Skip to main content

Hulu Selangor 2010 : Di Sini Jalan Mula Lurus


HULU SELANGOR 2010
Di Sini Jalan Mula Lurus


SHAH ALAM 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah milik MIC sebelum ini. Bagaimanapun katanya, penentuan calon hanya akan dilakukan selepas beliau selaku Pengerusi BN Selangor mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

‘‘Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas.

‘‘Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau memang, bukan MIC menang tetapi BN (juga) menang,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen BN Selangor di sini hari ini. Selain Samy Vellu, turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Konvensyen sehari bertemakan ‘BN Mampu Berubah: Sayangi Selangor, Yakini BN’ itu dihadiri kira-kira 200 pemimpin bahagian dan akar umbi parti komponen BN.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad kerana barah otak pada 25 Mac lalu. Allahyarham memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Pada sidang akhbar selepas itu Najib berkata, sentimen pengundi di Hulu Selangor sekarang memihak kepada BN. Katanya, dalam pilihan raya kecil ada faktor tertentu yang perlu diambil kira dan salah satunya ialah faktor calon berbanding pilihan raya umum yang lebih tertumpu kepada kepimpinan negara dan isu nasional.

‘‘Jika kita nak menang mesti ambil kira apa yang akan dibuat perhitungan oleh pengundi dalam satu-satu kawasan. Kita akan pastikan apa sebenarnya yang dimahukan oleh pengundi.

‘‘(Pilihan raya kecil) ini menjadi ujian besar untuk BN Selangor dan saya selaku pengerusi mahu memastikan BN menang. Berikutan itu BN mesti bekerja kuat,” katanya sambil memberitahu calon hanya akan diumumkan apabila tiba masanya kelak. Mengenai konvensyen hari ini, Najib berkata, ia diadakan tepat pada masanya untuk menilai keberkesanan parti itu di Selangor. Menurutnya, perubahan tidak seharusnya dilihat dari segi dasar atau program yang akan ditingkatkan, sebaliknya ia lebih bermakna jika rakyat melihat sendiri perubahan yang dilakukan.

‘‘Di atas rasa tanggungjawab, kita sama-sama perlu berubah bermula dengan mencari kelemahan yang dilakukan dahulu,’’ jelasnya. Najib berkata, sejak Mac 2008 BN Selangor berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran yang menguji ketahanan dan daya juang, namun parti itu masih kuat meneruskan perjuangan untuk rakyat. Beliau turut mengingatkan pemimpin BN Selangor bahawa mereka mempunyai masa kurang tiga tahun untuk melakukan sesuatu bagi menawan semula negeri itu.


Ulasan Saya


1. Posting saya pada 31 Mac yang lepas sudah awal-awal meramalkan bahawa DS Najib pasti akan mengikut tradisi dalam meletakkan calon BN di Hulu Selangor - dan pada hari ini sudah jelas, MIC tetap diberi kepercayaan sebagaimana lazimnya parti tersebut mewakili kawasan Hulu Selangor selama ini. Walaupun posting saya pada 31 Mac itu tidak disukai ramai, namun demikian ternyata DS Najib bijak mengekalkan tradisi daripada mengikut rasa hati - demi mengembalikan kekuatan BN.


2. DS Najib ternyata berani dan bijak agar tidak terperangkap dengan kehendak yang lebih bersifat racis - malah terbukti juga DS Najib memahami yang mana satu harus didahulukan dan yang mana satu harus dikemudiankan. Syabas Datuk Seri!


3. Nasihat saya, kepada mana-mana ahli UMNO yang ingin melakukan sabotaj - fikirkanlah sedalam-dalamnya. BN perlu diutamakan - demi mengembalikan semua kekuatan kerajaan. Saya menyeru kepada mana-mana ahli UMNO yang masih tidak berpuashati dengan keputusan DS Najib, semoga redho dengan keputusan pucuk pimpinan - dan pastikan BN kembali merampas Hulu Selangor. Wallahualam.


4. Dan sekarang pembangkang di Hulu Selangor sudah ketiadaan isu yang hendak dimainkan dalam soal calon - yang ada hanyalah alasan-alasan yang sedang direka-reka untuk menjawab mengapa PKR kecundang di Hulu Selangor kelak. Antara alasan PKR nanti ialah, Pengundi Hantu, SPR Main Tipu, dan BN Taja Calon Bebas. Semua alasan bodoh ini sudah tersebar luas dalam kalangan blog-blog pembangkang. Semoga Allah memberi pengajaran kepada Anwar dan kuncu-kuncunya. Amin

Comments

Anonymous said…
KEBODOHAN PIMPINAN TERSERLAH.
"KUASA RAKYAT" HANYUT DALAM IRAMA PADANG PASIR.

RAKYAT DIDAHULUKAN, CUMA PEMANIS DIMULUT.

HAK MUTLAK RAKYAT, DIKECUNDANGKAN.
UMNO HULU SELANGOR SEPERTI BADUT DAN DIPERKUDAKAN OLEH MUSUH ISLAM, ATAS TIKET SETIAKAWAN.

SATU MALAYSIA, SATU SUARA, HANYA SIBODOH YANG BISA MENERIMA ACUAN SEBEGINI.

TETIBA MUNCUL CALON MELAYU ATAS TIKET BEBAS. MAKA ENGKAULAH WIRA MELAYU HULU SELANGOR.

TAHNIAH KEPADA CALON BEBAS YANG MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN BANGSA YANG BERTERASKAN ISLAM SEBAGAI WADAH PERJUANGAN.

UCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA PARA PIMPINAN YANG BODOH SOMBONG.
SESUNGGUHNYA KAMULAH PENGKHIANAT BANGSA SENDIRI, DEMI MENJAGA HATI ORANG-ORANG KAFIR.

WALAUPUN KITA DITUNTUT UNTUK MENGHORMATI ULUL-AMRI, DISEBABKAN KEBODOHAN DAN KEBAHLULNANNYA, MAKA KITA SEBAGAI SUARA RAKYAT, PERLU MENOLOK PIMPINAN YANG BODOH, YANG DANGKAL MEMAHAMI ISTILAH UMAT ISLAM DAN MUSUH ISLAM....

--luahan hati penyokong umat Melayu Hulu Selangor-
merahs said…
Kesian la kat Najib tu, hati rakyat kena jaga dan hati KAWAN2 pung kena jaga gak r..
Anonymous said…
ni ler pakej UMNO melalui 1 Malaysia. kata Pas sekongkol dgn kafir harbi lah itu lah ini lah. sedangkan UMNO sendiri tak dpt berkuasa tanpa bantuan kafir harbi ni.

pening jgak tengok Najib tak pernah diundang atau dijadikan sandaran PERKASA yang telah perkosa gagasab 1 Malaysia. kesian najib. sebab Sang Raja Katak Berahim Ali tu memeningkan kepada Najib dan Rosmah Singa Lapar Duit tu.

sudah lah.. tak habis2 dgn retorik slogan jer orang UMNO ni. aku pun nak buat koleksi slogan lepas ni. mana tau kot ada peraduan slogan mana yg popular, boleh jugak aku masuk peraduan.

berbilion duit habis semata-mata pemimpin gila nak jadi juara rakyat. pehtu pembangunan dan kebajikan rakyat tak pulak dijaga elok. sah aku undi PR lepas ni.

kalau ko rasa ko cerdik sgt Azli dgn komen2 murahan ni, aku rasa aku lebih pandai dan cerdik sebab aku tahu level ko tang mana. tak habis2 dgn provokasi.

Buat tafsir Al-Azli lah, mengaku puak Salafus Saleh lah, itu lah ini lah.. tapi dlm masa sama tak mengku mengikut ajaran Islam sebenar sebab ko sendri tak mampu ikut.

bab maki hamun,tuduh menuduh, mencerca dan membuka aib orang dah jadi mainan ko jer. so, tak ke rasa malu dengan diri sendiri apatah lagi Allah swt??

jangan jual maruah agama Azli. kena cela dek para masyaikh nanti!!
azlishukri said…
Anony 12:23 ini adalah contoh manusia yang ada akal tetapi diletakkan di lutut. Manusia jenis ini sombong dan bongkak, tetapi cetek ilmunya. Tiada tahu membezakan antara judul dengan kandungan dan tiada tahu membezakan antara yang hak dan yang batil. siapa yang menjual agama? siapa yang lacurkan agama atas nama demokrasi dan peti undi? parti mana yang menabur janji antara syurga dan neraka? parti mana yang sanggup bersengkongkol dengan musuh Allah untuk memerangi orang Islam sendiri? cuba buka mata luas-luas! jangan jadi bodoh sombong dan cetek fikiran.
azlishukri said…
dan ko sendiri tak rasa berdosa ke mencaci ibrahim Ali sebagai raja katak dan rosmah singa lapar duit? manusia jenis apa ko nie? konon menyokong PAS, tetapi dengan Allah tak takut langsung...cara tulis ko ni..sudah dapat baca level pemikirannya..
Badut said…
Anony yang atas skali tu bukan ahli UMNO tu ahli PAS mcm kite tak kenal

Anony yang no 2 ni pula org yang dengki dengan blog nie.komen pun mcm org xada akal
Anonymous said…
anony yg atas tu ahli PAS bukan ahli UMNO, gaya bahasa pun dah tahu

anony ke 2 pula manusia yg dengki dengan blog nie
Anonymous said…
setidaknya anon tu tak ler mengaku handal dengan membuat Talsir Al-Anon. kau buat tafsir sendiri seolah dah tahu bab tafsir. tapi dalam masa sama tak ada ciri-ciri pun orang yg layak membicarakan tafsir.

rasanya empunya blog ni tak lebih daripada pengampu umno jer kot. barangkali dia sedar partinya ada banyak bateria yang sangat bahya.tapi oleh kerana ada kepentingan dengan menteri tertentu,maka dia butakan mata,pekakkan telinga dan bisukan mulut dari berkata yang adil.

aduhai...Ibrahim Ali mmg Raja Katak. Dulu kata nak jilat jubor Mahathir kalau masuk balik Umno. tapi biasa ler.. UMNo ni tempat buangan sampah sarap. mudah jer nak terima. aduhai UMNO...pelupa sungguh korang ni yer?

Anon Al-Ptuihhhh
KINAS said…
SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR.....sila lawat blog saya...tumpang lalu Sdr Azli

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...