Skip to main content

Ya Allah, Banyak Ini Duit Yang Habis Beri Mereka Makan?


Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim seolah-olah menyampah dan teramat benci terhadap pendedahan pihak kerajaan berhubung jumlah wang rakyat yang terpaksa digunakan bagi memberi makanan dan menyediakan tempat berteduh kepada 1697 tahanan demonstrasi haram Bersih baru-baru ini. Sejumlah RM42 425 diperuntukan daripada wang rakyat, termasuk daripada cukai ahli-ahli UMNO bagi menanggung makan - minum peserta perhimpunan haram Bersih 9 Julai lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak. Soalnya sekarang, bersediakah ahli-ahli UMNO menghalalkan duit daripada hasil cukai mereka digunakan bagi membiayai makan-minum para pendemonstrasi haram yang akan diadakan oleh Pakatan Haram pada masa akan datang? Jika sekarang baru ada Bersih 2.0, mungkin selepas ini akan muncul pula Bersih 3.0, 4.0 dan seterusnya, dan berapa banyak lagi duit rakyat yang hendak digunakan lagi bagi membiayai makan-minum para peserta perhimpunan haram seperti ini? Sudikah kita menghalalkannya? Tepuk dada, tanya iman. Wallahualam. Baca di sini..

Comments

Anonymous said…
lembu-lembu sedang diberi makan..
Mustaqim said…
Sy rasa begitu lama PM Najib dalam politik Malaysia bukan makin bijak ttp menjadi makin bodoh juga lebih kurang sama dgn Pak Lah bodowi. Masih mau menunjuk 'clean-man' dan 'moderate-man' or 'Dayus-man'?

Walaupun sudah 29 tahun dalam sepak terajang politik tanahair masih lagi tak boleh 'handle' isu semacam Bersih=Shit hari ini. Maklumlah dlm umur 29 tahun menjadi Menteri Besar Pahang! Jadi di manakah umat Melayu harus menaruh harapan masa depan mereka?

Kenapa PM Najib tergesa-gesa mengumpul org Melayu dari UMNO di PWTC menterjemahkan kejadian pengkianatan segelintir Melayu dlm episod Bersih=Shit? Bukankah PM Najib adalah PM kepada seluruh rakyat Malaysia? PM Najib masih takut dgn sokongan seluruh rakyat Malaysia yg majoritinya org Melayu?

Sy rasa eloklah UMNO menolak PM Najib ini. Jangan sampai PRU13. Bersih=Shit ni dah terang2 memesongkan seluruh pengorbanan datuk-nenek kita dahulu dgn menidakkan segala titik peluh dan jihad mereka sehinggalah tertubuhnya Malaysia hari ini.

Lupakah pada sejarah Malaya dahulu? Siapa yg mempertahanakan tanahair dari zaman Melaka? Yg paling terakhir Nov 1821, Kedah diserang Siam. Laksamana dan Temenggung Kedah dibunuh oleh 7,000 askar Siam dari Trang. Siapa yg bangun berjihad? Ambiga ke? 70,000 org Kedah dari seluruh jumlah 100,000 penduduk Kedah dalam bancian James Low dari P Pinang terpaksa menjadi pelarian ke P Pinang dan Perak sehinggalah terjadinya daerah Seberang Perai. Kalau tak ada datuk-nenek kita yg syahid dgn bangun berjihad sebanyak 5 kali 'open-war' 1823, 1828-29, 1829-1831, 1836 dan akhir sekali 1838-39 sehingga boleh menghalau Siam balik ke Singgora (Songkhla sekarang). Juga jihad ini bukan sahaja terdiri dari org Kedah ttp dibantu oleh org Perak, Selangor, Pahang, Bugis, Aceh, Minang, Deli, Petani, Kota Baru (Kelantan) dan Terengganu. Jadi sampai 1842 baharulah Siam berlembut mengakui kerajaan Kedah dan tanahair Semenanjung Melayu tidak tersungkur dgn Siam yg Buddha.

Jadi bangunlah wahai umat Melayu seluruhnya dari mimpi yg tak mungkin menjadi kenyataan.
Anonymous said…
kenapa dibazirkan duit sebanyak RM25 seorang utk diberi makan pada mereka ini? RM 10 seorang pun, kalau nasi bungkus mcm2 lauk ada.

kenapa mesti buffet? kenapa tak bungkus je?

najib..hishamudin..lu jgn buat golongan silent majority mcm aku ni panas...
Anonymous said…
kahkahkah tu belum tambah dengan bayar bil air n elektrik putrajaya sampai berjuta, tido hotel 5 bintang sampai ratus ribu ringgit dan terbaru rosmah beli cincin usd 24 juta... mmg kerajaan BN plg baik kat dunia. dlm rakyat mengalami krisis kenaikan harga minyak, kerajaan BN tambah plak kenaikan angin rakyat dia... PIKIR LA WOIII... KORANG DPT APA?
Anonymous said…
memang ini kelemahan najib..yg nampaknya tiada jantan sbg pm..tidak spt tun m dulu..sifirnya lebih kurang paklah tidowi..
dari cara dia naik angin masa dia berucap 2 x 5 dengan tidowi..memekik mcm budak..naik meremang bulu roma aku klu tgk dia naik semangat..
semua pemimpin2 yg nk disokong oleh kita melayu sekurang2nya biarlah ada ciri2 tun m..yg suaranya tak pernah tinggi..tp penangannya nik ajis pun fobia smpi skg..!!
apapun sekali sekala untuk rakyat rm25 sorang tu tak besar mana pun berbanding dg pembaziran dan ketirisan yg berlaku selama ini..juga yg dah masuk poket pemimpin2 yg tidak amanah..halalkanlah duit tu..tak payah berkira sgt..lgpun mereka2 tu pun bukannya orang kaya2 pun..
cuma yg harus dipertikaikan ialah cara pak najib yg dah jd kalot semacam tu menampakkn bhwa dia mcm serender dengan stretegi anwar ..
Anonymous said…
najib mengaum mcm harimau pondan..
klu mcm ni gayanya baik bagi kak ros je mengaum..buat perabihkan boreh..
Anonymous said…
Menggalakkan orang merusuh lagi di masa hadapan sebab dapat makan free,medical attention free, publicity free. Sudah pasti bukan tindakan yang bijak dalam menangani orang yang bersalah(penderhaka raja dan negara pulak tu).

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...
MENCARI KEBENARAN Oleh Muhammad Azli Shukri Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan. Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan mengguna...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...