Skip to main content

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.”


Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif.

Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 billion, Az-Zubayr ibn al-‘Awwam RM 1.025 billion, Utsman ibn ‘Affan RM 750 juta, Thalhah ibn ‘Ubaydillah RM 530 juta dan Sa’d ibn Abi Waqqash RM4.3 juta. Kelima-lima sahabat nabi yang mulia ini – persamaan mereka ialah mereka kaya, konsisten bersedekah dan dijamin masuk syurga oleh Rasulullah.

Jadi, tujuan asal berniaga sepatutnya untuk menghampirkan diri kita dengan Allah dan memudahkan kita masuk ke syurga. Malangnya ramai umat Islam yang tidak merasakan bahawa berniaga  ialah sunnah dan ibadah, mereka malu berniaga kerana selesa makan gaji. Berniaga kerja mulia kalau tahu caranya.

Model perniagaan ialah nadi perniagaan. Salah satu cabang perniagaan 'Abdurrahman bin 'Awf ialah menjual unta. Beliau menjual unta-untanya dengan harga kos. Beliau tidak mengambil untung atas jualan unta. Beliau berkata, "Keuntungan tidak diambil daripada hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil daripada menjual “tali pengikat unta.”  Dari situlah datangnya keuntungan perniagaannya. Tali-tali yang dijual begitu cantik, ada bermacam- macam warna. Jarang peniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga. Itulah model perniagaan Abdurrahman bin 'Awf.

Dalam Perang Tabuk, Abdurrahman menderma lebih daripada RM25 juta. Begitu juga dengan para sahabat nabi yang lain seperti Abu Bakar yang menginfakkan semua hartanya. Bersedekah ke jalan Allah mestilah dijadikan sebahagian daripada model perniagaan. Tujuannya menjadikan jiwa kita dipenuhi dengan kasih sayang, belas ihsan dan sifat lemah-lembut. Semua ini akan membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Akhlak mulia ialah penarik rezeki yang paling hebat, kuat dan kukuh. 

Untuk kaya  di dunia dan akhirat kita mesti konsisten bersedekah demi membentuk akhlak mulia seperti sahabat nabi, di samping berdisiplin dalam menunaikan ibadah kepada-Nya. Lagi kaya kita, sepatutnya lagi banyak masa kita bersama Allah. Jika sahabat nabi mampu solat berjemaah lima waktu di masjid walaupun mereka sibuk berniaga, mengapa kita tidak mampu melakukannya pada hari ini?

Akhlak mulia seorang usahawan akan membina positioning yang hebat. Positioning yang mantap membentuk kepercayaan pelanggan. Kepercayaan pelanggan akan menarik jiwa mereka membantu perniagaan kita. InshaAllah. Dan di situlah penjenamaan perniagaan kita bermula.

 
Hakcipta Terpelihara ©Muhammad Azli Shukri, 2020 NS 2021/6/2020 e-NS : ASRJ 06. Ikuti saya di saluran-saluran berikut :
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

sooo said…
Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan

Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga

Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja

Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia

Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong
sooo said…
Anonymous said...
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...