BOLA MELINTAS DI ATAS GAWANG. TENDANGAN PENALTINYA TERSASAR. Itali tewas. Brazil Juara. Roberto Baggio kecewa. Dia gagal melakukan tendangan penalti di Piala Dunia 1994. Dia membawa beban mental yang berat untuk sekian lamanya. Reputasinya jatuh. Para pentaksub memakinya. Empat tahun kemudian, sekali lagi situasi yang hampir sama berulang. Tetapi kali ini, tendangan penaltinya telah menyelamatkan Itali daripada dimalukan oleh Chile. Dalam perniagaan, bukan soal berapa banyak peluang yang diberi, tetapi peluang mana yang mampu anda sempurnakan dengan baik. Peluang yang terhidang, gagal disempurnakan, hanya membunuh reputasi syarikat. Tetapi, Roberto Baggio bangkit semula. Menyudahkan tendangan penaltinya saat menentang Chile di Piala Dunia 1998 – walaupun Itali tidak menjadi juara, Roberto Baggio terpaksa menanti empat tahun untuk memulihkan reputasi. Apabila sesuatu peluang perniagaan diberi, sempurnakan dengan dedikasi dan berkualiti kerana untuk mengembalikan ke...
Memimpin Kebijaksanaan