Skip to main content

Ramalan Datang Lagi

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008. Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti. 

Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my, EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti. "Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk melaksanakan semua janji yang lepas. "Sebagai contoh, menyediakan pendidikan tinggi percuma memakan belanja RM43 bilion kepada kerajaan sementara menghapuskan duti kenderaan akan mengurangkan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun kepada negara," kata blog berkenaan. 

Menurut blog thechoice lagi, laporan EIU itu juga menyebut bahawa pakatan pembangkang telah memungkiri banyak janji yang dibuat sebelum ini termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pendidikan pra sekolah, pelajar universiti, warga emas dan orang kurang upaya selain menurunkan cukai hartanah dan bantuan bagi rakyat membeli rumah. Berdasarkan laporan itu juga, blog itu memberitahu, walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menegaskan manifesto bukan satu janji kepada rakyat, tetapi rakyat akan tetap menganggap apa yang disenaraikan pembangkang itu sebagai janji yang perlu ditunaikan oleh kerajaan memerintah. Blog itu menjelaskan, EIU juga menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bermula 2013 sehingga 2017 akan terus tumbuh dengan baik. "Faktor itu menjadi satu lagi sebab kukuh kepada kebangkitan semangat parti pemerintah yang dipimpin oleh Najib," menurut blog itu lagi.

Comments

Anonymous said…
KEBANYAKAN KAJIAN MENUNJUKKAN PERUBAHAN KERAJAAN DRP BN KPD PR AKAN BERLAKU. PR DIJANGKA MENGUASAI SEKURANG2NYA 125 DARIPADA 222 KERUSI PARLIMEN. KEPUTUSAN KEBANYAKAN KAJIAN MENYATAKAN FAKTOR RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA OLEH PEMIMPIN2 UMNO MENJADI FAKTOR TERBESAR. DITAMBAH DENGAN DS NAJIB YG TIDAK BERANI BERTINDAK TEGAS DLM BANYAK PERKARA. RAKYAT MELIHAT BAHAWA TRANSFORMASI YG HENDAK DIBAWA NAJIB HANYALAH SATU RETORIK.

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga term...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...