Skip to main content

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?


Daripada Rakyat Kepada Rakyat


Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO.



Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana yang telah diramalkan ramai pihak - jelaslah bahawa perwakilan dalam Wanita UMNO dan perwakilan dalam Mesyuarat Agung - jauh lebih bijak daripada sebahagian perwakilan dalam Pemuda UMNO. Setakat ini, pertandingan yang kelihatan tidak bersih hanyalah berlaku di dalam Pemuda UMNO. Semoga kebenaran akan tertegak juga akhirnya.



Saya juga difahamkan, mungkin Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri, saya tidak tahu kementerian mana yang bakal diterajuinya - itu pun jika khabar angin ini betul dan tepat. Saya menyambut baik cadangan tersebut, hal ini adalah kerana Datuk Mukhriz pernah berjanji, andaikata beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau sama sekali tidak akan menerima apa-apa jawatan kabinet, kerana mahu memberi tumpuan untuk menarik minat golongan muda kepada UMNO dan memulihkan Pemuda UMNO. Ini satu pengorbanan yang besar. Sememangnya benar agak sukar untuk bekerja jika kita terlalu banyak memegang jawatan yang besar sama ada dalam parti mahupun dalam kerajaan. Ketika UMNO masih lemah, eloklah rasanya setiap pemimpin UMNO menumpukan perhatian kepada jawatan masing-masing, jangan terlalu banyak memegang jawatan sehingga parti terabai.



Berbalik kepada persoalan jika benar Datuk Mukhriz akan dilantik sebagai menteri, saya melihat ia sangat relevan dan sesuai bagi memenuhi aspirasi Datuk Seri Najib yang mahukan barisan kepimpinan yang bersih dan amanah. Rakyat juga mahu melihat barisan kabinet yang bakal dilantik oleh Datuk Seri Najib nanti merupakan muka-muka baharu dan terbukti mampu bekerja dengan baik, di samping pemimpin yang bersih dan diterima baik oleh rakyat. Saya merasakan ciri-ciri tersebut ada pada Datuk Mukhriz. Selain beliau bebas daripada gejala politik wang, beliau juga seorang pengurus dan seorang ahli politik yang disenangi oleh semua orang.



Malah, pelantikan beliau sebagai menteri juga bakal meredakan kemarahan para penyokong dan rakyat jelata yang sekarang ini terasa seperti ditipu oleh sebahagian daripada perwakilan yang jelas tidak amanah baru-baru ini. Jika dahulu, Datuk Mukhriz akan menolak jawatan menteri sekiranya beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, maka saya rasa kali ini, beliau tidak punya alasan untuk menolak andaikata Datuk Seri Najib mahu melantik beliau sebagai salah seorang daripada ahli kabinetnya.



Saya juga secara peribadi beranggapan, Datuk Seri Najib akan melantik Datuk Mukhriz sebagai menteri lantaran mahu meyakinkan rakyat bahawa beliau benar-benar inginkan ahli kabinet yang bersih dan kelihatan bersih, di samping pelantikan Datuk Mukhriz sebagai menteri kelak, sekurang-kurangnya menguatkan imej BN dan membalas jasa Tun Mahathir yang selama ini begitu kuat menyokong Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Selain daripada itu, pelantikan Datuk Mukhriz juga dikatakan berkait rapat dengan hasrat akar umbi dan rakyat jelata - yang mahu melihat kelibat anak Tun Mahathir itu di persada perdana, sekali gus berupaya menarik minat generasi muda kepada UMNO dan meredakan rasa kecewa dalam kalangan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi, serta secara tidak langsung mengelakkan perpecahan dan undi protes daripada mereka kelak. Saya merasakan Datuk Mukhriz tidak akan menolak jika ia benar-benar berlaku. Terimalah jika dilantik sebagai menteri demi mengukuhkan kembali kepercayaan rakyat dan akar umbi kepada UMNO dan kerajaan.



Manakala, bagi Khairy pula - semua ahli pemuda akur dengan kehendak "perwakilan" yang tidak amanah tersebut, dan sudah semestinya beliau harus bekerja keras untuk membuktikan bahawa beliau berupaya memimpin pemuda, maka adalah molek jika beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada Pergerakan Pemuda dan tidak perlu dibebankan dengan tugas sebagai ahli kabinet - adalah lebih baik Khairy membersihkan dirinya dan membetulkan saf kepimpinan pemuda yang sedang "sedikit" bergoncang akibat kemenangan beliau yang "tidak dijangka" itu. Kita bimbang jika beliau dilantik sebagai menteri maka rakyat sekali lagi akan menolak UMNO dan menuduh bahawa UMNO masih mengambil individu yang tidak bersih sebagai menterinya.



Saya yakin khairy turut bersetuju dengan cadangan tersebut, yang mana beliau memberi sepenuh perhatian bagi mengukuhkan Pemuda UMNO yang telah berpecah belah ini, manakala Datuk Mukhriz pula memberi sepenuh perhatian sebagai seorang menteri penuh. Saya rasa inilah yang rakyat dan akar umbi UMNO mahukan, satu kita memenuhi kehendak "perwakilan" yang satu lagi kita memenuhi kehendak rakyat dan akar umbi. Semoga mesej rakyat dan suara akar umbi ini akan didengari oleh Datuk Seri Najib dengan hati terbuka dan ikhlas. Wallahualam.



* Kepada semua blogger diminta memberikan cadangan, apakah layak atau tidak Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai menteri. Dan kementerian apakah yang sesuai untuknya? mungkin pandangan daripada bloggers akan diambil perhatian oleh kepimpinan negara kelak.

Comments

Unknown said…
saya setuju mukhrizs jadi menteri. kalau boleh menteri belai dan sukan sebab beliau masih muda. bukan lantik mereka yang dah kategori pakcik2.. hehehe..
sarjanhn said…
Salam,

Sesunguhnya hari ini Jumaat yang paling Ceria sepanjang 5 tahun ini.

Benar telah tiba masa utk Dato Mukhriz muncul dalam Kabinet Malaysia.

Kini adalah masanya untuk beliau berkhidmat sepenuh masa kepada Rakyat & Negara, Beliau perlu buktikan keihklasan perjuangan dan semangat BERANI BERUBAH beliau dengan menerima perlantikan jika dilantik menteri penuh.

Mulakan dengan Kementerian Pendidikan. Tiada yang lebih sesuai selain membimbing anak bangsa dan warga Malaysia ke arah kejayaan.

KJ harus tumpukan kepada kekuatan Pemuda UMNO. Beliau gagal & gagal sebagai Naib Pemuda sebelum ini. Jika beliau ikhlas dalam perjuangan,tumpukan kepada usaha mengembalikan maruah PEMUDA.

Jika Ketua Wanita pernah tidak dilantik sebagai menteri penuh, mengapa tidak Ketua Pemuda!

Insyaallah.
BOB said…
saya sentiasa ternanti2 pandangan azli shukri, terbukti saudara banyak idea dan pandangan yang bernas, saya sangat bersetuju jika mukhriz dilantik sebagai menteri, pada saya biarlah menteri pelajaran atau menteri pendidikan tinggi
Anonymous said…
saya setuju dgn kayrolldin. disamping tu jugak mukhriz boleh la secara tak langsung jaga belia2 drpd dirosakkan oleh kj, drpd dok biaq dia buat keja sia2 mcm program mat rempit yg terjun kat kutub tu. sampai la ni saya tak paham objektif program tu
add said…
Salam MAS,
Saya mengharapkan DSN akan melantik DMM sebagi anggota kabinet beliau bagi meredakan kemarahan akar umbi.
Sebelum mengulas kementerian mana, saya tertarik dengan "tangan-tangan" perwakilan yang memilih AMT semalam,kerana mengambarkan kehendak akar umbi.Walaupun calon NP dari sabah, saya kurang bersetuju diantik atas faktor kenegerian disebabkan MP di sabah memberi majoriti kepada kerajaan di parlimen.Janganlah kita nak menuntut "hak".

Kepada barisan pemuda yang terpilih sebagai MT anda sebenarnya menang adalah atas percaturan daripada perwakilan pemuda sahaja yang didalangi oleh KJ.

Sebelum DMM dilantik ke kabinet, kita pastikan agar KJ tidak diambil oleh najib sebagai anggota kabinet beliau.
Ini kerana strategi KJ untuk mengugat DSN akan terserlah menjelang 3 tahun akan datang, ini kerana KJ telah memasang "back-up" dikalangan bekas ketua pemuda yang menjadi ketua bahagian sekarang.. kerana dengan adanya "back-up" ketua bahagian dikalangan pemuda adalah mudah bagi KJ nak menjatuhkan DSN.

Kalau kita lihat perwakilan pemuda memilih KJ sebagai KP merupakan "setiakawan" yang tidak berbelah bagi terhadap KJ sahaja bukan mengambarkan akar umbi pemuda.

DMM selayaknya dilantik oleh DSN menganggotai kabinet beliau.

Apa-apa pun mohon jasa baik DSN jangan sekali-kali melantik KJ sebagai anggota kabinet...

Ini kerana dalam blog-blog pun sudah jelas penarikan diri ahli umno untuk terus berjuang dalam umno sebaik sahaja KJ menang KP. Apakah ini tidak disedari dan perlu diambil serius oleh pucuk pimpinan parti.

Sejarah telah membuktikan bahawa dengan kemasukan regu "Pak Lah dan Kj" kedalam UMNO dalam PRU 12 yang lalu menunjukkan hancurnya sokongan rakyat terhadap umno dan BN. maka apa perlu disimpan lagi dengan "beruk muda" ni kalau "beruk ni membawa sial kepada UMNO dan BN.
azlishukri said…
Kayrolldin - benar tu

nazrulhn - saya sependapat

Bob - saya pun berpandangan begitu

azrul - saya setuju

add - saya pun rasa seperti saudara
Anonymous said…
Sememangnya wajar Dato Mukhriz dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet DS Najib nanti. Apa pun kementerian yg bakal di beri padanya biaralah yg bersesuaian dgn kebolehan dan ketokohan DMM sbg seorang yg berwawasan tinggi demi agama, bangsa dan negara.
Budak Kampung said…
azli,

1. saya sokong kalau mukhriz menteri pelajaran

2. saya sokong kalau hishamuddin menteri pengajian tinggi
Anonymous said…
Assalamualaikum Azli,

Bersetuju 100% dengan cadangan yang amat bernas itu.

Tumpuan rakyat dan ahli2 UMNO ialah untuk melihat apa pula tindakan DS Najib terhadap KP baru yang kemenangannya penuh controversi.

Difahamkan beliau telah membawa perwakilan Pemuda ke Seri Perdana pada malam sebelum hari pengundian dijalankan. Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia ...

Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Kalau cukup bukti tindakan harus diambil terhadap KJ demi memertabatkan UMNO dan memberi keyakinan baru kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat jelata.

Kita tidak perlukan pemimpin yang semacam ini dalam UMNO. Apakah UMNO harus mempertahankan seorang yang sudah terbukti kesalahannya oleh Lembaga Disiplin dan sekarang telah menjadi pemimpin kepada sayap UMNO yang penting.

Apakah setelah begitu banyak wang yang telah "dibelanjakan" untuk membeli perwakilan, dia tidak akan mencari gantinya menggunakan jawatan yang disandangnya.

Apakah kita dalam mempertahankan pemimpin yang korup sanggup menggadaikan maruah parti UMNO yang tercinta.

Kalau tindakan diambil terhadap KJ, yakinlah orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO dan rakyat akan kembali menyokong BN.

Cadangan saudara Azli amat baik sekali dan harus dipertimbangkan dan dilaksanakan supaya dapat mengembalikan keyakinan Pemuda UMNO yang bersih dan ikhlas dalam perjuangan yang suci membela Agama, Bangsa dan Negara.
Unknown said…
saya setuju mukhriz mahathir jadi menteri. kalau boleh menteri belia dan sukan sebab beliau masih muda. bukan lantik mereka yang dah kategori pakcik2.. hehehe..

(pembetulan)
Anonymous said…
Satu pandangan bijak saudara azli,
saya yakin DSN akan melantik DMM bagi mengimbangi pengaruh KJ, juga saya pikir bakat dan reputasi bersih DMM harus segera dimanipusikan oleh UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat setelah dicemar oleh KJ.

Tak kanlah nak sia-siakan bakat yang ada pada diri DMM. rugi lah UMNO.
alam said…
Mukhriz - Timbalan Menteri Belia dan Sukan?.
tigabelas said…
Setuju benarlah kalo Mukhriz jd menteri.Saya percaya apa2 pon kementerian beliau tetap akan komited semasa berkhidmat..pandangan saya,kementrian pendidikan sgt sesuai utk beliau.kementrian belia dan sukan?hmm..mungkin..

KJ kene rilek dulu..beliau dah naik cepat sgt..focus kat pemuda..buktikan yg terbaik..

moga2 baik segalanya.
Anonymous said…
Cadangan yang tepat jika mukhriz jadi menteri kabinet dan KJ biar dia tumpu sahja jawatannya sebagai Ketua Pemuda. Selesaikan masaalah pemuda yang berkecamok tu. Mana2 menteri atau ahli MT yang dimenangi oleh perwakilan yang rasuah tak hiraukan kehendak rakyat dan akar umbi tidak usah di lantik ke dalam kabinet. Biar kabinet Dato Sri Najib kali ini memileh muka2 yang ada track record yang bersih dan tidak pilih ahli MT yang telah terlibat dengan skandal sek dan rasuah politik wang. Baru rakyat akan mula hormat pada parti UMNO.
Salam bro Azli, saya amat menyokong sekiranya Dato Mukhriz-san dilantik sebagai menteri pengajian tinggi kerana kehebatannya dalam soal ilmu pendidikan. Marilah menyokong beliau. Hidup Mukhriz-san......
Unknown said…
sangat bersetuju. Datuk Mukhriz dapat mengembalikan semula imej kerajaan UMNO dan menjadi suara kebenaran dalam jemaah kabinet nanti insyallah.
Kalau Datuk Mukhriz menjadi menteri nescaya akan ramai golongan muda yang akan terus menyokong UMNO
Mukhriz tidak sesuai dilantik memegang apa apa Menteri dalam kabinet Najib dalam keadaan 'segera' dan sekarang, mungkin lebih sesuai dipertimbangkan lain lain jawatan bertaraf Timbalan Mneteri.

Memenangi sesuatu jawatan dalam pertandingan adalah dikira tugas dan Mukhriz gagal dan lemah untuk berjaya seperti yang diharapkan, isu atau sebab 'politik wang' seperti yang digembar gemburkan tidak relevan untuk mengatakan sebagai sebab kekalahan tersebut.

Kekalahan Mukriz nyata lebih kepada kelemahan strategi, kelemahan mental dan kelemahan bertindak mengatasi kekurangan, tidak ada kumpulan gerak gempur dan kumpulan perang saraf yang berkesan.

Walaupun secata tidak langsung, pandangan dan kritikan Tun merupakan kredit kepada Mukhriz, nyata ia gagal mempengaruhi majoriti perwakilan. Walaupun Nada Najib dan Hishamuddin menyebelahi Mukhriz, namun dia gagal.

Faktor kekalahan lebih banyak atas faktor yang ada pada Mukhriz sendiri, tidak ada daya penarik sebagai Ketua Pemuda yang berani berubah, tidak ada gaya kekuatan untuk menyonsang Najib untuk menyatakan kebenaran.

Mukhriz sendiri harus berani berubah sebelum dia dapat merubah Pemuda dan UMNO.
Anonymous said…
Salam,
seperti kebanyakan pendapat, saya juga setuju Mukhriz dilantik menteri penuh dan harap beliau dapat beri sepenuh komitmen kepada tugas dan saya juga harap KJ juga tidak diberi apa-apa jawatan menteri sesuai dengan kehendaknya untuk menjadi ketua sayap UMNO dalam masa sama KJ boleh beri sepenuh komitmrn kepada penyatuan dan pendisplinan pemuda semoga tidak menjadi generasi rakus dan mabuk kuasa serta gila rasuah. KJ mesti bersihkan 'beraknya' sendiri
Anonymous said…
Biarlah KJ dengan jawatan Ketua Pemuda.

Yang Penting Hati dan Jiwa akar umbi perlu dijaga dan dibajai..

Saya teramat bersetuju dengan saudara...
Wajar Dato' Mukhriz diberi jawatan Menteri Penuh..

Maka racun dan barah di dalam UMNO akan terubat dengan penawar dan formula daripada Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir

ADAM AMIN
Kg Jerlun, Kedah.
azlishukri said…
Kluang man - saya tertarik dengan analisis saudara, itu saya akui kumpulan mukhriz agak lemah dari segi gerak jentera, walaupun pun mereka tangkas bekerja dan melaksana.

pro kj agak kemaruk dan sangat2 memasang strategi untuk menang. Kita tidak boleh berharap faktor luar untuk mengalahkan kj. namun begitu, saya tetap berpendapat bahawa faktor utama kekalahan DMM tetap kerana politik wang, jika kj tidak main kotor - saya percaya keputusan akan berubah. wallahualam
Anonymous said…
Cantik sungguh posting anda kali ini..
bila melihat kemenangan KJ tempoh hari..saya kecewa.
Pada masa yang sama, amat berharap agar Dato' Mukhriz diberi portfolio menteri.
Saya menyokong mukhriz bkn kerana meminati Tun.M. Tapi kerana melihat kpd karisma beliau sebagai seorg yg berwibawa.

Semalam ketika membaca blog ini ttg tajuk Muhammad Taib mendahului, saya berasa cemas..berdebar sangat..
Alhamdulillah..Tan Sri Muhyiddin menang akhirnya.
Begitu juga dgn Dato' Zahid Hamidi.

Kita impikan perubahan!

http://suarajagat.wordpress.com
ladybird said…
Kuciwa DMM tak menang jawatan KP. Rata2 bloggers menyokong DMM. Tapi.....aduhhhhh...

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
Nizar_Ryza said…
Mukhriz - belia dan sukan

Khairy - men. pelajaran

br ok..
Atan said…
Salam semua,
Masalah yang didepani UMNO bukan membusut dan membukit, tetapi menggunung. Oleh itu, pada hemat saya, hal utama yang perlu disejukkan bukanlah UMNO dan insan-insan di situ tetapi di luar periuk kuali UMNO, iaitu warga Malaysia yang sedikit kucar-kacir ini. Isu PPSMI yang menjadi kudis buta dalam pemerintahan BN, satu contoh jelas. Hal ini belum lagi melayani gelagat Majlis Peguam, HINDRAF, pembangkang, dsb.

Mementerikan DMM memang wajar - wajahnya bersih malah akhlaknya, dari segi politik, kelihatan bersih. Walau bagaimanapun, pendirian beliau tentang PPSMI agak mendukacitakan dan saya fikir, hal ini turut menjadi faktor kekalahannya sehingga turut mengecewakan saya dan sahabat semua.

Oleh itu, pandangan Sdr Bob supaya DMM ditabalkan sebagai Menteri Pelajaran kurang wajar. Masalah PPSMI itu akan terus memberat dan membuka peluang pihak lain menghentam dan membalun dan kelak mungkin akan merealisasikan tumbangnya BN pad PRU akan datang.

Dalam keadaan sekarang, memenangi hati rakyat dalam isu-isu besar - walaupun tidak seluruhnya - akan meredakan kemurkaan rakyat.

Kita harus menaruh harap, DSN sedar akan perkara ini dan mengambil langkah wajar yang sederhana tetapi meninggalkan impak paling besar terhadap perasaan rakyat.
Anonymous said…
Salam Azli,
Amat setuju dengan keseluruhan pandangan anda di sini.
Ada ramai menteri yang kalah dalam pemilihan ini, dan tentunya untuk jaga maruah (kalau adalah) tentu mereka tidak mahu dilantik lagi.
Dato' Mukhriz mungkin sesuai untuk Menteri Belia dan Sukan kot...
Saya setuju Muhkriz dilantik sebagai Menteri !!

Najib harus bijak dalam menentukan barisan kabinetnya kali ini selepas saf kepimpinan di dalam UMNO sudah mula berubah mengikut arus perubahan yang dikehendaki semua ahli parti. Kita tidak kisah samada Muhkriz diletakkan di mana-mana kementerian pun tetapi saya yakin beliau mampu menjalankan amanah ini dengan baik.


KJ harus tumpukan kepada kekuatan Pemuda UMNO. Saya yakin kemampuan KJ dalam perjuangan Pemuda ,beliau akan tumpukan kepada usaha mengembalikan maruah PEMUDA.

salam perjuangan

Hidup UMNO !!
nino mok said…
saya juga menyokong 100% sekiranya mukhriz dilantik sebagai menteri pelajaran.
ikan emas said…
ada kalangan yg bertanya "ada barter trade ke antara DS Najib dan Pak Lah "?

DMM - Menteri Pelajaran atau Pengajian Tinggi
azlishukri said…
ikan emas - ada satu yg membinggungkan kita semua, ada sesiapa tahu bila pak akan meletakkan jawatannya? setahu saya masih tiada tarikh dan masa yang ditetapkan, jika sesiapa tahu tolong beritahu saya.
Atan said…
Salam,
Sabri Ismail memang kena sbg Menteri Belia dan Sukan.

Saya fikir, ketelusan yang terlihat pada zahirnya itu perlu dibuktikan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
add said…
Saudara MAS,
Jom buat kempen "

1. "Tak Nak KJ Menganggotai
Kabinet Najib"

2. Exco pemuda membuat usul Undi
tidak percaya kepada KP UMNO
baru

3. Kumpul bukti penglibatan
politik wang KJ "Dulu Kini dan
Akan Datang"
kancilstream said…
Salam,
Aku cukup kecewa bila YB DMM tewas dalam perebutan ketua pemuda Umno. Adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah, kemenangan YB KJ bukan lah kemenangan total kerana, kalau dicampur undi YB KT dan YB DMM jumlahnya melebihi dari jumlah undi yang diperolehi oleh YB KJ, aku rasa YB KJ cukup paham hal ini.
Pandangan aku biarlah YB KJ kembalikan dan buktikan beliau boleh menerajui pemuda tidak perlu sibuk2 nak jadi menteri, utk YB DMM sebagai permulaan biarlah beliau dilantik sebagai timbalan menteri dahulu, pandangan ini bukan memperkecilkan kebolehan YB DMM...tapi bagi beliau mempelajari dengan lebih mendalam dan mendapatkan pengalaman sebelum menjadi Menteri Penuh.Hidup YB DMM.Semoga UMNO akan terus menjadi pembela utama kepada Agama, Bangsa dan Negara.

SALAM PERJUANGAN.
Anonymous said…
Salam saudara Azli,

Saya menaruh harapan yang tinggi sekiranya DMM dilantik kedalam MKT dan seterusnys di beri ruang menjadi Menteri Penuh.Inilah masanya DSN memberi peluang kepada generasi muda yang berhemah tinggi, amanah dan setia kepada parti.Lantang dan berpendirian teguh.DMM mempunyai karisma yang cukup diminati oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang bersih,riak wajah yang menampilkan keperibadian yang cukup tinggi sekali.

Umum tahu yang kekalahan beliau dalam menduduki kerusi Ketua Pemuda Malaysia adalah kerana bersih dari amalan politik wang.Sebenarnya kita harus memberi tabik kepada DMM kerana berjaya melalui proses pemilihan tanpa SI (Salam Isi)dan inilah pemimpin yang perlu di beri perhatian, insyallah untuk menjadi Pemimpin Terulung satu hari nanti.

Pemuda hari ini terus terang saya katakan TIDAK NAMPAK akan ada perubahan kerana mempunyai pemimpin yang korup.(Berdasarkan keputusan Lembaga Disiplin parti, bersalah tetapi diberi amaran dan boleh bertanding dan jawapannya memang ada unsur politik wang tetapi diberi keistimewaan oleh pihak Lembaga.)Di kaca TV seluruh rakyat Malaysia boleh melihat secara jelas apabila nama KJ diumumkan dan diberi peluang untuk berucap.Seakan ada nada demdam dalam dirinya.Inikah pemimpin yang akan membawa PEMUDA kearah jalan yang betul ataupun sebaliknya........Jika dilihat barisan EXCOnya pun sudah nampak yang PEMUDA akan membawa banyak masaalah dalam parti UMNO nanti.

Oleh itu DSN perlu bertindak sewajarnya sebagai Presiden yang baru.Saya cukup bersetuju yang Ketua Pemuda tidak di beri sebarang jawatan dalam kerajaan nanti.KJ perlu kotakan dulu janjinya untuk menyatukan seluruh anggota Pemuda dan bukan tumpuan kepada barisan EXCOnya sahaja.Akar umbi pemuda telah mula bersuara dan sudah ada rasa tidak puas hati kerana 304 perwakilan pemuda tidak menyambut hasrat UMNO untuk hindarkan politik wang.

Saya berharap dan berdoa Presiden DSN akan membuat perubahan yang besar dalam UMNO bagi menjamin keutuhan Parti dan negara menjelang PRu13 nanti.

KAIZER
Salam,
Cadangan saya biarlah Mukhriz di Kementerian Belia dan Sukan.

Saya juga mengharapkan Mukhriz dan Khir Toyo dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama-sama Dr Rais Yatim.
Anonymous said…
Saya Sangat Setuju Dengan Blogger KluangMan.

Yang Kalah Tetap Kalah. Walaupun saya rasa Datuk Mukriz baik dan Khairy tidak baik, namun berkenaan melantik sebagai menteri adalah tidak masuk akal, berdasarkan apa yang dilakukan Mukriz.

Mukriz kalah walaupun dilihat hero dalam kerja kebajikan. Tetapi ramai yang meluat dengan kerja kebajikan beliau, kerana apa yang dilakukan seperti kera dihutan disusui, anak dipangku dilepaskan.

Mukriz lebih ghairah dengan kerja kebajikan antarabangsanya, tetapi untuk rakyat? Apa yang beliau buat?

Apa yang dia buat untuk rakyat Jerlun? Sepatutnya Mukriz perlu tumpu kepada kawasan parlimennya, bukan sibuk menyalak di luar negara.

Datuk Mukriz tidak patut jadi menteri, tetapi jawatan lain dalam kerajaan seperti terajui FELDA, GLC dan seumpamanya. Dari situ bawa perubahan.

"Patah Sayap Terbang Juga"

Sekian

Dato Adil
KL.
Anonymous said…
Baca blog chedet. bertajuk: KENAPA SAYA TIDAK HADIR (27 Mac 2009 jam 4.24 pm.
Anonymous said…
salam saudara azli:

saya sangat bersetuju dengan saudara punya cadangan:

MENJADIKAN DATUK MUKHRIZ SEBAGAI MENTERI KABINET.....

memang satu ideal yang sangat bernas, jika dulu Mukhriz ada mengatakan jika dia menang,dia berikrar untuk memulihkan Pemuda UMNO, tapi keputusan sebaliknya, mungkin itulah takdir yang telah ALLAH tentukan, Khairy Jamaluddin menang!!!!!! tak mengapalah, sekarang, saya minta Najib ambil Mukhriz untuk berada dalam kabinet pilihan Datuk Najib....

CADANGAN SAYA PULA PADA DATUK NAJIB, PISAHKAN BELIA DAN SUKAN KEPADA DUA KEMENTERIAN: IAITU

1) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BELIA

2) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KESUKANAN

Cadangan saya untuk jawatan Datuk Mukhriz menjadi MENTERI PEMBANGUNAN BELIA SUPAYA DATUK MUKHRIZ DAPAT TUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN PADA BELIA YANG SEKARANG MEMPUNYAI BANYAK KERUNTUHAN MORAL..... AGAR DATUK MUKHRIZ DAPAT BANGUNKAN SEMULA BELIA UNTUK MENJADI BENTENG DAN JUGA GENERASI AKAN DATANG YANG CEMERLANG.....

DATUK MUKHRIZ MEMANG MENJADI TOKOH SEORANG MENTERI MUDA UNTUK MEMEGANG PORTFOLIO KEMENTERIAN TERSEBUT......

SALAM TA'ZIM SHAROL....
Anonymous said…
Saya rasa kebanyakan ahli-ahli UMNO dan rakyat belum dapat menerima keputusan KJ menjadi Ketua Pemuda.

Pemimpin mestilah bersih dan kelihatan bersih. Saya tak nampak KJ bersih atau kelihatan bersih.

Please do something DS Najib.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Baca tulisan Tun Dr. Mahathir bertajuk: KENAPA SAYA TIDAK HADIR didalam blognya.
Cheguman said…
Azli,
Barangkali ada benarnya kata orang, 'yang menang itu yang terbaik'. Mungkin kita boleh renung kembali bagaimana Rasulullah SAW sendiri menyusun strategi. Baginda tidak sentiasa memilih orang yang paling warak menjadi pemimpin sebaliknya melantik yang bijak mengatur strategi.

Apapun, saya lebih suka rencana kali ini berbanding rencana semalam.

Wallahu'alam.
Anonymous said…
Mukhriz jadi Kementerian Orang Tua...jaga orang tua yg melalut banyak

Khairy Menteri Pelajaran...sebab dia layak jauh lebih layak dari org suka tempe dan org duduk belakang bapak.

Adios KJ...

bungaraya
El_Liyana said…
mukriz - menteri dalam negeri.

khairy - menteri belia dan sukan.

barulah seimbang..
alo said…
sy xsetuju mukhriz jd menteri,sepatutnya dia sama2 ngn khairy utk kuat kn barisan pemuda..kemasukan mukhriz akan memperlihatkan secara jelas campur tun mahathir dlm membuat keputusan parti..walhal tun m bkn ahli parti.

khairy lah yang plg layak jd menteri..dia berwawasan,agresif dan nmpk ciri2 pemuda selari dgn citarasa golongan muda bebanding mukhriz yang dah umur lebih 40an.diharap lepas nie pemuda umno tak dianggap lg sebagai organisasi lembik atau pondan.

sepatutnya khairy diberi ruang dan peluang utk membuktikan kewibawaan..bebanding dgn menghentam beliau berdasarkan rekod yang lepas.kita patut beri peluang bkn nya terus menghukum.biarkan masa dan generasi akan dtg yang menentukan hala tuju perjuangan bangsa.wasalam

bkn pro khairy
bkn anti mukhriz

mnorizzuan@gmail.com-facebook
ayie@3bond said…
setuju!! amat setuju Dato Mukhriz memegang jawatan menteri penuh ...

menteri pelajaran agak sesuai dengan Dato Mukhriz ...
Tam Dalyell said…
".... The constitution doesn't specify that the prime minister has to be a Malay or bumiputera ... but if people can see that you are a truly Malaysian leader, and you take care of the interest of everyone, including the Malays, I think the Malays won't have a problem picking that person as a prime minister."

"...But how is that going to happen when we have problems with different school systems going their own separate ways, in different languages, different cultures, and then expect them to integrate when they get into university? By then it's far too late already."

"You can't expect people to unite once they've passed their impressionable years in primary and secondary schools, and then complain about, "Oh, when is the time when non-Malays can become the prime minister?" I think that's too much to ask if you still want to defend the vernacular schools..." (DMM)

Tuan;
Pandangan DMM itu satu pandangan yang holistik lagi berani mengenai negara dan bangsanya.

Oleh itu sangatlah sesuai apabila DMM diberi jawatan Menteri Pendidikan.

Minda proaktif bangsa sebegini sangat sesuai diberi kerja melentur aur sejak dari rebung lagi.

Diberi tugas berkenaan belia dan sukan itu bagus, tetapi yang termasuk dalam ruang-lingkup tanggungjawab sekedar ini hanya beberapa peratus anak bangsa sahaja berbanding peratusan "aur dan rebungnya sekali".

Wallahu a'lam.
Unknown said…
sgt tak puas hati daomukhriz kalah..aku rasa menteri pelajaran.sbb pakcik hisyamuddin tu senyap jer pasal ppsmi ni..aku rasaa laaaaaa kannnn.heeee
Cheguman said…
Kepada yang berminat dengan isu PPSMI bolehlah layari http://waadat.blogspot.com/2009/03/isu-sains-dan-matematik-dalam-bahasa.html untuk berkongsi pendapat.

Terima kasih.
azlishukri said…
terima kasih atas semua komen saudara2 semua.
haidan said…
salam....
tak tau mane nak bgtau nieh..
so,komen kat sini je lah..
heheheh!!
saya dah tukar url blog saya...
blog lame..

moh meraban
(http://miznad.blogspot.com/)

ke url baru,blog baru...

isolated
(http://misolated.blogspot.com/)

sorry for the troubles...
Anonymous said…
saya nasihat kan agar MM tidak memerima jawatan itu sebaliknya serah kan jawatan menteri kepada KJ supaya 304 ekor barua itu lebih kenyang.
304 ini lah yang menolak hak dan harapan akar umbi
kuanderas said…
Saudara Azli,
Kementerian Pelajaran adalah tempat yang sesuai untuk beliau.
- Kilang Perdana Menteri adalah di sini.

Kementerian Belia & Sukan juga sesuai

Wasalam
kuanderas said…
Azli,
mohon senaraikan semua yang mengundi Ketua Pemuda, kemudian :
1.Senaraikan nama perwakilan yang mengundi
2.Senaraikan pencalonan pilihan mereka (Mukhriz,KJ atau Khir)
3.Study cawangan-cawangan di bahagian. Apa yang mereka calonkan pada.

Untuk mencari siapakah perasuah 304 ini!!!

Siasat juga dakwaan perwakilan di bawa ke Seri Perdana (rujuk Mykmu)

Hidup Mukhriz!!

Wasalam
Anonymous said…
mukhriz? khairy?khir?

kami nk yg bersih jer jadi menteri.
kalau ader jenis berkepentingan nk jadi menteri...next election. confirm UMNO/BN JATUH!
AnDeH said…
salam singgah juga pada saudara azli. Trm kasih krm kunjungi wadah Andeh. Andeh pun slalu membaca idea saudara berkenaan isu politik semasa.

Andeh bukan pemikir, jauh sekali pakar pentafsir. Hanya gelombang idea daripada penulis2 blog serta artikel mampu disisir. Agar kesunyian ilmu akan terusir supaya tak dipengaruhi anasir2..

Wallahu a'lam .. .
Anonymous said…
Assalamualaikum Azli,

Semasa mengikuti ucapan penggulung pemimpin yang baru dipilih sebagai TP UMNO, TS Muhyiddin Yassin tiba2 terdengar sorakan yang gemuruh daripada perwakilan.

TS Muhyiddin berhenti berucap dan menoleh ke arah tempat duduk VVIP. Kamera terus memfokus ke arah yang menjadi tumpuan. Rupa2nya TDM dan TSHA baru sampai. Perwakilan tanpa disuruh berdiri memberi hormat (standing ovation) secara spontan kepada mereka berdua.

Isteri saya menitiskan airmata gembira melihat kedatangan pemimpin yang disayangi dan dihormati walaupun sudah 5 tahun meninggalkan pentas yang biasa didudukinya.

Tun adalah ibarat mutiara yang sentiasa bersinar. Jasanya yang terlalu banyak kepada Agama, Bangsa dan Negara tidak dapat dipadam oleh KJ yang sememangnya tidak sukakan Tun.

KJlah yang meminggirkan Tun daripada pemimpin2 serta ahli2UMNO. Dialah yang telah mengarahkan supaya jangan ada pemimpin2 UMNO bertemu dengan Tun.

Alhamdulillah apabila DS Najib mengambil alih pucuk pimpinan parti, dia jemput Tun untuk bersama-sama dalam barisan MKT untuk memberikan pendapatnya dalam mengatasi masaalah negara yang dihadapi sekarang.

KJ yang baru dinobatkan sebagai KP dengan cara yang sungguh diragukan nampak gelisah dengan kehadiran Tun.

Ramai yang berkata bahawa pengiraan pertama dan kedua D Mukhriz telah mendahului. Tetapi KJ tak puas hati dan mahu undi dikira semula.

Entah dimana silapnya dia pula yang menang. Something is not right somewhere.

Maka tidak hairanlah setiap kali nama KJ disebut, ia disambut dengan booo..

Apa maknanya itu? KJ tidak diterima oleh ramai ahli2 UMNO.

Harap DS Najib siasat semula kalau inginkan sokongan padu daripada ahli2 UMNO dan rakyat.

Jangan kerana nak mempertahankan seorang yang bersalah hancur satu organisasi yang menjadi payong kepada orang Melayu.

Mana lebih penting, KJ atau ahli2 UMNO dan rakyat.

KJ dah mula main peranan dengan mengarahkan UMNO Kelantan supaya memberi dia peluang. Peluang apa? Peluang menjadi menteri kut.

Kalau KJ dilantik menjadi menteri, maka bertambah marahlah rakyat.

Kalau pilihanraya kecil Parlimen BT Gantang calon UMNO kalah, puncanya adalah kerana KJ. Parti pembangkang telah mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan UMNO kerana memilih seorang yang PERASUAH menjadi pemimpin pemuda.

Berani bertindak terhadap KJ akan menaikkan imej DS Najib dan UMNO. KJ telah menjadi liablity kepada UMNO.

Fikir-fikirkanlah.
Anonymous said…
SALAM BRP AZLI

YG PASTI KITA DH TAU ORG YG AKAN MENGEMUDI UMNO. NAMUN TERSERAH DS NAJIB DAN TSMY YG AKAN MENENTUKAN HALATUJU PERJUANGAN PARTI.

KITA DI PIHAK AKAR UMBI AKAN TERUS MENYUARAKAN PANDANGAN ATAU TEGURAN DEMI UTK KEBAIKAN PARTI KESAYANGAN KITA INI.

UMNO AKAN TERUS RELEVAN DAN ANAK TERUS BEREVOLUSI..

INSYALLAH
Lin said…
salam sdr azli

semoga saudara teruskan perjuangan saudara yg ikhlas ini

amin

tungaklangit
chotz said…
saya sokong dgn cadangan KAYROLLDIN.. mukhriz wajar dilantik sbgai menteri kabinet & portfolio yg paling sesuai adalah kementerian belia & sukan.. kerana mukhriz sendiri aktif dgn kegiatan NGO (aman malaysia) & diharap beliau dapat menarik lebih ramai golongan belia untuk terlibat dgn badan2 belia, bdn2 amal, bdn2 NGO, bdn2 sukan.. maka dgn ini, golongan belia malaysia dpt mengamalkan gaya hidup aktif berpersatuan & boleh menghindarkan diri dr gejala negatif...
PARPUKARI said…
SAYA CONFIDENT DAN YAKIN DATO MUKHRIZ BOLEH MENJADI MENTERI PENUH 100%

http://parpukari.blogspot.com/

HIDUP DATO MUKHRIZ!
PARPUKARI said…
SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMINTA DATO SERI NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN UNTUK MELANTIK DATO MUKHRIZ SEBAGAI MENTERI KABINET YANG PENUH!

BELIAU MEMANG LAYAK UNTUK MENGANGGOTAI KABINET, KERANA BELIAU MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN SOKONGAN YANG AMAT BESAR DARI KALANGAN AKAR UMBI!

APAYANG SAYA NAMPAK DALAM DIRI DATO MUKHRIZ INI IALAH BENDA YANG SAMA SAYA NAMPAK DALAM DIRI DATO SERI DAN TAN SRI IAITU KARISMA KEPIMPINAN, BUKAN SEMUA MEMPUNYAI KARISMA INI!

JANGANLAH KECEWAKAN KAMI! KAMU MAHU DATO MUKHRIZ DI DALAM KABINET SEBAGAI MENTERI PENUH.

ITU SAHAJA PERMINTAAN SAYA YANG HINA INI!

MAAAFKAN SAYA SEKIRANYA PERMINTAAN SAYA INI ADALAH MELAMPAU, TAPI DATO MUKHRIZ ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT, SIA SIALAH KALAU KITA TIDAK MENGGUNAKAN KHIDMAT BELIAU!

JUSTICE FOR DATO MUKHRIZ!

YANG IKHLAS,

PARPUKARI
Shahriza Mahmud said…
Salam saudara Azli dan semua yang telah memberi komen yang cukup jelas.

Saya pernah bertekak secara online dengan seorang hamba Allah yang telah menggunakan nama samaran di dalam fan page TDM ( facebook ) satu ketika dahulu.

Isunya kerana saya menyokong UMNO, TDM, DMM dengan penyampaian saya yang berkobar melalui satu karya sajak yang membangkitkan semangat diketika TDM sering dicemuh!

Orang itu berkata dengan menggunakan kata-kata kesat, jika saya bukan ahli UMNO, saya tiada hak untuk menyibuk. Dia menuduh saya sebagai Melayu yang tidak mengambil tahu tentang jatuh bangunnya bangsa dan sebagainya.

Saya biarkan dia membebel tanpa dia mengetahui secara benar samada saya berada di dalam ataupun di luar UMNO.

Akhirnya saya menjawab sehingga dia diam.

Moral of the story is:

Berdasarkan tajuk saudara Azli, DARIPADA RAKYAT KEPADA RAKYAT.. Bukannya daripada ahli UMNO kepada ahli UMNO sahaja.

Jika benar orang yang mengutuk saya itu adalah ahli UMNO, maka sempitlah pemikiran ahli-ahlinya TAPI saya tidak menghukum terus. Ini kerana saya sedar bukan semua yang berhaluan sepertinya.

Dia adalah di antara semut-semut api yang cuba untuk menjauhkan 'rakyat' dari pemimpin yang disayangi dan dihormati seperti TDM dan DMM.

Saya kira politik wang, politik 'rayuan' yang melampau, politik 'janji' yang menggunung dan politik 'kunjungan' tidak rasmi ke laman sendiri, lebih meyakinkan dan mengikat serta menjerat leher perwakilan yang sudah lupa diri tentang kepada siapa sewajibnya mereka berkhidmat.

Mereka lupa amanah yang dibawa dari akar umbi setelah mabuk dengan gula-gula madu yang mahal harganya! Harga sebuah maruah dan amanah dari rakyat hanyalah serendah gula-gula nipis yang bersalut salam genggaman erat lagi membunuh!

Daripada Rakyat Kepada Rakyat tidak lagi bermakna.

Saya kecewa dengan kekalahan DMM. Teramat kecewa.

'Daripada Rakyat Kepada Rakyat' melalui perwakilan tidak berhasil atas pelbagai alasan dan ulasan yang diberikan semua pihak.

Saya berharap apa yang cuba saudara Azli usahakan akan membuka peluang kedua. Semoga suara rakyat tidak kira dari mana datangnya akan didengari oleh pemimpin teratas!

Ada yang berkata, DMM tidak berani 'all out' seperti KJ. Pada saya,'all out' yang bagaimana? Jika yang menggunakan 'dirty dancing' saya lebih rela DMM kalah!!

Yang terbaik dalam 'pengiraan' belum tentu akan menjadi terbaik di hati dan kemahuan rakyat.

Alangkah bagusnya jika rakyat juga berpeluang membuat undian untuk memilih KP dan apa saja jawatan yang dipertandingkan di dalam sana.

Nama pertama yang akan saya undi, sudah tentu DMM!

DMM for Menteri Belia & Sukan.

Rasional:

1. Belia perlukan DMM yang jujur di hati dan ikhlas di wajah.

2. DMM tepat untuk belia yang perlukan seorang 'abang kandung' dan bukannya 'abang tiri'.

3. Strategi sebelum PRU akan datang. Pembangkang menggunakan belia untuk kepentingan mereka. DMM mampu membawa mereka kembali.

KJ?
No comment..

Salam.
Syameer Firdaus said…
saya fikir memang bagus dan yang terbaik jika Mukhriz dilantik jadi menteri!

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mungkin yang sesuai bagi mukhriz gantikan bakal Timbalan Perdana Menteri baru kita iaitu YB. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN.

hidup UMNO!!! hidup UMNO!!! hidup UMNO!!!
azlishukri said…
Terima kasih atas semua komen, tidak sempat untuk saya membalasnya.
klip Klip said…
Kawan kawan. saya amat suka keperhatinan dan kelembutan Dato' MM dan dia juga seoranf diplomat yang baik, tetapi masaalahnya di SPM gred 3 dan degree dari sophia University pun tak menyerlah sangat.

bagus lagi razali lawyer dari UKM yang 1sr class hons.
PARPUKARI said…
KLIP KLIP, CUBA TANYA KJ, DEGREE DARI OXFORD TU BERAPA DIA BELI?

EK ELEH JGN LA KAMAU NAK KONDEM ORG LAIN KALAU KETUA KAMU SENDIRI KUAT MAKAN RASUAH! MALU LA WEI!
Anonymous said…
Mukhris jangan dilantik lagi sebagai menteri. Beliau perlu dipilih menjadi Presiden Belia 4B, berlatih memimpin orang muda. Lepas tu dalam masa 5 tahun nanti pilihanraya ke 13 kalau dia menang bolehlah dilantik menteri. Apa-apa menteripun sesuai untuk beliau. Janjinya dalam edah ini beliau tunjuk kesetiaan kepada parti dan kerajaan. sokong dsemua pem9impin UMNO termasuk KJ. baru lulus untuk jadi menteri. yang sokong mukhris sekarang supaya dilantik menteri tu sebenarnya sokong membawa rebah.
azlishukri said…
klip2 saaudara memfitnah Mukhriz, saya cuba mendapatkan makluman sebenar keputusan SPM MUkhriz, ia tidak seperti yang saudara katakan.
Anonymous said…
Saya amat bersetuju dengan perlantikan Mukhriz sebagai salah seorang jemaah kabinet. Seperti yang diperkatakan oleh saudara azli, ini dapat meredakan penyokong mukhriz dan rakyat yang mahu melihat UMNO menjadi bersih. Khairi dicadang suapaya tidak menyertai kabinet Najib dan mungkin hanya berperanan sbg orang dalaman UMNO yang berfungsi untuk menarik pemuda menyertai UMNO sahaja. Oleh itu itu rakyat tidak akan melihat kabinet Najib mempunyai seorang yang "bengkok" dan jika orang akan marah pun orang akan memahari UMNO sahaja dan tidak membenci kabinet atau kerajaan secara keseluruhannya.
Sisingamangaraja Gorgor said…
Reply back to Anon 4:39 AM...~

"Beliau perlu dipilih menjadi Presiden Belia 4B, berlatih memimpin orang muda."

My Reply... YB Rembau lah yang sepatutnya jadik Presiden Belia 4B... Ini kerana bliau tidak mengenali mentaliti orang2 Melayu bawahan serta di akar umbi... Tau2 balik dari England dah nak jadik Perdana Menteri Malaysia...~

"sokong dsemua pem9impin UMNO termasuk KJ. baru lulus untuk jadi menteri."

My Reply... Fakta sebenar... Rata2 akar umbi menolak menyokong bliau... Apalagi sebahagian besar rakyat Malaysia...~

"yang sokong mukhris sekarang supaya dilantik menteri tu sebenarnya sokong membawa rebah."

My Reply... Yang menyokong menantu bekas Presiden UMNO tu lah yang sebenarnya sokongan membawa rebah.

HORAS!!!...~
Mohd Nasri said…
Saya suka cara Dato' Mukhriz Mahathir..
perwatakan yang tidak mendapat tumpuan ramai tetapi lantang bersuara menegakkan kebenaran..
Beliau mungkin sesuai diberi jawatan Menteri Pelajaran kerana beliau juga merupakan bekas pelajar MRSM. Secara tidak langsung mungkin beliau mampu membuat perubahan bagi sistem pendidikan di Malaysia yang ramai orang kata sudah lapok.
zedmagel said…
Sdra Azli,

Saya tidak fikir pihak kepimpinan akan melihat dan mendengar pandangan bloger seperti kita, unless jika ada diantara bloger seperti kita ada kabel yang rapat dengan pihak pucuk pimpinan negara.

Namun bagi mengisi forum ini, saya mencadangkan Datuk Mukriz Mahathir dan Dr Khir Toyo juga diberikan peluang dan kesempatan dalam mengisi kekosongan kabinet negara, Datuk Mukriz sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Dr Khir Toyo sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Saya percaya mereka mampu memikul tugas yang akan diamanahkan. Apa pandangan sdra Azli dan bloger yang lain?
azlishukri said…
zed - saya juga sependapat dengan saudara. tetapi skrag najib dan kepimpinan negara akan mengambil kira suara bloggers.
HASRI HASAN said…
Azli, memang posting ini sangat tepat pada masanya kepada DS Najib kini sedang menilai barisan kebinet beliau.

saya harap Azli re-fresh page ini dan bawa ke front page sekali lagi agar DS Najib dapat mesej dari bloggers ini.

Dato Mukhriz untuk MENTERI PELAJARAN kerana bidang pendidikan asas di negara ini sangat memerlukan anjakan paradigma dari pemimpin yang berwawasan dan berfikiran besar seperti DMM

Untuk KJ, biarlah dia menumpukan perhatian kepada Pemuda UMNO kerana kalau dia diberi jawatan menteri kabinet, Pemuda akan terbiar pula...bila masa nak perkasakan Pemuda?

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma