Skip to main content

Media PAS Akui Dunia Siber Dikuasai Bloggers UMNO

Nampaknya, peranan bloggers pro-UMNO/Kerajaan semakin dirasai dan digeruni. Realiti penguasaan bloggers Pakatan Rakyat dalam perang siber semakin tumpul dan kurang berkesan. Pelbagai isu yang cuba dimanipulasikan oleh Pakatan Rakyat sudah dapat dihidu lebih awal oleh bloggers-bloggers pro-UMNO, sekali gus memudahkan kami mematahkan serangan mereka dengan lebih awal. Terbaru, senario ini diakui oleh SiasahDaily yang membuat analisis secara jujur bahawa perang dunia siber telah mula ditakluki oleh segerombolan bloggers-bloggers UMNO bagi berhadapan dengan PRU yang akan datang! Baca analisis SiasahDaily di bawah :

"SATU MASA DULU, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini. Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara. Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno. Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal. Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah. Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara. Sambung bacaan anda di sini..."

Comments

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...

Demi Allah! Kita Tidak Boleh Terima Semua Ini!

Demi Allah! Saya Tidak Dapat Menerima Semua Ini! Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini) . Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya. Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajur...