Skip to main content

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah :

1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tidak diizinkan untuk mengembang dan memperluaskan agama mereka terhadap penganut Islam.

2. Dedahkan statistik berapa ramaikan penganut Kristian di Malaysia dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini? Dan berapa ramai pula orang Melayu yang sudah memeluk agama Kristian? Pada tahun 1994 pemeluk Kristian sudah mencapai 7% daripada jumlah penduduk Malaysia, dan bagaimana pula pada tahun ini? Iaitu selepas 16 tahun daripada tahun 1994. Sekiranya penganut agama Kristian bertambah secara mendadak - maka kita boleh mengesyaki, mungkin terdapat usaha dahwah yang gigih dalam mengembangkan agama Kristian di negara ini.

3. Kita juga mahu mengetahui sumber kewangan organisasi Kristian di Malaysia, dari manakah mereka memperolehnya?

4. Bagaimana kegiatan dakwah yang mereka lakukan di negara ini?

5. Bagaimana peranan organisasi Kristian dalam menyuarakan pandangan mereka? Kita harus tidak lupa organisasi Kristian di Malaysia sangat lantang bersuara, khususnya kritikan mereka terhadap dasar Islamisasi kerajaan dan peranan mereka dalam penubuhan Majlis Perundingan Agama-Agama pada tahun 1983.

Dalam ruang terbatas ini, saya menyeru agar berita yang dilaporkan oleh "Bigdog" dan Utusan Malaysia dilihat dari aspek yang lebih menyeluruh dan bukan menurut emosi semata-mata. Oleh kerana kejahilan kita terdapat gerakan Kristianisasi di negara ini, maka kita menganggap laporan Utusan Malaysia itu penuh dengan hasutan dan kebencian, padahalnya atas kejahilan kita berkenaan organiasi Kristian di Malaysia, maka kita menghukum Utusan Malaysia tanpa usul periksa. Sejauh manakah pengetahuan kita terhadap gerakan Kristian di Malaysia? Jika kita tidak tahu kita harus mengkaji terlebih dahulu.

Saya mengesyorkan agar para pembaca blog saya membaca buku tulisan Ghazali Basri berjudul : KRISTIANISASI SEBAGAI SEBUAH GERAKAN, terbitan Budaya Ilmu Sdn. Bhd, tahun 1994. Sebuah buku kajian yang lengkap tentang perkembangan agama Kristian di Malaysia.

Dalam satu tulisannya, beliau menulis, "Iklim yang terdapat di negara ini, khususnya di Sabah (Kristian 30%, Islam 55%) dan Sarawak (Kristian 34%, Islam 26%) dan jumlah peratusan yang masih besar dalam kalangan bukan Islam di Semenanjung Malaysia sudah pasti memberi galakan yang lebih memberangsangkan bagi pengembang Kristian. Contohnya, dalam deklarasi yang pernah dibuat oleh 14 Mazhab di upacara pelancaran the DAWN (Discipling A Whole Naiton) pada tahun 1992, mereka berazam untuk membina 4, 000 bangunan gereja baharu, 200 tempat upacara kebaktian dalam bahasa Melayu dapat dipastikan wujud, untuk mendapatkan 100, 000 rakan baharu dalam kebaktian Kristian di Malaysia. Gambaran ini adalah antara pengakuan (pledgeds) yang telah dinyatakan oleh badan-badan misionari. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pada masa yang akan datang, kita akan menyaksikan kemaraan gerakan misionari yang lebih gigih, matang dan penuh dengan kebijaksanaan".

Berasaskan tulisan Ghazali Basri di atas, adalah tidak mustahil bahawa laporan daripada "Bigdog" dan Utusan Malaysia yang disiarkan beberapa hari yang lalu mempunyai signifikan yang tersendiri dan ia perlu disiasat dengan segera. Sebagai umat Islam kita memerlukan pendirian yang jelas terhadap sebarang usaha Kristianisasi yang boleh mengancam Islam di negara ini. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam. Baca juga laporan ini...

Comments

YANG SALAHNYA KITA ORANG ISLAM TIDAK MENGAMALKAN SIFAT RASULLAH IAITU TABLIGH KEPADA KAUM PERIBUMI DI SABAH DAN SARAWAK ADA JAKIM HANYA TUMPU SOAL DEPAN MATA KURANG SOAL DAKWAH PADA YANG BELUM ISLAM
azlishukri said…
memang tepat kata tuan itu...
Anonymous said…
Majalah Mangga dan URTV yg selalu tayang cleavage dan paha gebu anak melayu tu kiranya perjuangan Utusan Melayu untuk memartabatkan maruah Islam, gitu??
Anonymous said…
Terima kasih kerana sahabat sudi paut kan blog saya dan saya juga akan paut kag blog sahabat kedalam blog saya. selamat berjuang demi bangsa, negara dan agama kita.

Kuatkan semangat dan jangan berputus asa...
tq bro blog anda juga sudah di paut ke blog saya

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Apabila Asri Terdiam dengan Jawapan Zulkifli Noordin

Apabila Zulkifli Noordin Jawab Dr Asri (Saya agak tertarik dengan jawapan ringkas yang diberikan oleYB Zulkifli Noordin kepada Mantan Mufti Perlis berhubung isu orang kafir boleh diizinkan masuk masjid. Sama-samalah kita berfikir) Ustaz Pun Tidak Layak Saya bersyukur banyak respon positif yang diterima berkaitan isu membenarkan kafir harbi memasuki ruang utama solat didalam masjid/surau. Seorang sahabat saya, seorang Ustaz berijazah doktor falsafah menghubungi saya dan cuba memberi pandangan alternatif. Saya cuma tanya satu soalan sahaja kepada beliau; "bukankah enta sendiri, seorang ilmuan Islam berkelulusan PhD, pernah menjawat jawatan tinggi, pernah ditahan, ditangkap dan diheret ke Mahkamah kerana memberi tazkirah disebuah rumah persendirian?". "Kalau orang macam enta pun dikira tak layak masuk surau masjid dalam negeri Selangor untuk bertazkirah, takkan kafir harbi pulak lebih layak dari enta"? Sahabat saya itu terdiam, dan saya nasihatk...