Skip to main content

Penulis Bersama Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

Salam
Hormat Guru!


Setahun yang lalu, saya bertemu dengan Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, CEO MK Land dan antara orang Melayu terkaya di Malaysia. Dua kali pertemuan saya dengan beliau membuatkan saya memahami bagaimanakah kita mahu berubah untuk berjaya. Pertemuan pertama saya dengan beliau adalah di Taiping Golf Resort dan yang kedua di pejabat beliau sendiri di Mutiara Damansara.


Tokoh penting dalam sektor hartanah ini benar-benar seorang yang cukup tegas dan berjiwa pendidik. Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada beliau, antaranya yang cukup penting ialah : kita sebenarnya selalu tersilap dalam membina soalan untuk diri kita sendiri, atau dengan kata lain, kita sering bertanyakan soalan yang salah untuk diri kita. Dan apabila kita bertanyakan soalan yang salah, maka sudah pasti jawapannya juga adalah salah.


Inilah inti pati yang saya dapat dalam pertemuan saya dengan beliau. Untuk menjadi orang yang berjaya, kita harus berdialog dengan diri kita melalui soalan-soalan yang relevan dan mampu memberikan momentum untuk kita bertindak, dan bukan soalan-soalan yang menyebabkan kita lebih menjadi pasif dan negatif.


Soalan seperti apakah dengan nasib aku ini?, apalah nak jadi dengan aku ini?, apa lagi yang boleh aku buat? Dan soalan-soalan yang seangkatan dengannya merupakan soalan yang hanya mengundang sifat pasif dan lemah semangat. Untuk berjaya, kita harus membina pertanyaan-pertanyaan yang memberangsangkan diri kita untuk bertindak dan bergerak ke hadapan. Amalkan soalan-soalan yang konkrit dan objektif, agar otak dan minda kita berfungsi dengan lebih kemas dan matang.


Tanya selalu dalam diri kita, Apa lagi usaha-usaha yang boleh memajukan diri dan syarikat aku ini? Atau apakah yang hendak aku lakukan agar aku berjaya? Atau bagaimanakah aku hendak melalukannya atau mencapainya? Atau bagaimanakah cara untuk aku mencapai keinginan dan cita-cita aku ini? Banyak lagi soalan-soalan yang memberangsangkan dan mampu menggerakkan minda dan fizikal kita. Janganlah kita bertanyakan soalan-soalan yang salah kepada diri kita sendiri, kerana soalan yang salah sudah tentu mengundang jawapan yang salah juga, dan jawapan yang salah sudah tentu menyebabkan langkah kita juga akan salah. Fikir-fikirkan hal ini. Tidak mampu saya menghuraikannya terlalu panjang dalam ruang yang terhad ini.

Comments

Guru2 saudara hebat. dan saya juga berharap kehebatan mereka itu membawa roh.
azlishukri said…
rohit..i will do the same thing

daniell..belajar kepada guru yang betul..
Artozy said…
pengalaman yang kau terjemahkan ke dalam bentuk tulisan ini sangat membantu untuk orang-orang seperti aku yang kurang pengalaman bertemu orang berpengalaman untuk mencari pengalaman sendiri.

terima kasih.
azlishukri said…
terima kasih artozy..itulah harapan saya agar para sahabat saya mendapat manfaat daripada blog saya ini. wallahualam.
Unknown said…
Laaa...Ingatkan abang kau tadi. Lima bulan lagi, aku harapkan kau kuruslah ya!haha
Unknown said…
Tan Sri Mustapha Kamal orang melayu yang berjaya di bidang hartanah..

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...
Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya. Mokhzani keluar UMNO Pada 21 Mei 2008 Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta.``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini- Utusan. Ulasan Saya : Nampaknya ramai yang tidak mengenali anak ketiga Tun Mahathir Mohamad ini dengan lebih dekat. Saya agak kecewa apabila orang bercakap bukan berdasarkan sejarah. Benar kata-kata pepatah Arab yang berbunyi, “Manusia akan menjadi musuh dengan apa-apa yang mereka tidak ketahui”. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob m...
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata. Al-Quran Kita Perlu Ubah Persepsi Oleh MUHAMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini telah pun disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20/01/2004) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 2, "Sesungguhnya Kami turunkan kepada engkau al-Quran yang berbahasa Arab, supaya kamu fikirkan". Firmannya lagi yang bermaksud, "Inilah Kitab ( al-Quran ) yang Kami turunkan kepada engkau, penuh keberkatan supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal dapat mengambil pelajaran." ( As-Shad: 29 ). Kedua-dua firman Allah di atas sudah memadai untuk menggambarkan betapa besarnya fungsi al-Quran di dalam kehidupan manusia. Ia tidak hanya untuk dibaca serta dihafal semata-mata, tetapi yang lebih penting dan utama, al-Quran harus dijadikan sebagai petunjuk serta difikirkan segala makna dan struktur kata-katanya yang terkandung pada setiap halaman. Hal ini bererti, al-Quran tidak hanya diturunkan untuk diambil manfaat paha...