Skip to main content

PTPTN 2010 : Masa Untuk Berubah


PTPTN 2010
Masa Untuk Berubah


KUALA KRAU, 12 April: Kerajaan digesa tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pinjaman tersebut ditukar statusnya kepada biasiswa sepenuhnya. Demikian kandungan usul Dewan Muslimat yang dibawa dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau kali ke 24 yang diadakan di Darul Hikmah, dekat sini, semalam.

Ini kerana menyedari tentang pentingnya rakyat mendapat pendidikan tinggi hingga ke peringkat universiti dan menyedari tentang pentingnya modal insan yang intelektual, inovasi dan berdaya saing dari aspek ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Menyedari tentang bebanan tanggungjawab kos yang sangat tinggi, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-24 yang bersidang pada hari ini menggesa pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima PTPTN yang membuat bayaran balik segala pinjaman yang mereka perolehi atau menukarkannya kepada status biasiswa sepenuhnya,” kata wakil dewan itu, Puan Salina Omar ketika membentangkan usul berkenaan. Tambahnya, dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin mendesak adalah tidak wajar bagi kerajaan membebankan rakyat menanggung kos pendidikan yang merupakan perkara asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

”Kalau kerajaan benar-benar berjiwa rakyat dan berjiwa Islam, kita menuntut kerajaan peka dengan kepentingan memberi pendidikan kepada rakyat sehingga ke peringkat tertinggi. Adalah tidak wajar pelajar dikenakan faedah berbentuk riba dan kita menuntut agar status tersebut ditukar kepada biasiswa sepenuhnya,” katanya. Usul tersebut disokong perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan yang kemudian diterima sebulat suara.


Ulasan Saya

1. Saya menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Dewan Muslimat PAS di atas.

2. Sememangnya tidak dinafikan PTPTN sangat membebankan rakyat dan generasi muda.

3. Saya juga sependapat bahawa memberi pendidikan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan yang harus diberi secara percuma atau dikenakan bayaran yang sangat minima.

4. PTPTN tetap mempunyai unsur riba, lantaran itu kita harus menghapuskan kadar faedah tersebut.

5. Sudah tiba masanya - BN/UMNO mendapatkan semula sokongan generasi muda dengan cara menghapuskan PTPTN sebagai satu beban hutang yang berpanjangan kepada mereka.

Comments

Anonymous said…
at least xyah ada kos pentadbiran.. wat sakit ati ja tgk kos pentadbiran tu..
Wenger J Khairy said…
Sdr. Pengarang,
Saya juga amat bersetuju. Ekoran desakan mereka yg bersama YB KPPUM, kerajaan telah menyediakan bantuan sebanyak RM 1.154 billion sebagai subsidi faedah imbuhan tabung pinjaman PTPTN bagi belanjawan 2010.

Tetapi sebenarnya kami berpendapat kerajaan harus menghapuskan yuran universiti tetapi dengan syarat penuntut tidak boleh gagal/ tercicir dlm pelajaraan dan menjadi tali barut pembangkang.

Ini kerana kerajaan sudah pun memberi imbuhan sebanyak RM 6 billion tiap tiap tahun kepada universiti universiti tempatan. Lebih lebih lagi kerajaan juga memberi RM 200 juta sebagai bayaran pertambahan emolumen kakitangan IPTA.

Maka saya amat sangsi, contohnya UPM diberi RM 540 juta setahun bagi tujuan mengurus. Kalau sudah diberi imbuhan tersebut mengapa pelajar masih dihimpit dengan pinjaman yuran dan sebagainya.

Mengapa kerajaan tidak boleh menolong golongan belia spt mana pertolongan yg dihulurkan kepada kroni kroni? Tidakkah tuan peka bahawa bukan sahaja kerajaan membeli balik saham seorang tokoh koprat MAS dengan harga 2x harga pasaran, seterusnya memberi laluan kepada pemilik pada masa tu mengaut keuntungan berbillion2, malah kerajaan menanggung hutang USD 2 BILLION.

Utk panduan semua, hutang tersebut masih belum diselasaikan dan kerajaan membayar riba sebanyak RM 600 juta setahun keatas hutang tersebut.

Sehingga hari nit, kerajaan juga terpaksa menebus bon bon Danaharta sebanyak RM 881 juta setahun.

Cuba kita bayangkan. Tanpa beban hutang tersebut yg rata rata tertimbul kerana semangat rakus dan haloba yg diasuh oleh golongan tertentu, kerajaan memang sudah mampu menampung kos pembiayaan pelajaraan bagi semua orang.


Maka kita hairan. Kalau berhujah kerajaan tidak mampu, mengapa dia tidak mampu?
azlishukri said…
wenger saya juga sependapat dengan tuan.ada banyak fakta berhubung isu yang tuan sentuh di sini, khususnya soal MAS.

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...