Skip to main content

UMNO 2011 : Seram Tanpa Hantu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kepimpinan baru UMNO Kedah yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu merampas kembali negeri ini, jika tiada amalan cantas mencantas dalam parti itu. Beliau berkata, hanya satu masalah yang akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya iaitu sabotaj dalaman di kalangan ahli serta pimpinan parti itu sendiri seperti sebelum ini.

“Saya yakin (BN) boleh rampas kembali Kedah...boleh memang boleh, tapi jika tidak ada cantas mencantas, kalau tidak sampai bila-bila pun kita tidak akan menang. “Yang ini jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas...bila tak naik ni naik pula yang lain cantas dia, jadi tabiat buruk ini patut dihapuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jubli Perak GIATMARA di GIATMARA Prima Kubang Pasu, semalam.

Beliau mengulas peluang BN untuk merampas kembali Kedah selepas pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta Timbalannya, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Sementara itu, Dr Mahathir menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau terbabit dalam mempengaruhi keputusan pucuk pimpinan UMNO dalam melantik anaknya sendiri, sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah atas tujuan untuk mempersiapkan tokoh muda itu sebagai Menteri Besar pada masa depan.

Katanya, daripada dulu beliau tidak campur tangan kerjaya politik anaknya dan setiap keputusan yang dibuat adalah daripada Perdana Menteri sekarang serta pemimpin UMNO ketika ini. “Saya tidak pernah campur tangan dengan nasib baik atau buruk anak saya dalam perjalanan politik mereka, tidak sama sekali,” katanya. "Waktu jadi Perdana Menteri dulu pun saya larang anak saya terbabit politik kerana tidak mahu orang kata kerana dia anak Perdana Menteri. Sekarang bapa dia dah tak jadi Perdana Menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan. "Kalau boleh saya nak bagi anak saya jadi Perdana Menteri terus, tapi tidak akan berlaku dan tidak boleh macam itu," katanya. Sumber Malaysia-Instinct.

Comments

To Live Again said…
Tun sbnrnya PERLI depa2 kt Kedah 2..Mmg tugas berat la Mukhriz lepas ni..Dato Bashah 2 bergiat dlm politik sejak zaman Tun jd PM lg..Smpai la ni xmau berhenti..

Najib pon TERPAKSA ja lantik bashah 2..Pasai tau dah kalau lntik mukhriz pas 2 bg plak dato jamil jd timblan utk rejuvenate umno kedah cmfom mulai saat pengumuman 2 smpai la ke PRU13 1 demi 1 program dn perancangan mukhriz kena cantas..

Dato Shafie dh rs dh KEPERITAN 2..

Kalau x berubah jgak mmg KEDAH akan jd KELANTAN la..jd kubu kuat depa..
Abdul Hayee said…
Kena ubahlah tabiat suka cantas mencantas ni kalau benar-benar ikhlas untuk berkhimat kepada Agama Bangsa dan Negara dan inginkan BN memerintah Kedah semula.

Janganlah Cakap tak serupa bikin.

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...