Skip to main content

Malam Dengan Bulan Yang Sama


Malam Dengan Bulan Yang Sama


Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara.


Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terima perkara salah.


Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh". 4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam". Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar. Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.


Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak. Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima. Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong. UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu. Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising. Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit.


Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising. 5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan). Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia. 6) Taksub.


Otak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi. 7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras. Bila dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu Islam. Menjerit-jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim. Dan yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai. Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.


Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas. Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman. Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik. Apa pun kelemahan UMNO (sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.


Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah. UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN. Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO. Apakah PAS teras dalam PR. Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka. Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada SekolaH Cina. Hal ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah.


Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong. Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan . Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.


Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar. Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS. Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.


Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik. Inikah Islam yang kita nak tegakkan? Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik. Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama? Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka. Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar? Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri. Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.


Ulasan saya : Satu sahaja kesimpulan yang boleh saya katakan di sini. Hakikatnya ramai dalam kalangan orang Melayu yang berpolitik dengan tidak ikhlas. Baik PAS mahu pun UMNO. Ini adalah masalah sikap orang Melayu-Islam, dan bukan masalah UMNO atau pun PAS. Kebanyakan orang Melayu jarang jujur dan ikhlas dalam perbuatan mereka. Kita banyak berpura-pura dan berlakon, banyak cakap tak serupa bikin. Akhirnya yang rugi Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Orang lain mengambil kesempatan terhadap sikap kita itu sendiri. DAP tahu PAS tidak ikhlas bekerjasama dengan mereka, sebab itulah DAP sedaya upaya menggunakan PAS untuk mencapai kehendak politik mereka. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, PAS dan DAP tahu Anwar bukanlah begitu jujur untuk menegakkan keadilan dan kebenaran yang selama ini dilaungkannya. Anwar hanya mahu menjadi PM semata-mata. Malah, semasa Anwar menjadi TPM, para pemimpin DAP dan PAS jugalah yang membongkarkan tingkah-laku dan skandal seks Anwar. Tetapi sekarang semua orang tutup mata dan tidak jujur kepada diri sendiri. Lantaran itu, bangsa lain mengambil kesempatan atas sikap ketidakjujuran sekilan ramai pemimpin-pemimpin politik Melayu di negara ini. Hakikatnya, baik UMNO dan PAS kita sebenarnya bukan mencari kebenaran, sebaliknya kita hanya mencari kuasa semata-mata. Inilah ketidakjujuran yang paling besar kita lakukan terhadap agama dan bangsa kita sendiri. dan akhirnya siapakah yang rugi?

Comments

bakmaipungkoq said…
Saya selalu beranggapan, kebanyakan org Melayu ni sebenarnya mempunyai tahap " sadar diri atau tahu dek untung" yg begitu minima. Mmg betullah spt nota kaki, Melayu ni byk yg tidak ikhlas, pandai berpura2 serta "berlakon" dan penyakit yg tidak kurang juga yg boleh menjahanamkan ialah lebih mementingkan diri sendiri.
azmi yusof said…
betul kata shamsul..kalau UMNO semuanya akan jadi salah dan haram..bila kene pada mereka maka pemimpin mereka akan cari sebanyak mungkin alasan bagi menghalalkan apa yang haram..kalau pemimpin umno semua tak boleh..nak kawin 2 tak boleh..nak berkaraoke pun tak boleh..tapi golongan mereka??lagi dahsyat sebenarnya..cuma baiknya orang UMNO selama berpuluh tahun mereka bukan kerja mencari dan mendedah aib orang..saya masih ingat kata kata bekas pemimpin PAS besut yang keluar parti tersebut satu masa dahulu.."walhalalun wal bagi dua"-dia maksudkan segala perbuatan PAS walaupun salah akan jadi betul sekiranya ianya berkepentingan kepada mereka.kiranya kata kata tersebut memang benar sekali hari ini apabila PAS boleh berkejasama sengan DAP demi kepentingan politik mereka..inilah kebenarannya..tapi adakah perkara seperti ini orang PAS ambil peduli??tidak sama sekali..kerana apa?kerana malam malam yang dilalui tetap dengan bulan yang sama...tq
salam bang azli...saya mohon maap banyak-banyak...sebab saya nak salin artikel nie tuk di terbitkan kat blog saya di

Http://sanieyrizwan.blogspot.com

bukan apa bang azli saya merasa terpanggil jugak tuk siarkan artikel nie sebab artikel nie begitu padat....

dan saya menyeru supaya kita sama-sama pertahankan ISLAM,MELAYU dan NEGARA kita....

pertahankan MELAYU tak bermakna kita perkauman...adakah jika kita menuntut hak bangsa kita..kita akan di anggap perkauman?? PAS sanggup perjuangkan nasib bangsa dan agama lain...sedangkan anak-anak ISLAM MELAYU sendiri merempat dan tidak ada hala tuju....

saya cakap jujur ngan bang azli makin hari saya merasa semakin terkilan dengan sikap pemimpin PAS..bukan sebab saya orang UMNO..tapi saya kecewa dengan sikap pemimpin2 dan penyokong2 PAS...cakap perjuangkan ISLAM, marahkan UMNO yang ambil ISLAM separuh2...tapi dia(PAS) tak sedar dia jugak ambik separuh-separuh...

kalau betul dia ambik semua kenapa rasulullah saw sendiri bersabda "orang-orang islam ialah orang-orang yang mana seluruh orang-orang islam terlepas dari bahaya lidah dan tangannya" hadith nie di riwayatkan 3 orang imam hadith...jadi kenapa mulut dorang begitu celupar?? jadi pemimpin2 PAS pun 2x5, 5x2 jugaklah dengan pemimpin UMNO...

cuma pemimpin UMNO 'sedar diri' diorang tak de ilmu islam banyak sangat sebab tu pemimpin2 UMNO tak cakap macam pemimpin2 PAS, pemimpin2 PAS pula dah rasa diri mereka nie banyak sangat ilmu agama kat dada sebab 2 dorang boleh cakap apa je...

tapi apa2 pun saya suka aktivit keagamaan yang PAS laksanakan macam ceramah-ceramah di masjid2, sekolah2 agama dan sebagainya...tapi kalau boleh PAS janganlah racuni fikiran anak-anak yang sedang mencari ilmu agama dengan politik semasa mereka di bangku sekolah...bukan apa. apa yang saya tau, anak-anak yang belajar di sek. agama rakyat akan di terapkan dengan nilai membenci kepada pemimpin2 UMNO dan pemimpin negara....kononnya pemimpin2 negara jahat dan sebagainya...

apa2 pun...

saya setuju 100% ngan artikel ni....

akhir kata kalau komen ni ada salah dan silap saya memohon keampunan daripada Allah swt atas kelalaian saya sendiri....
assalamualaikum wbt
azlishukri said…
bakmaipungkoq - saya setuju

azmi - benar kenyataan saudara

syaidina umar - benar dan tetap kata2 saudara, sila ambil posting ini.
Bijen M. said…
semua ini mentaliti melayu yang liat utk diubah..
yang belah kerajaan dgn egonya..
yang belah pembangkang dgn bongkaknya..
masing2 penuh hasad dengki..
xbolehkah beraman?..
kata dah merdeka..
kata pejuang agama bangsa negara..
tapi masih lagi nak bermusuh sesama sendiri..
hmm..

dengan ingatan tulus ikhlas aidilfitri,
bijan selamat
Anonymous said…
hmm.. nampak berisi dan mantap. tp tahukah sedare beze gerakkerja UMNO dan PAS bagai langit dan bumi.
sbg contoh, ahli pas sedia membantu utk kemenangan PAS dlm mana2 PRK sejak dulu lagi dengan mengorbankan masa dan wang sendiri. they dont have the privilage to claim whatever expenses they spent. sbb sape yang nak menabur duit dalam PAS.mereka hanya yakin segala pengorbanan mereka akan mendapat keredaan Allah swt. bukankah itu ikhlas?
skarang saye nak tanye, ade ke orang2 UMNo yang mempunyai keyakinan sedemikian rupa? berdasarkan pengalaman saye bergaul dengan orang2 UMNO, blom jumpe lagi ahli yang se'committed' ahli PAS. sebarang kerja perlukan upah. malah ade antara mereka lebeh rela ddk dirumah bersenang2 kalo tiada upah. ie pasang bendera,khemah malah untuk datang upacara yang dihadiri pemimpin UMNO. perlu ade makanan, duit belanja even bas utk bergerak

budak melaka di UK
Carlos Abdullah said…
Siapa yang menyebabkan wujudnya satelit zionis di Nusantara?

Tu soalan emas segunung yang patut dijawab saudara-saudara seagama kita di dalam UMNO.
kelambuharimau said…
itulah pasal nye..deme semua boleh habis yang salah semua umno..yang betul semua paspkr mana bole
shamshul anuar said…
Saudara Carlos abdullah,

Yang lebih penting ialah siapa yang bekerjasama dengan 'Zionis" sekarang?

Sebabitu saya berkata berulang kali yang kejujuran adalh yang terpenting.

Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun mereka lebih dulu canangkan anwar peliwat sebelum Dr mahathir memecat Anwar pada 1998.

Jujurkah PAS? Kalau saya jadi Hj Hadi, sekarang saya keluar PR.

Tiada sesiapa berbangsa Melayu dan Islam untung melalui hububgan PAS dan DAP atau PAS-PKR.

Namakan keuntungan yang Melayu dapat melalui kerjasama ini?

Yang saya nampak ianya mermbawa kehancuran kuasa politik Melayu.

Saya melawat Melaka bulan lepas dan sempat ke Muziu Samudera ditebing Sg melaka. Muzioum itu berbentuk kapal perang Portugis. Ada satu ayat di plak perasmian Muzium itu yang sangat sesuai untuk semua umat Islam Melayu. "Bila hilang kuasa maka hinlanglah segala-galanya".

Renungkanlah. Semoga kita dapat buang ego dibulan yang mulia ini. Pada PAS, kerjasama anda dengan DAP memusnahkan kuasa politik Melayu.
Anonymous said…
Assalam.
rasa2nya penulis comment ni kene belaja sejarah ISLAM kembali. saudara mempertikaikan orang2 muda melayu yang study di luar negara kembali ke malaysia berlagak pandai. seolah2 mempertikaikan dan memperlecehkan kebolehan anak muda dalam membuat keputusan.
adakah saudara lupe (atau x tahu) anak2 muda yang merubah sejarah dunia, (islam especially). anak muda (tariq ibn ziyad) yang memimpin tentera islam menakluki spain. kebijaksanaan anak muda (fatih sultan mehmet) yang membolehkan tentera turki mengalahkan kerajaan constantinople semasa menakluki istanbul.
malah dalam arena politik serantau, Samuel rizal, seorang doktor muda yang memacu gerakan kemerdekaan di filipina.
rasulullah sendiri pernah berkata (maaf saya lpe matan) yang berada di belakangku(menyokong) dalam perjuangan (menegakkan islam)ialah golongan muda, manakala yang berada dihadapanku(menentang)adalah golongan tua.
menerusi hadith ni bole di simpulkan bahawa golongan muda senang menerima pambaharuan/kebenaran. manakala golongan tua, yang sering merasa terancam dengan pembaharuan (sbb kaco periuk nasi) sering menentang kebenaran.
my point is jangan sesekali memperlekehkan anak muda kerana kami mampu mencetus perubahan.
p/s:mgkn menteri pelajaran yang menguatkuasakan AUKU tahu akan hal ini lantas die cbe menghalang anak muda dari terlibat dengan politik.
Budak melaka di UK
Anonymous said…
banyak yang mencetus keburukan dari kebaikan..ingatlah jugak, ramai anak muda lain yang tidak sehaluan dengan anak muda yang kononya mahukan perubahan..sebab perubahan yang dibawak tak bawa kemanapun..tiada siapa mahu perlekeh anak muda andainya perjuangan mereka berlandaskan kebaikan dan kebenaran..

orang muda di tanah air..
Bravo saudara Shamsul Anuar, apa yang saudara tuliskan sebenarnya begitu la juga pendapat majoriti rakyat Malaysia yang masih boleh berfikir dengan waras. Tak guna bermatian2 membantu kempen2 PAS dan PKR walaupun dibuat secara seikhlas hati. Kalau otak tak mampu berfikir apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Hari ini juak2 PAS dan PKR boleh bersorak keriangan atas kemenangan pilihanraya2 kecil dan juga SEKELUMIT KECIL kerusi negeri dan Parlimen dalam PRU 12. Tapi dalam sedar tak sedar, yang lebih banyak bersuara adalah ADUN2 atau MP2 dari DAP, yang banyak dapat faedahnya juga adalah mereka2 ini.

Sikap jumud dan hanya percaya kepada pemimpin2 dan media2 mereka, menjadikan penyokong PAS terus tertutup minda untuk berfikir secara waras. Mereka ini sebenarnya satu kerugian kepada negara dan keturunan kita suatu hari nanti....
Satu lagi, kepada penyokong2 PAS yang datang bertandang ke blog ini, pernahkah anda semua terfikir, mengapa Mat Sabu pernah menggelarkan AnWAR Ibrahim kesayangan anda sebagai Al-Juburi????

Gelaran itu dibuat sebelum AnWAR dipecat dari jawatan TPM. Kenapa bila UMNO membuang orang spesis itu, penyokong2 PAS boleh membela si AnWAR ni pula???? Nampak sangat penyokong2 PAS ni terlalu jumud dengan pemimpin2 PAS yang ada. Perkara yang pernah diucapkan, disimpan kat kepala lutut je. Kesian sungguh......
amd said…
anonymous-sebenarnya doktor muda itu JOSE RIZAL, bkn samuel rizal, itu pelakon indonesia lah...

benar. org melayu suka bertelagah sesama sendiri. DAP hanya senyum dan tunggu masa.

bkn nak menyalahkan DAP, tapi apabila DAP sudah mula terang mempertikaikan hak melayu, arasanya apa yang ada di fikiran mereka sekarang ini?
Relevan said…
Rindu itu belum di dendang..malam dan bulan yang sama..sama menghadap ke hadapan..tika
terasa payah mencari..
shamshul anuar said…
Saudara Anonymous,

Saya tidak menghina pelajar yang baru pulang dari luar negeri. Saya pun pernah belajar di luar negeri. Begitu juga isteri saya.

Apa yang saya nampak ramai yang dapat peluang belajar di luar negeri menjadi seperti kacang lupakan kulit. Mereka lupa tanpa biasiswa kerajaan( yang diterajui oleh UMNO, parti yang mereka kritik seolah-olah terlalu zalim) , pijak tangga kapalterbang pun susah.

Saya boleh terima kritikan. Saya juga pernah menegur UMNO. UMNO memang ada lakukan kesalahan. Itu tak saya nafikan.

Tetapi yang saya kesal ialah dengan begitu mudah mereka menghentam UMNO . Kononnya UMNO terlalu zalim.

Dan yang menyedihkan saya, mereka begitu mudah percaya pada DAP. Ya DAP. Parti yang suatu masa dulu tunjuk penyapu pada orang Melayu.

Ya DAP. Parti yang suatu ketika dulu mahu mengusir Datok Harun Idris dan isteri dari kediaman rasmi MB Selangor dulu.

Saya nampak semacam ada satu perasaan megah. Aku dah balik belajar luar negeri. Aku dah pandai. Apa kerajaan ( UMNO) buat tak betul.

Mesti jatuhkan UMNO. Tak apa berarak di jalan raya dan dalam proses itu berpeluang maki hamun polis sebagai anjing kerajaan . Disamping itu berpeluang jejaskan rezeki peniaga kecil Melayu.

Pelajar universiti dalam negeri pun sama juga. Bukan semua. Apa yang terlalu tak puas hati., saya pun tak tahu.

Itulah masalah bila hanya mahu mendengar sebelah pihak. Yang dibaca Harakah. Dah langsung tak mahu percaya Utusan Malaysia.

Kononnya berat sebelah. Saya tak pandang rendah pada orang muda. Saya pun pernah muda juga.

Saya akui Sultan Fateh berjaya takluk Istanbul pada 1453 diusia 23 tahun.

Tapi pelajar yang berarak di Jalan TAR itu macam Sultan Fateh ke? Siapa yang mereka tentang? Terlalu zalim kah Kerajaan yang diperintah UMNO ni.

Pagi petang siang malam orang PAS maki hamun UMNO. Tak percaya ? baca Harakah. UMNO tak ambil tindakan pun.

Ulama dulu macam Hamka menulis buku yang jadi rujukan zaman berzaman. Ulama dulu gigih masuk hutan mengislamkan orang asli.

Ulama dulu sentiasa mengajak kepada kebaikan.. Mereka menolak kemungkaran. Mereka tegas. Tetapi mereka beradab.

Mereka tidak carut mencarut . Mereka tidak menghentam seorang wanita hanya kerana tak suka suaminya yang juga PM.

Mereka menggalakkan perpaduan. Mereka menyeru kearah kebaikan.

Berbeza sungguh dengan ulama PAS. Mereka sibuk cari makan dengan "berceramah". Dan dalam ceramah yang berselang-seli ayat Kuran, mereka menabur fitnah.

Lagi best kalau pandai lawak. Orang pun terhibur. Masyarakat Melayu marah kalau ada orang sebarkan fitnah. Ironinya mereka boleh terima kalau bersulam Ayat Kuran dan dibuat dalam masjid atau Kutbah Jumaat.

Tak apa kalau sumbernya Raja Petra. Tak apa. Janji mesti ada tuduhan terhadap Najib.

Saya kadang-kadang teringin nak jumpa Mohamad Sabu. Ingin saya tanya adakah beliau ingat apa yang beliau cakap pasal Anwar Ibrahim sekitar Jun 1998.

Ringkasnya TIADA seorang umat Melayu untung dengan hubungan pAS-DAP. Yang ada hanyalah keruntuhan kuasa politik kita.

Dan bila ianya berakhir, ianya mungkin untuk selama-lamanya.
Sir Shah said…
penjelasan panjang lebar dari saudara shamshul anuar sangat2 bertepatan dari segi isunya, dan dari segi waktunya.

keadaan org melayu kini semakin parah. tiada lain yg dapat menyelamatkan melayu melainkan umno itu sendiri. dan utk mengharapkan kekuatan umno utk mempertahankan hak dan kedudukan melayu dan Islam di negara ini, kita perlu menyokongnya. bukan menentang.

mengapa perlu utk kita menyokong sebuah pakatan yg tidak pasti? sedang kerajaan negeri (selangor) pun gagal dijaga dgn baik. inikan ditabur harapan mentadbir negara?

benarlah fakta menyatakan muhammad sabu lah individu yg bertanggungjawab menghebahkan aktiviti anwar tu dgn menggelarkannya aljuburi. malah dalam masa yg sama, pemimpin2 dap seperti karpal dan kit siang turut mendesak tun mahathir utk memecat dan mendakwa anwar di mahkamah.

ini fakta. bukanlah kerja umno utk mendedahkan kerja2 terkutuk ahlinya. sebaliknya kerja dap yg pakar menggali kisah ranjang lawan2nya. dan sudah semestinya, golongan2 inilah yg kini menjad tunjang kepada pakatan rakyat.

walhal ramai pemimpin pas termasuk mat sabu amat maklum mengenai aktiviti anwar. pemimpin2 dap pernah menjadi batu api utk merosakkan karier politik anwar. kini? dap mmg xkisah sbb jumlah kerusi parlimen mereka kini sama kuat dgn pkr. xmcm pas, hanya pelengkap dlm pakatan. itu fakta.

bila mana kedudukan pas di dalam pakatan sendiri hanya di kedudukan ketiga, suara yg paling tidak kuat, mana kedudukan perjuangan pas? yg ketiga juga? kedudukan pertama tentunya negara republik, impian anwar. kerana itulah juga ketuanan rakyat diperkenalkan.

kedudukan kedua ialah negara sosialis, impian dap. sama seperti singapore, org2 bukan Islam dap mempunyai cita2 utk memerintah negara. menjadi perdana menteri atau presiden negara.

kedudukan ketiga barulah negara Islam ramuan pas. kenapa ramuan pas? sbb mereka masih tetap toleran dlm berurusan dgn dap. antaranya apabila memujuk dap utk menerima hudud dgn kenyataan kononnya hudud hanya utk Islam. negara Islam ramuan pas ini berada di kedudukan terakhir dalam carta proposal sistem negara pakatan.

namun hakikatnya, kini negara dipimpin oleh sebuah kerajaan yg dipilih oleh rakyat pd PRU12 lalu. kerajaan yg diketuai oleh seorang melayu Islam, yg menjunjung perlembagaan persekutuan, yg mendaulatkan kedudukan raja2 melayu, dan menghormati hak2 kaum lain utk hidup, mengamalkan kehidupan harian, dan mengamalkan anutan masing2. tanpa gangguan, tanpa sekatan, kecuali yg cuba melangkaui perlembagaan negara.

yg mana pilihan anda? be realistic!!!
Xenan said…
humm,

keep on blame the people(malay bla bla) la UMNO.Dats the smartest way to win.Lepas tuh harap org vote UMNO.Lawak2

Blajar2 la jd org yg kalah dah 50 tahun mcm PAS.

Saya harap UMNO boleh berterusan begini.Lagi cepat lah bungkus.

btw bro azli,
Mcm mana hishamudin leh ckp tdr tukang sebat syariah dlm Mys sedangkan Persatuan Peguam Syariah Malaysia kata ada?

Bro,
Sila lupakan politik party dlm hal ni.Law of rule syariah malaysia(walaupon bkn 100% hudud) dah jatuh hukuman tapi bleh plak peguam negara tanguh2kan.Dah peringkat menghina n merendah2kan mahkamah syariah ni.

Ini satu2 nya peluang untuk perkenalkan cara hukuman islam di malaysia.

ape pendapat bro?
azlishukri said…
xenan - saya setuju 100% hukum hudud posting sebelum ini pun sudah saya jelaskan, namun demikian upayakah PAS laksanakan hudud jika mentadbir negara bersama DAP? itu persoalannya sekarang
parjo_7 said…
salam..
maapkan sy kerana mencelah mengenai hudud...adakah PAS mampu melaksanakannya?
ianya satu persoalan yg menarik...dan sy harap....mana2 individu yg memegang jawatan sbg ketua biro agama peringkat bahagian atau sayap pemuda UMNO mengambil perhatian yg serius dlm persoalan ini...ini kerana perjuangan meninggikan hukum Allah bukan lah terletak pd mana2 parti politik atau individu2 tertentu...tetapi ianya adalah tggjawab semua muslim yg benar2 beriman...apatah lagi jika individu itu pemimpin dlm parti yg diamanah utk memperkasakan islam dlm jemaahnya...ini perlu diambil perhatian...
ahli UMNO perlu diberi tarbiah islam yg lengkap...dan tggjawab itu adalah pada ketua biro agama UMNO utk merangka dan mengatur program2 dan aktiviti2 utk pentarbiahan ahli dan masyarakat umum...begitu juga didlm PAS...pengerusi lajnah tarbiah perlu memainkan peranan penting dlm membentuk sahsiah ahli dan masyarakat umum...kita jgn hanya menuding jari pada org lain utk melepaskan tggjawab ini...sbg orang yg beriman...kita sama2 menanggung amanah ini utk mendidik diri kita dan masyarakat seluruhnya mengikut kemampuan kita masing2 dgn kepakaran yg dianugerahkan oleh Allah..
jgn kita asyik menyalahkan satu sama lain..tanpa ada usaha utk kita bersatu dlm menegakkan agama Allah...berbalik pd persoalan adkah PAS mampu melaksanakan hudud bersama DAP...jawapan hanya Allah yg tahu...ini kerana hasil kejayaan kita adalah dlm ketentuan Allah...kita hanya merancang dan berusaha...sebagaimana UMNO telah memerintah lbh 50 tahun dibumi malaysia ini...tetapi hasilnya hudud tidak dpt dilaksanakan...malahan mendidik masyarakat dgn undang2 islam pun UMNO gagal laksanakan...sebaliknya lbh byk kenyataan2 jahil dan songsang yg telah dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yg menyebabkan orang bukan islam terkeliru mengenai islam...oleh itu...di kesempatan ini...marilah kita mengambil peluang utk bekerjasama dlm mendidik dan menerangkan kpd masyarakat umum samada yg islam atau bukan islam mengenai islam yg syumul...peluang utk kita mentarbiah pd masyarakat terbuka luas dgn isu arak model sambilan kartika ini...inilah peluang kita menjelaskan betapa undang2 islam itu adil dan sgt berkesan dlm menanggani gejala sosial...
tetapi jika UMNO dan PAS masih saling salah menyalah antara satu sama lain...rugilah umat islam seluruhnya...
inilah masanya utk UMNO turut sama memperjuangkan hudud agar terlaksana dimalaysia...biro agama di dlm UMNO perlu bersuara tegas utk menegakkan islam...bukannya utk berpolitik merebut jawatan dlm parti atau mempolitik isu2 agama utk kepentingan parti...
azlishukri said…
parjo - saya setuju kenyataan saudara, namun demikian untuk menyalahkan UMNO 100% adalah tidak munasabah, selama 50 tahun kewujudan PAS di bumi Malaysia, seharusnya PAS sudah berupaya mentarbiyyah para penyokong DAP berkenaan undang2 Islam, tetapi malangnya, banyak kenyataan pemimpin DAP yang semakin menyakitkan hati umat Islam di Malaysia, kecuali PAS sahaja yang tidak sensitif. Saya rasakan PAS juga telah gagal memeberi kefahaman yang betul berkenaan ajaran Islam kepada orang bukan Islam selama ini, sehinggakan nama baik Islam buruk pada kaca mata mereka.
parjo_7 said…
salam...
sy sendiri setuju bahawa tidak semua tindakan PAS itu betul dan tepat...tetapi kita perlu pandai mengambil peluang utk melakukan perubahan...dalam konteks mentarbiah DAP...jgnlah kita hanya memfokuskan pd sesuatu parti sahaja...sebaliknya kita perlu melihat dan menilai secara menyeluruh...ini kerana bukan DAP sahaja yg keras menentang islam..sebaliknya gerakan dan MCA turut sama berganding bahu dlm hal ini...kita x perlu berdolak dalik dan menyalahkan satu sama lain...ini kerana ianya tidak mendatangkan apa2 idea pun dalam mencari jalan menyelesaikan masalah...yg ada hanya rasa puas dlm diri kita setelah kita menghalakan kesalahan pd org lain...ini bertentangan dgn maksud politk islam...kita bukannya menggunakan islam utk tujuan politik..sebaliknya berpolitik utk menguatkan islam dan umatnya...
kita juga sering terpedaya dgn mainan ucapan ahli politik...antara parti DAP dan ahli DAP berbeza...sama juga parti PAS dan ahli PAS...begitu juga parti UMNO dan ahli UMNO...jgn kita pukul borong sama rata...jgn mudah membuat kesimpulan hanya disebabkan pemimpin politik yg jahil atau yg berkepentingan...sptmana isu karpal singh didlm kenyataan yg agak panas dahulu...langkah mayatnya jika ingin menegakkan negara islam...adakah semua ahli DAP setuju dan paham kenyataan karpal singh itu?...adakah langsung tiada ruang utk kita berdakwah pd ahli DAP yg lain?termasuk juga bangsa cina didlm gerakan dan MCA?...ini yg perlu kita pahamkan dgn jitu...jgn mudah kita terpengaruh dgn sentimen bangsa atau parti...sebaliknya hidup dan pemikiran kita ialah mendaulatkan islam didlm segenap ruang dan kesempatan yg ada termasuklah dgn menubuhkan parti2 politik yg dasarnya harus jelas memperuntukkan perjuangan dan kedaulatan islam..ini yg perlu sentiasa beriringi dlm setiap tindak tanduk kita...
Anonymous said…
Terima kasih Sdra Shamshul Anuar kerana komen yang amat berisi bagi mereka yang mahu berfikir.

Saya harap ramai pengunjung blog Azli Shukri ini akan menyalin atikel ini ke dalam blog mereka untuk dibaca oleh peminat mereka masing-masing.

Diharap akan timbul kesedaran oleh pembaca blog yang mahu mengkaji dan mahu berfikir.

Selamat Berpuasa.
Ezo said…
Assalamualaikum ABG AZLI,

Setuju dengan komen ini.999 peratus,,haha...tapi di Mesir,saya sebagai penyokong kerajaan BN dan UMNO ini,memang rasa tertekan tapi tak pernah pula putusa asa.

Tekanan demi tekanan kami terima.Ada yang sudah patah semangat.Ada yang sudah berpaling padah.....saya antara yang masih setia.

MOHON JASA BAIK ABG,saya nak publish KOMEN saudara SHAMSUL di blog saya...boleh???

Nak tengok...apa respond budak2 mesir
Xenan said…
mohon maaf bro azli,

wa sungguh terkejut dgn respond bro.Pada wa sebagai islam, perlu ade cita2 utk mendirikan masyrakat berasaskan islam(kalau pon tidak negara islam kerana masyarakat majmuk).

Tak kesah party mana yg bawak janji islam yg menang.

rujuk pada respond bro, bagaikan org ISLAM UMNO terlepas dr tanggungjawab kah?Cukup kah islam n iman kita kalau setakat berkiblatkan lord reid dan ade sikit2 syiar islam cam sekarang?

Sepatutnya permasalahan ni ditangani bersama tnpa mengira party.seriously saya kesian dgn Kejumuduan n ketaksubpan party UMNO
shamshul anuar said…
Saudara Anonymous,

Bersyukur kita pada rahmat Allah swt. Allah maha kaya. Sekarang orang Melayu diberi "preview" akan gambaran suasana politik Malaysia jika ditakdirkan UMNO tak lagi berkuasa.

Di Perak, semua orang (termasuk Nizar) sedar yang Nizar tak lebih dari boneka. Yang berkuasa ialah DAP.

Maka kita dapat keputusan yang rosakkan perasaan umat Melayu seperti 1000 ekar untuk Sekoah Cina. Begitu murah hatri sampai Kg Baru cina diberi grant 999 tahun.

Dan kita juga akan dapat Yang DiPertua Majlis Perbandaran yang tak boleh lagi robohkan kuil yang dibina tepi longkang, tepi jalan , dibawah pokok kerana mereka akan digantung perkhidmatan.

Kita boleh lupakan juga Dasar ekonomi Baru. jadi tak boleh lagi UMNO beri biasiswa untuk belajar di Mesir.

Oh ya. Raja-Raja Melayu akan juga dibuang buat apalah menyimpan satu sistem yang mengingatkan dunia yang asalnya negeri ini negeri Melayu.

Dan PAS juga akan ditendang. Bila UMNO sudah tak berkuasa, maka PAS pun ditendang. Sekarang pun dah kena minta kebenaran DAP untuk buat sesuatu.

Oh ya. Macam mana dengan seorang yang kemaruk sangat nak jadi PM, saudara Anwar. betul ke dia yang jadi PM kalau BN tumbang. Betulke?

Mungkin tidak. Dia juga akan ditendang oleh DAP. DAP pun menyampah dengan dia. Cuma Anwar berguna sebab dia gigih maki hamun UMNO diluar negeri. Orang begini menepati ciri-ciri orang yang diperlukan DAP.

Renungkanlah. Insaflah wahai orang Melayu semua.
shamshul anuar said…
CERITA DULU-DULU

Dr Mahathir jadi PM pada 1981. Beliau adakan pilihanraya umum pada 1982. Dr mahathir pilih Anwar sebagai calon BN di Permatang Pauh.

Orang UMNO Permatang Pauh tak setuju. Mereka ada alasan kukuh. Anwar baru masuk UMNO. beliau masih muda. UMNO Permatang pauh rasa eloklah diberi pada calon yang lebih lama masuk UMNO.

Lagipun, Anwar ada sejarah memberontak. Dia suka sebarkan cerita tak betul tentang orang kampung mati kebuluran di Baling pada 1974.

Mana ada orang kampung boleh mati tak makan. Kiri kanan tanah kosong. Boleh tanam apa saja.

Lalu UMNO Permtang Pauh hantar rombongan menemui Pengerusi UMNo Pulau Pinang. Minta beliau cadangkan pada dR mahathir untuk pilih calon lain.

Namun Pengerusi tersebut ( jenis lurus) kata "tak apalah. Kita bagi peluang budak muda ini. Lagi pun Dr M suka pada dia. Dia pun ada tokoh. Kita bagi peluang pada dia" . Lebih kurang macam tu lah Pengerusi UMNo tersebut cakap.

Orang UMNO Permatang Pauh dengan berat hati terima nasihat Pengerusi tersebut. Budaya "malu alah" masih tebal. tak suka UMNO tapi hormatkan ketua, maka Anwar disokong.

Menyedari mereka berat hati, Pengerusi tersebut turun padang dan angkat tangan Anwar disepan UMNO Permatang Pauh. Dia kenalkan Anwar ( officially) pada mereka.

Maka Anwar pun menang.

2008, BN tumbang di Penang. Kedah, Selangor , Perak pun terlepas dari BN. Dengan bongkak Anwar istihar pada satu dunia yang Kerajaan BN akan tumbang pada Sept 16,2008.

Dia mahu jatuhkan Pak Lah. Dia dah tak sabar.

Dan Pak Lah ialah Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang minta UMNO Permatang pauh sokong Anwar pada 1982.

Maaf kalau saya agak kasar . Anwar ialah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.
Anonymous said…
Politik memang kotor, penuh muslihat dan banyak liabiliti yg perlu ditanggung. Tapi, kerana kuasa politik menguasai muamalat ummah maka PAS terpaksa terjun dalam perjuangan ini untuk memenuhi fardhu kifayah kecuali UMNO betul-betul memenuhi kriteria harakah/parti perjuangan ummah untuk membawa kemakmuran bukan sekadar di dunia juga di akhirat. PAS mempunyai dewan ulama utk mengungkai usul fiqh terbaik buat masa ini (komtemporari) di dalam mengambil dasar perjuangan semasa. Ianya mungkin berubah mengikut masa dari segi kaedah tetapi tidak berubah dari segi dasar/matlamat.

DR NO
shamshul anuar said…
Saudara Anonymous,

Terimakasih atas ulasan saudara. Ada beberapa perkara yang perlu PAS buat jika benar-benar sayangkan Islam.

1) buang jauh-jauh budaya memaki hamun dan memfitnah UMNO. Tegur, beri ulasan dan pandangan bukan gelaran seperti Najib Altantuya atau BN sebagai Bini Najib.

Jauhi budaya dapatkan "hadis sahih" dari orang orang seperti Raja Petra.

2) Hentikan hubungan politik dengan DAP . Ianya hanya memudaratkan melayu. Tiada orang Melayu atau Islam untung dengan kerjasama PAS-DAP.

3) Adakan blueprint islam seperti yang dicanangkan. Bukan macam keadaan bila dicabar Dr Mahathir, Fadhil Noor baru terkapai-kapai nak buat.

4) Berlapang dada dengan UMNO. UMNO pun ada kebaikan. Tak kan tak ada langsung. Tanpa bantuan UMNO Selangor, tak mungkin Dr Hassan Ali jadi jutawan sekarang. Begitu juga Kamaruddin Jaafar.

5) Meniru cara Rasullah berdakwah. Tak perlu susah susah cipta cara baru berdakwah. Kata orang puteh,"No need to reinvent the wheel". Bersopan santunlah. Mesralah dengan UMNO bukan membuat mereka tak mahu ke masjid( seperti di Taman Kosas ampang) kerana selalu kena maki hamun dalam masjid.

Maknanya kalau betul , akuilah. Janganlah bila UMNO bertegas pertahankan Islam bila Bar Council mahu guna perkataan "allah", PAS diam. Patut PAS juga seiring dengan UMNO.

6) Cerminkan diri. Kota Baru kotor. Cuba datang ke Melaka. Ianya bersih. Kebersihan melambangkan keimanan.

Orang Cina tak tertarik dengan Islam melihat UMNO dan PAS bertelagah siang malam.

7) Fahami naluri manusia yang tak suka pagi petang siang malam dikritik, apatah lagi dimaki hamun. Oleh itu, minta sangatlah pada Hj Hadi. Tolonglah nasihatkan Mohd Sabu supaya jaga lidah.

8) Dan tolonglah kurangkan budaya ceramah pagi petang siang malam. Sudah-sudah lah tu. Jangan melebih-lebih pula.
Anonymous said…
Hassan Ali dan Kamarudin Jaafar kaya kerana UMNO!, Itulah daya penarik UMNO, lubuk cari makan bukan wadah perjuangan.
Melaka cantik macam venice!, ada duit semua jadi.Yang kedut boleh mjadi licin bila labur duit bedah muka.
Ceramah siang malam tak terlawan dengan media perdana, TV, radio malah adanya jasa, kemas etc.
DAP? Kalau DAP jahat sangat, buat usul samakan dgn PKM dan terus haramkan.
Anwar Ibrahim - victim of circumtances.
Penyatuan melayu - buat apa JPP ada kat kelantan dari awal tahun 1990an lagi.
Much more...

DR NO
Xenan said…
bro shamsul,

kalau nak ckp camtuh banyak jer wa nak mintak UMNO tukar.

dah jd mcm bangau oh bangau..camne nak setel?

btw,
wa org perak.Asal wa tatau nizar tuh boneka?

Yg wa tau takat ni UMNO boleh menang ngn merampas jek sekrg ni.Kalau masuk pilihanraya kompom kalah.Tuh pasal tak berani pilihanraya perak.

Takat bagi statement "nizar boneka" budak tadika pon leh wat.Berani ke buktikan ngn pilihanraya?Jgn lupa PRU12 hampir 65% org perak sokong PR.Ini fakta yer.

Tapi tak perlu jawab lah kot.Wa paham UMNO tak peduli pon semua ni.
shamshul anuar said…
Saudara Annymous,

1) Sekurang-kurangnya anda mengakui ada jasa baik UMNO. Kamaruddin Jaafar menerima limpahan kekayaan semasa Anwar jadi TPM dulu.

Dr Hassan Ali jadi kaya juga kerana Kerajaan Selangor beri jalan pada dia.

Maknanya ada kebaikan UMNO. Yang dipertikaikan ialah sikap langsung tak kena jasa.

2)Agensi Kemas yang dikatakan "bias" terhadap UMNO itu jugalah digunakan oleh orang Melayu termasuk penyokong PAS untuk hantar anak. Maklumlah tadika disana murah. Jimat duit.

Media perdana juga kritik BN. Tetapi saya tak nampak langsung Harakah terima hakikat kebaikan UMNO.

3) Pada saudara xenan, saya juga ada akui UMNO pun silap juga.

Mengenai Perak, nasihat saya pada Nizar, terimalah Qada dan qadar. Bukankah beliau sendiri ketika keluar dari Istana( bila ditemuramah) kata akan terima apa saja keputusan Sultan. Maka teimalah.

Ya. Nizar memang dapat sokongan majoriti bukan Islam di Perak. almaklumlah, begitu murah hati beliau beri tanah 999 tahun pada Kg Baru Cina. Siap "donation" 1000 ekar pada sekolah Cina.

Tetapi sokongan Melayu padanya merosot. Itu adalah kenyataan.

Mengenai pilihanraya baru, sabarlah. Nanti 2013, boleh undi lagi. Kalau nak rasa dapat MB bonelka, bolehlah undi Nizar.

4) Anwar bukan "victim of circumstances". Anwar menerima akibat perbuatannya sendiri.

Itu saja. Tabik pada Dr Mahathir yang sanggup dikecam kerana memecat "Western darling". Saya bangga dengan seorang PM yang sanggup dihina kerana menyatakan kebenaran.

5) DAP mengamalkan dasar anti-Melayu. DAP tidak dapat iktiraf hak orang Melayu . Itu sikapnya zaman berzaman.

Raja-Raja Melayu tak beri kerakyatan lebih 1 juta pada bukan melayu secara percuma. Sebagai balasan, ada pengiktirafan pada Melayu dari segi bahasa, ugama, keutamman dalam perkhidmatan awam( ya dinyatakan bahawa 80% kakitangan awam hendaklah Melayu dalam Perlembagaan Malaya). Itu dAP tak boleh terima.

Budaya bila PAS ditegur dan jawapannya "UMNO pun ada silap" menjadikan PAS merasakan diri mereka "maksum".
Anonymous said…
Ingin hendak berkenalan dengan saudara Shamshul Anuar. Pandangan dan pendapatnya sungguh bernas. Hubungi saya melalui 0195580696. TK.
Xenan said…
good argument

"Ya. Nizar memang dapat sokongan majoriti bukan Islam di Perak. almaklumlah, begitu murah hati beliau beri tanah 999 tahun pada Kg Baru Cina. Siap "donation" 1000 ekar pada sekolah Cina.

Tetapi sokongan Melayu padanya merosot. Itu adalah kenyataan.

Mengenai pilihanraya baru, sabarlah. Nanti 2013, boleh undi lagi. Kalau nak rasa dapat MB bonelka, bolehlah undi Nizar."

Anda boleh claim undi melayu merosot pd PR.Wa juga boleh claim undi melayu tidak menyokong pd UMNO diseluruh negara terbukti di PRK permatang pasir,Manik Urai, kuala Terengganu dan Permatang Pauh.Fakta nya semua kawasan melayu ini dimenangi PR.

Tapi point utama nyer UMNO mmg terbukti tak pedulikan demokrasi n pilihan rakyat(Melayu+cina+india+lain2).Tak malu ke bentuk kerajaan bukan pilihan rakyat?

Please keep up dats way.Lagi sng bungkus di PRU13 nanti.

As for DAP..buatlah petisyen tuk haramkan party ni.Ckp2 jer tak guna.Suruh la pemimpin UMNO tembak jer diorg semua kalau betul bahaya sgt DAP ni.

Ade berani ke?
shamshul anuar said…
Saudara Xenan,

Nasihat saya janganlah terlalu ikut perasaan.

Tak pernah terfikir dek UMNO untuk menembak sesiapa. Kalau nak buat sesuka hati, dah lama UMNO buat.

Terpulang pada saudara untuk terima kenyataan. Sokongan diberi pada PAS pada pilihanraya 2008 bukan untuk berbaik dengan satu parti chauvinist.

Sebagaimana saya menolk orang Melayu yang taksub, saya juga menolak orang Cina atau India yang taksub.

Bukan Melayu ada hak dalam negara ini. Mereka juga rakyat Malaysia. Yang saya tekankan ialah sikap Melayu yang saling bercakaran sesama sendiri hingga menjatuhkan "bargaining point" mereka; iaitu kuasa politik.

Ilmu Hisab. itu jawapan encik pada tuduhan( melulu) mengenai UMNO yang tak peduli demokrasi. BN memenagi 140 dari 222 kerusi Parlimen.

Itu sebab BN memerintah. Yang tak peduli demokrasi ialah Anwar dan rakan sebantal dsepertiu Hj Hadi, Nik aziz dan Lim Kit Siang.

Kenapa Hj hadi tak nak nasihatkan Anwar yang cubaan menjatuhkan BN pada Sept 16 2008 adalah perbuatan tak baik.

Anwar terbawa-bawa sikap suka menikam dari belakang. Inilah masalahnya. Dia tak dapat terima ketentuan Illahi. Terimalah yag rakyat memilih BN di Persekutuan.

Mengenai sokongan terhadap PAS, ya pAS ada sokongam Melayu juga . Dan majoriti Cina menyokongnya. Maklumlah lebih senang berhubung dengan pAS yang bukan "big Boss" dalam PR berbanding UMNO yang menguasai hampir 70% kerusi BN.

Apa yang UMNO nak malu dengan status "Big Boss". Memang UMNO dominan dalam BN . Dan ia dominan kerana UMNO menang kerusi terbanyak dalam BN.

Bayankan saudara ada 70% sher dalam syarikat SB. Saudara adalah Big Boss. Walaupun saudara merendah diri, saudara masih dilyan sebagai Big Boss.

Saya bukan mahu menakutkan orang Melayu untuk sokong UMNO. Saya hanya nyatakan keadaan sebenar. Dan banyak kali saya akui seperti pAS juga, UMNO ada kelemahan. cuna UMNO tak kata Islam itu hak eksklusifnya . tak seperti PAS. UMNO tak gunakan ugama untuk politiknya. Tak seperti PAS.

UMNO tak ada budaya tutup tadika sebab tak suka PAS. Dan lebih 50 tahun UMNO mempertahankan kerrjasama dengan bukan Islam. UMNO dicerca kerana kerjasama ini. Sekerang dengan senang lenang PAS berbaik pula dengan musuh Melayu yang nyata, DAP. Siapa yang hipokrit?

Seperti rakan Cina saya bercakap selepas pilihanraya 2008 " Why Maays rejects UMNO. You have political power through UMNO and you rejects it. what make you thing that PAS can claim premiership should UMNO falls".

tepuk dada tanya selera.
shamshul anuar said…
TAZKIRAH MASJID TAMAN KOSAS

Saya pergi bersembahyang terawih di Masjid taman Kosas.

Selesai rakaat ke 4, seperti biasa diadakan tazkirah. Banyak yang disentuh oleh seorang Ustaz bernama Yusof Embong. Namun ada satu perkara yang diulas Yusuf yang saya rasa kurang tepat.

1) Yusuf berkata majoriti penduduk Shah alam Sek 23 ialah orang India berugama Hindu. Sebenarnya majoriti penduduk disitu ialah Melayu berugama Islam.

2) Mereka membantah pemindahan kuil dari Sek 19 ke Sek 23. Asalnya di bawah Kerajaan Dr Khir, ianya dicadang dipindahkan ke Sek 22.

3) Sebab bantahan ialah terlalu dekat dengan surau. Dan pendapat penduduk tidak diambil kira. Dan sudah ada beberapa kuil Hindu di kawasan sekitar situ.

4) Yusuf Embong tidak berkata benar kerana memasukkan isu politik. Beliau menyalahkan UMNO. Ini bukan isu parti politik. Penduduk Sek 23 ada yang ahli PAS, PKR dan UMNO.

5)Beliau juga bidas polis kerana tidak ambil tindakan terhadap orang yang membawa kepala lembu.

6)Yusuf terlupa bertanya kenapa penduduk Melayu tidak mahu kuil di situ. Sebaliknya beliau terus menyalahkan mereka.

Inilah masalah yang dihadapi orang melayu. segalanya dilihat dari sudut parti. Dan seperti biasa, UMNO juga yang dibelasah. Didalam sebuah masjid yang dibina dizaman pemerintahsan UMNO.
Anonymous said…
Terima kasih Sdra Shamshul Anuar kerana telah menghubungi saya petang tadi. Banyak persamaan pendapat mengenai isu politik dan negara. Semoga dapat bertemu muka di suatu hari nanti.
Anonymous said…
Memang UMNO adalah dominant atau big boss dalam BN, dan BN dari semenjak merdeka begitu kuat & kebal so-called absolute power. Tapi menghasilkan politik yg arrogant dan corrupted. Tidak kisah masalah rakyat dan minoriti, tender projek diurus ikut perut bedal sendiri, persetan prosedur yg ada (contoh memang ada).PRU 12 menjadi wake-up call utk BN, teras terancam dgn PR. Sudah wujud ala-ala two-party system. Good for democaracy & people as long the peace and harmony is kept.

DR NO
SHAMSHUL AUAR said…
Saudara Dr No,

Orng melayu( tak kira dari parti mana) kena ambil oengajaran dari apa yang berlaku.

Politik adalah seperti percaturan. Silap langkah boleh bawa padah. Tak seperti masyarakat Cina, orang Melayu tak ada kekuatan ekonomi. Hanya kuasa politik menyelqmaqtkan kita.

Pada UMNO, inilah padahnya bila berlembut tak bertempat. Fitnah dilontarkan pada UMNO jarang berjawab. Contohnya bila Hindraf fitnah UMNO merobohkan kuil secara terancang, kenapa tak siarkan jumlah kuil di Selangor. Ramai akan terkedu yang jumlah kuil jauh mengatasi masjid dan surau.

pada PAS, berbaik dengan DAP ibarat meludah kemuka sendiri. Dulu memaki hamun UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC. Kini menjunjung DAP, satu parti yang begitu anti-melayu.

Tak hairanlah PAS agak berkecamuk. Mereka bangga dapat undi bukan Melayu tetapi tidak mahu mengaku yang undi Melayu merosot.

Mereka tak mahu ingat yang dulunya mereka juga yang memaki hamun UMNO dan mencabar Dr Mahathir memecat Anwar kerana isu liwt.

Benarlah diakhir zaman ramai yang mengakui mahu menegakkan Islam menjual ugama untuk berkuasa.
azlishukri said…
berbincangan yang sangat baik di sini.
shamshul anuar said…
NIZAR DAN KETENTUAN ILLAHI

Hari ini Nizar buat hal lagi. Da dan ADUN PR bersidang lagi di sebuah hotel.

Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Saya tak faham. Susahkah Nizar untuk terima hakikat.

Susahkah menerima qada dan Qadar?. Bukankah NIzar juga berkata semasa dsitemuramah ketika keluar dari Istana Perak( bila cuba dapat perkenan Sultan Perak bubarkan DUN) yang beliau akan terima apa saja keputusan Sultan.

Jadi terimalah dengan lapang dada. Perlembagaan Perak menyatakan hak sultan untuk melantik mana-mana ADUN sebagai MB tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Perlembagaan juga menyatakan yang bila MB minta ADUN dibubarkan ( atas sebab hilang majoriti) dan JIKA Sultan tak setuju, maka MB mesti letak jawatan.

Begitu mudah dan jelas. Krisis terjadi bila Nizar enggan menerima hakikat.

Kadang-kadang kita perlu mendengar nasihat . Nizar boleh bertanding lagi dipilihanraya akan datang. Kalau begitu yakin menang, beliau ada peluang jadi MB( itu pun kalau Sultan tak menyampah tengok perangainya).

Nizar memang ada sokongan terutama dikalangan bukan Melayu. Namun nampaknya PAS dah mula kehilangan sokongan dikalangan Melayu.

Ini satu kebenaran. orang Melayu dah mula meluat dan letih tengok sikap Nizar.

Ada elok juga dibulan yang mulia ini, Nizar bersembahyang dan meminta hidayat Allah swt. Kelihatan Nizar sudah jadi "court jester".

Terimalah hakikat. Terimalah untuk kebaikan diri sendiri juga kalaupun bukan untuk Melayu perak.

Terimalah Qada dan qadar.
shamshul anuar said…
BILA KEMATIAN DIPOLITIKKAN

ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meninggal dunia hari ini.

Semosa roh beliau dicucuri rahmat Allah swt. bagaimanapun, saya terkilan membaca satu blog "Muslimeen" bertajuk "allah bayar tunai-ADUN Bagan pinang meninggal".

Apa maksud beliau "Allah bayar Tunai"? Lupakah beliau yang setiap yang hidup akan merasai mati, tidak kira samada dari PAS atau UMNO.

Bila saya baca blog tersebut, saya terfikir yang penulis tersebut seolah olah cakap "Padan muka UMNO. Balasan Tuhan untuk UMNO sebab itulah ADUN meninggal".

Inikah yang penulis tersebut cuba cakap. Alangkah dangkal pemikiran beliau.

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Yang Cuit Dan Mencuit : Terima Kasih Zaini Hassan

Yang Cuit Dan Mencuit Terima Kasih Zaini Hassan Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang semakin mula dihargai - sekurang-kurangnya diberi pernghargaan dengan pujian. Pada perkiraan saya, ini merupakan satu permulaan untuk semua bloggers kerajaan diberi pengiktirafan yang sewajarnya atas pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Sebagai bloggers picisan, sekali lagi saya merakamkan kegembiraan dan sekalung tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang terbukti menjadi barisan utama bagi menggempur barisan Pakatan Rakyat yang semakin kucar-kacir sejak akhir-akhir ini. Walaupun saya tidak dapat hadir pada majlis tersebut, sekurang-kurangnya, semua bloggers pro-kerajaan sudah meluahkan rasa hati mereka. Semoga Allah juga yang membalas jasa baik tuan-tuan semua, Wallahualam. Baca tulisan Zaini Hassan di sini...