Skip to main content

Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz Difitnah?




Belajar Menerima Kebenaran


Saya terpaksa mempertahankan kebenaran, tatkala semakin ramai penyokong Datuk Seri Ali Rustam dan penyokong Khairy cuba mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Malah, saya juga wajib menegur parti pembangkang yang cuba mengadu domba (melaga-lagakan) kesatuan ahli-ahli UMNO pada ketika ini. Tuduhan-tuduhan songsang lagi tidak bermaruah yang dilemparkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir semakin galak kedengaran, kononnya terdapat konspirasi menjatuhkan Ali dan Khairy. Cerita bohong lagi palsu yang dijaja oleh manusia hipokrit ini semakin mendapat tempat di hati para bloggers pro-pembangkang, sehingga ada yang sanggup mendakwa UMNO akan berpecah kerana hal tersebut.



Di sisi lain pula, kedengran ahli UMNO sendiri membuat tuduhan, kononnya "orang dalam" terlibat menganiaya dua pemimpin tersebut yang menurut mereka hanyalah bertaraf "ikan bilis" - pelik dan aneh, jika Kairy dan Ali dianggap sebagai ikan bilis, seorang Calon Ketua Pemuda UMNO, dan seorang lagi calon Timbalan Presiden UMNO - ini bukan taraf ikan bilis, ini taraf ikan jerung. Saya tegaskan, kebiasaannya apabila sesuatu hal terkena batang hidung, kita tuduh ada konspirasi, sebaliknya jika kena kepada orang lain kita sebarkannya jadi sensasi. Manusia jenis apa ni? Apabila UMNO bertindak tegas terhadap para pengamal politik wang, kita naik angin dan tuduh macam-macam, dan apabila Lembaga Disiplin kurang ambil tindakan, kita lemparkan pelbagai tuduhan kepada badan tersebut, kononnya lembik, tidak berani dan penakut. Apabila terkena batang hidung, kita dakwa Lembaga Disiplin UMNO membuat tuduhan secara terpilih, dan hanya menangkap ikan bilis dan bukan jerung. Inilah masalah sesetengah ahli UMNO, apabila masuk UMNO kerana mahukan projek dan banyak bergayut kepada pemimpin untuk cari makan, maka kebenaran ditolak ke tepi. Golongan ini akan memaki hamun Lembaga Disiplin, malah akan berkata, "Persetankan Lembaga Disiplin".



Sudah berkali-kali saya tegaskan sebelum ini, bahawa kebenaran tidak akan mampu disembunyikan. Ia tetap akan timbul walaubagaimana hebat sekalipun kita cuba menimbusnya. Ia tetap akan muncul. Kebenaran umpama belon. Jika ditekan ke dalam air ia tetap akan timbul ke permukaan, lagi kuat belon ditekan, maka lagi kuat ia melantun ke permukaan. Itulah sifat kebenaran. Ia tidak boleh ditekan. Jika para penyokong KJ dan Ali masih berdegil dan tidak mahu menerima kebenaran yang telah jelas dan pasti - tuan-tuan jangan salahkan sesiapa jika kebenaran akan muncul dengan lebih banyak selepas ini, dan akhirnya yang malu adalah kedua-dua pemimpin tersebut. Jangan buat cerita ada konspirasi atau ada "orang dengki" dan macam-macam lagi tuduhan yang jelas bermirip suara pembangkang. Dulu, kita juga yang minta agar UMNO bertegas dengan gejala politik wang. Sekarang, apabila ada ikan jerung yang dah kena tangkap, kita pula yang naik angin dan marah-marah. Terimalah hakikat tersebut.



Malah, ada kalangan ahli UMNO yang sanggup meminta agar UMNO dibubarkan sahaja jika mereka terus mengambil tindakan kepada Ali Rustam - ini satu lagi ahli UMNO yang jahil. Jika dia masuk UMNO kerana Ali Rustam, saya syorkan keluar sahaja UMNO - pergi masuk pembangkang. Ini semua suara pembangkang yang mahu UMNO hancur dan rosak, tanpa sedar golongan ini telah diracuni dengan hujah-hujah negatif dan jahat dari pembangkang yang mahu UMNO terus-menerus dibelit dengan korupsi dan politik wang. Saya tegaskan, sesungguhnya, UMNO pada saat ini, memerlukan ahli yang berkualiti dan bukannya kuantiti. Jauh lebih penting sekarang ialah, UMNO memerlukan sokongan orang Melayu di luar UMNO - bukan semata-mata ahli UMNO sahaja. Kita harus ingat, 60% kemenangan calon UMNO dalam pilihan raya adalah disumbangkan oleh orang yang bukan ahli UMNO. Lembaga Disiplin UMNO mahu membersihkan UMNO dan mahu UMNO kelihatan bersih. Hal ini sangat penting bagi meyakinkan generasi muda yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan kepada UMNO.



Saya ingin mengingatkan, agar semua ahli UMNO menerima keputusan Lembaga Disiplin tersebut, jangan membuat fitnah kononnya terdapat konspirasi kepada Ali Rustam dan Khairy. Yang bersalah tetap bersalah, dan Allah telah tunjukan kepada seluruh rakyat dan ahli UMNO tentang kebenaran dan kepalsuan. Malah, kita lupa bahawa apa-apa yang telah berlaku ini adalah natijah daripada doa kita sendiri sebagai ahli UMNO yang mahu melihat UMNO kembali bersih daripada politik wang. Dan Allah telah memakbulkan doa kita semua - siapakah yang kotor dan siapa pula yang bersih dan ikhlas. Justeru itu, mereka yang masih tidak mampu menerima keputusan tersebut disaran pergilah mengambil air wuduk, bersolat dua rakaat, mohon ketenangan dan dijauhi daripada kejahatan lidah dan perbuatan.



Kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz Mahathir kami mendoakan agar tuan berdua bersabar atas dugaan dan tohmahan yang dilemparkan oleh mereka yang tidak mahu menerima kebenaran. Saya sempat menghantar SMS kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz agar mereka terus istiqamah berjuang dan bersabar. Sesungguhnya kebenaran tidak akan dapat disembunyi dan dilarikan. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
sepatutnya ahli UMNO bersatu padu dan bukannhya tuduh menuduh.. ini adalah di sebabkan ketamakkan kuasa kita jadi alpa dan lupa akan perjuangan yang sebenar
ikan emas said…
Saudara Azli ,

i) perlu diingat bahawa Melayu yg di luar UMNOlah yang penting utk didampingi.Kdg-kdg ahli(pemimpin ?) UMNO sendiri yang seolah-olah menJELASkan lagi bahawa mereka berUMNO bukan kerana parti @bangsa@negara tetapi kerana kepentingan individu..(kuasa dan wang ).Lihat sendirilah berapa ramai yang dah sanggup jadi katak ?... Perkataan 'FITNAH' seolah-olah dah jadi ayat lazim setiap kali pemilihan. Jadi macam mana kita nak mendorong atau kempen kepada anak muda supaya mereka menyertai UMNO ?

2) Sampaikan salam sy kepada Pemimpin UMNO berikut :-

DSMAR - Selamat kembali ke Melaka, tak pe KM masih boleh masuk mtg MKT.

KJ- buat lah lagi tapi ingat ringan-ringan je tau !!!

DSMKT-tahniah laa..ada masa untuk kempen lagi , ada ramai lagi yang masih menunggu...
azlishukri said…
pemuda membangkut - saya setuju

ikan emas - InsyaAllah saya sampaikan pesan itu
Budak Kampung said…
aku fikir, ini ahli UMNO jenis sebat duit, sebab tu marah sangat kat lembaga disiplin.

1. marah sebeb duit dah abis, tapi tak leh masuk bertanding

2. marah sebab dah terbuka pekung siapa yg banyak buat kerja2 politik wang ni.
zedmagel said…
Saudara Azli,

Melayu dah parah, UMNO dah lemah - Umat Melayu cubalah bersatu padu. Cadangan Tuan Guru Hadi Awang sangalah saya setuju, UMNO - PAS bergabung. Parti Melayu cuma ada dua sahaja. Parti serpihan Melayu baliklah kepada parti Melayu yang mutlak. Tak salah kita abersatu untuk umat Islam dan Melayu. Fikirkanlah generasi satu dekad yang akan datang. Dah ada ras lain berkata Datuk Najib PM UMON yang terakhir. Cubalah fikir sedalam-dalamnya.
zedmagel said…
Saudara Azli,

Melayu dah parah, UMNO dah lemah - Umat Melayu cubalah bersatu padu. Cadangan Tuan Guru Hadi Awang sangatlah saya setuju, UMNO - PAS bergabung. Parti Melayu cuma ada dua sahaja. Parti serpihan Melayu baliklah kepada parti Melayu yang mutlak. Tak salah kita bersatu untuk umat Islam dan Melayu. Fikirkanlah generasi satu dekad yang akan datang. Dah ada ras lain berkata Datuk Najib PM UMNO yang terakhir. Cubalah fikir sedalam-dalamnya.
azlishukri said…
zed - saya setuju cadangan tersebut.
add said…
Sekarang ni kalau lembaga disiplin kekalkan keputusan ali boliwood tak leh bertanding, maka kedudukan TSMY agak tergugat oleh penyokong ali boliwood, kerana penyokong ali akan memberi undi kepada mat taib, kalau dibagi undi rosak tak pe la... saja nak kenakan TSMY... parah negara nanti kalau dapat pada bekas menantu sultan.. ntah-ntah anak agong sekarang ni pun disapunya,,, mana tahu....
Kalau KJ tu tak pe dah,, sebabnya kalau KJ menang konform perwakilan adalah makan duit rasuah dari agen tak bertauliah dari kj seperti SUKJ dan lain-lain..pencacai KJ.
Team DMM dan TSMY kenalah berbaik dengan SPRM agar membuat satu perangkap yang teliti untuk menangkap sipemberi dan penerima rasuah menjelang PAU minggu depan.
kepada DMM sila istiharkan diri Datuk yang tidak mempunyai agen-agen idak rasmi,, bukan apa risau nanti KJ memasang perangkap kepada DMM yang menyatakan bahawa agen DMM sedang berleluasa mengagihkan wang kepada perwakilan, manalah tahu bila DMM menang (memang menang pun) jika disabit oleh lembaga disiplin parti, maka DMM akan kosongkan KP UMNO dan memangkunya antara Datuk Razali Ibrahim atau Naina, kalau dapat pada Razali tak apa tapi kalau dapat pada mamak naina ni,, 2x5 dengan KJ je,, dah la makan gaji dengan PM...
Unknown said…
kebenaran telah terserlah
sekarang ni timbul kurang puas hati kerana hukuman terhadap khairy ringan berbanding yang lain. Kenapa perlu ada double standard dalam melaksanakan hukuman terhadap perasuah politik?Mungkin encik azli dapat memberi pandangan dalam hal ni
golokperak said…
MCA: Malaysia is a secular state
17 Mar 09 : 2.00PM
By Gan Ping Sieu
editor@thenutgraph.comeditor@thenutgraph.com

AS MCA Political Education Bureau head, I have reservations over the written reply given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to Member of Parliament for Bukit Gelugor Karpal Singh in the Dewan Rakyat on 12 March 2009 that "Malaysia is a 'negara Islam'."

I welcome the prime minister's statement that Malaysia is not a theocratic state and shall adhere to a parliamentary democratic system as enshrined in the Federal Constitution. But the reference of Malaysia as a "negara Islam" by the prime minister is wholly unnecessary, as the phrase "negara Islam" will only serve to confuse the rakyat and cause unwanted fear.

Historical documents

The MCA is of the position that Malaysia is nothing but a secular state. This is evidenced from the following historical accounts and the subsequent debates when the Federal Constitution was drafted:

The Alliance Memorandum submitted to the Reid Constitution Commission on 27 Sept 1956 clearly stated that "the religion of Malaya shall be Islam ... and shall not imply that the state is not a secular state."

When the Working Party, comprising the Alliance and the rulers' representatives and the High Commissioner, met on 22 Feb 1957 to review the Reid Commission draft on the possibility of the provision on religion being misinterpreted, the Alliance and Umno chief Tunku Abdul Rahman assured the Working Party that "the whole Constitution was framed on the basis that the Federation would be a secular state."

At the London Constitutional talks in May 1957, the Colonial Office did not object to the inclusion of an official religion after being assured by the Alliance leaders that they "had no intention of creating a Muslim theocracy and that Malaya would be a secular state."

On behalf of the Alliance, (later Tun) Tan Siew Sin told the federal legislature that the inclusion of the official religion "... does not in any way derogate from the principle, which has always been accepted, that Malaya will be a secular state and that there would be complete freedom to practise any other religion."

A year after Independence, on 1 May 1958, then Prime Minister Tunku Abdul Rahman clarified in the Legislative Council that "I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood. We merely provide that Islam shall be the official religion of the state."


Judicial recognition

The above position has received judicial recognition. Former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas, in Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988), stated that the term "Islam" in Article 3(1) of the Federal Constitution meant "only such acts as relate to rituals and ceremonies... the law in this country is ... secular law."

The former Lord President Tun Mohamed Suffian Hashim also wrote that Islam was made the official religion primarily for ceremonial purposes, to enable prayers to be offered in the Islamic way on official public occasions, such as the installation or birthday of the Yang di-Pertuan Agong, Independence Day and similar occasions.

Constitution law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi and prominent legal scholar, the late Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, also shared the above observations.

The MCA is of the position that the guiding principles for public administration in our beloved multiracial country shall always adhere to universal values of equality, justice, fairness, transparency, mutual respect, the rule of law, etc., which transcends all religions.


Gan Ping Sieu
MCA Spokesperson and Head of MCA Political Education Bureau

Comments (You are allowed to leave comments until 7 Apr 09)
azlishukri said…
add - ini yang sangat dibimbangkan

zarif - akan saya kupaskan hal tersebut

golok perak - terima kasih atas info tersebut.
Anonymous said…
Syabas dan tahniah Dato Ali Rustam kerana mempunyai pendirian dan sikap yang terpuji. Beliau lebih sayang pada UMNO daripada penyokong-penyokongnya. Dia tidak menyalahkan JK Disiplin Parti sebaliknya meminta penyokong2nya menerima keputusan dengan hati yang terbuka.

Baginya dirinya tidak penting. Yang penting ialah UMNO.

Itulah jiwa satria.
Anonymous said…
Kalau calun sendiri Dato Ali Rustam boleh menerima keputusan JK Disiplin UMNO, kenapa pula penyokong-penyokongnya nak kecoh.
Anonymous said…
Lembaga Disiplin ditubuh oleh UMNO. Kenapa pula keputusannya tidak dihormati?

Mana lebih penting UMNO atau DS Ali Rustam?

DS Ali Rustam adalah seorang pemimpin yang jujur, ikhlas dan sayangkan UMNO. Dia telah menerima keputusan lembaga Disiplin, kenapa pula penyokong2nya pula yang sedih. Ada apa2 ke?
azlishukri said…
benar kenyataan Anonymous

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca