Skip to main content

Tiger Woods yang Tidak Pernah Mengalah!

SKANDAL SEKS MENGHANCURKAN REPUTASI TIGER WOODS.  Kecemerlangnnya ditiup angin. Penaja rasminya - Accenture, Gillette, Gatorade dan Tag Heuer menarik diri. Dia hilang berjuta-juta dolar kerana tabiatnya itu. Riwayat hidup Tiger Woods yang penuh liku bukan rahsia umum lagi. Terpaksa membayar pampasan lebih 100 juta dolar akibat perceraian dengan Elin Nordegren. Terlibat dengan ketagihan ubat-ubatan dan dadah. Ditangkap kerana membahayakan pengguna jalan raya. Digelar dengan pelbagai gelaran buruk, dicaci dan dicemuh agar bersara sahaja daripada sukan golf – semua ini adalah kisah tentang nafsu.
 

Hawa nafsu ialah anugerah Tuhan. Tetapi awas, perniagaan sering mendedahkan diri kita kepada kecenderungan hawa nafsu yang merosakkan. Berbelanja mengikut nafsu, amalan gaya hidup mewah dan pembaziran dalam harta merupakan budaya usahawan yang dilalaikan oleh kejayaan. Seorang usahawan sentiasa ‘bertempur’ dengan nafsunya. Nafsu untuk cepat kaya, nafsu untuk cepat berjaya dan nafsu untuk menjadi juara sepanjang masa.
 
Sebelum nafsu meranapkan kredibiliti Woods, dia lelaki yang sangat berdisiplin untuk mencapai kejayaan. Didikan gaya ketenteraan yang diajar ayahnya mengakibatkan Woods pernah berada dalam kondisi fizikal yang sangat teruk. Tidak berupaya memukul bola dan memegang kayu golf dengan baik. Tidak berupaya tunduk untuk mengutip bola golf. Kaki kiri dan kanan Woods dibedah lebih daripada tiga kali. Lehernya mengalami pelbagai masalah berulang. Bahagian belakang badannya dibedah empat kali. Kesakitan yang dialaminya sukar digambarkan. Namun, Woods  melalui semua itu dengan tabah. Berusaha kembali memulihkan fizikal dan emosinya dengan bersungguh-sungguh. Dan dia berjaya.
 
Apabila kita membuat keputusan untuk menjadi founder sesuatu produk. Kita kena hadapi semua kesukaran dan ‘kecerderaan’ seperti Woods. Stokis dan ejen yang tidak setia, sales sendu, kena tipu dengan sifu, kandungan produk kena tiru, collections duit tidak tahu hilang di mana, kualiti produk kena kutuk, leaders bawa lari ejen dan customers, returns stok yang menggunung dan pekerja di pejabat tiba-tiba berhenti mengejut. Pada saat ini, cubalah belajar tersenyum ala-Tiger Woods. Bangkit dan rancang semula plan tindakan.
 
Sepuluh tahun Woods bergelut dengan ujian setelah mencapai puncak kejayaan luar biasa dalam sukan golf. Akhirnya, dua tahun lalu dia kembali  menjadi sang juara, menyarung jaket hijau setelah merangkul Augusta Masters yang menjadi rebutan para pemain golf dunia. Ingat 10 tahun adalah masa yang sangat sinonim dengan perubahan, ujian dan kejayaan. Jangan terlalu selesa dengan apa-apa yang kita ada. Tengok semula masa dan fikir kembali apakah yang telah berlaku dalam tempoh 10 tahun kita berniaga. Apakah plan 10 tahun ke hadapan dan apakah jangkaan yang akan berlaku 10 tahun yang mendatang. Ada tiga cara untuk berhadapan dengan rintangan dan ujian dalam perniagaan. Sentiasa senyum dengan halangan. Sentiasa cinta dengan pekerjaan yang dilakukan. Dan, sentiasa memilih untuk terbang tinggi!
 
Hakcipta Terpelihara ©Muhammad Azli Shukri, 2020 NS 2021/3/2020 e-NS : kertasputih 03
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

 

Comments

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...