Skip to main content

Hulu Selangor 2010 : Menjawab Tulisan Sayuti Omar


Menjawab Tulisan
Mohd Sayuti Omar (MSO)



SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucukan, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. Hari mengundi ialah 25, Sabtu ini. Dari dua kali tinjauan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain. Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.

Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang sinonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.

"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.

Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia lama menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India. Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat. Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.

Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalananthan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.

Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah tidak aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihendle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.

Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.

Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bekas MIC, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai tektik saja. Kini Zaid akan berdepan dengan Kalamanathan secara satu lawan satu.


Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.

Hanya dengan cara itu saja BN boleh mengimpi untuk merampas kerusi berkenaan. Sekiranya mereka gagal mendapat 60 peratus undi Melayu, ini bermakna BN bakal menangis tidak berlagu. Secara umumnya peratus undi Melayu yang dikuasai BN pada masa ini kira-kira lebih 55 peratus. Sementara undi India sekitar 55 atau 60 peratus. Bagaimana pun ada tanda-tanda menunjukkan undi India ini akan menurun disebabkan kerana faktor calon dan kemarahan masyarakat India kepada Samy Vellu dan Palanivel semasa menjadi ahli parlimen dahulu. Kalangan cerdik pandai dalam MIC atau India pula sudah merasai bahawa parti MIC tidak lagi dihormati oleh rakan mereka, Umno.

Apa yang perlu diingati oleh PKR, undi India ini tidak konsisten dan ia akan beralih apabila ada tawaran langsung terutama dari kalangan perempuan veteran. BN dijangka akan menggoda masyarakat India disaat akhir pengundian dengan pemberian hamper dan wang. Sekiranya BN tidak mengawal atau membalas pemberian ini menyebabkan undi India yang dimiliki PKR sebanyak kira-kira 35 hingga 40 peratus ketika ini akan merosot di bawah 35 peratus.

Kemerosotan undi India dan tidak dapat melonjakkan peratus undi Melayu sehingga mencecah 45 peratus ini menjadikan PKR akan kehilangan kerusi Parlimen berkenaan dan hanya menang semangat dan sorak saja dalam pilihan raya itu.

Di sebalik perkembangan itu masih banyak peristiwa dan kejadian-kejadian di sebalik tabir dalam pilihan raya berkenaan. Ia tidak sesuai di dedahkan kerana boleh mengaibkan individu tertentu. Sementara mengenai isu pula BN ternyata kekurangan isu berbanding dengan PKR. BN banyak menaburkan poster dan billboard dengan slogan merendah, mempersoalkan kemampuan PKR berbanding dengan hujah-hujah dan idea. Terdapat juga poster yang mengecam peribadi pemimpin PKR.

Sebaliknya PKR pula sarat dengan hujah yang tidak mampu dibalas oleh BN. Dakwaan BN misalnya mengatakan PKR tidak mampu memerintah negeri dijawab dengan disertakan bukti dan fakta kukuh mengenali penerimaan rakyat kepada kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Begitu juga dengan fakta-fakta pencapaian kerajaan.

Sikap Umno memainkan isu peribadi mengenai Zaid minum arak ternyata telah memakan diri sendiri. Isu itu terpalit kepada diri Umno menjadikan Umno terpaksa menutup mulutnya sendiri. Beberapa pemimpin BN telah menarik balik isu berkenaan. Khairy Jamaluddin sendiri menasihat penceramah Umno tidak memainkan isu peribadi. Khairy mungkin bimbang kalau isu turut diperkatakannya isu peribadi dirinya sendiri juga akan dibongkar seluas-luasnya.

Al hasilnya isu Zaid minum arak yang dijawab dengan pernuh berhikmah dan gentlemen oleh Zaid menyebabkan BN mati kutu. Seperti biasanya SPR tidak dapat menyucikan diri dari mengotorkan diri dengan memberi sokongan kepada BN. SPR telah melakukan pemidahan terhadap kira-kira 14,000 pengundi. Pengundi yang dulunya mengundi di Hulu Selangor telah dipidah ke serta tempat. Mungkin pemindahan ini dilakukan terhadap pengundi dikesal pasti pengundi Pakatan Rakyat.

Apakah pemindagan ini menguntungkan BN atau sebaliknya akan merugikan BN, 25 April nanti akan menjawab segala teka-teki ini.[wm.kl. 8:50 am 20/04/10]---MOHD SAYUTI OMAR.


Ulasan Saya


1. Nampaknya Mohd Sayuti Omar (MSO) terlalu optimis bahawa PKR akan dapat mengekalkan kerusi di Hulu Selangor. Dengan berdasarkan hujah-hujah dangkal - beliau cuba menutup hakikat dan kelemahan sebenar yang sedang dihadapi oleh pakatan pembangkang.


2. Beliau mengutip kata-kata "orang kedai kopi" untuk membuktikan bahawa masyarakat Hulu Selangor menolak BN - tetapi beliau lupa, berapa ramai pula ahli PKR yang memaki hamun Zaid Ibrahim.


3. MSO juga mendakwa terdapat 30 wanita UMNO yang bakal menyokong PKR kerana tidak berpuashati dengan pencalonan Kamalanathan, sebaliknya MSO mungkin terlupa hampir seribu ahli-ahli PKR di Hulu Selangor yang secara terang-terangan memprotes dan meninggalkan majlis, pada saat Anwar mengisytiharkan Zaid sebagai calon PKR di Hulu Selangor. Tidak cukup dengan itu, dua hari yang lalu Dr. Halili pula meninggalkan PKR dan menyertai UMNO gara-gara tidak yakin lagi dengan Anwar. Mengapa hal ini tidak disebut oleh MSO? Lebih malang lagi, faktar berhubung 200 ahli pemuda PKR keluar parti langsung tidak dihebohkan oleh MSO dan Harakah.


4. Sekali lagi - MSO membuat andaian kosong kononnya rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh PKR semakin mendapat sokongan rakyat - pada hakikatnya, semua orang tahu sehari demi sehari wakil rakyat PKR keluar parti kerana kecewa dengan pelbagai masalah dalaman dan kepincangan pemerintahan, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.Apakah kita masih buta melihat ini semua?


5. Dakwaan karut kononnya Pemuda UMNO Hulu Selangor tidak aktif berkempen kerana tidak dapat kontrak menyediakan poster merupakan satu lagi fitnah dan buruk sangka yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan imej UMNO - mengapa tidak disebut pula bagaimana kepincangan jentera PKR dan PAS di Hulu Selangor? Kalau kita jujur dan berkunjung ke Hulu Selangor - cuba tanya poster parti mana yang lebih banyak? PKR atau BN? Di sana kita akan tahu dan melihat dengan mata kepala sendiri - siapakah yang sebenarnya bermasalah dalam menggerakkan jentera parti. Mengapa MSO tidak menulis dengan adil dalam hal ini?


6. Hujah dan hipotesis kononnya pengundi Cina tidak berpihak kepada BN - hanyalah berasaskan andaian dan cakap-cakap mulut, tiada bukti nyata dalam hal ini. Sangat jelas - MSO masih menggunakan "detik hati" untuk membuat kesimpulan. Di sisi lain, MSO cuba membawa sentimen lama - kononnya golongan muda dalam UMNO tidak selesa dengan calon BN yang telah dipilih, benarkah begitu? Kamalanathan atau Zaid Ibrahim yang dibenci oleh golongan muda? Setahu saya Zaid Ibrahim bukanlah ikon atau tokoh yang rapat dengan generasi muda, baik ketika di dalam UMNO mahupun di dalam PKR.


7. Dakwaan kononnya BN tidak ada harap untuk memperoleh undi dari komuniti Cina - merupakan dakwaan yang tidak bertanggungjawab serta merendah-rendah kebijaksanaan kaum Cina di Hulu Selangor. Hujah MSO tidak lain dan tidak bukan hanyalah kesinambungan daripada idea Anwar Ibrahim - yang terlalu percaya dan yakin pengundi Cina menjadi penentu di Hulu Selangor. Meletakkan calon yang berfahaman liberal seperti Zaid - Anwar mencongak, ia mampu menarik minat pengundi Cina - tetapi Anwar terlupa, Allah Maha Berkuasa.


8. Isu Arak yang dibangkitkan oleh para blogger dikatakan bakal memakan diri - Hal ini merupakan analisis yang terpesong jauh daripada kebenaran. Isu Zaid minum arak, penentangannya terhadap Hukum Hudud PAS Kelantan dan sokongan terbukanya berhubung isu Lina Joy - adalah isu-isu yang sengaja dibangkit oleh para bloggers pro-kerajaan bagi membuka topeng jijik dan kotor para pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.


Sekarang - rakyat yang ikhlas akan dapat menilai pendirian PAS dalam soal Islam, demokrasi dan peti undi! PAS sanggup bersekongkol dengan Zaid yang satu ketika dulu mengecam hebat Hudud PAS Kelantan dan pernah juga memberi sokongan secara terbuka dalam isu Lina Joy - PAS sangat mengecam Zaid pada saat itu dan sehingga sekarang pun, PAS tidak pernah tahu apakah pendirian Zaid berhubung isu Lina Joy dan Hukum Hudud PAS yang pernah ditentangnya dahulu! PAS tutup mata dalam hal ini, menurut PAS itu cerita lama dan lupakan sahaja.

Tetapi, malangnya kisah calon UMNO di DUN Permatang Pasir yang mempunyai isteri kedua, digembar-gemburkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, sehingga ia menjadi isu seolah-olah calon tersebut melakukan dosa besar kerana telah berkahwin satu lagi! Sesuatu yang jelas halal di sisi Islam apabila dipolitikkan oleh pemimpin PAS seakan-akan menjadi satu dosa besar dan haram di sisi Islam.

Inilah realiti politik peti undi gaya PAS jika MSO ingin tahu (walaupun dia sudah tahu sebenarnya). Demi satu undi - PAS sanggup melakukan apa-apa sahaja, walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan. Kelangsungan PAS bergantung kepada undi, dan Islam naik dan turun mengikut pertimbangan akal para pemimpin PAS juga bergantung kepada undi! Sebab itu, PAS sanggup menghalalkan apa-apa sahaja demi kuasa dan undi atas nama sebuah demokarsi. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
AKU NAK SEBELUM PILIHANRAYA NI ADA ORANG TANYA ZAID TENTANG PENDIRIANNYA BERHUBUNG DENGAN ISU MURTAD DAN HUDUD....DAN KENYATAANNYA HARUSLAH DISIARKAN OLEH SELURUH JENIS MEDIA.....DISITU AKAN DAPAT DIPASTIKAN KE MANA PENGUNDI AKAN PERGI MENGUNDI...SALAM
Anonymous said…
syabas azli shukri.besar harapan sy supaya ada lebih ramai azli shukri yang bijak menangkis serangan puak pembangkang yang 24jam membangkang.cukup menyampah dgn orang tua ni,sama kurang ajar
dgn dua ekor tu tukar tiub h.rais ngan botak rj petra.
Anonymous said…
Dulu secara terang2 PAS serang peribadi calon BN DUN Bagan Pinang...
sebelum tu, menyerang peribadi calon BN di DUN Permatang Pasir, PP, ungkit kisah masalah peribadinya...
tp bila BN ungkit kisah Zaid, seolah2 semua da berlalu...da lapuk...da bertaubat...dan bermacam lagi yg sedap dan syahdu mendengarnya...

Nak digelarkan ape untuk puak2 mcm ni?
Anonymous said…
bezanya Zaid declare dia sudah bertaubat dan mohon ampun dengan Allah malah dia mengaku salah silapnya...

orang2 UMNO atau lebih spesifik calon2 UMNO atau wakil rakyat UMNO ada buat pengakuan?? aku berkawan dah ramai..kenal sangat2 orang kuat UMNO. masak sangat2 dah...muka munafik jer banyak.

mengaku tak mahu..tpi kuat mengata orang.padahal diri mereka tu sendiri lebih hina dari Kamalanathan, calon 1 Malaysia.
Anonymous said…
Tuan,
Biasa la, orang yang bersekongkol dengan puak PAS pasti akan menulis kebaikan mereka. Dari dulu lagi saya dah tahu siapa Azli Shukri ni, tulisan selalu memihak tapi kata atas kebenaran. Pembohong besar. Lihat saja buku buku tulisan beliau, semua condong pada puak mereka. Dia cari makan cara begitu untuk bela anak bini.
Anonymous said…
kita gelar puak2 ni puaka lah..

-art-
Anonymous said…
Sama la.. dah syukri nie sokong pakatan dah tentu dia citer baik jer pasal pakatan... dia duduk saja dan menulis... bukan dia pegi buat survey pun dgr2 jer ckp org... apapun kebenaran akan terjawab masa pengiraan undi nanti... kepada penjilat tegar jangan pulak bila kalah nanti salahkan SPR plak.. bila menang tak der bunyi pun apa2.. siap polis pun dah kredit bila menang...
najamarine said…
rase nye bro,banyak komen aku kat MSO tu tak pernah publish..bukan mencarut2 pun,cuma keluarkan bukti2 tentang andaian2 penulisan dia je..

org akan lebih hormat pada dia bila dia jujur dengan komen2 pengnjung.org yg memuji melangit dan mengutuk,mancarut,menghina pemimpin BN takpa bukti lepas macam tu je sampai beratus2..
Abdul Hayee Zabidin said…
INSYAALLAH BN AKAN MENANG DI PARLIMEN (O94) HULU SELANGOR PADA 25HB APRIL, 2010.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Ada sesuatu di blog saya... Check it out....!!!
Cheguman said…
salam Azli,
Demang dah lama tak baca MSO sebab banyak tulisan beliau syok sendiri.
Anonymous said…
knape ek tetiba dr.hallili xyakin ngan anwar.
pelik gak aku....

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...