Skip to main content

Murid Terakhir Tun Daim (Episod Pertama)



Murid Terakhir

Tun Daim


Oleh Muhammad Azli Shukri

(Episod Pertama)



Apabila Tun Daim Zainuddin – dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia yang disiarkan semalam, mendakwa krisis ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini adalah berakar umbi daripada sifat tamak yang diajar oleh sistem ekonomi kapitalis – setelah runtuhnya komunis pada lewat tahun 1989, saya mula teringat akan kata-kata beliau sewaktu saya bertemu dengannya setahun yang lalu. Saya bertanyakan apakah Malaysia boleh mencapai negara maju dan mencapai hasrat Wawasan 2020? Beliau menjawab, “ Saya percaya, kerajaan sedia maklum, untuk mencapai semua itu, pertumbuhan ekonomi negara kita harus bergerak (pertumbuhan ekonomi) tujuh peratus setahun. Namun demikian, beberapa tahun yang lalu, negara kita gagal mencapainya."



Mesej yang jelas daripada kata-kata Tun Daim tersebut dapatlah saya rumuskan bahawa, Wawasan 2020 mungkin hanya akan tinggal kenangan, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara sekitar 7 hingga 8 peratus setahun - saya fikir adalah mustahil dalam keadaan sekarang . Tun Daim turut mengistilahkan apa-apa yang sedang berlaku dalam ekonomi dunia pada waktu kini adalah umpama "ekonomi ala-koboi" - yakni ikut suka apa-apa sahaja boleh dilakukan, tanpa ada kawalan, etika dan moraliti. Namun demikian, penyelesaian harus dilakukan segera, seperti dua krisis ekonomi yang pernah dialami Malaysia pada lewat tahun 1985 dan 1997. Penyelesaian bagi Kedua-dua krisis tersebut (jika kita masih ingat) sebenarnya masih berkonsepkan sama - yakni "bercorak kawalan" - krisis harga komoditi 1985 - diselesaikan dengan kaedah berjimat cermat (semua peringkat pengurusan dikerah agar berjimat dalam perbelanjaan - termasuk memotong gaji menteri.) Manakala krisis kewangan 1997 - konsep yang sama juga digunakan - yakni mengawal ringgit daripada terus dimanipulasi spekulator yang tidak bertanggungjawab.




Dua langkah segera kerajaan pada ketika itu adalah memberhentikan amalan membenarkan individu bukan pemastautin meminjam ringgit bagi tujuan singkat dan menukar rejim mata wang apungan kepada rejim kadar tetap. Hal ini secara tidak langsung berupaya mengawal jumlah ringgit dalam genggaman spekulator, sekaligus mendisiplinkan "sikap" tamat haloba mereka terhadap kekayaan dan meterialistik.




Tetapi, itu semua kisah lama. Sudah berlalu lebih daripada 10 tahun. Para pemuja setia sistem kapitalis masih hidup dan sudah belajar tentang langkah-langkah yang pernah Malaysia lakukan bagi "mengekang" nafsu sarakah mereka dahulu. Kini , mereka kembali dengan wajah yang lebih ganas. Menghadapi rejim kapitalis yang baru - atau istilah yang sering diwar-warkan oleh para pengkaji sebagai neo-kapitalis moden, bukanlah semuda dahulu - yakni dengan cara "mengawal" mereka melalui sistem. Hal ini adalah kerana, sistem yang sedia ada sudah tidak berupaya untuk mengawal segala gerik-geri mereka, lantaran segala selok-belok sistem tersebut sebenarnya berada dalam pengawasan dan pemerhatian mereka. Oleh sebab itu, cara terbaik menangani krisis ekonomi yang sedang melanda dunia pada ketika ini - haruslah melalui sistem ekonomi yang lain daripada sistem ekonomi yang sedia ada.





Kita tidak lagi boleh mengawasi dan menentang neo-kapitalis tersebut dengan menggunakan senjata yang sama dengan mereka. Pada suatu ketika dahulu, kita hanya mengenali George Soros - sebagai "bapa" pedagang mata wang paling kaya di dunia. Tetapi, kini ramai yang tidak mengetahui bahawa di Malaysia sahaja sebenarnya sudah wujud berpuluh-puluh individu seperti Soros, "senyap" yang kaya-raya - tetapi mendiamkan diri - mereka memperdagangkan mata wang melalui saluran-saluran rasmi - seperti koperasi, dana amanah dan sebagainya. Mereka terlibat dengan perniagaan mata wang - yang dahulunya ditentang keras oleh Malaysia.




Ramai yang tidak tahu, melalui dana-dana rasmi ini, mereka hanya memerlukan sekitar 10 hingga 15 peratus wang daripada dana tersebut untuk dilaburkan ke dalam perdagangan mata wang yang sangat mudah untuk diniagakan, khususnya melalui teknologi yang semakin canggih dewasa ini. Dengan hanya memperuntukkan masa sekitar satu hingga dua jam sehari - melalui komputer riba atau "handset" canggih, sambil duduk minum kopi panas di Starbucks - sekurang-kurangnya mereka bergoyang kaki menjana pendapatan sekitar dua juta Dollar. Dan cuba bayangkan untuk tempoh seminggu?





Malah, pada hari ini, jangan terkejut jika seorang pelajar universiti berusia 20 tahun sudah bergelar jutawan, hasil daripada perdagangan mata wang, melalui internet atau telefon bimbitnya sahaja. Nah, sekarang beritahu saya - bagaimanakah harus kita selesaikan masalah "tamak" dalam sistem ekonomi kapitalis yang semakin ligat mempromosikan skim "cepat kaya" ala-Soros ini? Kita juga tidak harus terkejut - jika yang terlibat dengan perdagangan mata wang ini adalah dalam kalangan golongan yang tahu hukum hakam agama - menurut mereka, "ini satu bentuk perniagaan yang berasaskan permainan "kutu" dan ia tidak menyalahi agama dan undang-undang." Malang sungguh pemikiran seperti ini - apakah mereka tidak tahu jika sesuatu perniagaan itu mempunyai unsur-unsur zalim - seperti menindas hak orang lain, maka ianya salah di sisi Islam? Maka. lantaran itulah riba diharamkan oleh Allah, kerana terdapat unsur-unsur penindasan di sana.




Saya tidak berniat mendedahkan segala-galanya di sini - tetapi untuk kita menilai dan bermuhasabah - bahawa sistem kapitalis yang sudah berakar umbi selama ini, hakikatnya sudah mewujudkan sebuah generasi yang malas bekerja - tetapi mahu kaya dan berpoya-poya. Saya setuju dengan Tun Daim, bahawa sekarang kita sedang berhadapan dengan "ekonomi koboi" yang mana nafsu dan keinginan didahulukan daripada kebajikan. Saya adalah pelajar ekonomi, sewaktu di tingkatan enam, saya telah diajar hukum asas ekonomi adalah mudah, yakni - bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah dalam memenuhi tuntutan atau kehendak manusia yang tidak terbatas melalui sumber-sumber ekonomi yang terbatas. Soalnya, siapakah yang mengajar pemikiran seperti ini? sudah tentu orang-orang yahudi. Mereka mahu menanamkan pemikiran bahawa - manusia mempunyai kehendak yang tidak terbatas - dan bagaimanakah cara memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas itu? Maka, teori ekonomi kapitalis pun dibina, bagi menyelesaikan masalah asas tersebut.




Inilah yang diajar dan ditulis dalam buku teks ekonomi di seluruh dunia - daripada serendah-rendah pengajaran hinggalah setinggi-tinggi pendidikan - semua orang bersetuju, termasuk profesor dan cerdik pandai dalam bidang ekonomi, bahawa kehendak manusia tidak terbatas dan sistem ekonomi haruslah dibina berpandukan konsep tersebut. Maka - terlihatlah , sesungguhnya kita semakin jauh daripada penyelesaian yang sedang dihadapi - lantaran asas pemikiran ekonomi kita yang tidak betul dan tidak tepat. Begitulah mudahnya syaitan menyesatakan kita semua, melalui hukum asas ekonomi yang dipercayai oleh semua orang - sedangkan hakikat sebenarnya, menurut Islam, kehendak manusia haruslah terbatas dan dibatasi oleh hukum-hakam agama - dikawal dengan kaedah halal dan haram serta penawaran produk ekonomi - mestilah berasaskan garis panduan Allah dan Rasul-Nya.



Bersambung...


Gambar : Penulis bersama Tun Daim Zainuddin di pejabatnya..






Comments

Unknown said…
Tuan,

adakah orang atsan juga terlibat? maksud saya, dari kalangan penjawat awam?
Budak Kampung said…
satu lagi pendedahan berani Azli!

1. memang ada staf kerajaan yang menyelewang duit korperasi.

2. rekod lain, dalam meeting lain

3. banyak meeting korperasi tak telus.
ReMyZiEy said…
encik azli, saya kurang bersetuju dengan artikel ini.

di kalangan penggerak fahaman classical libertarian a.k.a pemuja kapitalis ada satu tagline yang berbunyi 'save the capitalism from the capitalist'.

Saya tetap percaya sistem adalah tidak salah cuma yang perlu diteliti dan diperbetulkan ialah penggerak sistem itu sendiri.

Samada fahaman sosialis mahupun kapitalis sekiranya penggerak sistem gagal meletakkan modus operandi dan kemahuan naluri mereka berlandaskan tanggungjawab sosial, kedua-duanya akan tetap gagal.

Dasar ekonomi baru yang digunakan sebagai 'langkah pembetulan' untuk membaiki ketidakseimbangan sosio ekonomi masyarakat telah terbukti berjaya dari beberapa segi namun pada masa yang sama turut menimbulkan monopoli sesetengah individu terhadap sesuatu sektor dan menafikan persaingan yang sihat. DEB adalah jelas suatu polisi yang menjulang prinsip-prinsip sosialis. Namun setelah berpuluh-puluh tahun ia masih gagal mencapai matlamat sepenuhnya sehingga menimbulkan ketidakpuasaan hati kaum-kaum lain. Kenapa? Manusia...

Ada benarnya apabila Dato' Najib menghentam sistem pasaran terbuka dengan mengatakan sukar untuk memastikan semua individu meletakkan asas tanggungjawab sosial mengatasi kemahuan sendiri. Tapi ini juga menunjukkan bahawasanya manusia secara naluri menolak asas-asas prinsip sosialis yang mengawal tindak tanduk manusia dan menentukan segala-galanya.

Baik kapitalis mahupun sosialis kedua-dua tahap tertingi falsafah ekonominya adalah sesuatu yang terlalu utopia untuk dicapai. Kenapa? Manusia...

Namun hakikatnya tiada lagi negara-negara yang benar-benar mengamalkan sistem ekonomi kapitlis mahupun sosialis yang sejati. Amerika yang dikatakan pelopor sistem kapitalis itu juga bukan 100% mengamalkan dasar tersebut. China yang dikenali sebagai negara komunis juga telah pun membuka pasaran domestik untuk kemasukan pelaburan-pelaburan asing.

Human tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely
Cheguman said…
Assalamualaikum,
Antara pendapat Azli dan Ramzi saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan Azli. Bukan kerana untuk menghormati tuan rumah namun sejak dulu saya melihat banyak kepincangan dalam ilmu ekonomi yang diajar barat.

Manakan tidak, dalam sistem ekonomi barat, mereka meletakkan hukum permintaan dan penawaran sebagai penentu segalanya. Setiap yang dilakukan mesti mengambil kira untung-rugi. Manusia hidup bagi memenuhi keperluan dan kepuasan yang tidak terbatas.

Bagi saya, Bumi masih mampu berdenyut hingga ke hari ini adalah kerana adanya agama. Jika dibiarkan di tangan kapitalis, sudah lama mereka menjual Bumi ini!

Pertembungan paling nyata antara kapitalis dengan Islam ialah dari segi riba'. Hari ini ramai kalangan ummat Islam menyetujui satu ’fatwa’ yang entah datang dari mana bahawa: "Riba' itu haram tetapi kita tidak ada pilihan lain maka ia menjadi harus!". Sebenarnya perkataan 'harus' itupun sekadar untuk menyedapkan hati sedangkan dalam amalan sebenar mereka lebih cenderung mewajibkan amalan riba'. Contohnya apabila melibatkan peminjaman wang, mereka akan mempertikaikan bahawa jika tiada faedah, bagaimana bank boleh meneruskan operasinya?

Islam dengan jelas mengharamkan riba’ dan menghalalkan jual beli. Dalam Islam tidak ada jual beli wang. Yang ada ialah produk termasuk juga perkhidmatan.

Pengharaman riba’ adalah bagi mengelakkan manusia menyimpan wang mereka dan menjadi bakhil. Islam menggalakkan pelaburan bagi mengaktifkan perniagaan. 9/10 rezeki daripada perniagaan. Demikian Islam menggalakkan kegiatan ekonomi.

Riba’ bukan sahaja menindas malah menguncupkan lagi ekonomi. Modal menjadi susut dan kuasa pengeluaran menjadi lemah. Para peniaga menunggu premis perniagaan dengan lesu kerana pelanggan sibuk menyimpan wang bagi merebut ’interest’ yang tinggi tanpa perlu mengadap risiko.

Satu contoh riba’ yang menindas rakyat ialah sebagaimana yang diamalkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia di desa-desa sekarang.

Wallahu’alam.
azlishukri said…
Ramzi dan Cikgu Man - kedua2 saudara mempunyai pandangan yang sangat bernas dan baik, ada pro dan kon.
MHK said…
Seringkali kita mendengar jika balik kpd sisitem Islam tidak akan timbul keadaan seumpama hari ini. Cumanya siapakah pakar-pakar yg akan memandu kita utk mula menggunakan sistem ekonomi Islam. Sy yg menulis komen ini pun kabur dgn apa yg dikatakan sistem ekonomi Islam. Soal riba juga kita kabur yg mana satu riba yg mana satu tidak. Di mana kita sbg org yg tidak berpendidikan mendalam mengenai hukum hakam Islam utk merujuk. Pihak berkuasa bagaimana? setakat mana telah diusahakan utk menuju ke sisitem Islam?
Pernyataan sistem itu tidak salah tetapi org yg menjalankan sistem itu yg merosakan keadaan ada betulnya. Tapi jika sistem itu pincang ditambah pula org yg menjalankan sistem tamak haloba.....sy rasa nantikanlah bencana.....bukan lg masalah tp bencana.....Apa yg mampu kita buat sekarang ini?
azlishukri said…
Hafiz - pada pandangan saya sistem Islam itu tidak kabur ia sudah jelas dan terang, cuma memerlukan kita sedikit menambahkan ilmu pengetahuan. itu sahaja
Wah Al-Subangi said…
Saudara,

Pada pendapat saya saudara terlampau dramatik sangat mengambarkan budak umur 20 tahun membuat berjuta-juta ringgit dalam pasaran matawang.

Saya kata dramatik kerana untuk membuat duit kena ada duit jadi kena ada akses pada duit. Mungkin pasaran diniagakan secara leverage tapi nak buat berjuta-juta kena juga ada ratus ribu ringgit.

Tambahan pula pasaran matawang tak lah lubuk wang seperti yang saudara gambarkan ia perlu kemahiran yang tinggi.

Contoh yang paling baik ialah apa yang terjadi kepada bank negara masa Menteri Kewangan 2 sekarang disana dan bank negara dimasa tu terkenal sebagai segelintir bank pusat atau mungkin satu-satu nya yang agresif mengambil posisi dalam pasaran matawang. Kita tau apa jadi.

Mungkin pegawai-pegawai di kooperasi dan lain-lain tempat yang saudara mempunyai sophistikasi untuk mengambil posisi dalam pasaran matawang mungkin tidak tapi apa yang nyata nak main dalam pasaran ini tidak semudah yang dijangka.

Jadi pada saya andaian yang saudara buat tentang mereka mungkin betul mungkin tidak.

Hanya pendapat seorang rakyat biasa.
azlishukri said…
wah - masalahnya saya sudah jumpa golongan tersebut.
salam kepada saudara azli yg saya ingati selalu,

mohon ampun dan maaf kerana agak lama tidak menuliskan apa-apa disini, tetapi, ada membaca dan masih tetap baca,

maafkan saya kerana secara tidak langsung telah menyibukkan diri dan disibukkan oleh untuk mentelaah 'Warta Kerajaan' pada perkara "peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 bahagian 2, perkara kelakuan 4.(1), P.U(A) 395."

wah! sudah seperti dijanji-janji perkara yang sedang kita perkatakan disini sudah sealiran dimana didalam 'Warta Kerajaan' pada perkara "peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 bahagian 2, perkara kelakuan 4.(1), P.U(A) 395, telah jelas memperkatakan tentang; (bahagian 2):

4. tatakelakuan dan teruskanlah bacaan di perkara 5,10, 12, 16. pengibatan dalam pasaran komiditi /sekuriti hadapan, (mesti baca perihal 16. dan kesemuanyalah.

seperti yang telah ditulis oleh saudara azli sukri yang telah berlandaskan hukum (daripada yang terdahulu),
bahawa pasaran jual beli matawang adalah haram, bunga atau riba itu adalah haram.(hukum Islam yg telah termaktub)
maka didalam 'warta kerajaan' perkara tesebut telah termaktub sekian lama dulu.

rujuklah kembali kepada perkara perihal peraturan 15.(1) dan 16. ms1531 P.U (A)395 dimana:
15.(1) seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga...
16. tidak boleh terlibat didalam komoditi atau atau sekuriti pasaran hadapan dsb...

jadi bgaimana kita mahu memperjelaskannya sekarang?

pada pendapat peribadi saya,
agak ramai pegawai-pegawai awam tidak memahami akan perkara 4.(1) tersebut
atau sengaja tidak mahu belajar (PTK) memahaminya lantas, mereka tidak memahami akan duduknya mereka dan duduk perkara yang sebenar.

sebenarnya; tamak, haloba, nafsu, ala-koboi, dengki, cantas, tindas, santau, sihir adalah tergolong dari kumpulan "prosa-kata" perbuatan (syaithon) yang sama. setuju? (ahli bahasa)

maafkanlah saya jikalau sudah terlebih bicara, saya cuma mahu baca pada perihal peraturan perkara 4.(1) 19. dan 49, tetapi sudah ter-baca kesemuanya. (betulkan jika ada kesalahan, telah saya berlapang dada keranaNya)
salam saudara2ku dan saudara azli shukri,

ingin sekali menjawab kemusyikilan 'wah@janggo', tentang remaja 20an yang menjadi jutawan.

terlebih dahulu saya memohon saudara 'wah@janggo' dan semua saudara untuk berlapang dada dan membuang segala yg tidak baik didalam hati, supaya dapat mengelakkan api-api kecil, nafsu nafsi yang boleh terbakar didalam hati.

Saudara,
tiada saya mampu bercakap tanpa ilmu, dan
tiada saya mahu bercakap tanpa pengalaman,

telah sekian semenjak lama dulu remaja2 sudah tahu bagaimana untuk bermain 'forex'. (foreign-exchange)

benar, daripada mana mereka mendapatkan wang untuk bermain 'forex', tak mungkin meminta dari ibu-bapa mereka,

mungkin saudara tidak sezaman dengan mereka, oleh kerana atas dasar ini lah saya pun juga turut turun untuk berada sezaman dengan mereka,
jadi, apabila sudah merada sezaman dengan mereka (dan merasa agak muda, :) maaf)
saya mula tahu dan mengenali apa yg remaja2 luar negara, diulang luar negara malaysia, remaja kita, kita cuba selamatkan,insyaAllah.

info dari mereka, mereka (remaja malaysia kita yg kita sayangi) tidak melakukannya, (usahlah di provokasikan): infonya:

1. tentu saudara terkejut jikalau saya katakan kepada saudara bahawa, 'bermain 'game' di 'online' boleh mendapat wang?
bagaimana? dengan cara bermain game, komen, perbaiki, 'consultation business'
dapat duit masukkan kedalam akaun simpanan sepeti 'internet banking, dan kemudian tukarlah dengan cek di bank, mudah kan,

itu belum terkejut lagi...
ada yg lebih terkejut;

2. menyebarkan 'fitnah palsu dajjal' lebih menguntungkan,

bagaimana caranya?

'pay per click' lah, tak payah tanya,
saudara sendiri juga ada turut meng 'click'kan dan membayar kepada mereka,

senang untuk mendapatkan 'wang' bukan, sebab itulah Islam menghalal kan perniagaan, tetapi mesti patuhi (peduli) soal halal dan haram.

'tidak susah untuk memahaminya, tetapi, kita sendiri yang menyusahkan untuk memahaminya'


salam hormat kepada azli shukri,
terima kasih kepada laluan dan pautan, laman pejuang bangsa.
bangun, lawan,
bangun dengan ilmu.
azlishukri said…
zul rahman - saya sangat mengharap agar saudara hadir ke pondok usang saya ini, memberi nasihat dan menyambung silaturrahim..
Wah Al-Subangi said…
Azli,

Kalau betul mereka tu currency speculator mungkin cerita indah kabar dari rupa.. tengok dalam jangka masa panjang macam mana kejayaan mereka.

Saya pernah jadi jutawan atas kertas main saham pertengah 90an dulu dengan cara contra.
azlishukri said…
wah - ok terima kasih atas makluman saudara. Mungkin benar juga, atas kertas yang tiada nilai.
C.H.E Dayat said…
This comment has been removed by the author.
azlishukri said…
dayat - nampaknya saudara sudah pun merasai manisnya kehidupan itu - apa2 yang dayat alamati itu adalah terlalu kecil dengan dugaan yang bakal dayat tempoh pada masa-masa yang akan datang, setiap daripada kita ada kelemahannya - kesabaran, kejujuran dan yakin kepada kebenaran adalah kunci kehidupan akhir zaman. abang sentiasa memberi dorongaan dan semangat kepada dayat, jika ada apa-apa masalah hubungi abang, setakat mana yang abang mampu bantu, akan abang bantu.
C.H.E Dayat said…
terima kasih abang kerana memberikan peniup semangat kpd saya.. maafkan saya terpaksa membuang apa yang saya tuliskan takut pakatan berkenaan melakukan personal attack kepada saya sekali lagi..saya akan contact abang.. hujung minggu ni abang ada di mana ya?
salam,

wah@janggo, dan rakan2 lain,
'samaada perkara ini benar2 betul ataupun tidak, ianya nyata sudah berlaku sekarang,

inilah senarai
'internet millionaire'
yg perlu kita perhati dan fikirkan,
kalau depa keluarkan duit hasil kerja internet dan beli emas, harta dsb, bukanlah lagi jadi kertas,

List:
1) Mark Zuckerberg - Facebook.com - $700 Million – 23 years old
2) Blake Ross and David Hyatt - Mozilla.com - $120 Million – 22 years old
3) Alexander Levin - WordPress.com & ImageShack.us – $113 Million – 23
4) Sean Belnick - BizChair.com - $42 Million – 20 years old
5) Robert Small - MiniClip.com - $23 Million – 24 years old
6) Aodhan Cullen - StatCounter.com - $18 Million – 24 years old
7) Rishi Kacker and Matt Pauker - Voltage.com - $12 Million – 24
Catherine and David Cook - MyYearBook.com - $10 Million – 17 & 19
9) David Hauser & Siamak Taghaddos - GotvMail.com- $8 Million – 24
10) Jermaine Griggs - HearandPlay.com - $5 Million – 23 years old
11) Ashley Qualls - WhatEverLife.com - $3 Million – 17 years old
12) Alex Tew - MillionDollarHomepage.com - $1.6 Million – 22 years old
13) Rob Benwell - webdesignd.bttb1.hop.clickbank.net- $1.2 Million – 23 years old
14) Matt Wegrzyn - Bodis.com - $1 Million – 19 years old

source ref:
http://mapiles.com/2008/02/04/top-18-youngest-internet-millionaires-under-25/

1-18, hebat, tetapi cara dialah.

p.s-
wah@janggo,
mintak maaf, saya tak fokuskan kepada tajuk spekulator matawang bagi tajuk yg azli tulis ini,sebaliknya,

saya menunggu sambungan cerita/bahas tentang orang yang zalim, dengki yang kerjanya menindas orang lain,

jadi,
Perihal Peraturan
4.(1) dll, pada 'Perlembagaan Persekutuan' akan membatalkan niat dan tata kelakuan mereka.
(harimau 2 ekor tu boleh keluar dan baham mereka, jangan diganggu, sekali dia 'auuummm...' padahlah jawabnya, nota: harimau pada logo JATA)

:)

azli, saya tunggu sambungan.
salam azli,

indahnya kias bahasa azli,
usahlah dikatakan pondok usang,

cakaplah pondok durian ka apa ka,
boleh la jugak makan durian sambil dengar suara harimau mengauuuum...

maafkanlah saya, maafkanlah ke atas tugasan-tugasan.

p.s:
adik dayat, awat la yang dok pi bersedih hati sangat-sangat tuu?, janganlah begitu, kalau kita keterlaluan nanti, kita macam tak meredho'kan pulak keatas kejadian,

bersabarlah adik dayat,
saya juga baru saja sempat nak tulis sikit saja soal
'ride the storm'
(bacalah kalau rajin, tapi tak banyak, tak sempat, tak macam azli ni, dia kalau menulis macam minum air sejuk, kejap saja habis tulis)
Cheguman said…
Manarik perbincangan ekonomi ini. Say terpaksa menyelongkar buku-buku ekonomi Islam yang dah lama tersimpan dalam almari.

Harap kita dapat sambung dalam artikel lain dan harap dapat dibincangkan lama sedikit.

Azli boleh jadi moderator, ok?
azlishukri said…
wadaat - tak jadi masalah untuk saya menjadi moderator, boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja.
The Aminos said…
Tun Daim, You are THE MAN !! dan saudara Azli, teruskan usaha anda.

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil