Skip to main content

Baggio yang Bangkit Semula

BOLA MELINTAS DI ATAS GAWANG. TENDANGAN PENALTINYA TERSASAR. Itali tewas. Brazil Juara. Roberto Baggio kecewa. Dia gagal melakukan tendangan penalti di Piala Dunia 1994. Dia membawa beban mental yang berat untuk sekian lamanya. Reputasinya jatuh. Para pentaksub memakinya. Empat tahun kemudian, sekali lagi situasi yang hampir sama berulang. Tetapi kali ini, tendangan penaltinya telah menyelamatkan Itali daripada dimalukan oleh Chile.
 
 
Dalam perniagaan, bukan soal berapa banyak peluang yang diberi, tetapi peluang mana yang mampu anda sempurnakan dengan baik. Peluang yang terhidang, gagal disempurnakan, hanya membunuh reputasi syarikat.
 
Tetapi, Roberto Baggio bangkit semula. Menyudahkan tendangan penaltinya saat menentang Chile di Piala Dunia 1998 – walaupun Itali tidak menjadi juara, Roberto Baggio terpaksa menanti empat tahun untuk memulihkan reputasi. Apabila sesuatu peluang perniagaan diberi, sempurnakan dengan dedikasi dan berkualiti kerana untuk mengembalikan kepercayaan bukanlah semudah ABC.
 
Pemain bola sepak yang gagal menyempurnakan tendangan penalti umpama orang yang kehilangan wibawa dan maruah. Tetapi, itu bukanlah penutup kepada kerjaya mereka. Setiap orang diberi peluang yang sama untuk bangkit. Baggio berkata, “Semua orang bertanya apakah saya mampu melakukannya atau sekali lagi saya akan memalukan Itali? Tetapi saya tidak peduli, yang penting saya yakin dan percaya saya mampu melakukannya.” Lantas dia menendang bola, dan Gol! Maka terpaparlah iklan dengan sebaris kata, ‘Roberto Bagio’s Walk : 1994-1998’. 
 
Akhirnya dia bangkit memberi inspirasi dan dikenali sebagai orang yang tidak menyerah dan terus berjalan ke hadapan. Dalam perniagaan terlepas peluang bukanlah penutup segala-galanya. Bangkit semula dan cipta peluang baharu!
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020 Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey ...