Skip to main content

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah :

1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tidak diizinkan untuk mengembang dan memperluaskan agama mereka terhadap penganut Islam.

2. Dedahkan statistik berapa ramaikan penganut Kristian di Malaysia dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini? Dan berapa ramai pula orang Melayu yang sudah memeluk agama Kristian? Pada tahun 1994 pemeluk Kristian sudah mencapai 7% daripada jumlah penduduk Malaysia, dan bagaimana pula pada tahun ini? Iaitu selepas 16 tahun daripada tahun 1994. Sekiranya penganut agama Kristian bertambah secara mendadak - maka kita boleh mengesyaki, mungkin terdapat usaha dahwah yang gigih dalam mengembangkan agama Kristian di negara ini.

3. Kita juga mahu mengetahui sumber kewangan organisasi Kristian di Malaysia, dari manakah mereka memperolehnya?

4. Bagaimana kegiatan dakwah yang mereka lakukan di negara ini?

5. Bagaimana peranan organisasi Kristian dalam menyuarakan pandangan mereka? Kita harus tidak lupa organisasi Kristian di Malaysia sangat lantang bersuara, khususnya kritikan mereka terhadap dasar Islamisasi kerajaan dan peranan mereka dalam penubuhan Majlis Perundingan Agama-Agama pada tahun 1983.

Dalam ruang terbatas ini, saya menyeru agar berita yang dilaporkan oleh "Bigdog" dan Utusan Malaysia dilihat dari aspek yang lebih menyeluruh dan bukan menurut emosi semata-mata. Oleh kerana kejahilan kita terdapat gerakan Kristianisasi di negara ini, maka kita menganggap laporan Utusan Malaysia itu penuh dengan hasutan dan kebencian, padahalnya atas kejahilan kita berkenaan organiasi Kristian di Malaysia, maka kita menghukum Utusan Malaysia tanpa usul periksa. Sejauh manakah pengetahuan kita terhadap gerakan Kristian di Malaysia? Jika kita tidak tahu kita harus mengkaji terlebih dahulu.

Saya mengesyorkan agar para pembaca blog saya membaca buku tulisan Ghazali Basri berjudul : KRISTIANISASI SEBAGAI SEBUAH GERAKAN, terbitan Budaya Ilmu Sdn. Bhd, tahun 1994. Sebuah buku kajian yang lengkap tentang perkembangan agama Kristian di Malaysia.

Dalam satu tulisannya, beliau menulis, "Iklim yang terdapat di negara ini, khususnya di Sabah (Kristian 30%, Islam 55%) dan Sarawak (Kristian 34%, Islam 26%) dan jumlah peratusan yang masih besar dalam kalangan bukan Islam di Semenanjung Malaysia sudah pasti memberi galakan yang lebih memberangsangkan bagi pengembang Kristian. Contohnya, dalam deklarasi yang pernah dibuat oleh 14 Mazhab di upacara pelancaran the DAWN (Discipling A Whole Naiton) pada tahun 1992, mereka berazam untuk membina 4, 000 bangunan gereja baharu, 200 tempat upacara kebaktian dalam bahasa Melayu dapat dipastikan wujud, untuk mendapatkan 100, 000 rakan baharu dalam kebaktian Kristian di Malaysia. Gambaran ini adalah antara pengakuan (pledgeds) yang telah dinyatakan oleh badan-badan misionari. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pada masa yang akan datang, kita akan menyaksikan kemaraan gerakan misionari yang lebih gigih, matang dan penuh dengan kebijaksanaan".

Berasaskan tulisan Ghazali Basri di atas, adalah tidak mustahil bahawa laporan daripada "Bigdog" dan Utusan Malaysia yang disiarkan beberapa hari yang lalu mempunyai signifikan yang tersendiri dan ia perlu disiasat dengan segera. Sebagai umat Islam kita memerlukan pendirian yang jelas terhadap sebarang usaha Kristianisasi yang boleh mengancam Islam di negara ini. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam. Baca juga laporan ini...

Comments

YANG SALAHNYA KITA ORANG ISLAM TIDAK MENGAMALKAN SIFAT RASULLAH IAITU TABLIGH KEPADA KAUM PERIBUMI DI SABAH DAN SARAWAK ADA JAKIM HANYA TUMPU SOAL DEPAN MATA KURANG SOAL DAKWAH PADA YANG BELUM ISLAM
azlishukri said…
memang tepat kata tuan itu...
Anonymous said…
Majalah Mangga dan URTV yg selalu tayang cleavage dan paha gebu anak melayu tu kiranya perjuangan Utusan Melayu untuk memartabatkan maruah Islam, gitu??
Anonymous said…
Terima kasih kerana sahabat sudi paut kan blog saya dan saya juga akan paut kag blog sahabat kedalam blog saya. selamat berjuang demi bangsa, negara dan agama kita.

Kuatkan semangat dan jangan berputus asa...
tq bro blog anda juga sudah di paut ke blog saya

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Tuan, Berapa Harga Putrajaya?

Tuan, Berapa Harga Putrajaya? Oleh Jamhariah Jaafar 1. Rakyat terutama yang pernah menyokong pembangkang sehingga memberi gabungan pakatan pembangkang di empat negeri untuk memerintah, sudah pasti melihat dengan serius gelagat pemimpin parti yang menjulang kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 atas slogan ‘kuasa rakyat’ kerana nyata mereka akhirnya turut menjadi ‘gila kuasa’. 2. Malahan, kelemahan itu turut diakui ramai pemimpin pembangkang termasuk penyokong kuat mereka dan mereka bukan sekadar semakin hilang hala tuju, malahan kritikan dan kutukan rasuah yang hebat dilemparkan kepada parti pemerintah kini berbalik kepada mereka. 3. Dalam tempoh dua tahun saja, semakin ramai pemimpin pembangkang ketiga-tiga parti menunjuk belang masing-masing – ada yang menyalahgunakan kuasa, bertelingkah untuk membuktikan siapa lebih berpengaruh, tidak segan silu mengamal kronisme dan nepotisme, malahan amalan rasuah turut berleluasa. 4. Ketua Pembangkang, Datuk S...