Skip to main content

PKR Bakal Taja 10 Calon Bebas dengan Nilai RM10 Juta?


PKR TAJA 10 CALON BEBAS
DENGAN NILAI RM10 JUTA?


KUALA LUMPUR, 2 April: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Islmail berkata, kemungkinan calon Bebas akan ditaja oleh pihak tertentu dalam BN menyertai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

"Kalau calon Bebas muncul, itu tentunya ditaja oleh proksi tertentu dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional sendiri," katanya. Beliau yang juga berkata, beberapa maklumat dalaman Umno memberitahu bahawa beberapa pihak di kalangan akar umbi Umno sedang merebut kerusi Parlimen P094 itu, iaitu kerusi tradisi MIC. Sumber tersebut juga memberitahu, sejak nama Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel disebut-sebut sebagai calon BN di situ, beberapa pihak dalam kalangan pemimpin Umno telahpun menyuarakan rasa tidak berpuas hati. Tuntas dari itu, beliau berkata, kemunculan calon bebas tersebut kelak mungkin disebabkan beberapa konflik tersebut.

"Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka boleh sahaja menampilkan seorang atau lebih calon Bebas untuk mewakili kepentingan mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang. Ujarnya lagi, berdasarkan beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, beliau mendakwa Umno mendalangi formula menaja calon Bebas.

"Itu benda yang biasa berlaku, kalau ada (calon Bebas), saya rasa itu (mungkin) proksi Umno/BN,” katanya.

Pun begitu, beliau tidak menganggap budaya menampilkan calon Bebas menyerupai peranan wakil Bebas di Dewan Rakyat kebelakangan ini. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi. Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos. Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3). Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.


Ulasan Saya

1. Awal-awal lagi lidah rasmi PAS - Harakah Online sudah membuat fitnah dan dosa besar dengan mendakwa bahawa BN/UMNO bakal meletakkan calon bebas bagi memecah undi di Parlimen Hulu Selangor. Maka, dengan alasan ini, PKR akan mengalami kekalan sekaligus mendakwa ini semua merupakan permainan licik BN/UMNO .

2. Soalnya sekarang, siapa yang sebenarnya sedang takut dan bermain wayang? BN atau PKR? Nampaknya, PKR semakin tidak popular di Hulu Selangor, bayang-bayang kekalahan sudah terasa bahangnya, lantaran itu mereka mula menabur fitnah, kononnya BN akan meletakkan calon bebas bagi memecah undi. Benarkah begitu? Atau pada hakikatnya PKR yang sedang merancang untuk meletakkan calon bebas bagi memastikan undi Melayu berpecah kepada tiga, sekaligus harapan untuk PKR menang akan menjelma kembali.

3. Pada hakikatnya, persoalan yang perlu PKR jawab sekarang ialah, benarkah menurut sumber tertentu terdapat 10 calon bebas yang akan turut sama bertanding di Hulu Selangor atas tajaan "orang tertentu" yang sangat berpengaruh dan berduit dalam pakatan rakyat? Hal ini dilakukan bagi memastikan undi kepada BN akan mengucup dan mengecil. Jika benar laporan tersebut, SPRM harus segera bertindak. Kita tidak mahu, pilihanraya kecil menjadi medan untuk mencemarkan demokrasi. Malah, dikatakan juga sejumlah RM10 juta sudah disediakan oleh individu tersebut bagi menaja calon-calon tertentu untuk dijadikan sebagai calon bebas sekali gus bakal memecah undi BN di Hulu Selangor. SPRM harus segera bertindak jika hal ini adalah benar. Wallahualam.

4. Kita semua sedia maklum, PKR dan Pakatan Pembangkang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa, maka tidak mustahil hal ini boleh berlaku, memandangkan PKR merupakan sebuah parti yang kaya-raya dan kemudian mereka pasti menuduh kononnya BNlah yang telah menaja calon-calon bebas tersebut. Lantaran itu, hati-hatilah jangan rakyat ditipu lagi oleh Anwar Ibrahim.

Comments

Anonymous said…
sy setuju dgn pandangan anda..berhati2lah UMNO.
ANTI PKR/PAS/DAP said…
Hati perut dia orang macam bangkai anjing.Pihak UMNO harus hati hati kerja jahat mereka.
Bijen M. said…
Berbaloikah untuk satu kerusi?
Anonymous said…
Benda belum berlaku, kalau cuba dibangkitkan boleh dikatakan sebagai telaah atau spekulasi. Ini semua adalah arts of war dalam poltik, mungkin sebagai pre-emptive measure. Tuduhan ianya fitnah adalah tak matang dalam kancah politik pilihanraya hari ini.

DR NO
guru yahya said…
DR NO, saya setuju dgn kata2 saudara..

jangan sebab kita cinta sgt2 pada parti dan wala` buta pada pemimpin, kita mudah melabelkan lawan macam2..
Anonymous said…
biasa le puak umno ni cpt sgt gelabah.

Pilihan Pembaca

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...