Skip to main content

Di Sini Tiada Jalan Bengkok


DI SINI TIADA JALAN BENGKOK


Apabila Datuk Seri Najib menyatakan bahawa, Pemuda UMNO harus "Berani Berubah" dan menyebut nama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad - begitu kuat tepukan yang diberikan oleh perwakilan semalam. Ternyata terdapat mesej tersirat yang harus segera difahami oleh para perwakilan. Saya yakin bahawa Datuk Seri Najib inginkan Mukhriz memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya.


Untuk sekian kalinya - pada pandangan saya, inilah satu-satunya ucapan Datuk Seri Najib yang paling baik dan memahami aspirasi kehendak akar umbi dan masyarakat - beliau tidak hanya mahu barisan kepimpinan yang bersih dan mampu bekerja semata-mata, bahkan mahu membuka lebih ruang kepada seluruh ahli UMNO agar terlibat sama dalam menentukan pucuk pimpinan pada masa akan datang. Inilah yang kita mahu. Saya percaya, jika beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh - UMNO akan kuat semula dan pada masa yang sama jangan lupa "tarik" kembali Tun Mahathir ke dalam UMNO.



Ucapan yang penuh dengan semangat dan idea pembaharuan yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib semalam - setidak-tidaknya memberi harapan baru kepada ahli UMNO dan orang Melayu yang sayangkan UMNO - sememangnya mereka mengharapkan Datuk Seri Najib berupaya melaksanakan janji-janjinya itu, setelah beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak. Yang dinantikan oleh ahli-ahli UMNO sekarang hanyalah pelaksanaan dan menunaikan janji yang telah dinyatakan dalam ucapan beliau semalam. Bermula pada hari ini, para perwakilan harus jelas menerima mesej yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Najib tersebut, moga-moga mereka mengundi dengan tepat dan ikhlas. Saya yakin mereka yang memenangi jawatan adalah seperti berikut (InsyaAllah) :


1. Tan Sri Muhyiddin : Timbalan Presiden kelebihan undi sekitar puluhan sahaja

2. Datuk Seri Hishamuddin : Naib Presiden I kelebihan undi sekitar seratus atau dua ratus undi.
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi : Naib Presiden II kelebihan undi sekitar seratus undi lebih.
Datuk Syafie Apdal : Naib Presiden III kelebihan undi sekitar puluhan undi sehingga seratus. (Walaupun saya sebenarnya mengharapkan Datuk Seri Rais Yatim menjadi salah seorang Naib Presiden)

3. Tan Sri Rafidah Aziz : Ketua Wanita kelebihan undi seratus lebih atau mungkin tidak sampai. (Walaupun saya sebenarnya mengharapkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita)

4. Datuk Mukhriz Mahathir : Ketua Pemuda kelebihan undi sekitar puluhan sahaja.

5. Datuk Reezal Merican : Naib Ketua Pemuda kelebihan undi sekitar lima puluh hingga lapan puluh.


Apa-apa pun ini hanyalah sekadar coretan ramalan peribadi semata-mata, hanya Allah juga yang mengetahuinya.Wallahualam. Selamat mengundi dan bersidang.

Comments

Hope said…
I hope your judgment on these characters is accurate. Maybe you know more than what others know, since you are in the party. So, mungkin penilaian azli lebih tepat.

From where I stand, I don't think some of these characters are clean and are willing to work for the people. But that's just one point of view from someone outside the party. I guess you know best.
azlishukri said…
Hope yang disayangi..memang benar kata2 saudara..saya hanya merasa melalui "naluri" dan "mood" para perwakilan, saya faham tidak semua ini merupakan pilihan yang baik..tetapi sehingga kini..inilah pilihan yang ada. Saya lebih gemar jika Shahrizat menjadi Ketua Wanita, tetapi daripada ucapan najib semalam, jelas mempengaruhi perwakilan wanita kerana Najib seolah2 menyokong Rafidah...ini bukanlah yang terbaik dan yang saya harapkan..tetapi ini adalah yang terbaik daripada pilihan yang sedia ada..wallahulam
Khairul Onggon said…
Amin... moga kali ni betul2 bersih, at least ke arah tu...
krio said…
semoga kepimpinan yang bakal terbentuk pukul 9.00pm ini akan mengulangi mase kegemilangan pd zaman Tun dahulu...
azlishukri said…
khairul - sama2 kita berdoa

krio - itulah yang kita harapkan
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Kemenangan Muhyiddin dan Mukhriz akan membawa sinar harapan kepada UMNO Insya Allah. Dan kalau Shahrizat pula menang akan menambahkan lagi sinar untuk membawa UMNO pulih kembali setelah 4 tahun lamanya dalam keadaan yang sungguh mencabar dan tidak menentu.

Kalau keputusan sebaliknya, maka segala tuduhan bahawa UMNO adalah parti yang rasuah adalah benar dan kita tunggu sahaja masa untuk UMNO REBAH.

Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon daripada ALLAH SUBHANAHUWATAALA supaya perwakilan diberi taufik dan hidayah untuk memilih pemimpin2 yang memenuhi aspirasi ahli2 UMNO. AMIN!
AhmadRazinHjYob said…
Salam,

Apa pun keputusan nanti, kita harus akur kepada keputusan majoriti perwakilan UMNO. Jika perwakilan bijak membuat keputusan, maka bernasib baiklah UMNO di masa hadapan. Jika perwakilan masih lagi kurang bijak dan masih 'jumud' maka malanglah nasib UMNO nanti.

Sebarang keputusan pemilihan nanti bakal menentukan corak dan arah sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Pilihan lain yang ada dan sedia menanti adalah parti parti alternatif seperti PAS , PKR ataupun satu parti baru wajib ditubuh untuk menggantikan UMNO. Apa lagi pilihan yang kita ada seandainya perwakilan gagal membaca mesej dari rakyat jelata seluruh negara? Tidaklah kita perlu menjadi terlalu megah, bangga diri, angkuh kerana 'percaya' bahawa UMNO terlalu kuat dan punyai 'keramat'...!
Naluri umat Melayu mahukan sesuatu perubahan yang drastik berlaku sekarang ini. UMNO adalah parameter yang sinonim untuk mengukur keupayaan Melayu bertindak melalui kuasa politik. Perkara ini nampak mudah dan senang di selesaikan tetapi sukar dilaksanakan kerana masing masing punya pendapat serta selera yang berbeza.
Sdr Azli, walaupun jangkaan naluri kita akan memihak kepada gandingan harapan baru, namun apa jua keputusannya nanti kita harus akur seandainya keputusan bakal berbeza nanti...kerana inilah sifat UMNO yg semula jadi..penuh drama dan suspen..
cedikcenun said…
Salam Azli! Sahabat ambil link ente taruk kat blog ana. Asri, Baling http://cedikcenun.blogspot.com http://anakpakcu.blogspot.com
mr.syazwan said…
moga corak pentadbiran yg baru ini memberi seribu satu yg adil dan saksama.. kembalikan kegemilangan zaman TUN M dulu... semua hak MELAYU tidak diperlekehkan dan tiada rusuhan sprt sekarnag ini.. amin...
azlishukri said…
Anonymous - itulah yang diharapkan

Ahmad Razin - saya sependapat dengan saudara

cedikcenun - saya sudah link kan.

Syazwan - itulah harapan kita semua
Unknown said…
semoga benar apa yang di ramal.
azlishukri said…
kayrolldin - harap yang terbaik
add said…
Kalau rezeki DMM maka menang lah puak kita.. tapi kalau menang rezal mamak ni , DMM kena waspada sikit sebab dia ni geng pak lah dan kj,,, tapi kalau KJ menang ketua pemuda,,, maka Melayu ditanahair sendiri akan lenyap dalam lipatan sejarah menjelang PRU13 nanti... namun harus diingat.. sekiranya KJ menang maka perwakilan dari kalangan kontraktor yang menunggu projek masyuk akan berpesta arak,judi dan betina menjelang malam jumaat ini meraikan kemenangan mereka.. maka untuk 3 tahun kehadapan ini sahaja lah kuncu kj akan mewah dan gah, kerana lepas pru13 nanti kita semua tiada lagi kekebalan di tanahair sendiri...
add said…
Kalaulah DMM menang ketua pemuda ,saya cadangkan buatlah rombongan ke masjid negara mengadakan majlis doa selamat dan sujud syukur diatas kemenangan DMM ini semoga UMNO akan terus relevan sampai kiamat. Jangan dok nak pergi ke masjid untuk mubahalah sahaja.....
ingat walaupun pemuda sunnah rasulullah mestilah diikuti dan dipatuhi demi mendapat keredhaan Allah dalam setiap perjuangan kita...
azlishukri said…
add - saya setuju pandangan saudara
Anonymous said…
salam saudara azli shukri...

terima kasih kerana menajdi sahabat saya di dalam blog, walaupun kita tak pernah bersua, namun saya berbangga kerana saudara sudi menjenguk dan menjadi salah seorang rakan dalam perjuangan bersama.....

saya merasakan bahang perubahan ataupun transformasi dalam UMNO akan berlaku tak lama lagi, saya harap apa yang di laungkan Bakal Perdana Menteri kita DATUK NAJIB akan menjadi kenyataan dan dapat menjadikan titik tolak kepada sokongan padu rakyat dan juga akar umbi terhadap parti KERAMAT UMNO....

INSYAALLAH......

KIRIM SALAM PADA DATUK NAJIB, DATUK HISHAM, DATUK RAIS, DATUK SYED HAMID DAN JUGA DATUK MUKHRIZ.....


SALAM TA'ZIM SHAROL......

Pilihan Pembaca

"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
KEMUNCULAN MAHATHIR BARU Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka. Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpul