Skip to main content

Tan Sri Muhd Muhammad Taib mendahului kiraan undi?



Khabarnya Tan Sri Muhd Muhammad Taib mendahului undian - sama ada benar atau pun tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kita berdoa agar Tan Sri Muhyiddin menang. Inilah tinggal harapan terakhir. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Kalau Mat Taib menang, habislah "harapan terakhir" korang. Sekarang pun harapan nyawa-nyawa ikan je tinggal.

Jangan bunuh diri dah la ye.

Ingat Tuhan banyak2 okey.
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Pencalunan yang banyak daripada bahagian2 untuk TS Muhyiddin Yassin adalah mencerminkan kemahuan akar umbi ahli2 UMNO di seluruh negara.

Amatlah malang sekali sekiranya perwakilan tidak dapat menterjemahkan kehendak kebanyakan ahli2 UMNO. Janganlah pisang berbuah dua kali.
Unknown said…
Sdr. Azli.

Mohon jauhkan Allah dari seorang yang kotor menjadi pemimpin kita.
Jun said…
what a sad result....
amirul said…
Salam Saudara Azli,
Apakah harapan terakhir ini pun akan dicabul? Wallahualam...
Sabar Azli. Jangan percaya khabar angin. Insya-Allah TSMY menang.
Unknown said…
janganlah jadi seperti ketua pemuda..
Anonymous said…
Semoga kebenaran menerangi dewan PWTC.....Insya Allah

Malam tadi, kita dikejutkan dengan kemenangan orang hitam dari pihak pemuda yang akan mencorakkan kertas putih UMNO.

Hati-hati dengan orang tersebut, kerana beliau boleh mengotorkan kain putih UMNO
Kembara Politik said…
Dgr cerita dr sahabat..Mat Taib leading..trend semalam bakal berulang...

Perwakilan khianat! Suara akar umbi melalui pencalonan yang banyak kpd Muhyiddin & Mukhriz nampaknya dikhianati oleh paa perwakilan.

Saya amat yakin BN bakal tumbang dalam PRU13.
Anonymous said…
Muhidin tu sombong kalau dia kalah pun bagus. Muhidin tu bukan pandai pun kalau pilih yang menahg timbalan ketua pemuda UMNO tu YB Razali lagi bagus dari mat sembab yang bongkak ni.
add said…
Kalau mat taib menang, maka selayaknya juga najib lantik tsmy sebagai TPM. mat taib biarkan dia dengan jawatan timbalan presiden nya...

sama juga dengan kes KJ.. biarkan beliau dengan jawatan parti beliau,, tetapi jawatan kerajaan seharusnya dilantik sebagai menteri dalam kabinet najib..

sungguh licik dolah lembik main politik,,, turun perlahan-lahan tetapi tinggal askar untuk menembak najib secara senyap...
add said…
Oppss,, saya tak jadi keluar UMNO, kerana TSMY menang Timbalan Presiden. tapi PRU13 nanti belum tentu lagi memilih BN kalau najib lantik KJ jadi menteri..
haniesyafique said…
alhamdulilah ts muhyidin menang...!!!! terubat sedikit kekecewaan semalam....alhamdulilah....tahniah :)
fahana_ann said…
em..kputusan dah diketahui kan..pasal khairy..saya trkjut gak..macam2 kan fikiran..tapi kita same2 tengok..say apun tak pandai nak ulas..cume seronok nak tengok..
respons bagi kemenangan khairy..cuma harap jangan jadikan ini sebagai satu sebab untuk semua keburukan..yang salah tetap nanti akan tiba masa untuk dihukum..
Brahim Nyior said…
Keputusan sudah diketahui, yop!

Amacam, buleh senyum dah mike? Udah le, perwakilan buat keputusan, ada menang, ada kalah.

Mukhriz tewas, tapi Muhyidin menang!

Patutnya mike buleh senyum le, ada juga pemimpin yang mike ramal menang tu berada di tempatnya. Tapi, peh ni rasanya mike kena 'pancung' dek orang Khairi di KK. Takleh cari makan kalu gitu..

Teman tertarik baca motto Khairi: SETIAKAWAN.

Jadi, mungkin dia akan rapatkan kembali saf pemuda yang renggang sebelum ni.

Persoalannya, boleh ke dia?
azlishukri said…
Brahim - tak mengapa kalau saya kena "pancung" pun di KK, kerana saya tidak ada apa2 kepentingan dalam politik. Saya lebih suka kalah dengan bermaruah daripada menang dengan cara kotor
add said…
Satu dasar "kemaluan besar" berkaitan nak letak jawatan dahulu sebelum tidak dilantik... iaitu "shahrir uban" kah kah kah kah, nak tergelak saya membaca penarikan diri dari menteri kabinet... nak cover "kemaluan besar" la tu...
add said…
Sorang lagi.. saberi chik ni pun boleh la dipikir-pikir agar bersara dari menteri kabinet... sebabnya dia ni orang tegar pak lah lembik dulu...
M.Saad said…
Tuan....
Apa yang saya nampak, mengapa MM kalah dalam pemilihan adalah disebabkan persaingan 3 penjuru. Undi penentang KJ berpecah dua antara MM dan KT. Kalu kita lihat pertandingan NKP yang melibatkan persaingan 2 penjuru, pengundi yang tidak menyukai Rizal Merican akan sepenuhnya mengundi Razali Ibrahim....Untuk Timb. Presiden, jika KM Melaka tidak terkeluar dari persaingan, kemungkinan keputusan tidak seperti yang diharapkan...apapun keputusan telah muktamad, kita perlu bersatu untuk UMNO....
Unknown said…
harap2 tiada kejutan algi selepas apa yang berlaku semalam. sampaikan salam saya pada mukhriz tuan azli..
Jard The Great said…
heee.. hoping for the best...

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...