Skip to main content

Posts

Tanda Awal Pembunuh Sosilawati Akan Terlepas?

Tanda Awal Pembunuh Sosilawati Mungkin Terlepas? Mungkinkah pembunuh Datuk Sosilawati akan terlepas di hadapkan ke tali gantung? Malaysia Instinc melaporkan kertas siasatan yang dihantar oleh pihak polis kepada Peguam Negara masih banyak yang perlu diperbaiki. Malah, kertas itu juga dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama ia dihantar. Saya bimbang, polis kekurangan bukti untuk mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan dengan secepat mungkin, dan tidak mustahil para penjenayah tersebut bakal dibebaskan - melalui kesalahan teknikal atau prosedur. Wallahualam : Baca laporan di bawah : 1. Harapan rakyat Malaysia untuk melihat suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki diheret ke mahkamah segera tidak kesampaian apabila kertas siasatan awal berhubung kes itu yang diserahkan kepada Peguam Negara semalam dikembalikan semula. 2. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd. Majid Tun Ha...

Zahid Ibrahim Dizalimi! Dengar Rintihan Beliau Ini

Zahid Mula Dizalimi Mari Dengar Rintihan Beliau Di bawah adalah tulisan Zaid Ibrahim dalam blognya. Jelaslah beliau sudah mula dituduh sebagai musuh parti oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim. Zaid benar-benar dizalimi oleh rakan-rakannya sendiri. Syed Shahir Syed Mohamud adalah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Baru hari ini, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya tersebut telah memberi amaran yang PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh. Siapakah dan berapakah ahli-ahli ini, dia tidak sebut. Sejak isu pemilihan parti timbul, ungkapan ‘musuh parti’ ini kerap kedengaran. Agaknya, sesiapa yang menawarkan perkhidmat semasa pemilihan ini tetapi tidak direstui adalah itu yang disebutkan ‘musuh parti’ dan musuh perjuangan. Saya ditanya pemimpin Keadilan tadi semasa saya sampai di Kuching untuk mendengar keputusan kes di Mahkamah Tinggi Kuching: Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Da...

Demi Kebaikan PKR : Zaid Ibrahim Mesti Dimenangkan!

Zaid Ibrahim Untuk Timbalan Presiden 1. Blog ini telah membuat ketetapan untuk memberi sokongan moral kepada Zaid Ibrahim dalam usaha menewaskan Azmin Ali, sekali gus mengembalikan kuasa Presiden Parti - Wan Azizah. Pada hemat saya antara dua perkara yang sudah pun dikira kotor - maka wajib kita memilih yang kurang kotornya - antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim - Zaid lebih kelihatan jujur dan ikhlas serta tidak bersikap hipokrit dan talam dua muka. 2. PKR memerlukan pemimpin yang berterus-terang dan bukan boneka. PKR juga memerlukan pemimpin yang berprinsip dan bukan sebagai kuda tunggangan. Justeru itu - saya melihat Zaid tetap pilihan terbaik untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukan Azmin. Oleh itu, saya menyeru kepada semua perwakilan dan ahli PKR, jika inginkan seorang yang agak bersih sedikit daripada Azmin, maka pilihlah Zaid - beliau yang terbaik untuk PKR buat masa ini. Walauapa pun caranya, Zaid Ibrahim mesti dimenangkan - kita tiada pilihan lain....

Jom Pulau "Himpunan Bebaskan Mahasiswa"

Jom Pulau "Himpunan Bebaskan Mahasiswa" Saya bukanlah mahu mencampuri urusan mahasiswa. Tetapi, saya cuma mahu mengingatkan mahasiswa akan tanggungjawab sebenar mereka terhadap pelajaran dan bukan mengikut rentak perjuangan politik yang membuta-tuli. Dalam isu lima pelajar Universiti Malaya yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memalukan isteri Perdana Menteri dan merosakkan harta benda awam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada hemat saya biarlah mahkamah yang memutusnya. Tidak perlu rasanya mahasiswa lain sibuk mengadakan pelbagai bantahan atau demo bagi menunjukkan sokongan moral kepada kelima-lima pelajar yang disabitkan kesalahan. Menghasut mahasiswa lain agar turun ke Mahkamah Jalan Duta hanya mengundang fitnah dan keributan - ia sama sekali tidak menyelesaikan apa-apa pun, hanya sekadar menjadi pelawak dan "menjaga tepi kain orang lain" sahaja. Ia bukan isu nasional, dan tiada kena mengena pun dengan soal integriti dan ketelusan badan kehak...

Majlis Peguam Dikecam Lagi!

Majlis Peguam Dikecam Lagi! Oleh Terence Fernandez 1. Peguam adalah kerjaya profesional. Politik pula adalah kerjaya yang tidak profesional. Untuk menjadi peguam seseorang itu memerlukan kelayakan akademik tetapi untuk menjadi politikus seseorang itu tidak memerlukan apa-apa hatta daya intelektual sekalipun. 2. Namun begitu, kerjaya peguam dan ahli politik kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu memerlukan keupayaan untuk berhelah dan memanipulasi melalui kata-kata dan tindakan. Kerjaya mereka ini tentulah berbeza sekali dengan penulis. Penulis bukan seorang wartawan yang dianggap sebagai bidang profesional oleh sesetengah pihak. Ada juga melihat kerjaya wartawan sebagai kerjaya biasa seperti guru dan pegawai tadbir 3. Tetapi penulis hanyalah seorang rakyat biasa yang suka berkongsi pendapat dan pandangan melalui penulisan yang bebas. Sama seperti penulis blog, yang tidak memerlukan tiket sebagai wartawan untuk berkarya dalam dunia siber. 4. Pada ma...

Inilah Peguam Yang Bakal Membela Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati

Inilah Peguam Yang Bakal Membela Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Inilah peguam yang bakal membela suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang lain. Kita berdoa kepada Allah agar pasukan yang membela kebathilan akan tewas dan tumpas. Baca Laporan Malaysia-Instinct di bawah : Peguam, Ravi Nekoo hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dilantik mewakili dua beradik yang kini berada dalam tahanan reman berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pelantikan itu dibuat oleh keluarga dua beradik tersebut pada 12 September lalu dan satu pasukan pembelaan juga telah ditubuhkan bagi mewakili kedua-dua suspek terbabit yang juga merupakan peguam. Pengesahan tersebut dimaklumkan kepada media melalui satu kenyataan akhbar yang dihantar melalui e-mel. Ravi dari firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan sering mengendalikan kes-kes jen...

Lagi Desakan Majlis Peguam Dibubarkan!

Lagi Desakan Majlis Peguam Dibubar! Baca Rencana Tulisan Susan Lim di Malaysia-Instinct di bawah 1. Majlis Peguam sememangnya sinonim dengan sikap anti-kerajaan. Ini tidak mengejutkan memandangkan ramai pemimpin pembangkang dan para pensimpati mereka terdiri dari para peguam. 2. Majlis Peguam sering mengkritik sistem perundangan dengan membayangkan adanya campurtangan kerajaan dalam pemilihan hakim dan proses penghakiman terutamanya bila kes tersebut mampu memberi imbuhan kepada perjuangan parti pembangkang. Di masa yang sama, mereka tidak segan silu memberi sepenuh sokongan terhadap pembangkang sama ada secara jelas mahupun tidak langsung. 3. Dalam kesibukan mereka berpolitik, mereka telah mengabaikan kerja yang diamanahkan kepada mereka, iaitu mencari keadilan. Akibatnya, mereka gagal bersikap profesional serta kerap memberi nama buruk terhadap sistem perundangan Malaysia melalui tingkah laku dan gelagat mereka. 4. Bukti kegagalan mereka kini ters...

Pemilihan PKR : Mengapa Semakin Ramai Yang Ragu?

Mengapa Transparency International Malaysia Keluarkan Kenyataan Ini? Nampaknya, bukan ahli PKR sahaja yang sudah mula tidak yakin dengan sistem pemilihan pucuk pimpinan parti tersebut November depan, bahkan agensi seperti Transparency International Malaysia (TI-M) turut meluahkan rasa keraguan terhadap unsur rasuah dan lobi-melobi yang semakin ketara dalam perebutan kedudukan dalam pemilihan PKR November ini (Baca di sini) . Nampaknya, ketelusan dan keterbukaan yang dicanang dan dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim selama ini hanyalah retorik kosong yang langsung tiada mempunyai makna dan berguna. Sekiranya, masyarakat luar pun semakin ragu dengan sistem dan cara pemilihan pucuk pimpinan PKR, maka apa lagi yang tinggal dengan PKR? Mesti ada sebab dan musabab mengapa dengan tiba-tiba TI-M mengeluarkan kenyataan agar pemilihan pimpinan parti PKR November ini perlulah dijalankan dengan telus, bertanggungjawab dan bersih daripada politik wang. Soalnya, apakah sudah ada lapora...

Nazri Aziz Diserang Setiap Penjuru

Nazri Aziz Diserang Setiap Penjuru Minggu ini, Menteri Hal-Ehwal Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz dikritik bertubi-tubi dari segenap penjuru, akibat daripada surat terbukanya yang ditujukan kepada Awang Selamat semalam. Para bloggers Pro-Kerajaan rata-ratanya merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamed tidak henti-henti menyerang dan membelasah Nazri Aziz agar beliau sedar kedudukannya. Di bawah ini satu lagi kritikan pedas daripada JEFRI ZACHARIAH penulis portal di Malaysia-Instinc. Soalnya apakah Nazri akan menyerang balas semula? Wallahualam. Baca tulisan di bawah : 1. SAYA merasa terpanggil untuk mengulas sedikit surat terbuka Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Utusan Malaysia berikutan kritikan yang dibuat terhadapnya dalam ruangan pojok Awang Selamat, sepertimana disiarkan akhbar tersebut baru-baru ini 2. Rasanya kita boleh membaca surat terbuka itu yang kini disebarkan secara meluas di dalam internet. Tak perlulah saya membe...

Apabila Ruslan Kasim Ajak Kita Berfikir

Apabila Ruslan Kasim Ajak Kita Berfikir Agak baik juga untuk seketika kita membaca buah fikiran bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Ruslan Kasim yang sekarang ini merupakan Ketua Penerangan PERKASA. Elok juga kita telitikan idea yang terkandung di dalam tulisan beliau ini. Sama-sama kita baca.. (Klik di sini)

Jom Kita Sebarkan Hal Ini!

Jom Kita Sebarkan Perkara Ini! Saya terpanggil untuk bersama-sama mempromosikan enjin carian yang berkonsepkan syariah di sini, agar semua pembaca dapat manfaatnya secara bersama. Saya salin maklumat ini daripada blog Warta Shubhi . Sama-sama kita mencubanya... SELAMA ini injin pencarian apakah yang anda gunakan? banyak orang menggunakan "google" , ada juga yang menggunakan "yahoo" , tetapi pernahkan anda mendengar injin pencarian "I'mHalal" ? Tertarik dengan usaha Reza Sardeha, pengasas injin pencarian yang mempromosikan kebaikan dan menghindari kejahatan, saya turut ingin mempromosikannya di sini agar semua umat Islam menggunakan injin in untuk melakukan pencarian di internet. Pengasas yang berasal dari Kuwait ini baru berumur 21 tahun dan usaha belau adalah sesuatu yang cukup baik. Selain dari pengguna muslim yang memang merupakan pengguna sasaran untuk menggunakan khidmat pencarian halal ini, pengguna bukan muslim juga nampakny...

Kita Terlepas Pandang Realiti Ini

Kita Terlepas Pandang Realiti Ini Saya secara peribadi menyokong kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir (di sini) apabila beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Zambry menjadikan kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Hari Rayanya sebagai indikator penting bagi menunjukkan sudah ada tanda-tanda perubahan sokongan rakyat daripada menyokong pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional kali ini. Bagi saya pula, selain daripada indikator yang dinyatakan Zambry di atas, sokongan rakyat terhadap BN juga boleh dilihat berdasarkan hal-hal yang berikut : 1. Penjualan akhbar Utusan Malaysia semakin meningkat sejak dua bulan yang lalu. 2. Peningkatan blogger-blogger yang menyokong kerajaan semakin bertambah dari hari ke hari 3. Pemimpin PAS semakin kerap menyakinkan ahli-ahlinya bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam PRU ke-13 yang akan datang. Kebiasaanya hanya orang yang sedang bimbang dan kalut sahaja yang tidak henti...

Lagi Pasal Lim Kit Siang

You Cakap Apa Nie Lim Kit Siang? 1. Lim Kit Siang cuba bermain dengan kata-kata manis, kononnya DAP bukanlah parti yang menyeru kepada racis. Beliau cuba mencadangkan kepada DS Najib agar mempromosikan kempen "Katakan Tidak Kepada Perkauman" dalam mensyuarat mingguan kabinet. Malah, menurut juak-juak DAP, 1Malaysia Najib akan gagal selagi beliau tidak serius dalam menangani isu perkauman di Malaysia. Sama ada kita sedar atau pun tidak - "perkauman" menurut tafsiran DAP adalah seperti berikut : I. Apabila Melayu mempertahankan hak mereka yang tertera jelas dalam perlembagaan - ini akan segera dianggap racis oleh DAP. II. Apabila kerajaan mengambil tindakan tergas terhadap kaum Cina yang menghina Islam, Sultan mahu pun bahasa Kebangsaan - maka ini juga dianggap racis oleh DAP. III. Apabila kerajaan mengingatkan semua pihak agar tidak menyentuh Hak Istimewa orang Melayu - maka ini juga dikira racis oleh DAP. IV. Apabila UMNO mengkritik DAP sebagai parti...

Mohd Sayuti Omar : Apa Yang Tinggal Antara Kita?

Mohd Sayuti Omar : Apa Yang Tinggal Antara Kita? Di bawahb ini saya salin semula (baca di sini) rasa kekecewaan penulis politik prolifik pro-PAS Mohd Sayuti Omar yang sangat sedih dan gelisah melihat gaya politik dalaman PKr yang semakin haru-biru. Pada saya hanya satu sahaja yang perlu dijawab oleh MSO - iaitu masihkan beliau mahu menyokong pakatan pembangkang yang jelas menolak Hudud, negara Islam dan demokrasi? Tepuk dada tanya iman. 1. Selama ini PKR melaungkan akan bawa politik baru yang telus, adil dan demokratik. PKR sering mengecam Umno tidak telus dan tidak demokratik. Bukan sedikit pemimpin PKR dan bukan sekali mereka mengatakan demokrasi dalam Umno sudah mati. Apa yang menimpa Anwar Ibrahim 1998 dulu pun adalah berunsur kekejaman demokrasi dalam Umno. Mahathir Mohamad menggunakan kuasa vetonya untuk memecat Anwar tanpa merujuk kepada ahli akar umbi, walhasilnya Umno jadi 'kucar wak yah' 2. Kerana sikap itu Umno dibenci. Umno disampahkan oleh PKR. Dalam masa sama PKR ...

Lee Kuan Yew Juga Menggunakan ISA

Lee Kuan Yew Juga Menggunakan ISA Sama-sama kita membaca tulisan Susan Lim dari Malaysia-Instinct di bawah ini yang saya fikir baik untuk kita renungkan-renungkan. Lee Kuan Yew juga pernah menggunakan kaedah ISA bagi tujuan keamanan dan ketenteraman. 1. Semenjak dua menjak ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan SMS/MMS meramalkan penangkapan pemimpin pembangkang di bawah Akta ISA. SMS/MMS ini dipercayai disebarkan oleh agen Zionis yang berpangkalan di Singapura untuk menimbulkan keresahan dan kebencian terhadap kerajaan. 2. Kerajaan tidak akan sekali-kali menangkap sesiapa jua tanpa sebab yang konkrit di bawah ISA. Ini kerana ISA hanya digunakan apabila keadaan terdesak di mana keselamatan negara terancam. Namun, pembangkang yang ‘dipimpin’ oleh Zionis Singapura sememangnya ingin mencabar kerajaan untuk menggunakan Akta ini terhadap mereka. Siapa yang akan dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan tidak penting, asalkan matlamat mereka tercapai. Malah dalam keluaran Haraka...