Skip to main content

Tahniah KJ : Selangkah Ke Putrajaya!


Tahniah Tuan Haji Khairy Jamaluddin
Selangkah Ke Putrajaya


Mengikut beberapa sumber, kementerian yang paling serasi dan sesuai untuk Khairy Jamaluddin adalah Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak tahu, sama ada Khairy benar-benar berminat dengan kementerian tersebut atau pun tidak. Jika khabar angin yang semakin kencang bertiup dari Putrajaya itu akan benar-benar berlaku (malah dikatakan sudah pasti akan berlaku. Wallahualam) Maka, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sedikit masa lagi akan dinobatkan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang baharu. Namun demikian, pertanyaan yang sedang mengusik benak saya ialah berhubung dengan siapa antara dua Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang ada sekarang harus dikorbankan demi memberi lalu kepada Khairy? Apakah YB Datuk Ir. Hj Idris Haron selaku Timbalan Menteri I sudi menyerahkan kerusinya demi Khairy? Atau mungkinkah juga YB Datuk Saifuddin Abdullah yang dikira baru sahaja mengisi jawatan Timbalan Menteri II Pengajian Tinggi akan dipindahkan ke Kementerian Pelancongan, bagi memberi lalu kepada Khairy.



Kita sedia maklum, dengan jawatan sebesar Ketua Pemuda UMNO - maka pelaburan untuk mendapatkannya juga adalah besar. Maka, seseorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam permilihan Mesyuarat Agong UMNO, tetapi tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan, baik sebagai Timbalan Menteri mahu pun sebagai Menteri penuh- maka dana kewangannya akan semakin mengecut dari sehari ke sehari, kecuali bagi mereka yang tidak mengamalkan rasuah atau politik wang. Walau apa-apa pun pandangan orang ramai - sekurang-kurangnya Khairy dan para penyokong tegarnya sudah boleh tidur malam dengan lena dan nyenyak - tiada gusar dan gelisah yang penting jawatan Timbalan Menteri sudah berada dalam genggaman.



Walau pun saya sedih dengan berita ini - dan ramai lagi para blogger yang kecewa dengan hal ini (jika benar) tetapi, kami ini orang bawahan dan rakyat biasa, yang sama sekali tidak akan didengari kata-katanya. Saya bimbang dengan kata-kata Tun Mahathir beberapa hari yang lalu - bahawa UMNO semakin busuk jika masih tidak mahu melakukan perubahan besar-besaran. Saya percaya dan yakin - jika Khairy berjaya menjadi Timbalan Menteri, maka ramai bloggers penyokong UMNO akan berpaling tadah - saya bimbang andaikata itu akan berlaku - malah tidak mustahil undi untuk UMNO juga akan merosot sedikit demi sedikit. Dalam keadaan sekarang - untuk berlagu kecewa pun sudah tiada maknanya. Jika itu kehendak PM, sebagai ahli UMNO saya akan terima - walaupun tanpa keikhlasan. Cuma saya mohon agar DS Najib fikir-fikiranlah semula - jika hal tersebut adalah benar, saya percaya ramai ahli UMNO yang akan memikirkan semula - parti manakah yang akan mereka undi dalam PRU yang akan datang, yang pasti mereka tidak akan mengundi UMNO lagi. Walaupun saya sangat kecewa dengan hal ini - namun begitu, sebagai orang Islam Ketentuan daripada Allah harus kita terima jua. Kita harus terima apa-apa juga keputusan yang bakal DS Najib umumkan nanti. Saya ucapkan Tahniah kepada Tuan Haji Khairy Jamaluddin! dan Tahniah kepada para penyokong KJ! Akhirnya Tuhan perkenan juga doa tuan-tuan semua! Soalnya sekarang ini ialah, ke mana UMNO selepas ini? Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Ya Allah, satu lagi bala dalam kerajaan najib...semoga Allah menyelamatkan bangsaku dari munafikun...
Mohd said…
Nampaknya bala yg telah didoakan oleh TGNA akan kena pd DS Najib dan UMNO. Kerana KJ akan dilantik sbg Timbalan Menteri.
Tetapi utk dia boleh balun banyak duit rakyat kenalah letak dia di Kementerian Kewangan ke, Kementerian Pertahanan ke! Di Kementerian Pelajaran Tinggi tak banyaklah duit rakyat yg dia boleh balun!
Saya ucapkan tahniah le kpd DS Najib yg akan kalah teruk pada PRU13 nanti!
datoadil said…
Apabila Najib Tun Razak melantik khairy Jamaluddin, maka dia ialah Perdana Menteri Paling Tidak Bijak kerana kenyataannya boleh memalukan diri sendiri.

Ketika Najib mengumumkan kabinetnya dahulu, dia kata tak nak lantik si hitam ni sebab nak mantapkan Pemuda UMNO. Jadi sekarang Pemuda UMNO dah mantap dan dapat sokongan ke?
Setahu saya orang semakin benci dan meluat dengan UMNO.

Najib sengaja mencari malapetaka jika melantik orang bodoh jadi anggota kabinetnya. Antaranya peperangan akan berlaku antara Najib dengan Tun Mahathir. Itu belum dikira peperangan rakyat dengan UMNO yang semakin menonjol sekarang.

Tapi ini mungkin strategi Najib untuk menjadi Pembangkang di Parlimen selepas pilihanraya nanti.

Sepatutnya Najib mengambilkira rungutan rakyat Sabah dan Sarawak yang pernah mengugut akan meninggalkan BN gara-gara keanggotaan dalam Kerajaan Najib yang agak sedikit berbanding sumbangan untuk memastikan survival UMNO-BN. Kalau ada rombakan hendaklah melibatkan perlantikan kepada Sabah dan Sarawak lebih-lebih lagi yang meletak jawatan ialah dari negeri tersebut.

Satu hal yang Najib tidak bijak menilai ialah jika Jawatan Khairy ialah di Kementerian Pengajian Tinggi. Maksudnya golongan Mahasiswa akan semakin membenci terus UMNO-BN yang kini memang perkara itu semakin menular di IPT berdasarkan perkembangan terkini. Misalnya kehadiran Rosmah yang mengundang protes Pelajar di Akademi Islam Universiti Malaya.

Adakah Najib memikirkan tentang hal tersebut?
Tentang pentingnya suara muda dan pengaruh gerakan mereka dalam membenci Khairy-UMNO dan seterusnya BN?

Siapa paling bodoh dalam hal ini.

Mari kita tanya 1 Malaysia.
IlliC said…
Mohon Allah tukarkan fikiran Najib...amin
Kelab KJFC said…
tak guna ko nak kecewa pooon..kj dah pun nak jadi menteri. padan muka korang semua.
Anonymous said…
dari blog tabuans....boleh sambung baca di blog tersebut...

Cuma Dr. Mahathir sahaja yang sedikit berduka cita, sebab Dr.Mahathir lah yang banyak menyerang KJ, di label sebagai budak tingkat 4. Serangan terhadap KJ di lakukan sehingga ke saat pewakilan menurunkan undi di PWTC, tetapi ternyata Dr. Mahathir tak mampu rebahkan KJ. Ini lah kekuatan, kebijaksanan KJ, Auara Dr.Mahathir pon tak mampu merebahkan KJ.

Tetapi bagi generasi muda, apa perlu nya nak menyokong Dr. Mahathir. Pada saat ini Dr. Mahathir sudah tua barangkali sudah nyanyuk, . Generasi muda perlu menyokong KJ. KJ adalah orang yang bakal menghuni Seri Perdana. Ternyata sekiranya pelantikan ini menjadi kenyataan Ds. Najib adalah Pemimpin yang berpandangan jauh, beliau sudah nampak bakat dan barisan pemimpin masa depan, pemimpin yang bakal membawa kecemerlangan untuk negara ini.

Tahniah kepada pemuda UMNO Malaysia kerana ketua anda yang sangat di segani oleh kawan mahu pon lawan akan memperolehi jawatan penting di dalam kerajaan.Sudah pasti dalam Pru-13 nanti generasi muda akan memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional
Anonymous said…
tu la dulu aku ajak ko sokong KJ ko tak nak. la ni mcm mana? KJ ada masa depan, ko sempat lagi joint kitaorang
Anonymous said…
azli baik kau join team KJ.. kalu belum terlambat
Anonymous said…
sibuk hentam kl, sekarang padan muka
Anonymous said…
doa nik aziz makbul......
Anonymous said…
hidup KJ
Anonymous said…
kj akan jadi PM
Anonymous said…
Salam,

Tak abih2 citer pasal mamat sorang nih.

Takkan UMNO tak sedar, kebanyakan rakyat menolah paklah & KJ and kronies. Takkan nak ambik gak jadi timb. menteri.

Disuruh satukan PEMUDA UMNO, tak gak selesai, malah KJ gunakan konsep Divide & Rules. Bercerai-berai PEMUDA2 satu mesia.

PEMUDA UMNO la ni dah jadi mat lembut dah, tade k.o.t.e dan tade halkum, hehe

Sedara AZLI - I've been following yr blogs.. keep it up bro.

melayu gak
fr SUBANG JAYA
Sundel Bolong said…
aku sanggup jilat kaki kj kalau dia jadi tim menteri. dia ni pejuang bangsa
Anonymous said…
Tuan Azli, tajuk tulisan anda " Selangkah ke Putrajaya " tu tak belul la...KJ ni selama dulu Pak Lah jadi PM, KJ ni dah berlangkah-langkah di Putrajaya. Bukan situ saja, semua cherok dan ruang dalam rumah Seri Perdana pun dia dah melangkah...silap silap kalau ada kesempatan kita ke rumah Seri Perdana PM tu, mungkin buleh jumpa saki baki taik taik hidung yang KJ calitkan kat dinding rumah. Maknanya, KJ ni takat Putrajaya tu dah haus tapak kasut hatta tapak kaki sekali pun.

Bab KJ nak di lantik menyertai Kabinet PM Najib tu, aku rasa tempat yang se-eloknya ialah di bawah Jabatan Perdana Menteri. KJ mungkin lebih layak report duty kepada Nazri Yeop Botak atau pun kepada Datuk Halimah Saddique pemegang LPKP. Tapi bukanlah sebagai Timbalan Menteri atau Menteri...cukuplah sekadar memberi permit teksi kepada KJ kerana saya nampak sejak akhir akhir ni KJ amat berminat sekali untuk membawa TEKSI dan bolehlah dia bawa rakan kongsi dia sekali si hamsat Nemewee.

Maka amatlah sesuai dengan slogan " SETIAKAWAN " yang di pelopori oleh KJ ni walaupun ada bangsat yang menghina Negara dijadikan Setiakawan.

Bagi peminat KJ anda sedang melangkah ke semangat SETIA KAT WANG bila mana ditakdirkan kesilapan KJ menjadi barisan kabinet dalam kerajaan. Apapun PM Najibsudah berkata " Tidak ada rombakan kabinet dalam tempoh ini seperti yang dicanangkan oleh orang ramai "...kalau ada alhamdulillah buat UMNO " dulu, kini dan Akhirnya melingkup.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
tabuan said…
ada org curi dari blog aku pulak...tak pe teruskan....
Anonymous said…
kalau KJ jd menteri...bolehlah aku ucapkan selamat tinggal pada UMNO ni sbb masih tak paham2 kenape rakyat seperti aku ni menolak BN pd PRU ke 12 hari tu....
Najib boleh pilih satu KJ (berapa kerat sangatlah KJ ada penykong tu yang Najib nak pertimdbangkan sangat kecuali agenda Najib-Zahid-Kj untuk singkirkan Muhyiddin-Mahathir-Mukhriz) atau satu juta sokongan..
Anonymous said…
innalillah .... UMNO selamat berkubur
add said…
Kepada Anonymous yang sial dan celaka!!!!!!!!!!!!!!!!

Lebih kau masuk PKR la kalau nak jawatan atau sokongan. Kau ni kan kalau KJ bagi duit pun ,belum tentu kau pangkah dacing dalam PRU13 nanti.

Mahathir tak mampu nak lawan KJ kerana aura duit terlalu banyak di rasuahkan kepada ketua pemuda dan ketua bahagian yang dari bekas ketua pemuda bahagian. Lepas ni kecut perut la Hishamudin nak mengekalkan jawatan naib presiden kerana kena menumpaskan puak puak kj dari kalangan ketua pemuda dan bekas ketua pemuda.

Saudara Azli, jangan dok layan pengemis jawatan dan penjilat api neraka di akhirat. Biarlah kita berjuang dalam UMNO kerana Allah. InsyaAllah jika niat kita baik, baiklah balasan dari Allah kepada kita. Ameen.
hilbert said…
Salam saudara Azli,

Saya tidak melihat YB Khairy Jamaluddin sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah orang.

Cuma saya nampak yang Khairy perlu diberi ruang dan peluang. Saya tidak faham mengapa banyak orang terlalu fobia apabila mendengar nama Khairy. Atau apakah apa yang pernah di alami oleh Tun Dr Mahathir pada masa lampau apabila telah digelar oleh LKY sebagai Melayu Ultra akan berulang kepada Khairy pula.

Kadangkala saya lihat orang yang paling ditakuti atau dibenci sebelum beliau berpeluang menunjukkan kebolehannya berkhidmat selalunya orang itulah yang akhir yang akan disayangi dan disanjungi. Harus diberi ruang kepada YB Haji Khairy Jamaluddin.
fadly Bahktiar Othman said…
Assalamualaikum...

KJ ni ada nilai bagusnya.tak semua yang dia buat negatif. tpi biasa ler bila dah jd public figure, yg negatif akan cepat nampak dan akan dikenang lama.

KJ wajib ambik perhatian terhadap kritikan orang ramai. bahawa semua kritikan itu hampir 80% tepat. walau KJ cuba menafikan, fakta tetap fakta. so, KJ kalau rasa nak lama dlm arena politik,wajiblah dia mengubah beberapa sikap negatifnya yg bg saya agak keterlaluan jugak.

sunggguhpun begitu, ada juga part ttg KJ yg saya saya kagum. insyaAllah kalau digilap, dan jernihkan kepribadian KJ ni, dia akan jd pemimpin yg baik. tp sebelum tu kena le dipimpin terlebih dahulu.

Ingatlah KJ, berjuta mata dan hati memerhati anda. Allah jua tak pernah lekang walau sedetik. Awas...

Salam hormat,

Fadly
Anonymous said…
berilah peluang kpd YB Hj KJ untuk buktikan kebolehannya. golongan yang anti-KJ tetap tidak akan menyenangi beliau hatta beliau berbuat perkara yang sekalipun. Saya percaya KJ akan membuktikan pemilihan beliau adalah satu tindakan yang tepat. Tahniah DS Najib yang berfikiran terbuka, tidak dipengaruhi mentornya serta pengikut mentornya yang fanatik.
Anonymous said…
Tunggu pengesahannya...
najamarine said…
beri peluang???
tunjukkan bukti yg dia benar2 sudah bersih..tak pernah jujur/ikhlas dalam perjuangan.jika di beri peluang semakin porak peranda NEGARA!!!!

PEMUDA UMNO sendiri masih lemah..masih takde matlamat yg jelas..bagaimana mahu di beri peluang kepada orang yg macam ni???

jgn tutup mata kerana segelumit budi yg beri..harus melihat kepada keseluruhan..

khairy jamaluddin..berubah lah.hanya aku,KJ,keluarga dia dan rakan2 rapatnya tahu apa maksud BERUBAH tu..
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Anonymous said…
siapa asyik kutuk kj ni serupa anjing.. bongong dan bengong.. korang sibuk dgn jawatan orang apasal?
Anonymous said…
siapa asyik kutuk kj ni serupa anjing.. bongong dan bengong.. korang sibuk dgn jawatan orang apasal?
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
kj phobia!!!! said…
salam...lewat untuk beri komen...tahniah kepada ds Najib kerana bijak dalamhal ini....KJ ni budak mentah...baru berapa umur dia....tapi hebat....maha hebatttt...mengapa!!!!!pada usia beliau 1 Malaysia gerun bila sebut nama dia....Semua orang nak cah keting dia daripada terus mendaki...baik dari peringkat cawangan, bahagian, sampai ke pusat...tapi masih x berjaya....Hj KJ ni dihentam dari segenap penjuru..x bernafas dia pada satu ketika....tapi hingga ke saat ini dia maintain....org lain pulak (yg xde kena mengena) yg beria2 nak jatuhkan dia..kadang2rasa malu ek....harap ramai je tapi 'nothing'..macam buih kat lauh..banyak tp tiada berguna....cuma aku respect kat mamat ni ialah compare dengan senior minister, cara dia berkomunikasi memang terserlah kecerdikan dan kebijakannya...cuma masalah dia ialah dia corrupt...tp nk buat camana kan..dah dilahirkan dalam dunia yg corrupt..so hasilnya 'corrupt' r....mana mungkin ketam nak ajar anak dia berjalan betul...klu nak dikira corrupt dlm UMNO,,,,alamaknya tinggal tok Pa dgn beberapa orang yang lain jelah...tu pun entah....
wallahua'lam......mohon maaf kalau ada yang marah...sekadar pandangan....

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y