktikan:-

1. Rakyat "SUKA" sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO?

2. Rakyat yang celik "GEMAR" cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam?

3. PAS "mempunyai" prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

4. PAS "TIDAK SUKA" berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat.

5. PAS "TIDAK" dilihat sebagai parti yang diperguna dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sehingga merugikan Islam dan orang Melayu itu sendiri

hehe..jgn marah bro azli.wa ulang ayat bro azli jer.Ape nak buat dah BN kalah lagi.hahaha.

Itu lah demokrasi.
Anonymous said…
sebenarnya mesej masih tak sampai ke rakyat marhein. ingat ya masa anwar di tangkap dulu hanya segelintir rakyat yg rata2 bekerja dgn GLC dan para pelajar yg ada access ke internet yg melaungkan reformasi.

gelombang tu memakan masa 10 thn utk sampai ke kemuncaknya. dgn mcm2 perkara yg kita lalui bersama.

tapi setahun-dua ini gelombang penolakan anwar sudah bermula dgn tuduhan kedua yg rata2 org2 lama dlm politik sudah berkerat arang berpatah rotan dgn anwar.

so gelombang kedua ini akan mengambil masa mungkin tidak selama gelombang pertama. baru setahun kesan penolakan anwar di lembanh klang cukup ketara.

sedikit masa lagi percayalah, rakyat yg dahagakan kebenaran akan membina gelombang yg lebih besar sehingga ke kg2 anda semua.

ingat satu saja....kebenaran tidak boleh dipadam. buat la mcamana pun.

zul
Anonymous said…
org melayu ni kalau apa yg mereka percaya tu betul, mereka akan gigit sampai putus di geraham.

dulu umno pun mcm ni juga. buat la apa pun org2 melayu tetap bersama2 umno.

tapi krisis anwar 98 benar2 memecahkan melayu. anwar gunakan internet utk spin dan sebar fitnah tampa ada hadnya.

kalau dulu sblm thn 98, PAS maki sampai terjelir lidah kata umno kapir tak da siapa yg peduli. adalah 2-3 ekor kambing yg tgh ragut rumput yg menyahut.

tapi selepas kes anwar thn 98, seolah2 gelangang politik di m'sia ini dikuasai oleh racun2 berbisa anwar yg seolah2 tiada penawarnya.

tapi mcm itulah resam hidup secerdik mana anwar mengatur kata, selicik mana memasang lukah akhirnya tersembam dicelah kelangkang saiful.

dr.m sanggup kehilangan segala legasinya hanya semata2 utk tegakkan kebenaran. kalau pemimpin lain belum tentu lg.

masa akan menentukan.

zul
Faz Fazrin said…
Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Ini bermakna Pas dapat permatang, BN makan pasir.

kah kah kah kah. bawah 1000 konon, ceh
CHAIRMAN KAGA said…
MUHA HA HE HO HA HE HU HA
UMNO TERSANGAT SUKA PASIR..
HE HE HE HE HE
BLOG PARPU TUTUP AWAL MALAM NI.
TRALAYAN said…
Tahniah kat PAS kerana menang lagi kat PP. Rasanya rekod 7 - 1 tu akan memihak kepada pakatan lagi, jika ada pilihanraya kat tempat lain pula. Majoriti yang diperoleh PAs menurun kerana pilihanraya ni diadakan pada hari bekerja, sama dengan pelihanraya kat MU hari tu. Ini adalah strategi baru BN dan SPR bagi mengurangkan undi PR. Satu lagi, kalau nak pilih calon tu, biarlah yang betul2 bersih, kalau yang ada skandal ke, pecah amanah ke.... awai2 lagi rakyat akan tolak.
amd said…
dh ada yang katakan umno menang tipis, pembangkang dah kate rohaizat politik wang, ader bukti, cuma x de yg bising....
Anonymous said…
Assalamualaikum Azli,

Nampaknya pengaruh Anwar masih kuat di kawasannya.

Majoriti pengundi rela diperkudakan oleh Anwar dan DAP. Mereka lebih mempercayai fitnah dan maki hamun daripada kenyataan dan kebenaran.

Dengan keputusan tersebut maka bersoraklah LKY di Singapura dan yahudi di Israel dan Amerika kerana wakil mereka menang di negara ini.

Harap-harap lepas ini wakil PAS itu akan dilantik sebagai EXCO kerajaan DAP Pulau Pinang.

Terima kasih pengundi-pengundi di Permatang Pasir kerana telah membuat pilihan yang sangat bijak.
Tahniah!

ahbz
Anonymous said…
salam,tiba masanya ubn sedar bahawa rakyat tidak boleh ditipu lagi. Rakyat bosan dengan amalan rasuah yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin ubn yang membolot kekayaan negara sekian lama.
Anonymous said…
Padan muka cakap besar. hahahahaha

DR NO
buaya said…
salam ziarah...


http://www.buaya-merah.blogspot.com
azlishukri said…
walau apa pun keputusanya, BN-UMNO perlu bekerja keras.
Faz Fazrin said…
tak larat nak keras dah kut..
shamshul anuar said…
Saudara DEtguaq,

Menang walaupun satu undi adalah menang.

Ada beberapa perkara yang saya nampak disini.

1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR.

Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR.

2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS.

3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terma perkara salah.

Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat dari membunuh".

4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam".

Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar.

Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.

Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak.

Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima.

Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong.

UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu.

Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising.

Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit. Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising.

5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan).

Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia.

6) Taksub. OTak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi.

7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras.

BIla dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu islam.

Menjerit jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim.

DAmn yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai.

Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.

Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas.

Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman.

Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik.
Anonymous said…
Orang suka sgt ckap merapu,lagi lah kalau xde bukti! cakap begitu begini, topeng cerdik pandai pd diri!! tp bila dah terbukti apa yg di "pandai" tadi, bukan nak buat cermin diri!! tp masih membangga diri!! ikhtibar sikit, didepan jalan licin!!

sama2 lah kita!!!
Anonymous said…
" Oleh sebab itu, saya yakin pada kali ini undi PAS akan merosot teruk, malah tidak mustahil undi protes akan berlaku secara besar-besaran di Permatang Pasir. Wallahualam."

entah lah!!
Anonymous said…
DR NO 8:29AM

Jangan pakai nickname orang lain, saudara azli awak boleh check no. IP sebenar.

DR NO
Anonymous said…
sdr. shamshul anuar...
bila UmnoBN (UBN) hampir menang di MU, fanatik2 umno spt sdr cakap org melayu dah mula insaf dan menerima umno semula.melompat2 fanatik umno kegembiraan.

tapi bila UBN tewas dengan majoriti yg besar di PP, fanatik umno menyalahkan org2 melayu yang kononnya taksub dan bodoh.

memang umno tidak berubah dan tidak akan berubah.harapan saya, semoga Umno akan menjadi pembangkang yang kuat selepas PRU13 akan datang dan lebih menjaga kepentingan orang2 melayu.
zulazahari said…
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52 dan selamat menjalani ibadah puasa
Xenan said…
betul lah,

UMNO kalah sbb rakyat terlampau bodoh dan tak berakhlak.Suka percaya fitnah dan sebagainya,

Teringin nak tengok PRU13 UMNO kalah sepenuhnya.Ape pulak UMNO nak maki rakyat malaysia ni.Mesti ahli UMNO dah tak sangup nak duduk malaysia sbb penuh dengan rakyat2 yg bodoh.Org Melayu pulak akan terhapus dan jadi hamba di malaysia.

Wahahaha...wa kelakar dgn pahaman UMNO.Islam pon tak paham.Demokrasi pon tak paham gak ke?

kesian...
Anonymous said…
Kalau wakil PAS yang menang di Permatang Pasir tidak dilantik sebagai EXCO oleh Lim Guan Eng maka sah terang dan nyata bahawa PAS telah diperkudakan oleh DAP.

Kesihan majoriti orang Melayu di Permatang Pasir di permain oleh DAP.

Bilalah kita ni nak sedar. Mungkin setelah orang melayu jadi seperti melayu Singapura.
shamshul anuar said…
Saudara Belok kirikanan,

Apa pun kelemahan UMNO ( sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.

Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah.

UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN.

Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO.

Apakah PAS teras dalam PR. Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka.

Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada SekolaH Cina.

Ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah. Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong.

Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan .

Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.

Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar.

Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS.

Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.

Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .

Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik.

Inikah Islam yang kita nak tegakkan?

Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik.

Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama?

Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka.

Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar?

Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri.

Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Anonymous said…
Banyak duit PKR abis, sbb tu menang ..... cuba lu kira satu pala undi hantu dpt RM500-RM1000.

3000 pengundi hantu?? brapa byk duit PKR taburr??

SPR kata adakah pegundi hantu satu rumah cina ada 20 nama melayu tu legal?? SPR kata tak dak masalah.

kita tak lupa PKR permatang pauh thn 2004 hampir2 kecundang di tgn UMNO dgn majoriti tipisss.

ambil bil letrik atau bil air rumah cina tu, pergi pejabat pendaftaran ckp nak tukar I/C (sbb bertukar tempat kerja ke atau I/C hilang ka), 1 jam siap i/c baru. I/C lama dia kerat.

pegi pejabat SPR tukar tempat mengundi dgn I/C baru. immediate siap.

PKR bahagian dah identify soldadu2 dia yg nak buat kerja ni.Bahagian PKR kasi RM500-RM1000 seorg yg mereka telah identify sebagai hard core mereka.

masa p/raya kecil mereka2 ini la yg buat kecoh, belasah org, ludah, baling batu,sbb mereka tak tau hormat kawasan org yg hidup aman-damai. sbb mereka bukan org2 situ.

lepas p/raya, tukar semula ke IC lama dgn bil letrik rumah lama / alasan sama. pendaftaran tak question ponn. abis cerita.

hanya hantu (anwar brahim) sahaja yg benar2 kenal hantu. hehehe...

so dgr cerita p/raya kecil di gua musang, soldadu2 PAS sudah mula tukar I/C.

org2 UMNO tak buat benda2 mcm ni, org2 UMNO sibuk bekerja. mereka cuma hantar peraih2 undi dari bahagian2 yg lain.

Puak2 PAS & PKR yg byk jadi penjaja, jual kitab, jual kupiah, hard core, kuat memaki hamun, yg bila2 masa boleh buat atas nama jihad.

so PKR menang ....aku satu sen pun tak herann.


Zul.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw