Skip to main content

PAS-UMNO Perlu Muhasabah


PAS-UMNO PERLU MUHASABAH


KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kemenangan tipis Pas itu. Pada pilihan raya kecil DUN itu, calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan memperoleh majoriti 65 undi, berbanding majoriti yang diperoleh penyandang ADUN kawasan itu, Allahyarham Ismail Yaakob, 60, yang memperoleh majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum 2008. Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohd. Fauzi memperoleh 5,348 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, seorang pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memperoleh 5,283 undi. Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan 'rasuah politik' yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut. "Oleh itu, saya tidak hairan mengapa calon Pas, mendapat majoriti tipis dalam pilihan raya kecil itu berbanding calon UMNO," katanya. - Bernama


Ulasan Saya :


1. Tuduhan bahawa BN/UMNO menawarkan rasuah kepada penduduk Manek Urai, sangat tidak bertanggungjawab. 2. PAS perlu muhasabah, dan tidak terlalu banyak menyalahkan orang lain. 3. UMNO pula perlu meningkatkan usaha. Janji pembangunan sahaja belum mencukupi, sebaliknya UMNO memerlukan pemimpin pemuda yang dinamik serta diterima oleh semua kaum. 4. Seperkara lagi, UMNO perlu mengetengahkan tokoh-tokoh agama, atau ustaz-ustaz yang petah berhujah dalam menangkis tohmahan PAS. 5. UMNO juga harus segera mengadakan pelbagai ceramah dan pidato agar rakyat buka mata, bahawa UMNO juga tidak kurang dari aspek tersebut.

Comments

C.H.E Dayat said…
180% setuju dgn kenyataan abg ni.. pada PRK ini kita dapat lihat keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN makin bertambah, cuma kita perlu berusaha lagi...

Ada entri baru di blog saya.

Sekian,

CHE Dayat.

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
haz-ONE said…
jika umno menjanjikan pembangunan..dikatakan rasuah...jika umno diam...dikatakan tiada manifesto untuk membela nasib rakyat..kita buat pembangunan die kata rasuah....kita tak buat pembangunan die kata berat sebelah....jadi mana satu yang betol PAS ney??
Anonymous said…
batang dia tak naik ke kena cium tu... mesra rakyat betul..
Anonymous said…
najib xnaik. ko plak yang lebih2. tgk gambar pun x tahan....
melayusejati said…
Tok Guru !!! Selama inipun janji pembanggunan tidak langsung memikat pengundi2 di KELANTAN . Tok Guru wajib melihat apa yg ada pada Tok Guru yg menyebabkan pengundi2 di Manik Urai memberi lebih sokongan kapada UMNO kali ini walaupun tewas.

1) Tok Guru sekarang ni begitu angkuh dan riak ingin menjadi AYOTOLLAH KHOMENI tdak menghormati Tokoh2 parti Lawan mahupun Tokoh didalam PAS sendiri.

2) Tok Guru tidak menghormati org ISLAM yg lain daripada PAS , seolah2 ahli PAS sahaja yg ISLAM , org UMNO disamakan dengan org KAFIR.

3) Tok Guru mendewakan org Kafir DAP dan bersengkongkol dengannya lebih dari org Islam Umno sendiri.

4) Tok Guru begitu menghormati org Kafir DAP dan takut untuk menentang mereka walaupun jelas mereka menolak Kerajaan ISLAM.

4) Tok Guru menolak malah menengtang perpaduan sesama ISLAM tetapi sanggup berpaduan bersama org kafir DAP.

5) Tok Guru menolak pembangunan dunia , hanya fokos kapada Ahirat tetapi Tok Guru lupa bahawa umat perlu kesejehteraan dunia juga disamping akhirat. Rakyat Kelantan perlu makan , perlu pakai hanya dijanjikan syurga hanya digalakkan kais pagi makan pagi .....

6) Tok Guru begitu akrab dengan ANWAR yg org telah mula sedar bahawa makhluk ini adalah begitu suka MENIPU , PUTAR BELIT dan juga org tahu bahawa yg melebelkan ANWAR dahulu dengan panggilan yg JIJIK datangnya dari Tokoh PAS sendiri.

Faktor2 inilah yg telah menyebabkan POPULARITI TOK GURU kian terhakis hari demi hari menyebabkan umat dah mula merasakan MUASL dengan TOK GURU.
Anonymous said…
"batang dia tak naik ke kena cium tu... mesra rakyat betul.."

Kalaulah batang kau naik dicium oleh seorang nenek sah nafsu kau sama saja dengan ANWAR.......malu nak cerita.
Unknown said…
salam
kalau nak kata rakyat terpedaya dengan janji pembangunan,pada PRU yang lepas pun BN dah janji berjuta ringgit kalau menang di kelantan.Tapi kalah juga.
Jadi pada saya kekalahan tipis BN kali ini disebabkan faktor2 dalaman PAS yang perlu dilihat oleh tuan guru juga
Ruby said…
kenapa ustaz2 tak tertarik utk berada dlm UMNO?
azlishukri said…
ikaa - ada banyak ustaz2 yang masuk UMNO, tetapi mereka tidak diberi peranan yang baik, maka sebab itulah ustaz2 umno seolah2 tidak kelihatan.
n0n0n said…
salam
kalau nak kata rakyat terpedaya dengan janji pembangunan,pada PRU yang lepas pun BN dah janji berjuta ringgit kalau menang di kelantan.Tapi kalah juga.
Jadi pada saya kekalahan tipis BN kali ini disebabkan faktor2 dalaman PAS yang perlu dilihat oleh tuan guru juga

aku sokong komen ni....xkn sebab menang tipis pon nk tuduh yg UMNO ada rasuah...sepatutnya diorang buat la cara betul,bersyukur dgn wat doa selamat ke sbb still pegang manek urai tu...
Anonymous said…
Kalau dah bagi duit RM300-RM500 seorang sebelum mengundi belum rasuah lagi, memang dasar pemakan suap, hati dah zulumat.(Minta sumpah mcm saiful tak bagi duit)

DR NO
haz-ONE said…
This comment has been removed by the author.
haz-ONE said…
saudara azli...cadangan kepada saudara....apakata saudara mengupas tentang IFC dan MEREKA YG MENYOKONGNYA....saya dahulu yg dulu berpendapat suruhanjaya agama ini wajar diwujudkan terkejot dengan 14 tuntutan yang tak masUK AKAL seperti: anak yg dilahirkan ibu bapa islam tidak semestinya beragama islam..ic rakyat pada mykad tidak perlu perkataan islam bagi muslim dan sebagainya jika IFC ditubuhkaN....biar rakyat tahu macam mana PAS boleh bekerjasama dengan parti yg menyokong "PERJUANGAN" IFC...BAGAIMANA SAUDARA??
Anonymous said…
kecoh la PAS ni....dah menang tu dendiam je la...lenkali BN tak payah la buang2 duit kempen bagai nak rak kt kwsn pembangkang...dorang ni pura2 je lebih....kata duit BN/kerajaan haram la tapi cekau jugak...apa punya manusia camtu...

HIDUP UMNO...!!! HIDUP BARISAN NASIONAL....!!!
Anonymous said…
On 100th day, y'all dapat 11 gifts, on 1 Ogos, we all dapat tambang teksi & bas sekolah baru. Rakyat didahulukan...and today a man 'killed' in MACC custody.Prestasi diutamakan.
More shocking scenarios will come out. Peace y'all

DR NO
Qorie Afifi said…
Saya baru balik dari laut petang tadi. Di laut persoalannya tak lah serumit di darat. Di laut kami tau bahawa hasil yang dibawah adalah pemberian dari Yang Diatas.

Berbalik kepada isu Pas dan Umno. Berbalik kepada isu siapa Tok Guru Mursyidul Am Pas dan berbalik siapa kita yang sebenarnya. Untuk menjadi Tok Guru banyak kitab2 yang perlu di mentelaah dan di pelajari dgn baik. Kalau kita nak bercakap tentang Tok Guru rasa2 nya bukan taraf kita kerana seseorang yang batil tidak layak membandingkan ilmunya dengan yang hak. Kita biarlah tok guru dengan klatenya....dan kita biarkanlah klate dengan tok gurunya.

Yang baiknya apa lah yang kita buat di kampung halaman kita? Adakah kita pernah memajukan kampung halaman ? Kalau kampung pun masih duk selerak tak payahlah nak sembang bab-bab negara hehehe...

Salah satu sebab Melayu tak maju ialah ...asyik nak majukan negara dan negeri saja. Yang penting adalah KAMPUNG HALAMAN KITA...majukanlah kampung dulu , lama-lama negeri dan negara pun akan maju.....
PutraRocker said…
sabar dan ikhlas...

hayati lagu semangat...

BINA NEGARA..!!!

rock the world...muahuha
EMC119 said…
Bila lagi PAS dan UMNO nak bersam-sam membina Melayu jaya?
anak nelayan said…
dia seseorang ustaz ade etikanya..UMNO rmai ustaz yg keluluzan lebih hebat pada 'ustaz2' lepasan pondok PAS. cuma diorang tak turun berceramah berfitnah.diorang sekadar pemasihat dalam pembangunan ekonomi kawasan..mcm dr asyraf wajdi (parlimen tumpat)..
echah_syed said…
utk anoni >> kalau ko cium mak atau atok ko,naik tak anu ko.pikir dulu bah sebelum menulis..'mengong' betul!
Anonymous said…
Maaf menyapuk lagi,
membangun ekonomi dan kemajuan itu baru amal maaruf, mana nahi mungkarnya terutamanya melibatkan rasuah dan ketidakadilan, double-standard, dadah, dedah dll.

DR NO
Unknown said…
UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia..

kecewa dgn tragedi di Manik Urai..
apa yg ada dalam fikiran pihak yg bertindak ganas membaling objek ke arah 2 org PUTERI UMNO yg sdg jlnkan tugas sehingga menyebabkan kecederaan..

apa semua ni?kerana kuasa, Islam tak lagi saling melindungi..

jadilah manusia yang mempunyai akal...

apa guna Majlis Syura yg diamalkan pd zaman Rasulullah??
praktikkan dlm bangsa Malaysia..hilangkan hasad dan dengki..nescaya bangsa Malaysia dan umat Islam di Malaysia bisa bersatu..
Anonymous said…
hoi echah, kalau aku jilat pipi kau kau basah tak kat bawah.. bodoh punya betina..
Anonymous said…
hoi echah bodoh, kau ingat najib tu cium mak atau nenek dia ke.. kau pun bodoh nama bertudung tapi macam taik.. kau bogel depan aku pun aku ludah...
As-Salam bro Azli,..off topic skit ni,..heheh,..apo nak dikato,..(,") pls do visit my blog n read an interesting email on d murder of Haji Mikaeel Jackson,.. thnx..(,")

http://brobrotherhood.blogspot.com/2009/07/mj-mikaeel-murder-conspiracy.html

jst anothr conspiracy theory,..heheh..but,..
echah_syed said…
anoni >> mental..kesian.bukit padang masih kosong.sila-sila muahaha :p

Pilihan Pembaca

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Datuk Seri Rais Yatim."

Tahniah Datuk Seri Rais Yatim! Oleh Muhammad Azli Shukri Akhirnya, saya harus berterus-terang dengan jujur dan ikhlas – sesungguhnya salah seorang Naib Presiden UMNO yang harus dipilih oleh perwakilan kelak, ialah Datuk Seri Rais Yatim. Malah, saya juga sudah berazam untuk membantu kempen Datuk Seri Rais Yatim – melalui blog saya ini bagi memastikan salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dimiliki oleh beliau. Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – membuka mata saya bahawa “inilah diri sebenar Datuk Seri Rais Yatim” – agak malang kepada sesiapa yang sayangkan UMNO tidak menonton siaran Hujah semalam yang menampilkan dua lagi calon Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Seri Syafie Afdal dan Datuk Seri Rais Yatim. Pada pandangan peribadi saya, sejak siaran Hujah keudara di TV9 – Rais Yatimlah satu-satunya pemimpim UMNO yang sanggup berterus-terang tentang hasrat dan perubahan yang diinginkan oleh akar umbi selama ini. Lantaran itu, pada “ijtihad politik” saya, saya “mewajibk...

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...