Skip to main content

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah :

1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tidak diizinkan untuk mengembang dan memperluaskan agama mereka terhadap penganut Islam.

2. Dedahkan statistik berapa ramaikan penganut Kristian di Malaysia dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini? Dan berapa ramai pula orang Melayu yang sudah memeluk agama Kristian? Pada tahun 1994 pemeluk Kristian sudah mencapai 7% daripada jumlah penduduk Malaysia, dan bagaimana pula pada tahun ini? Iaitu selepas 16 tahun daripada tahun 1994. Sekiranya penganut agama Kristian bertambah secara mendadak - maka kita boleh mengesyaki, mungkin terdapat usaha dahwah yang gigih dalam mengembangkan agama Kristian di negara ini.

3. Kita juga mahu mengetahui sumber kewangan organisasi Kristian di Malaysia, dari manakah mereka memperolehnya?

4. Bagaimana kegiatan dakwah yang mereka lakukan di negara ini?

5. Bagaimana peranan organisasi Kristian dalam menyuarakan pandangan mereka? Kita harus tidak lupa organisasi Kristian di Malaysia sangat lantang bersuara, khususnya kritikan mereka terhadap dasar Islamisasi kerajaan dan peranan mereka dalam penubuhan Majlis Perundingan Agama-Agama pada tahun 1983.

Dalam ruang terbatas ini, saya menyeru agar berita yang dilaporkan oleh "Bigdog" dan Utusan Malaysia dilihat dari aspek yang lebih menyeluruh dan bukan menurut emosi semata-mata. Oleh kerana kejahilan kita terdapat gerakan Kristianisasi di negara ini, maka kita menganggap laporan Utusan Malaysia itu penuh dengan hasutan dan kebencian, padahalnya atas kejahilan kita berkenaan organiasi Kristian di Malaysia, maka kita menghukum Utusan Malaysia tanpa usul periksa. Sejauh manakah pengetahuan kita terhadap gerakan Kristian di Malaysia? Jika kita tidak tahu kita harus mengkaji terlebih dahulu.

Saya mengesyorkan agar para pembaca blog saya membaca buku tulisan Ghazali Basri berjudul : KRISTIANISASI SEBAGAI SEBUAH GERAKAN, terbitan Budaya Ilmu Sdn. Bhd, tahun 1994. Sebuah buku kajian yang lengkap tentang perkembangan agama Kristian di Malaysia.

Dalam satu tulisannya, beliau menulis, "Iklim yang terdapat di negara ini, khususnya di Sabah (Kristian 30%, Islam 55%) dan Sarawak (Kristian 34%, Islam 26%) dan jumlah peratusan yang masih besar dalam kalangan bukan Islam di Semenanjung Malaysia sudah pasti memberi galakan yang lebih memberangsangkan bagi pengembang Kristian. Contohnya, dalam deklarasi yang pernah dibuat oleh 14 Mazhab di upacara pelancaran the DAWN (Discipling A Whole Naiton) pada tahun 1992, mereka berazam untuk membina 4, 000 bangunan gereja baharu, 200 tempat upacara kebaktian dalam bahasa Melayu dapat dipastikan wujud, untuk mendapatkan 100, 000 rakan baharu dalam kebaktian Kristian di Malaysia. Gambaran ini adalah antara pengakuan (pledgeds) yang telah dinyatakan oleh badan-badan misionari. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pada masa yang akan datang, kita akan menyaksikan kemaraan gerakan misionari yang lebih gigih, matang dan penuh dengan kebijaksanaan".

Berasaskan tulisan Ghazali Basri di atas, adalah tidak mustahil bahawa laporan daripada "Bigdog" dan Utusan Malaysia yang disiarkan beberapa hari yang lalu mempunyai signifikan yang tersendiri dan ia perlu disiasat dengan segera. Sebagai umat Islam kita memerlukan pendirian yang jelas terhadap sebarang usaha Kristianisasi yang boleh mengancam Islam di negara ini. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam. Baca juga laporan ini...

Comments

YANG SALAHNYA KITA ORANG ISLAM TIDAK MENGAMALKAN SIFAT RASULLAH IAITU TABLIGH KEPADA KAUM PERIBUMI DI SABAH DAN SARAWAK ADA JAKIM HANYA TUMPU SOAL DEPAN MATA KURANG SOAL DAKWAH PADA YANG BELUM ISLAM
azlishukri said…
memang tepat kata tuan itu...
Anonymous said…
Majalah Mangga dan URTV yg selalu tayang cleavage dan paha gebu anak melayu tu kiranya perjuangan Utusan Melayu untuk memartabatkan maruah Islam, gitu??
Anonymous said…
Terima kasih kerana sahabat sudi paut kan blog saya dan saya juga akan paut kag blog sahabat kedalam blog saya. selamat berjuang demi bangsa, negara dan agama kita.

Kuatkan semangat dan jangan berputus asa...
tq bro blog anda juga sudah di paut ke blog saya

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A